Sunday, September 20, 2009

Perutusan SUA MJKM-Terima kasih kerabat media massa/letronik


Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin.semoga semua amal ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubaraq mendapat keredahaan daripada Allah SWT.Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan daya upayaNya jua.Dia yang menentukan segalanya.Segala kebaikan datang daripadaNya dan apapun yang kita hadapi suka dan duka dalam kehidupan didunia yang fana ini semuanya mempunyai hikmah serta rahsia yang tidak dapat dirungkai oleh akal kemanusiaan kita yang maha kerdil ini.Hanya Dia yang maha mengetahui.

Sempena bulan baik dan mulia ini marilah kita sama-sama menghulurkan salam kemaafan atas segala kekhilafan yang kita terlakukan tanpa sadar kerana kita makhluk yang sering alpa pada hakikat kejadian sebenar.Memohon maaf dan memaafkan adalah sikap yang terpuji dan berani mengakui kesalahan serta memohon maaf juga tergolong dalam kategori manusia yang berani@gentleman+ikhlas=tulus!

Selaku manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kejahatan tersembunyi mahupun kekhilafan nyata serta sering menerima kebaikan daripada insan lain yang sanggup berkorban membantu kita melaksanakan tugasan harian dan selaku manusia yang semata-mata mencari nafkah untuk keluarga tersayang kita saling harap berharap bantu membantu menunaikan tanggungawab yang diamanahkan dengan satu niat KERANA ALLAH SWT.

Demikian juga tugas yang diamanahkan kepada kita yang sering mengharapkan bantuan,ihsan dan kerjasama daripada pihak media massa & media letronik ini. Kita banyak terhutang budi pada semua pengamal media ini yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka meski tanpa imbuhan mahupun ihsan.Pihak media inilah yang berdiri gagah dihadapan melaksanakan tugas tanpa jenuh mahupun jemu kerana mereka sedar dan sadar etika kewartawanan yang mereka galas sangat diperlukan oleh negara dalam membantu melaksanakan pembangunan agenda kepimpinan tertinggi kerajaan dan negara Malaysia yang mengimpikan sebuah negara yang maju membangun di era wawasan 2020 mendatang berlandaskan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat mengutamakan pencapaian.

Tidak terkecuali tugasan kita yang tergalas hampir satu dasawarsa ini banyak memerlukan kerjasama erat pihak media khususnya media letronik dan media massa.Justru sepanjang melaksanakan tugas kita tidak terlepas daripada melakukan kekhilafan serta berselisih pendapat mahupun salah faham.Apapun hanya sejuta kemaafan jua yang mampu kita harapankan bersama demi kesejahteraan hidup bernegara.

Terima kasih yang tidak terhingga kita ucapkan kepada semua media massa tempatan khususnya kepada semua kakitangan The New Sabah Times;The Borneo Post/Utusan Borneo Post;Daily Express;Sea Hua Daily Newspaper;Overseas Chinese Newspaper;BERNAMA;Utusan Malaysia;Berita Harian;The New Strait Times;STAR;Asia Times;The Sun;Bahagian Akhbar Jabatan Penerangan Malaysia Sabah dan media letronik,RTM Kawasan Sabah (Bilik Berita TV RTM KK);TV3;Blog Sabahkini.com/sabahkini.net dan Ahli-ahli Face Book serta sebahagian media yang lain.

Kita juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Krew bilik berita TV RTM KK yang telah banyak membantu serta menghulurkan kerjasama erat sepanjang hampir 10 tahun kita menjalankan tugasan rasmi hingga saat ini.

Krew Bilik Berita TV RTM KK yang diterajui kawan-kawan yg cukup prihatin (Hj Salim Haji Ibrahim;Haji Othman Abd Hamid;Chong Ken Yin;Kusin Hj Diasin;Zainudin Jamlu serta 9M6 JM dll) tidak pernah kenal penat lelah tetap setia berkampung dengan kita masuk kampung dan keluar kampung hingga ke pelusuk kampung-kempung dan pulau-pulau Daerah Semporna tentunya dan adakalanya krew RTM KK yang ditugaskan bersama kita sanggup berlapar dahaga semata-mata ingin merealisasikan semangat setiakawan dan semangat kerjasama tinggi yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan mahupun ihsan kerana kita yakin dan percaya mereka adalah penjawat awam yang komited dengan tugasan yang diberikan sekaligus mampu mengangkat martabat serta misi dan visi Jabatan Penyiaran & kementerian Penerangan tentunya.

Hakikatnya sepanjang satu dasawarsa ini,pihak media masa dan media letronik telah menyumbangkan banyak jasa dan bakti serta budi kepada kita melaksanakan tugas rasmi kerajaan.

Akhirnya selaku Setiausaha Akhbar kepada Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,saya mengulurkan salam kemaafan dan memohon maaf zahir & batin sekiranya terkhilaf bahasa,tersalahlaku serta termakan dan terminum.Ampun maaf beribu ampun jutaan kemaafan diharapankan...!-rsyadhussin.blogspot.com






Thursday, September 17, 2009

Amal budaya berkasih sayang-Nasir


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran, mengingatkan masyarakat Islam sentiasa mengamalkan adat budaya yang sentiasa mengutama hidup berkasih sayang serta saling menghormati sesama kaum tanpa mengira kedudukan pangkat dan martabat.
Katanya,kehidupan rukun damai yang dikecapi rakyat negara ini berlandaskan kepada perpaduan kaum yang dipelihara sejak sekian lama dan hendaknya dipertahankan demi kesejahteraan hidup sekaligus pemangkin kearah pembangunan ummah sejagat.
Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada lebih 1,800 orang penerima termasuk Ketua & Wakil Ketua Anak Negeri; Imam-imam;Ketua Kampung;Pengerusi JKKK;Ketua Cawangan;Balu-balu;anak yatim;OKU dan orang perseorangan.
Hadirsama sempena majlis itu Ketua Wanita USIA Bahagian Semporna,Datin Hajjah Rukiah Haji Badar;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang,OKK Haji Musa Sabahani;Ketua Daerah Kawasan DUN Sulabayan,Datuk haji Malali Mali;Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San;Kapitan Cina Kawasan Bandar,Ong Hang Seng dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Nasir berkata, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam mampu merealisasikan budaya kunjung mengunjung ke rumah masing-masing bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Selain itu katanya,masyarakat Islam juga perlu sentiasa beristiqomah menunaikan ibadat serta membayar zakat fitrah dan zakat harta.
Katanya,masyarakat Islam wajib membayar zakat fitrah kerana ianya merupakan rukun Islam dan diagihkan kepada asnaf yang ditentukan oleh shara’.
Sehubungan itu Datuk Nasir turut mengingatkan pemimpin-pemimpin masyarakat dan penjawat awam sentiasa meningkatkan prestasi kerja dan berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh dedikasi tanpa memikirkan imbuhan tertentu kerana kerajaan telah memberi amanah kepada mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya.
Nasir berkata,setiap penjawat awam seharusnya sedar dan sentiasa peka kepada tugas yang diamanahkan sekaligus menggerakkan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat.
Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang menasihatkan semua umat Islam yang balik berhari raya menggunakan jalan darat memandu dengan berhemah serta mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Katanya,janganlah hendaknya kemeriahan hari lebaran dicemari dengan perkara-perkara yang tidak diingini kerana meskipun bulan Ramadhan bakal berlalu dan disambut oleh bulan Syawal namun,semangat Ramadhan hendaklah disemarakkan dalam jiwa sepanjang tahun.
Sempena majlis itu juga Datuk Nasir dan isteri,datin Rukiah serta keluarga mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Islam khususnya rakyat Semporna serta beliau menjemput semua rakyat Semporna hadir ke majlis rumah terbuka di kediaman Kampung Air pada hari raya kedua bermula jam 10.00 pagi.

Prestasi kerja bermutu-Datuk Nasir


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan Ketua Daerah;Ketua-Ketua Anak Negeri (KAN),Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN),Ketua-Ketua Kampung dan Ketua-Ketua Masyarakat Cina meningkat prestasi kerja,beramanah serta sentiasa mengeratkan hubungan baik dengan masyarakat disamping mengutamakan disiplin kerja dengan penampilan yang berpersonaliti termasuk berpakaian kemas semasa bertugas di pejabat.


Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah Kawasan Senallang menegaskan, kakitangan dan penjawat awam yang sentiasa berpakaian kemas dan rapi mampu mengangkat imej sesuatu jabatan serta melambangkan gerakerja jabatan yang efesyen,bersistem dan berkualiti.




Nasir berkata, pemimpin peringkat daerah dan kampong ini perlu tahu had-had kuasa dan tanggungjawab mereka kepada Negara serta masyarakat dan tidak sewenangnya membuat keputusan yang boleh menyalahi undang-undang Negara.




Selain itu mereka juga dinasihatkan kerjasama kepada pihak keselamatan membenteras kehadiran pendatang asing tanpa ijin(PTI).




Datuk Nasir berkata demikian sempena menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Daerah,Ketua Anak Negeri(KAN) ;Wakil KAN; Ketua Kampung dan Ketua Masyarakat Cina peringkat Daerah di sini.




Hadirsama sempena majlis iu Pengerusi Perbadanan Baitul Mal Negeri Sabah,Datuk Haji Harman Mohammad; Pengarah Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (PHEANS),Mohamad Said Hinayat; Pegawai Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir serta Ketua-Ketua Daerah dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan

Datuk Nasir sampaikan sumbanagn kepada 1,800 penerima di Semporna


Alhamdulillah,acara Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah merangkap Adun Kawasan Senallang,Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran dan isteri Datin Hajjah Rukiah Haji Badar merangkap Ketua Wanita USIA Bahagian Semporna selesai dan berjalan lancar seperti yang dirancang.
Majlis penyampaian sumbangan kepada 1,800 orang penerima yang terdiri daripada Ketuaa-ketua Anak Negeri,wakil ketua anak negeri;imam-imam;ketua-ketua kampung;pengerusi jkkk;ketua cawangan;kakikatang upkr senallang;balu-balu;anak yatim;OKU dan orang perseorangan yang diselenggarakan sejak 16-17 September 2009 di Balai Seni Inabah Kamal dan perkarangan masjid Inabah Kamal itu dihadiri sama masyarakat Islam kawasan Senallang.
Acara yang diadakan diakhir Ramadhan setiap tahun itu kali ini dimeriahkan dengan cabutan tikit bertuah sebelum berbuka puasa dan selepas solat tarawih menyediakan hadiah telefon bimbit,peti sejuk,peti tv,peralatan dapur dan makanan.
Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai agama Islam Negeri Sabah dan Naib YDP USIA dan Datin Rukiah serta keluarga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Semporna serta menjemput hadir ke majlis rumah terbuka di kediaman Kg Air Semporna pada hari raya kedua bemula jam 10.00 pagi.SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIN WAL FA'IDIN KULLU AMIN WAH ANTUM!

