Tuesday, June 15, 2010

Quilmes Juara Futsal Celcom 2010:

JUARA FUTSAL CELCOM...Datuk Nasir(tengah),Ahmad Syuib(tiga kanan)
turut mengabadikan gambar kenangan
bersama Pasukan Quilmes yang menjuarai Kejohanan Futsal Celcom 2010.

KOTA KINABALU: Pasukan Quilmes telah menjuarai pertandingan futsal yg dianjurkan oleh Celcom sempena kehangatan Piala Dunia 2010. Tempat kedua pasukan Kebagoo dan tempat ketiga disandang oleh pasukan MOC manakala di tempat keempat ialah Alosofo.

Quilmes dibawah pimpinan Pengurus Pasukan,Ahmad Syuib Nasir dan pasukan Kebagoo akan mewakili Negeri Sabah ke kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan yg akan dilangsungkan pada 10-11 Julai di Kuala Lumpur. RSH(Nota:Foto ihsan Peachae)

Nasir tinjau persiapan MTQ Kebangsaan Ke-53:

PERSIAPAN MTQ KEBANGSAAN....Datuk Nasir (dua kiri);Datuk Amri(tiga kanan);
Datuk Hamzah Zakaria (tiga kiri) dan Rumaling Epit(kiri)
diberikan taklimat ringkas oleh Jurutera Jabatan Kerja Raya (kanan)
mengenai persiapan awal MTQ Peringkat Kebangsaan Ke-53 di Wisma Saadah MUIS,Kota Kinbaalu.

KOTA KINABALU: Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir,melakukan lawatan dan meninjau persiapan Majlis Tilawah Al-Qur'an Peringkat Kebangsaan Ke-53 yang akan dilangsungkan bermula 29 Jun - 03 Julai 2010M bersamaan dengan 16-20 Rajab 1431H.

Turutserta sempena tinjauan itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS),Datuk Haji Amri A.Suratman;Pengarah Protokol Negeri sabah,Datuk Haji Hamzah Zakaria dan Timbalan Pengarah JHEAINS,Haji Rumaling Epit serta pegawai dan kakitangan JHEAINS dan MUIS.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,menjelaskan majlis itu akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri,Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Razak dan majlis penutupnya akan disempurnakan oleh Yang DiPertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji AhmadShah Abdullah.Oleh;ARSHAD HUSSIN

Datuk Nasir Lawat Pembinaan