Tuesday, September 15, 2009

Prihatin Kasih Wanita Usia hulur sumbangsih


Prihatin kasih Wanita Usia Semporna hulur sumbangsih aidilfitri-Datin Rukiah:

SEMPORNA: Suasana kemeriahan hari raya aidil fitri yang mula terasa gemanya menggamit prihatin kasih pertubuhan-pertubuhan Ngo's serta individu berkemampuan tampil memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Semporna tidak ketinggalan mengambil inisiatif melakukan kunjungan dan lawatan menghulur sumbangan sekedar mpu kepada anggota-anggota pasukan keselamatan,fakir miskin dan anak-anak yatim Daerah Semporna.
Ketua Wanita Usia Bahagian Semporna,Datin hajjah Rukiah Haji Badar bersama AJK Usia Bahagian Semporna serta diringi Penaung Wanita Usia Pusat,Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Siti Rukaiyah Datuk Panglima Haji Abdullah;Naib Yang DiPertua Usia,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran dan Setiausaha Agung Usia,Datuk Haji Abdullah Hussin serta ahli-ahli Usia dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan menyerahlan sumbangan kuih hari raya aidilfitri kepada anggota-anggota pasukan Polis Semporna dan pasukan Bomba dan penyelamat Semporna seterusnya mengunjungi sambil menghulur sumbangan kepada para pesakit di rumah sakit Semporna dan anak-anak yatim & fakir miskin kampung Kabogan.

Datin Rukiah menjelaskan,sumbangan yang disampaikan tidak sebanyak mana namun ianya sekedar ingin melahirkan rasa prihatin kasih kepada penerima yang memerlukannya selain ingin bersua serta beramah mesra dengan rakyat yang telah banyak berkorban kasih kepada kerajaan dan kepimpinan negara.


" Kami lakukan ini atas kesedaran dan keinsafan tentang nasib mereka yang kurang bernasib baik dan Wanita Usia berharap sumbangsih yang tidak seberapa ini mampu memberikan sedikit keceriaan kepada penerima yang telah kami kenal pasti," kata Datin Rukiah.

Datin Rukiah yang juga isteri kepada Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran merupakan Ketua Wanita Usia Bahagian Semporna yang baru dipilih meneruskan tugas murni dan cemerlang yang telah dirintis pemimpin wanita usia sebelum ini.

Datin Rukiah turut berharap seluruh ahli-ahli wanita Usia serta masyarakat Islam akan dapat meluangkan masa mencari peluang membantu masyarakat dan golongan fakir miskin serta anak-anak yatim di kawasan masing-masing.

Sehubungan itu,Datin Rukiah memuji dan berterima kasih kepada semua pemimpin-pemimpin tempatan daerah itu yang telah berusaha gigih membantu segenapapisan rakyat serta memberikan perkhidmatan cemerlang berlandaskan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat mengutamakan pencapaian.

" Limpahan nikmat pembangunan yang dizahirkan kepemimpinan negara kini mampu dinikmati segenap lapisan rakyat termasuklah umat Islam dan ahli-ahli Usia," katanya.

Selain itu Datin Rukiah berkata,Wanita Usia Bahagian Semporna berazam membantu Usia Bahagian dan Ibu Pejabat Usia dalam usaha mereka mengangkat martabat dan maruah umat Islam di seluruh negeri Sabah.

Monday, September 14, 2009

Kenalpasti Strategi Kembang Kesenian Islam


Kerajaan dijangka akan menganjurkan siri bengkel/kursus kesenian Islam di seluruh negeri bagi membantu merealisasikan survival kesenian Islam.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada acara-acara kesenian yang berorientasikan pertandingan sahaja sebagai mekanisma menjamin survival kesenian Islam seperti nasyid,kompang,seni khat dan marhaban barzanji.
Katanya,masyarakat perlu mengenalpasti strategi lain bagi menjamin kesenian itu terus berkembang maju.
Beliau menegaskan,sebagai satu langkah membantu merealisasikan hasrat itu ialah melahirkan lebih ramai tenaga pengajar dalam bidang-bidang berkenaan membimbing serta melatih generasi muda dari peringkat kanak-kanak.
Sehubungan itu katanya,jabatan-jabatan serta agensi kerajaan berkaitan dengan pengajian,pembangunan dan pengembangan seni budaya masyarakat boleh berperanan secara proaktif untuk merealisasi aspirasi tersebut khususnya dari segi pembiayaan serta penyediaan fasilitator.
Beliau yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam di Sabah berkata demikian sempena majis penutupan Karnival Kesenian Islam Negeri Sabah 1430H/2009M.
Turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji AhmadShah bin Abdullah dan isteri,Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Masuyah Ag.Japar; Pembantu Menteri Kewangan,Datuk Haji Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan dan isteri; Datuk Japlin Akim; Pengarah JHEAINS,Haji Amri Suratman;ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Nasir berkata,semua pihak yang cintakan seni dan para penggiat seni Islam bertanggungjawab menghasilkan karya yang mampu membangun keupayaan intelek,rohani,emosi dan sosial masyarakat.
" Karya seni yang dihasilkan harus juga memberi penekanan terhadap pemupukan nilai-nilai murni,kasih sayang,keadilan serta perjuangan disamping unsur hiburan yang tidak melampau dan tidak melalaikan," katanya.
Sempena majlis itu Johan Nasyid Tradisi di menangi kumpulan nasyid dari Sandakan manakala kumpulan nasyid dari Pantau Barat Utara memenangi nasyid moden dan kumpulan Barzanji & Marhaban di menangi kumpulan dari Pantai Barat Selatan.
Sementara itu seorang penulis dan aktivis seni, Jasni Matlani menerima Anugerah Penulis Islam di sampaikan Tun AhmadShah.

Jangan Bersubahat Melindungi PTI


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran mengingatkan pemimpin-pemimpin masyarakat khususnya Ketua/Wakil Ketua Anak Negeri;Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK tidak menyalahguna jawatan mereka membuat surat perakuan dan pengesahan dokumen Pendatang Tanpa Izin.

Katanya perbuatan sedemikian bukan sahaja salah disegi undang-undang malah boleh mengancam keselamatan Negara.

Sehubungan itu mereka (pemimpin masyarakat) digesa tidak bersengkongkol dan bersubahat melindungi PTI sebaliknya memberi kerjasama erat kepada pihak keselamatan untuk membenteras kehadiran PTI.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Orang Asing Negeri Sabah,menjelaskan kerajaan telah membelanjakan dana yang besar bertujuan membenteras Pendatang Tanpa Izin di Negara ini dan rakyat seharusnya turut berganding bahu memeberikan maklumat mengenai kehadiran PTI di kawasan mereka setiap masa.

Katanya tanpa kerjasama seluruh rakyat mustahil kerajaan dapat memerangi PTI sepenuhnya.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan Majlis Penerangan Pendatang Tanpa Izin anjuran Majlis Keselamatan Negara di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPPK) Sabah & Sarawak,Misri Barham, Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi Keselamatan Daerah, A.M.Ibnu A.K.Kadir;Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah,Mohd Aziz Marinsah; Timbalan Ketua Polis Daerah Semporna,ASP Tan Guan Chai; Penolong Pegawai Daerah,Haji Mahadi Alindal; Pemimpin Kemajauan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir.

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.53 Senallang meminta semua pemimin masyarakat melaksana tugas mereka dengan penuh jujur,bertanggungjawab serta ikhlas membantu kerajaan merealisasikan gagasan Konsep 1Malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri,Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.

Pemimpin Masyarakat Perlu Hadir Ke Majlis Rasmi Kerajaan




Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menasihati Ketua-Ketua/Wakil Ketua Anak Negeri,Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK hadir ke semua majlis rasmi kerajaan di peringkat daerah.

Katanya,kehadiran pemimpin akar umbi termasuklah ketua-ketua jabatan kerajaan peringkat daerah perlu bagi merealisasikan komitmen mereka terhadap kepimpinan kerajaan disamping mendapatkan maklumat terkini untuk disampaikan kepada masyarakat setempat.

Nasir berkata, selaku pemimpin di peringkat kampung serta sebagai mata dan telinga kerajaan mereka (KAN/WKAN/KK & PJKKK) seharusnya lebih prihatin membuat laporan terperinci kepada pihak kerajaan mengenai nasib rakyat dan pembangunan yang diperlukan masyarakat selaras dengan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

Nasir berkata, rakyat perlu didahulukan dan pencapaian pembangunan di setiap kampung harus diutamakan seperti yang dikehendaki Perdana Menteri melalui Konsep 1 Malaysia.

Selain itu mereka juga perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih komited merancang serta membangunkan kampung sekaligus membantu rakyat meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

Datuk Nasir yang juga Wakil Rakyat Kawasan N.53 Senallang berkata demikian sempena merasmikan penutupan Seminar Sehari Ketua Daerah,Ketua/Wakil Ketua Anak Negeri,Ketua Kampung & Ketua Masyarakat Cina anjuran Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS).

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS),Haji Mohd.Said Hinayat,Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Kawasan Senallang,OKK Hj Musa Sabahani; Ketua Daerah Kawasan Sulabayan,OKK Datuk Malali Mali;Kapitan Cina Kawasan Bandar,Encik Ong Hang Seng dan Kapitan Cina Kawasan Bugaya,Encik Joseph Lo.


Beliau menjelaskan,hasrat kerajaan mengwujudkan barisan kepimpinan diperingkat kampung dan daerah bertujuan sebagai mata dan telinga kerajaan memantau perkembangan kehidupan masyarakat di peringkat akar umbi serta kawasan luar bandar.

Katanya,harapan masyarakat kampung amat tinggi kepada kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai misi dan visi membela nasib rakyat tanpa mengira suku kaum,amalan agama mahupun fahaman politik.

Nasir berkata,pemimpin-pemimpin ini seharusnya lebih bijak,bersatu padu,bekerjasama serta kreatif merancang pembangunan demi kemajuan kampung untuk faedah rakyat dan bukannya menggunakan jawatan sebagai kepentingan peribadi

Jangan Hanya Islam Pada Nama-Datuk Nasir


SEMPORNA: Naib Yang DiPertua Pertubuhan Ugama Islam Negeri Sabah (USIA) Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan masyarakat Islam menzahirkan diri melalui amalan kehidupan seharian berlandaskan hukum Islam dan bukan hanya bermegah dikenali dengan nama berciri Islam sahaja.

Katanya,mereka seharusnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai umat Islam yang taat kepada perintah Allah SWT dengan sentiasa istiqomah beribadat.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan mesyuarat Agung Tahunan USIA Daerah Semporna 1430H/2009 di Kompleks Inabah Kamal.

Hadirsama sempena majlis itu Ketua Usia Daerah Semporna,Datuk Haji Sapari Amir; Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Pengurus Ladang SABDI,Haji Abdul Rahman Tun Sakaran,Pegawai JHEAINS Semporna,Haji Hamad Mokthar;Pegawai Kanan JHEAINS,Abd Rahim Oting serta ahli-ahli USIA Semporna.

USIA Daerah Semporna mempunyai 480 orang ahli dan 50 cawangan.

Datuk Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Sabah,menyeru penduduk Semporna khususnya ahli-ahli USIA sentiasa komited dan bersatupadu merealisasikan gagasan Konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat,mengutamakan pencapaian

Nasir berkata,gagasan itu yang diperkenalkan Perdana Menteri,Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah lama wujud sejak merdeka bagi mengukuhkan perpaduan dikalangan rakyat Negara ini dan mengingatkan kembali rakyat supaya terus mengamalkan perpaduan kaum demi keamanan,perpaduan serta kemakmuran hidup di bawah lambang Malaysia Jaya.

Sehubungan itu segenap lapisan rakyat hendaklah memainkan peranan masing-masing selaku warganegara yang bertanggungjawab terhadap Negara dan tiada seorangpun disisikan.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata,kerajaan akan terus memberi sokongan kepada USIA dan berharap USIA Semporna terus bergerak seiring bersama agensi kerajaan mengangkat martabat agama dengan mempertingkat syiar Islam di negeri ini.
Sehubungan itu Nasir menjelaskan penubuhan Koperasi USIA semata-mata untuk kepentingan ahli-ahli Usia dan menjaga kebajikan semua ahli melalui usaha meningkatkan ekonomi pertubuhan itu

Proaktif Tingkat Ekonomi Keluarga-Datuk Nasir Tun Sakaran


Masyarakt desa diminta sentiasa peka dan memajukan diri dengan pelbagi usaha perniagaan secara kecil-kecilan untuk meningkat taraf hidup yang lebih selsesa.
Sehubungan itu mereka (masyarakat) hendaklah sentiasa proaktif mengenali program-program pembangunan yang disalurkan kerajaan membantu rakyat yang ingin menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dan sedarhana.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,datuk Haji Nasir Tun Sakaran,berkata kerajaan memang banyak menyalurkan pelbagai bantuan dan kemudahan melalui pelbagai agensi kerajaan semata-mata ingin melihat rakyat negeri ini mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka yang telah lama maju dalam bidang perusahaan mahupun perniagaan.
Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan penutupan Bengkel Pelan Tindakan Desa Kampug Senallang Lama di sini.
Program anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia selama dua hari itu disertai 50 orang masyarakat kampung dan dikendalikan oleh dua orang penceramah daripada Infra.
Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabahani; Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San,KAN Muhammad serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang turut mengingatkan rakyat menghayati bulan kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos dengan memperkukuhkan lagi perpaduan berlandaskan gagasan konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Selain itu Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Agama Islam Negeri Sabah menasihati umat Islam sentiasa beristiqamah melaksanakan ibadah kepada Allah SWT khususnya dalam bulan Ramadhan yang menjelang tiba.
Katanya,bulan Ramadhan bulan yang semulia-mulia bulan penuh dengan keberkatan dan umat Islam seharusnya lebih fokas beribadah semata-mata kerana Allah SWT.

Jangan Jual Bantuan Kerajaan-Datuk Nasir:


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan penerima bantuan kerajaan jangan menjual bantuan yang diberikan untuk keuntungan segera sebaliknya dimanfaatkan sebagai modal jangka panjang menaik taraf ekonomi keluarga.
Katanya, sikap individu yang suka menjual bantuan kerajaan bukan sahaja merugikan diri sendiri malah akan mencambah mentaliti subsidi.
Sehubungan itu beliau menasihati rakyat negeri ini lebih bertanggungjawab kepada semua bantuan yang disalur kerajaan untuk kebaikan semua kerana bantuan kerajaan merupakan amanah dan perlu dimanfaat untuk kepentingan masyarakat.
Datuk Nasir berkata demikian sempena menyampaikan bantuan injin sangkut kepada sepuluh orang nelayan melalui peruntukan Adun Kawasan Senallang.
Hadirsama sempena majlis ringkas itu Pemimpin Kemajuan rakyat Kawasan senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah Kawasan Senallang,OKK Haji Musa Sabaani serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Nasir berkata, rakyat seharusnya lebih komited memajukan diri dan sentiasa menyayangi keluarga dengan meningkatkan daya kehidupan melalui usaha yang mampu menjana ekonomi.
Katanya,teras utama kehidupan adalah kasih sayang dalam berkeluarga dan ini akan mampu menggarap semangat untuk terus membina kesenangan demi kebahagian keluarga

Imarah Masjid sepanjang bulan-Dtk Nasir Sakaran


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan umat Islam terus mengimarahkan masjid dan surau meskipun bukan dalam bulan Ramadhan.Katanya,bulan Ramadhan merupakan penghulu segala bulan serta penuh rahmat dan keberkatan,namun umat Islam hendaknya haruslah meneruskan aktiviti sembahyang berjamaah dan membaca al-qur’an secara berjamaah di setiap masjid dan surau khusunya di kawasan luar bandar.Datuk Nasir berkat,langkah itu bukan sahaja mampu mengimarahkan rumah ibadat malah secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai golongan muda mendekati masjid dan surau.Selain itu,katanya masjid dan surau tidak hanya tempat bersembahyang tetapi juga boleh digunakan sebagai tempat belajar hukum-hakam agama,belajar membaca al-qur’an termasuk fardhu ain dan fardhu kifayah.DatukNasir berkata demikian sempena merasmikan masjid NurruRahman Kampung Aman Jaya dekat sini.Hadirsama sempena malis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Pemimpin UPKR Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang,OKK Haji Musa Sabaani;Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San;Kapitan Cina Kawasan Bandar,Ong Hang Seng;ketua-ketua dan wakil ketua-ketua Anak Negeri,pemimpin-pemimpin masyarakat peringkat daerah serta penduduk kampung.Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,menyeru umat Islam terus mengukuhkan perpaduan sesama seagama sebagai pemangkin ke arah merealisasikan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.Sempena majlis itu juga,Datuk Nasir selaku Adun Kawasan Senallang,menyampaikan zakat MUIS kepada asnaf fakir miskin dan menyampaikan bantuan sejadah kepada pengerusi masjid NurruRahman serta menghadiri majlis berbuka puasa seterusnya menunaikan solat Isyak/Tarawih bersama masyarakat Islam kampung tersebut.

Tingkat Prestasi Kerja-Datuk Nasir Sakaran


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran meminta semua Kakitangan Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah(JCKS) terus memberikan kerjasama erat meningkat prestasi kerja demi membangun serta menaikkan imej jabatan itu dalam perkhidmatan cemerlang berterusan.Katanya,walaupun Jabatan Cetak sering berhadapan dengan masalah banjir yang telah mengakibatkan kerosakan mesin cetak serta kerugian berjuta-juta ringgit namun semangat kerja yang ditunjukkan oleh semua kakitangan jabatan itu amatlah dihargai dan dibanggakan.Nasir berkata,komitmen jitu seluruh kakitangan kerajaan merealisasikan khidmat cemerlang sangatlah diharapkan untuk membantu kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan lebih gemilang berdasarkan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat mengutamakan pencapaian.BekerjasamaSehubungan itu,Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal Jabatan Cetak mengingatkan kakitangan jabatan itu terus mengukuhkan perpaduan kaum disamping taat setia kepada kepimpinan dan ketua jabatan berlandaskan aku janji yang telah dimeterai.Nasir berkata demikian sempena menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan Jabatan Cetak Negeri Sabah dekat sini.Hadirsama sempena majlis itu Pencetak Kerajaan Negeri Sabah,Haji Salsidu Haji Ibrahim dan isteri,Timbalan Pencetak Kerajaan,Murshid Apong serta semua kakitangan JCKS.Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam Negeri Sabah,mengingatkan kakitangan beragama Islam JCKS tidak lupa membayar zakat fitrah dan zakat harta/pendapatan mereka bagi tahun ini.Sebelum itu Pencetak Kerajaan,Haji Salsidu Haji Ibrahim,melahirkan rasa terima kasihnya kepada seluruh kakitangan JCKS yang benar-benar komited apabila berhadapan dengan masalah banjir di bangunan itu.Salsidu turut berharap kepada pihak kerajaan meluluskan pembinaan bangunan baru yang lebih selamat untuk menempatkan peralatan dan mesin percetakan.Katanya,kedudukan kawasan yang menempatkan bangunan JCKS merupakan kawasan lembah menjadi tumpuan pengaliran air hujan hingga mengakibatkan banjir teruk serta merosakkan beberapa buah mesin cetak bernilai jutaan ringgit.Sempena majlis itu juga Datuk Nasir menyampaikan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim rumah anak-anak yatim Beringgis,Papar dan menyamoaikan sumbangan sejadah kepada Pengerusi Surau Jabatan Cetak Kerajaan,Murshid Apong.

Umat Islam Perlu Miliki Ilmu Ekonomi-Tun Sakaran




Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima Haji (Dr) Sakaran Dandai mengingatkan umat Islam perlu memiliki kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain khususnya dari aspek ekonomi.Katanya,umat Islam seharusnya menguasai sektor ekonomi serta keutuhan ilmu pendidikan dimana kedua-dua sektor itu sangat penting dan mampu menganjak semangat bersaing dengan masyarakat lain.Sakaran menjelaskan,cerdik pandai Islam terdahulu telah mewariskan banyak kekuatan ilmu dalam pelbagai bidang kepada umatnya yang harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadikan umat Islam kuat serta maju dalam semua aspek.Katanya, umat Islam tidak harus menyesali kepincangan lalu sebaliknya terus berusaha memimpin generasi muda khususnya pelajar mewarisi ilmu pengetahuan meliputi ilmu sains;perubatan dan ekonomi.Sehubungan itu katanya,generasi muda Islam haruslah bersedia menggalas tanggungjawab itu tanpa menoleh ke belakang.Tun Sakaran berkata demikian sempena menghadiri Ihya Ramadhan dan majlis berbuka puasa bersama warga pelajar SMK Agama Tun Sakaran di Tampi-Tampi.Hadirsama sempena majlis itu Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah merangkat Naib Yang DiPertua USIA,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran; Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.baba;Setiausaha Agung USIA,Datuk Haji Abdullah Hussin;Pemangku Pengertua SMKATS,Abdul Azizi Abd Rashid;Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Hj Musa Sabahani dan pemimpin-pemimpin tempatan.Tun Sakaran turut mengingatkan golongan ibubapa mengutamakan pelajaran anak-anak mereka dan memastikan mereka (anak-anak) tidak terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang boleh menghancurkan masa depan negara.Berlandaskan harapan itu USIA akan terus berusaha kearah melahirkan umat Islam yang berkebolehan,berakhlak mulia serta berdaya saing dengan melakukan pembaharuan dalam gerakan dakwah.

Wujud Program Agama Tarik Minat Golongan Muda-Tun Sakaran



SEMPORNA:Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima (Dr.)Haji Sakaran Dandai,menyeru semua Ahli Jawatankuasa masjid dan surau seluruh negeri Sabah berusaha lebih gigih serta kreatif menarik lebih ramai golongan muda mendekati masjid serta menyertai program keagamaan yang dianjur masjid.Tun Sakaran menjelaskan,banyak program keagamaan yang mampu menarik minat golongan muda Islam yang bakal mewarisi kepimpinan serta mengimarahkan masjid.Sehubungan itu Tun Sakaran juga menyarankan jawatankuasa surau dan masjid bekerjasama dengan jabatan serta agensi kerajaan menubuhkan perpustakaan di setiap masjid.Katanya,buku-buku yang ditempatkan dalam perpustakaan seharusnya boleh meningkatkan kefahaman umat Islam yang berkemampuan tampil menyumbang buku-buku ilmiah dan bermanfaat kepada umat Islam dalam perpustakaan di masjid.Tun Sakaran berkata demikian sempena merasmikan masjid Kampung Sowang Bubul dan menghadiri majlis berbuka puasa serta solat tarawih bersama masyarakat Islam Semporna.Hadirsama sempena majlis itu Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Setiausaha Agung Usia,Datuk Haji Abdullah Hussin,Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani serta pemimpin- pemimpin masyarakat tempatan.Sempena majis itu juga Tun Sakaran menyampaikan zakat MUIS kepada 20 orang penerima.Sehubungan itu Tun Sakaran mengingatkan masyarakat Islam terus mengukuhkan perpaduan sebagai landasan kekuatan serta merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Pemuda Islam berpendidikan disaran libatkan diri imarah masjid


SEMPORNA:Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menyarankan golongan muda Islam yang berpendidikan melibatkan diri mengimarahkan masjid dan surau di setiap kampong khususnya di kawasan-kawasn luar bandar.Katanya,penglibatan golongan muda Islamyang bakal menerajui kepimpinan negara mampu mengangkat martabat agama kearah pembinaan ummah melalui pelbagai program keagamaan.Nasir menambah,sudah sampai masanya golongan muda yang berpendidikan tinggi dan tinggal di kampung mencurahkan bakti kepada masyarakat kampong serta membantu golongan tua mentadbir masjid.Beliau yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai agama Islam Negeri Sabah menjelaskan demikian sempena menghadiri majlis bersama rakyat dan berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Kampung Tagasan Jaya di sini.Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani;kakitangan UPKR Senallang serta pemimpin-pemimpin masyarakat kampung.Nasir berkata, kepimpinan negara khususnya dalam pembinaan ummah yang maju membangun sangat memerlukan generasi muda berpendidikan menjadi pelapis serta bakal mengambil alih kepimpinan masjid,surau dan pentadbiran kampung.Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,memuji inisiatif kumpulan belia Kampung Tagasan Jaya kerana berjaya menyatukan masyarakat serta membantu membangunkan masjid di kampung tersebut tanpa banyak bergantung kepada pihak kerajaan.Nasir berkata,sikap dan semangat persaudaraan seagama yang harus direalisasikan di semua kampung berlandaskan gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat.Sempena majlis itu juga Datuk Nasir dan rombongan turut menunaikan solat Magrib,Isyak seterusnya menunaikan solat tarawih berjamaah di Masjid Al-Jal.

Jawatan KK,PJKK & KAN bukan tikit cari keuntungan



Jawatan Ketua Kampong,Pengerusi JKKK,Ketua & Wakil Ketua Anak Negeri bukan satu keistimewaan dan tikit untuk mencari keuntungan peribadi.
Jawatan diberikan kepada yang layak semata-mata satu amanah dan tanggungjawab melaksanakan tugas berkhidmat kepada rakyat diperingkat akar umbi dan kerajaan tidak teragak-agak menarik balik jawatan tersebut sekiranya mereka tidak melaksana tanggungjawab kepada masyarakat.
Selain itu mereka juga ditugaskan sebagai mata dan telinga kerajaan memantau keadaan rakyat serta memberikan maklumat yang tepat mengenai misi dan visi kerajaan berlandaskan gagasan konsep 1Malaysia yang mengutamakan pencapaian,mendahulukan rakyat.
Sehubungan itu ketua-ketua kampong dan pengerusi JKKK digesa bekerjasama membangunkan kampong dan memberikan perhatian serius mengenai pelan pembangunan serta keselamatan penduduk kampong disamping memantau kehadiran pendatang asing di kampong mereka.
Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,berkata demikian sempena menyampaikan watikah perlantikan kepada Ketua-Ketua Kampong,Ketua/Wakil Ketua Anak Negeri dan Pemaju Masyarakat di Pejabat DUN Senallang.
Sempena majlis itu seramai sembilan orang ketua kampong,seorang Wakil Ketua Anak Negeri dan seorang Pemaju Masyarakat menerima watikah perlantikan mereka disaksikan Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat,Haji Tahir Amir dan Ketua Daerah,OKK Haji Musa Sabaani.

Sunday, September 13, 2009

Wanita Usia Semporna buat persiapan...




Jawatankuasa Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Semporna di ketuai Ketua Wanita Usia,Datin Hajjah Rokiah Haji Badar kini sibuk membuat persiapan pembungkusan sumbangan kuih raya dan makanan yang akan disampaikan kepada fakir miskin,anak-anak yatim dan balu-balu kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.53 Senallang,Semporna.Majlis yang akan dilangsungkan pada 16-17 September itu di Dewan Serbaguna Kompleks Inabah Kamal dijangka akan dirasmikan Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah merangkap Naib Yang DiPertua USIA,Datuk Haji Nasir Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran.Sempena majlis itu juga Datuk Nasir selaku Adun Kawasan Senallang akan menyampaikan bantuan hari raya aidilfitri kepada pemimpin-pemimpin masyarakat kawasan Senallang termasuklah Ketua Daerah;Ketua-Ketua/Wakil Ketua-Ketua Anak Negeri,Ketua Kampung;Pengerusi JKKK; Kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat ; imam-imam.dan Ketua Cawangan.Majlis itu melibatkan penerima bantuan seramai seribu orang merupakan aktiviti tahunan Yang Berhormat Datuk Haji Nasir & Keluaga selaku Adun Kawasan Senallang dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna.

Wanita Usia Berazam Bantu Pihak Keselamatan Tangani Gejala Sosial-Datin Hajah Rokiah



SEMPORNA: Jawatankuasa Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Semporna berazam meneruskan kerjasama dengan anggota-anggota keselamatan bagi memastikan umat Islam tidak terlibat dengan aktiviti sosial negatif.
Ketua Wanita USIA Bahagian Semporna,Datin Hajah Rokiah Haji Badar,menjelaskan wanita Usia juga ingin melihat daerah mereka bebas dari pelbagai aktiviti sosial negatif dan jenayah yang melibatkan penduduk tempatan.
Datin Rokiah,berkata pengorbanan dan jasa anggota keselamatan menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan seharusnya diberikan penghargaan khususnya dalam sambutan perayaan.
Katanya,kesediaan pasukan keselamatan menjalankan tugas dalam setiap perayaan adalah semata-mata memastikan keselamatan negara terjamin daripada ancaman musuh.
Rokiah berkata,ketika umat Islam bersama keluaraga bergembira menyambut hari raya aidilfitri anggota keselamatan pula menjalankan tugas yang berat dan mencabar justru itu jasa serta pengorbanan mereka (anggota keselamatan)sewajarnyalah dihargai.
Datin Rokiah berkata demikian sempena melakukan lawatan amal dan kunjungan muhibbah dalam majlis penyerahaan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri ke Ibupejabat Polis Daerah Semporna,Rumah Sakit Pekan Semporna dan Balai Bomba Daerah.
Hadirsama dalam majlis lawatan dan kunjungan muhibbah itu Penaung USIA Negeri,Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Siti Rukaiyah bte Datuk Panglima Hj Abdullah;Naib Yang DiPertua Usia merangkap Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran;Ketua Polis Daerah,DSP Mohd Azim Khan Abdullah;Pengerusi Perkep Sabah,Datin Serizah Saad; Pengerusi Perkep Semporna,Puan Fauziah Hj Yakop,pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Polis Semporna;Pemimpin-pemimpin masyarakat serta ahli-ahli jawatankuasa wanita Usia Semporna.
Datin Rokiah,menjelaskan meskipun sumbangan Wanita USIA Bahagian Semporna seadanya sahaja ,namun Wanita Usia terpanggil untuk sama-sama memberikan sumbangan mengenang jasa anggota keselamatan.
Aktiviti amal yang dilakukan Jawatankuasa Wanita Usia Bahagian Semporna itu merupakan aktiviti yang julungkali diadakan sejak Ketua Wanita Usia baru mengambil alih tugas.
“ Wanita Usia Bahagian Semporna sedar bagi melaksanakan tugas harian mengawal keselamatan bukanlah tugas ringan malah ianya memerlukan komitmen jitu serta semangat patriotisma yang tinggi disamping memerlukan kerjasama orang ramai demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam terjamin sepenuhnya,” kata Datin Rokiah.
Sempena majlis itu Penaung USIA Negeri,Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Siti Rukaiyah bte Datuk Panglima Hj Abdullah menyampaikan sumbangan hari raya berbentuk kuih muih kepada angota keselamatan,pasukan bomba dan pesakit-pesakit Rumah Sakit Daerah Semporna.

Sunday, September 6, 2009

‘Mandul’, tapi Tetap Menghanyutkan

Tak selamanya, warna dan serat daun jadi isu menarik. Itu jika kita berbicara mengenai anthurium unik. Sebab, tanaman yang masih memiliki famili araceae ini juga memiliki jenis yang berdaun glamour dengan gemerlap warna dan kehalusan struktur daun di atas rata-rata yang terdapat pada jenis anthurium sirih.
Ia bernama sirih. Sebab, jenis satu ini sangat mirip dengan tanaman yang sering digunakan sebagai inang oleh orang-orang jaman dulu, yaitu sirih. Tak hanya bentuk, pola tubuhnya merambat (sedang anturium lain pada umumnya memiliki batang tegak), membuat kita seakan teringat oleh tanaman sirih yang biasa tumbuh menjalar.
Jika dibandingkan dengan jenis lain, jenis ini relatif memiliki harga jual dan purna jual stabil dan cenderung tinggi. Uniknya, hal itu terjadi sampai sekarang, dimana penjualan anthurium bisa dibilang agak lesu. Sekedar pantauan singkat, harga sirih saat ini untuk usia satu daun anakan hasil split dihargai Rp 300.ribu.
Sedangkan untuk usia dewasa atau daun berukuran lebih dari 30 cm, harga minimal Rp 8 juta (di atas harga jenmanii yang usia satu daun saat ini bisa didapat dengan harga Rp 100 ribu dan usia remaja dan dewasa sering dihargai minimal Rp 2 juta). Tak sedikit penjualnya beralasan, mahalnya tanaman ini dikarenakan susahnya sirih untuk dibudidayakan, juga perkembangannya cenderung sangat lambat.
Benar saja, dalam setiap keluar daun baru, jenis ini biasanya membutuhkan waktu lebih dari 3 bulan. Itu jelas waktu lama jika dibanding dengan jenis lain yang sering menelurkan daun baru setiap 2 minggu sekali. Jenis ini juga termasuk anthurium mandul dan susah untuk dikembang-biakkan.
“Umumnya, barang (anthurium sirih) yang saat ini beredar di pasaran adalah hasil split. Sebab, pada umumnya sirih susah keluar tongkol,” kata Pebisnis Anthurium di Ragunan Jakarta Selatan (Jaksel), Totok Gondowasito.
Menurutnya, meski permintaan tak sebanyak gelombang cinta, tapi permintaan sirih masih terus mengalir dengan harga yang relative tinggi. Itu membuatnya bersemangat untuk mempelajari teknik split pada anthurium.
“Biasanya anthurium sirih diperbanyak dengan cara ini. Ketika anthurium sirih berusia lebih dari 6 bulan, memiliki sedikitnya dua daun dan sudah keluar mata akar, itu adalah saat yang tepat untuk memisahkannya,” ujar Totok.
Selain susahnya tanaman ini mengeluarkan tongkol sebagai media perbanyakan, sirih termasuk satu diantara jenis anthurium langganan juara di setiap kontes anthurium. Hal ini tak terlepas dari tampilan daun yang sering memikat mata juri penilai. Dan bukannya kecelakaan atau malas keluar, tongkol yang sering keluar pun tak jarang sengaja dipotong untuk mempertahankan keindahan daun. Hal ini yang sering dilakukan oleh M Sutoyo Santoso, Pebisnis Anthurium di Solo Jawa Tengah (Jateng).
“Seperti anthurium yang lain pada umumnya, kemunculan tongkol sering mengganggu perkembangan daun, sehingga jika tak dipotong, daun yang keluar akan mengalami kecacatan. Misalnya, berlubang atau kerutan yang muncul, sehingga mengurangi estetika sirih,” ungkap pria yang sering mengikut-sertakan sirihnya dalam setiap kali ada kontes anthurium ini.
Pada dasarnya, lanjut Sutoyo, jika dilihat perkembangan tongkol sering jadi dilema sendiri bagi pemilik anthurium. Nutrisi yang terbagai jadi alasan mengapa salah satu bagian ini harus dikorbankan. Biasanya hal ini dilakukan sesuai dengan kebutuhan. Jika ingin membudidaya, daun yang sudah besar harus rela berlubang.
Namun jika daun yang ingin dipertahankan, mau-tak-mau tongkol harus dipangkas. Paling tidak, hal itu yang jadi rahasia Sutoyo dalam mempertahankan kecantikan koleksi anthurium sirihnya. [adi]
Perawatan Benar, Tongkol pun Rajin Keluar
Meski terkenal dengan anthurium mandul, keluarnya tongkol pada anthurium sirih tak berarti harus merusak daun. Bahkan kedua bagian ini bisa tumbuh optimal dan menghasilkan anakan jempolan. Tak ada formula khusus untuk menjaga kedua bagian ini tumbuh dengan sempurna. Hanya perawatan dan pemahaman akan karakter tanaman, harus ‘benar’ diperhatikan.
Hal ini yang telah dicoba dan kelihatannya akan berhasil memperbanyak anakan sirih melalui perkembang-biakan biji. Adalah Hermansyah, Pebisnis Anthurium di Sleman Jogjakarta, merupakan satu diantara orang yang beruntung itu.
“Tak selamanya tongkol akan merusak daun dan sebaliknya. Dengan perawatan yang benar, kedua bagian ini bisa tumbuh secara berdampingan,” imbuh Hermansyah.
Perawatan yang benar, menurut Herman, adalah kebutuhan nutrisi dan media tanam yang tepat. Pemupukan harus stimulan dan memberikan pupuk beda merk paling tidak setiap 3 minggu sekali. Selain itu, dalam hal penyiraman dilakukan minimal 2 kali dalam sehari. Tujuannya untuk menhindari tanaman dari dehidrasi.
“Biasanya daun atau tongkol yang dehidrasi akan terlihat lemas. Jika hal ini dibiarkan, maka usia daun atau tongkol ini tak akan bisa lama,” imbuh Hermansyah.
Namun perawatan standar ini tak selamanya berlaku dan sama di setiap tempat. Ini tentu saja tak berlaku di semua tempat, karena umumnya beda tempat – beda pula perawatan. Misalnya, proses penyiraman harus sering dilakukan di daerah-daerah dataran rendah dibanding dengan daerah dataran tinggi, karena tingkat dehidrasi tanaman di dataran rendah sangat tinggi.
Bahkan tak hanya perkembangan daun dan tongkol yang sempurna, modifikasi lingkungan juga dapat menciptakan keunikan pada warna anthurium. Dengan kata lain, warna yang konon hanya bisa dimunculkan di daerah dataran tinggi pun bisa diciptakan di daerah dataran rendah.
Menurutnya, ada beberapa hal yang harus dipenuhi dalam setiap pemeliharaan anthurium. Diantaranya, sirkulasi angin, kesejukan ruangan, dan perawatan yang intensif dilakukan setiap harinya. Meski begitu, daerah yang berpengaruh dengan lingkungan tak selalu berpengaruh pada keluarnya warna pada anthurium.
“Dimanapun juga tanaman bisa dicetak jadi cantik. Asal kita dapat menciptakan suasana tiruan, sehingga tanaman jadi nyaman (sedikit banyak mendekati lingkungan di dataran tinggi),” jelas pria berkacamata ini. [adi]-May 6, 2008 by tabloidgallery

Ilusi rindu yang terbungkus

Berdiri di atas jambatan sungai Brunei menatap deretan rumah kampung Ayer sambil menyaksikan teksi air berlumba-lumba mengejar penumpang cukup mengasyikkan.Suasana kehidupan unik serta menarik perhatian tiap tetamu yang baru bertandang ke kota Darussalam.Di sebelah kanan menuju ke hulu sungai tersergam indah istana berkubah emas mengilau pandangan ketia mentari senja memancarkan cahaya.Istana Nurul Iman.
Terpegun mata memandang sebuah panorama alam yang indah dan menakjubkan. Kekayaan melimpah ruah telah terbongkar dari alam pesona cinta.Cinta Al-Khaliq pada hambaNya yang terpilih.
Tiba-tiba lamunan terhenti.Laungan azan dari masjid Omar Ali Safiuddien memporak perandakan belaian syaitan yang bertenggek ditiap pojok kalbu insani.Perlahan-lahan dia menghayun langkah menelusuri jambatan lewat lorong sempit deretan rumah atas air.Kereta dari pelbagai jenis masih lagi berbondong-bondong di jalan raya bagaikan angkatan perang semut merah menuju ke medan pertempuran.
Para penjual sayur dan buah-buahan serta Padian yang berjaja ikan dalam perahu di tepi jambatan darmaga asyik melayan pelanggan.Suara hiruk pikuk berbaur dengan deru injin kereta yang lalu-lalang.Gema azan masih kagi mengumandang megah di angkasaray lewat menara masjid berkubah emas.Sekilas ingatan membayang wajah masjid kota Darussyadah yang ditinggalkan tujuh musim dahulu.Ah,tidak mungkin.Dia telah lama hanyut bersama cerita silam yang telah lama dilupakan orang.Orang-orang yang tidak mudah mengenang kealpaan orang.Sirna.
Betapa semusim lewat dia melangkah penuh santai tanpa arah memapah luka yang membekam di dada.Dengan penuh tegar mengucapkan selamat tinggal pada lembah pergunungan.Pada sawah ladang menguning emas padi malinja.Dia tanpa berpaling menatap lambaian tangan kekasih di pelabuhan dukana biru ungu sambil membebaskan merpatik putih dalam sangkar.Lalu sekian musim itu juga rindu resah telah memidana ragajiwa kencana bianglala terluka.
Dengan penuh asyik dia bersimpuh sambil menadah tangan di bawah kubah emas masjid kota.Memohon restu Maha Pencipta pemilik segenap kasih sayang mengharapkan doa demi doa kabul pada harapan harapan harap yang terbungkus erat dalam kalbu insaniah dan ingatan itu dengan penuh santun menerpa satu demi satu ke ruang ragajiwa yang kering dan kaku.
Kota metropolitan yang amat banyak mengajar dia tentang hidup sudah lama dilupakan.Seperti dia pasrah melupakan para warga yang telah memaksa dia berangkat pergi. Sebenarnya dia bukan pengecut seperti tomahan itu.Bukan.Kalau pun ada yang tegar menyematkan ucapan itu kepadanya dia tetap tidak peduli.Sekilas pun dia tidak pernah mahu meladeninya.Dia tetap menghormati kata putus yang telah ditentukannya sendiri.Pasrah.Pun dia mengerti bahawa dia tidak pernah menzalimi diri sendiri kerana bukan dia sebagai dia harus menerima gelar itu.Persetan!Kalian tidak pernah mahu bertanya pada keringat yang telah lama kita satukan dengan tinta di atas kanvas alam.Aku bukan penderhaka.Bukan.
Ternyata dia masih bernafas malah tidak akan mati lantaran tertikam duri sembilu.Dia masih hidup bagai kuntum padi malinja dimusim panen.Meski suaranya sesekali cuma mendesis lewat angin senja Darussalam,namun ragajiwanya tetap utuh.Utuh bagaikan gunung batu berdiri megah.
Dia masih seperti dulu.Tidak pernah dia mengimpikan bintang kejora.Meskipun segunung intang dipersembahkan ke atas pangkuan,dia tidak akan berpaling sekilas pun jua.Dia tetap pasrah semadi dalam diri mengukuhkan impian sejati kerana musim sepi,musim rontok dan sekian musim telah bersemadi dalam dirinya kini.Kukuh.
Para jemaah sudah lama beredar.Dia masih lagi bersimpuh di bawah kubah emas masjid Omar Ali Saifuddien menadah tangan memohon restu Illahi dengan harapan harapan harap Rabbul Izzati mengkabulkan dia kudunya.
" Pulanglah anak rantau,ibu tuamu telah lama menunggu dengan penuh harapan rindu," suara lembut itu seperti hari-hari kelmarin mengetuk pintu hayalnya.
" You tahu Zahid? Sejak pemergianmu daerah ini kian pesat membangun bersama keringat para warga.Warga yang telah memiliki pilihan mereka sendiri.Kehilangan seorang teman sepermainan memang telah lama kami rasai,seperti robohnya bangunan lama beratap rumbia itu.Tenteramkah engkau di sana,Hid? Kenapa tiba-tiba engkau menghilang tanpa pamit dan ucap salam? Kau kecewa ?" Interogasi lembaran demi lembaran biru ungu itu menebar sinis sambil menerjah ruang resahnya rindunya kini.
"Kecewa? Masya Allah! Percintaan sejati tidak pernah mempamerkan kilawan wajah kesal kerana penyesalan dalam inti kalbu bagaikan sang nakhoda yang tidak terampunkan oleh doa-doa petualang.Persis apakah kita bisa alah pada sesal kesal?"
"Pengecut dan munafik!"
"Astagaaaa...kenapa sampai begiu,Nida?"
"Tapi,kenapa engkau berhijrah?"
"Alhamdulillah taqdir telah datang padaku dan taqdir itu jualah yang telah berlaku pada Hamlet yang duka atau pada Oeidipus Sang Raja,bulan?"
" Tapi,kita tidak lagi berada di saman Sphinx!"
"Benar.Kita sekarang berada dizaman atom,nukelear atau zaman meterialstik.Seperti juga engkau tegar melupakan janji setiamu.Lembaran biru itu telah kau lipat lalu engkau lemparkan ke dasar laut.Kau biarkan aku terpingga-pingga mentafsir persoalan demi persoalan yang tidak mungkin aku temukan maknanya.Kau tinggalkan dusun tua berhijrah ke pulau Mutiaraa tanpa pamit.Kau bangga dengan apa yang kau gapai dan begitu mudah kau melemparkan tohmah ke atas pundakku tanpa memberi laluan aku membela diri,"
Satu demi satu ketukan itu sirna.Perlahan-lahan dia mengusap kedua tangan ke wajahnya.Wajah yang telah hilang serinya sekian musim.Sebentar dia bingkas dan terus melangkah menuju ke jalan raya.Kenderaan berbagai jenis masih lagi berbondong-bondong sambil bersilang arah menuju ke utara jalan raya kota Darussalam.
Udara malam kota Darussalam menerobos masuk lewat pintu jendela kaca kamar yang terbuka.Langsir biru muda dibuai-buai angin malam.Dia masih duduk santai di ruang tamu menghadap kaca televisyen.Isteri dan puteri sulungnya sudah lama dibuai mimpi.Sesekali dia menguap namun matanya terlalu sukar dipejamkan.Fikirannya masih jauh mengembara.
"Engkau tidak perlu pulang,Zahid.Namamu telah lama sirna.Sirna bersama malam tanpa bintang,"suara itu bagaikan halalintar mendesau di kuping ingatanya.
"Ah,benarkah begitu?"
"Engkau bukan pengecut,Hid.Bicara galak itu tak usah kau gentar.Taringnya sudah tidak berbisa lagi," dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menghembuskan perlahan.Kopi yang masih terbaki dalam gelas dihadapannya telah lama menjadi santapan semut-semut kecil.
"Prinsip kita menecegah kebatilan dan menolak kemungkaran.Kau bisa bisa apa saja.Pertahankanlah apa yang perlu kau pertahankan.Engkau bukannya sandera yang harus pasrah.Buktikan pada semua tetangga bahawa kebenaran itu akan mensirnakan segenap nista yang mereka lemparkan,"
"Aku sedar itu,Iman.Betapa keringat kita gugur satu demi satu ke atas pasir lalu menjadi intan dan mereka seenaknya meratah dengan rakus semua hak yang bukan milik mereka.Aku rela meninggalkan daerah ini agar mereka bahagia mengaut untung atas jerih payah kita.Sekoga Tuhan akan tetap mengadili kita dengan adil dan saksama,"
"Aku kasihan padamu,Hid"
"Diam.
" Kota ini masih memerlukanmu,Hid.Lihatlah sawah dan ladang itu hijau segar di bawahterik panas mentari dan taman bunga di khaki gunung harum baunya menghimbau rindu akan layu tanpa kehadiranmu di sini.Tegarkah kau,Hid?"
Tiba-tiba saja ingatannya melayang jauh ke lembah pergunungan.Lembah pergunungan yang telah lama ditinggalkan.Suara merdu seruling bambudari pondok usang di tepi permatang bagaikan memanggil-manggil dia pulang.Pulang ke pangkuan bonda yang sudah sekian purnama memendam dukalara.Dimanakah kasih harus tertumpah,sedang kuning emas padi malinja telah lama berbunga mutiara tetap menanti huluran tangan sang warga.
Susur galur gelisah telah lama mengadun segenap madu rindu mula berkocak di tengah samudera kalbu.Lambaian suara itu bagaikan menggoncang seluruh nadi alam. Entah sejak kapan gelora hati mencanang genta rindu? Ingin sekali dia mengirim resah salam gelora rindu pada semayang angin biar pintu itu terkuak lebar.Biar awan gemawan mencorak sorotan mata dukanya dan biar warna kota tahu bahawa dia tidak pernah alah pada alam.
Bagai ada kekuatan baru yang mengisi ragajiwanya kini.Kekuatan yang bercambah dari riak madu pesona angin dingindari puncak rindu dendaknya.Pun hatinya yang terluka tetap meruap ke tiap sudut kamar hati lelakinya.Genta purba mencanang nostalgia biru ungu.Dia bukan dari kumpulan anak-anak terkucil.Jauh sekali sebagai orang terkutuk.Disambar geledek pun dia tidak gentar.Hatinya hati batu.Batu karang selat sulu.
"Ah,biru muda nyanyian camar,apakah segala cinta harus tergadai?"
"Kalau kakimu telah terhulur ke dalam lingkaran hitam kelabu sedang relung cahaya amat payah kau kecapi,maka kembalilah ke pohon iman.Di situ akan kau saksikan berjuta kemilau cinta,"
Malam telah lama membening.Di luar hujan rintik-rintik membasahi bumi Darussalam.Perlahan-lahan dia merebahkan diri di sisi isterinya.Puteri sulunya telah lama terlena sambil mendakap lengan ibunya.
"Masih adakah waktu sedang pencarian tidak pernah ada penghujungnya?" Kata hatinya kecilnya.Sebentar dia terlena dalam dakapan ilusi yang bertaut erat dalam dogma resah rindu dukana biru muda.

Thursday, September 3, 2009

Bayangan rindu semalam

Telah sekian musim rindu itu terpidana dalam kalbu nan lara.Rindu yang mulai rontok oleh gema keterasingan.Keterasingan yang amat menyeksa.Bagaikan bebeurung camar pulang dari bertualang dia menyeka langsir biru muda.Menatap awan gemawan melakar warnawarni wajah malam.Dia ingin belajar mengukir senyuman di bibir yang rekah.Matanya polos memugar seribu harapan harapan harap pada dedauanan resah.Harapan yang mula redup bagaikan bulan pucat dirembang petang.Pintu jendela itu kini terkuak lebar dan dia kembali menghadap cermin.Cermin yang sekian waktu tetap setia menghimpun rahsia hatinya.Hati seorang dara yang terluka.
Bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa mnegelus lembut dedaun malam tanpa bebintang.Nyanyian camar membalam di pojok hening malam.Sesekali elusan nafasnya mendesah melepaskan lelah kalbu.Kalbu ingatan lewat kolam mata bening di depan cermin yang mula kabur oleh kabut gelisah resahnya.
Dengan penuh santun dia melontarkan mata hayatnya memaut dedaun perjalanan yang sekian kini terhimpun dalam benak sukmanya.Satu demi satu langkah gotainya terhayun ke perdu ingatan.Sesaat wajah-wajah itu bagaikan datang silih berganti,bersimpuh dan menyapa dirinya.Dirinya yang telah sirna oleh getarasa.Getarsasa yang memaut kealpaan diri semakin menguliti belikat mata batinnya.
" Siapa yang lebih baik dari hari kelmarin,dia adalah orang yang beruntung.Siapa yang sama seperti hari kelmarin dia adalah orang yang sia-sia dan siapa yang lebih buruk dari hari kelmarin dia adalah orang yang merugi," suara utu menggema lagi mengetuk-ngetuk kupingnya.Suara seorang kiyai yang palingdihormatinya.
Ilusi demi ilusi bertaut erat dalam bijana perak madu hayalnya.Kekadang tersungkur rebah kemudian bangkit lagi memapah serpihan sari yakinnya di kaki langit.Dia tahu penantian itu sesuatu yang amat menyakitkan ,namun dia tetap tabah.Setabah ombak memecah batu karang di teluk Brunei.Janji yang terlafaz akan dikotakan.Kendatipun nanti mentari harus tenggelam dalam tasik biru ragajiwa kecundang.Dia tetap angkuh menidakkan segenap prasangka.
Demikian episod perjalanan demi perjalanan yang sempat terlewati dengan penuh cerita dukana biru ungu pentafsir makna.Segugus ingatan pada tanah bonda kekadang menerjah benak rasa kala sepi mula merona palka sendu di dada,dimata hingga harapan harapan harap sesekali membingkai ditiap pojok doa-doa kudusrang muda yang bertualang dan sering hilang pertimbangan.
Sepuluh tahun.Ya sepuluh tahun telah kembali memantau segenap harapan biru ungu di dada dan senandung tembang nara pidana kekadang berkumandang lembut mencanang genta nostalgia bagaikan irama `evergreen' yang lembut dari ccakera padat yang diputarkan lewat kesepian demi kesepian malam yang membekam jejantung ingatan.
Rasa berdosakah yang sering membuat kita kekadang hilangpertimbangan atau sang takdir yang datang menggoda warna-warni iman?
" Pulanglah anak rantau.Sawah ladang telah lama kering kontang.Tak usahlah terlalu prihatin memintal tali temali dendam di atas perdu buih-buih samudera kerana kuntum-kuntum padi malinja berbunga mutiara telah lama terpojok di atas ranjau igau,"
" Benarkah begitu? Tetapi mengapa dia masih melakar benang-benang sutera di atas kanvas sambil menyanyikan puisi-puisi duka sang dara:...dan biarkan ia bebas di atas wadah kencana dan taring yang berbisa akan dipatahkan.Biar rontok dimamah zaman..."
" Ketahuilah, Ela bila telah datang kebenaran segala kebtilan akan ranap musnah.Kau harus sadar usia kita semakin menakah puncak mimpi yang mengasyikkan.Sedang pesisir noda yang terbekam dalam sukma tidak akan pernah pudar selagi tidak disucikan dengan madu iman.Sujudlah pada Penganugerah Rahmat pasti disana kau temui erti diri yang sebenar," surat yang sudah lusuh itu dilipat kembali kemudian dimasukkan ke dalam sampul biru muda.
Dengan santai dia mencapaikain peraca yang tersangkut di birai tanjang.Kemudian dia mendekati cermin kaca dan menggilapnya dengan penuh hati-hati.Dalam sorotan lampu yang samar-samar dia menatap wajahnya yang mula dimamah usia.Matanya yang dulu bersinarangkuh kini semakin kuyu dan kedut di wajah mula mencarik-carik usia remaja.Dia kembali duduk di birai ranjang.Malam yang telah lama membening dibiarkan berlalu.Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah bingkai emas yang tersangkut di dinding kamar.Potret anak-anak lembah kinabalu tersenyum sinis bagaikan menatapnya yang sedang dalam kekalutan.
"Perlu kau ketahui Ela.Aku sudah lama meninggalkan Sanggar Kastari.munkin kita dari sikap senasib.Disaat aku perlu meluahkan semua yang terpendam di lubuk hati agar tidak membeban ragajiwa,namun semua penjelasan mendapat tanggapan negatif.Jadi untuk apa kita harus bertahan setelah semuanya mulai hambar?" surat yang baru tiba itu pagi tadi diulang baca.
" Akhirnya kau pergi jua,Dayang.Pergi utnuk meneruskan pengembaraan yang tak pernah selesai setelah sekian tahun mengabdikan segenap ragajiwa,"getus hatinya.
Dia masih ingat lagi.Disuatu senja yang muram diakhir November sedasawarsa nan lalu.Disaat akhir dia mengambil kata putus cuma Dayang satu-satunya sahabat yang memahami dirinya.Dirinya yang terlalu agresif dan keras kepala menurut pandangan rakan-rakannya yang lain.
" Bersabarlah, Ela akumengerti perasaanmu.Mungkin Dang Jijah mempunyai pandangan berbeda dan harus mempertahankan sikap egonya," pujuk Dayang sambil menepuk pundaknya.
Kenangan.Teman-teman yang lain masih lagi meneruskan latihan tanpa menghiraukan mereka.Dayang dan Ela melangkah gontai ke arah bangku di tepi pantai.Deru ombak pantai Cina selatan berbaur dengan deru injin kereta yang mulai berbondong-bondong menyusuri jeraya pantai.Pantai Seri Kenangan.
Ela melabuhkan punggungnyake atas bangku batu di bawah pohon cemara rendang dan dayang menyanyi-nyanyi kecil sambil melontar bebatu kerikil ke tengah laut.
" Tindakan memusuhi orang bukanlah sikap manusia intelek,Ela" ujar Dayang sebaik sahaj duduk di sisi Ela.
Ela diam sambil melontar pandangan ke tengah laut.Beberapa ekor burung camar melayang-layang di udara sambil berebut-rebut hinggap di atas dahan cemara yang meliuk lintuk dipuput bayu.
" Mungkin seharusnya aku dihukum kalau benar aku bersalah,tetapi cubalah jelaskan dahlulu perkara sebenarnya," getus Ela sambil memandang Dayang.Dayang tersenyum sinis memandang ke arah pentas terbuka. Muzik tradisi yang cukup mengasyikkan menarik perhatian Dayang seketika.
" Memang benar kata-kata si Attar dari Nishaour,Ela: Ketika sebuah anak panah terlepas dari busurnya,ia mungkin berjalan lurus atau mungkin tidak, menurut apa yang dilakukan oleh si pemanah. Oleh kerana itu betapa anihnya kalau anak panah itu meleset tanpa penyimpangan,itu adalah kerana keterampilan si pemanah tadi. Tetapi kalau berjalan diluar yang benar,anak panahlah yang akan menerima kutukan," jawab Dayang sambil menyeka rambutnya yang berterbangan ditiup angin.
" Soalnya kita tidak mengetahui apa-apa tentang diri kita dan dalam keadaan begini kita kekadang bagaikan lilin dalam sarang madu.Apa yang kita ketahui tentang api atau nyalanya tidak merata? Kalau sampai pada tahap lilin dan kalau sinar terpancar tahulah kita.Demikian kalau kita hidup,kita mati dan hanya mengira diri kita hidup,"
" Benar Ela.Dimata orang arif si pencuba pertarungan dengan gajah bukanlah seorang yang berani. Si pemberani adalah dia yang tidak mengatakan sesuatu apa yang pantas dalam kemurkaan," balas Dayang setuju dengan pendapat sahabatnya.
" Masihkah kau ingat kata-kata Hakim Jani,Dayang? Katanya: Jangan menyombong bahawa engkau tidak punya kebanggaan kerana ia kurang terlihat ketimbang khaki semut di atas batu hitam pada waktu malam. Dan jangan fikir bahawa mengungkapkannya dari dalam ke luar adalah mudah sebab adalah lebih senang untuk mencabut sebuah gunung dari bumi dengan sebatang jarun,"
Dayang dia.
" dayang,aku harap doamu tetap mengiringiku di perjalanan nanti. Begitupun segala apa yang pernah kita lakukan selama ini terhadap nusa dan bangsa akan kau teruskan bersama teman-teman yang masih setia pada perjuangan ini," kata Ela serius.
" Semoga kau tetap tabah menghadapi segala dugaan di perantaun nanti,Ela.Anggaplah semua ini sebagai bekal ketika kau haus dan lapar di perjalanan kelak," sahut Dayang sayu.
" Terima kasih,Dayang.Aku tidak lupa pada budi baikmu selama ini,"
" Moga kau sukses dan bahagia di perantauan kelak,Ela.Jangan lupa bahawa hidup ini adalah perjuangan yang harus kau menangi dengan total," balas Dayang sambil mengiringi Ela ke pentas terbuka.
Ela bersalaman dengan semua temannya kemudian dia menuju ke kawasan letak kereta.Dang Jijah yang baru tiba tertegun melihat Ela melangkah ke arahnya.Tiba-tiba deru injin keretanya mengaum terus beredar meninggalkan Ela dan Dayang.Kedua sahabat itu berpandangan sesama sendiri.
Ela melabuhkan punggungnya ke atas bangku panjang pelabuhan.Beberapa buah kapal besar berlabuh sambil para buruh pelabuhan sibuk memunggah barang dari perut kapal.Injin teksi air yang berlumba-lumba mengejar penumpang berbaur dengan suara hiruk pikuk penjajah sayur dan ikan di tepi jalan raya.Riak air sungai Brunei berkocak bak ombak alun beralun memecah ke tebing darmaga.Dayang yang duduk di sisi Ela hanya membisu sambil menatap para penumpang masuk ke dalam kapal.Kapal air yang bakal membawa sahabatnya pergi jauh.Sedih.
"Terima kasih sekali lagi,Dayang.Rasanya setiakawan ini akan tetap subur di hatiku.Insya Allah!," ujar Ela setelah membisu sejak tadi.Dayang hanya tersenyum sambil ,enepuk pundak sahabatnya.
" Syabas,Ela.Aku bangga dengan sikapmu.Memang kekadang kita harus mengalah,tetapi bukan bermakna kita kalah.Ular menyusur akar tidak akan pernah hilang bisanya sedang cacing yang berlagak bagaikan sang tedung tidak mungkin akan berbisa.Aku tahu engkau telah encuba banyak kali memperbaiki keadaan,namun hasilnya tetap negatif,kan? Jadi,bukanlah salahmu memperhanankan tindakanmu ini." Balas Dayang memberi perangsang.
" Entahlah,Dayang.Aku benar-benar bengang dengan isu ini.Setahuku aku tidak pernah terniat melukai sesiapa.Selama ini aku cukup menghormati dan menghargai budi jasa kakak yang kerananya aku banyak mengenal banyak hal dalam hidup ini.Ah,biarlah dia dengan prasangkanya,"getus Ela kesal.
"...baiklah,Dayang aku mohon pamit.oh ya,tolong sampaikan salamku pada Dang Jijah.Semoga dia berbahagia bersama orang kesayangannya,"dayang hanya tersenyum sambil melambaikan tangannya pada Ela yang telah lama melangkah masuk ke pintu kapal.
Peluit telah lama dibunyikan.Semua penumpang sudah berada dalam perut kapal.Kapal Seri Buana.Dayang masih lagi berdiri di pelantar darmaga.Beberapa orang penumpang lain turut melambaikan tangan pada kekasih-kekasih,handai taulan lewat jendela kapal.Sebentar kemudian kapal Seri Buana bergerak perlahan meninggalkan muara sungai besar menuju ke laut Cina selatan.
Kokok ayam jantan sayup-sayup terdengar di hujung malam. Nyanyian cengkerik di pepucuk dedaun kian rancak bersahutan dengan irama nyanyian sang kodok di tepi paya.Sesekali dia menguap melepaskan lelah kantuknya. Dia menoleh ke kamar sebelah.Teman-teman sudah lama dibuai mimpi lena. Sesekali kokok ayam jantan mengganggu lamunannya.Dia berdiri dan menguap beberapa kali sambil menuju ke ruang tamu.Suis hi-fi dihidupkan kemudian dia mencapai cakera padat dan menekan punat pemain cakera. Tray cakera mendesis keluar dan dia terus meletakkan cakera kemudian menekan punat itu kembali.Perlahan-lahan dia memasukkan jack-headphone sambil mendekapkan ke telinganya.

"...malam ini kasih teringat aku padamu
seakan kau hadir di sisi menemaniku
Ku yakinkan diri agar tiada sepi
Kulewatkan hari di dalam mimpiku
Seandainya mungkin kumampu terbang ke awan
Detik ini juga kuakan melayang kesana
Kubawa pulang dirimu yang sangat kusayang..."
Suaranya terdengar perlahan turut mendendangkan lagu kegemarannya itu.Kasih!

Malam semakin membening.Dia masih lagi duduk terpaku di atas sofa di ruang tamu.Ingatan pada kampung halaman kian menghantui benaknya.Wajah-wajah ceria yang pernah dikenalnya satu demi satu menerpa ke ruang hayalnya.Namun wajah bonda seta adik-adik yang dikasihi tetap menambah rindu hayal mencengkam kalbunya.Rindu.
"Ah,biarkanlah,pujuk hati kecilnya.Suatu hari pasti akan pulang jua.Pulang bersama kebenaran yang ditemui,"bisik hati kecilnya lagi sambil menutup matanya perlahan-lahan.Sebentar kemudian dia pun terlena di atas sofa bersama bayangan rindunya yang kian menyentak.



Wednesday, September 2, 2009

Catatan perjalanan:sekadar pandangan dari belakang lensa...






















PENERBANGAN kami yang sepatutnya dijadualkan berangkat dari Kuala Lumpur ke Medan pada 14:45 petang waktu Malaysia tiba-tiba ditunda lewat setengah jam akibat penerbangan lewat tiba dari Kota Kinabalu.Kata seorang kawan yang turut dalam rombongan masalah seperti ini memang sering menyusahkan penumpang dan merimaskan menunggu keberangkatan apa lagi kalau melibatkan penumpang ‘Connecting Flight’ ke suatu destinasi tertentu.Dalam hati turut rasa resah kerana penerbangan kami dari Lapangan Terbang Polonia, Medan akan berangkat ke Banda Acheh tepat pada 15:35 petang waktu Medan .Sementara menunggu penerbangan kami melihat beberapa orang petugas lewat dinding kaca mengangkat bagasi penumpang dilemparkan sesuka hati ke dalam perut kapal terbang seperti menghumbankan buah kelapa ke dalam lori barang.Dalam hatiku berkata,tidak hairan kalau ada bagasi penumpang yang pecah dan rosak.Cuai.Penerbangan kami tiba di Lapangan Terbang Polonia, Medan kira-kira jam 14:20 petang waktu Medan dan berangkat ke Banda Acheh tepat pada 15:35 petang.Ketika melihat jam di tangan seorang penumpang warga Indonesia menyapa dari belakang,” Nggak usah bingung,pak.Bapak ngak kehilangan waktu.Waktu di sini satu jam mundur berbanding waktu Malaysia ,” ujarnya ramah.Kami hanya mampu tersenyum lega dalam kehairanan.Selepas pemeriksaan dokumen perjalanan kami menuju ke ruang bagasi yang sudah dikerumuni Porter yang lebih sibuk daripada penumpang.“Pak, biar kami yang urus bagasinya,bapak tenang-tenang saja.Ini nomor saya 189.Bapak tunggu saja di sono,ya,” ujar salah seorang Porter ramah.Selesai urusan bagasi kami terus menuju ke ruang pendaftaran masuk dan menyerahkan tikit penerbangan kepada petugas tak rasmi yang mencari makan di Lapangan Terbang Polonia.“ Maaf ya,Pak. Dua tikit kelas bisnis saja yang komfom dan yang satu lagi terpaksa duduk kelas ekonomi.Tapi,nggak usah kuatir bapak-bapak tetap bisa berangkat semua ke Banda Aceh,” ucap petugas itu penuh yakin.Kami hanya mampu mengomel sesama sendiri dengan karenah warga Indon yang sengaja mencari akal menambah pendapatan.Setelah menerima Pas Naik Pesawat ( Boarding Pass ) Penerbangan GA146 ke Banda Acheh kami menuju ke ruang keberangkatan sambil meneliti pas naik yang dikepilkan resit Airport Tax yang sepatutnya dibayar Rp25,000.tetapi dibayar lebih tiga kaliganda.Muakal!Sepanjang perjalanan menuju ke hotel di Banda Acheh kami tidak melepaskan peluang meninjau lewat cermin kereta sambil mendengar penerangan ringkas pemandu yang menyambut kami di lapangan terbang Acheh.PROVINCI Nanggroe Banda Acheh Darussalam yang dikenali dengan jolokan Serambi Mekah kini mula membangun selepas dilanda gempa bumi yang disusuli Tsunami 26 Disember 2004.Bencana Tsunami yang meranapkan rumah penduduk khususnya pekan-pekan di sepanjang pesisir pantai Acheh itu khabarnya telah mengorbankan 130,000 nyawa dan lebih 90,000 orang hilang tidak diketahui jasadnya hingga sekarang.Selain itu lebih setengah juta orang terpaksa hidup dikhemah-khemah penempatan dengan segala penderitaan dan keperitan hidup.Namun selepas tiga tahun setengah keadaan perkampungan yang dilanda tsunami itu mula berubah dengan pembangunan perumahan hasil bantuan dana dari pelbagai Negara termasuk dari Malaysia .Selepas membersihkan diri kami dibawa ke Masjid Raya BairurRahman untuk menunaikan solat magrib berjamaah yang diimamkan Imam Besar,Prof.Dr.Tengku H.Azman M.Ismail M.A.Selepas solat semua jamaah berdoa masing-masing dan tidak seperti solat berjamaah di masjid-masjid di Malaysia yang dipimpin oleh imam solat.Antara jemaah yang turut solat Menteri DiJabatan Ketua Menteri Negeri Sabah,selaku Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Sabah merangkap ketua rombongan,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran; Ketua Dewan Kemakmuran Masjid (DKM) Acheh,Drs. H.Hasan Basry; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Haji Amri Suratman; Setiausaha Rendah 1,JKM Sabah,Datuk Haji Ag.Sharin Alimin ; 15 orang ahli rombongan negeri Sabah ke Banda Acheh yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu serta masyarakat Islam Banda Acheh Darussalam.Sementara menunggu solat Isyak satu ceramah khas disampaikan Pengerusi Program Al-Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu,Haji Jamal Tun Sakaran mengenai Perancangan Strategik Pembangunan Masjid Di Alaf Baru;Masjid Sebagai Nadi Pembangunan Strategik Kemajuan Agama,Sosial & Ekonomi Ummah disiarkan secara langsung melalui radio masjid Raya BaiturRahman ke seluruh Acheh dan Sumatera,Indonesia serta mendapat sambutan hangat pendengar dengan beberapa panggilan ke studio mini Masjid Raya BaiturRahman.Masjid Raya BaiturRahman yang menyimpan seribu cerita duka bencana Tsunami dan menempatkan ratusan ribu mayat mangsa sebelum dikebumikan di tanah perkuburan besar di Acheh tetap masih teguh berdiri menjadi rumah ibadat utama masyarakat Islam Acheh menyebarkan syiar Islam ke seluruh pelusuk bumi Indonesia raya.Sebagai memulakan acara lawatan kami dibawa melawat Syiah Kuala University dan disambut mesra Rektor Syiah Kuala University , Dr.Darni M.Daud.Pada mula kami menyangka universiti itu ada kaitan dengan golongan Syiah namun selepas diberikan taklimat sebenarnya ia mengambil nama sempena seorang pemimpin dan ulama tersohor Acheh, Syeikh di Kuala.Acara lawatan kami terlalu padat sehingga membuat setiap rombongan terkilan tidak sempat merakamkan banyak gambar untuk dijadikan kenangan kerana bumi Acheh sememangnya kaya dengan pemandangan alam semulajadi cukup indah serta warna-warni kehidupan penduduknya yang unik dan tabah.Dari kampus Universiti Kuala Syiah kami terus melawat perkampungan Persahabatan Indonesia – Tiongkok ( China ) yang didirikan di atas bukit dan sempat melihat keadaan perkampungan pesisir pantai yang musnah dilanda tsunami sudah mula ditumbuhi rumah-rumah penduduk yang sebahagiannya hasil sumbangan Negara asing.Namun kesan kemusnahan bencana itu tetap masih kelihatan melalui beberapa lokasi yang masih lapang bagaikan padang jarak, padang tekukur.Selepas singgah makan di Restoran Masakan Padang kami sempat menunaikan solat zohor di salah sebuah perkampungan Camat Baitussalam dan meneruskan lawatan singgah menjenguk asrama Anak-Anak Yatim Negeri Johor yang dibangunkan kerajaan Negeri Johor selepas bencana Tsunami menempatkan 50 orang anak-anak yatim dan yatim piatu.Kami melihat disetiap wajah anak-anak kecil yang rata-rata berusia antara tujuh hingga belasan tahun itu menyimpan seribu harapan yang dibaluti sejuta kedukaan meratapi nasib walang yang amat dalam membuat hati kami mengharu sendu.Anak-anak kecil yang kehilangan ibu,ayah dan keluarga itu tetap ramah menguntum senyum menghulur salam kepada setiap rombongan yang datang sambil mengusap lembut kepala anak-anak itu dengan penuh kasih sayang.Kami membayangkan betapa perit pedih kehidupan tanpa kasih sayang ibubapa dan keluarga yang pergi buat selamanya dalam tragedi menyayat hati sedemikian. Sayu pilu mengilir sanubari melihat sebahagian anak-anak kecil itu tidur lena dalam bilik asrama yang diselenggarakan para sukarelawati yang dipimpin seorang wanita cekal prihatin itu.Tidak cukup melihat kesedihan anak-anak yatim kami dibawa mengunjungi sebuah kapal laut besar PLTD Apung 1 yang terdampar di Kelurahan Punge Blang Cut.Menurut penduduk Punge Blang Cut kapal sepanjang lebih 70 meter dan lebar 25 meter itu merupakan kapal pembekal tenaga letrik dan sebelum itu berada kira-kira lima kilometer di tengah laut telah dihanyutkan ombak tsunami dalam masa kurang sepuluh minit serta menghempap sebelas buah rumah yang dipercayai masih terdapat mayat di bawahnya sehingga sekarang.Kapal yang memiliki dek tiga tingkat itu kini dijaga serta dijadikan lokasi pelancongan oleh Sekteriat Pemuda Kelurahan Punge Blang Cut sebagai bukti bencana tsunami yang penuh tragis dan dahsyat dalam abad kini.Selain itu disekitar kawasan berhampiran kapal itu dibina Taman Edukasi Tsunami menempatkan sebuah bangunan mini muzium menyimpan gambar-gambar semasa bencana tsunami dan dijual kepada pelancong asing yang mengunjungi kawasan itu.Keesokan harinya sebelum balik ke tanahair kami amat bertuah kerana mendapat undangan menghadiri majlis makan malam hidangan Ala Timur Tengah dan majlis menandatangani perjanjian (MoU) Pembangunan Masjid dan Pertukaran Aktiviti antara Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dengan Masjid Raya BaiturRahman Banda Acheh di kediaman Wakil Gubnur Provinsi Nanggroe Acheh Darussalam,Muhamad Nazar S.A.G.Majlis MoU itu diwakili Pengerusi Program Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu,Haji Jamal Tun Sakaran dan Prof.Dr.Tgk.H.Azman Ismail mewakili Masjid Raya BaiturRahman serta disaksikan Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,Ketua Dewan Kemakmuran Masjid (DKM) Acheh,Drs. H.Hasan Basry; Pengarah JHEAINS,Haji Amri Suratman dan Wakil Gubnur Acheh,Muhamad Nazar.Sempena majlis itu juga Datuk Haji Nasir menyampaikan sumbangan dana kerajaan Negeri Sabah kepada Muhamad Nazar S.A.G. berjumlah RM50 ribu untuk tujuan pembangunan Masjid BaiturRahman sebanyak RM10 ribu dan bakinya RM40 ribu untuk rumsh-rumah anak yatim di Banda Acheh Darussalam.Perjalanan panjang yang amat meletihkan membuat kami terlena panjang dalam penerbangan balik melalui Medan dan terus ke Kuala Lumpur sebelum balik ke Negeri Di Bawah Bayu dengan membawa seribu kenangan dan catatan ingatan yang amat berharga.Sesungguhnya kesan bencana tsunami yang melanda bumi Acheh serta beberapa buah Negara termasuk Tamil Nadu,India; Meldev dan Phuket Thailand cukup memberi pengajaran dan keinsafan kepada tiap warga yang mahu bersyukur terhadap keamanan serta kemakmuran yang dinikmati di bumi Malaysia ini.

Definisi keluarga bahagia


Golongan ibubapa seharusnya sentiasa peka mendefinisikan syurga rumahtangga yang mampu membina sebuah kehidupan bahagia dunia dan akhirat.
Dewasa ini ramai dikalangan keluarga dan masyarakat dahaga serta mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia namun pada masa yang sama kita tidak mampu merealisasikan impian itu disebabkan pelbagai hambatan dalam kehidupan yang serba mencabar kini.
Sesungguhnya harapan murni ini mampu dibina dengan jayanya dengan merubah sikap ke arah pembangunan keluarga yang lebih bermakna bermula dengan mendidik anak-anak serta memberikan pelajaran akademik dan pendidikan agama.Kebahagiaan dalam kamus hidup kita mungkin berbeza dengan kamus kebahagiaan orang lain. Merasa bahagia itu terlalu subjektif untuk dihuraikan. Jadi, ciptakan kebahagiaan itu sekarang sebelum kita kehilangannya.
Setiap insan di dunia pasti mengidam sebuah keluarga bahagia namun, hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Allah dan RasulNya sahaja yang dapat menikmati kebahagiaan itu.
Sehubungan itu dalam konteks masyarakat Islam, suami atau bapa merupakan Ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting melaksana tugas sebagai pemimpin yang berani berubah,demikian juga para isteri atau ibu bersama-sama menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anak.Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kejayaan sesebuah keluarga mencapai tahap rumahtangga bahagia berdasarkan sikap ibubapa memiliki sifat kasih sayang terhadap anak-anak dan isteri dengan memberikan pelajaran sewajarnya disamping menerapkan nilai-nilai budaya bangsa,menghayati serta mengamalkan Rukun Negara disamping mempraktikkan Rukun Islam dan sentiasa meluangkan masa bersama keluarga.
Katanya, dalam dunia penuh pancaroba kini ibubapa perlu meningkatkan tanggungjawab terhadap keluarga serta sentiasa mengawasi anak-anak mereka daripada gejala sosial negatif yang mampu meruntuhkan akhlak sekaligus meranapkan sesebuah masyarakat bertamadun yang akhirnya menggagalkan harapan murni kerajaan yang mengimpikan sebuah negara yang maju membangun melalui Konsep Satu Malaysia yang mendahulukan rakyat dan pencapaian diutamakan.
Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama islam di Sabah mengingatkan ibubapa memberikan ilmu agama kepada ahli keluarga secukupnya; membaca al-qur’an; berjamaah bersama keluarga serta menafkahkan ahli keluarga dengan rezeki yang halal.Disamping itu terdapat banyak faktor dan elemen-elemen penting harus diterapkan kepada anak-anak sejak kecil demi melahirkan sebuah keluarga,masyarakat serta warganegara yang berupaya memikul tanggungjawab mengangkat martabat bangsa,nusa dan agama.
Beliau berkata demikian sempena merasmikan Konvensyen Keibubapaan Peringkat Negeri Sabah 2009 anjuran Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional (MAPIN) Negeri Sabah di Sea Fest Hotel Semporna.
Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,mengingatkan peserta yang juga golongan ibubapa sentiasa prihatin terhadap keluarga dan anak-anak serta memanfaatkan semua ilmu pengetahuan yang diperoleh sempena konvensyen itu.
Katanya penyertaan di dalam sesuatu konvensyen mahupun kursus itu tidak akan bermakna sekiranya sekedar turut hadir meramaikan majlis tanpa menghayati dan memanfaatkan ilmu yang diberikan oleh pakar motivasi mahupun penceramah.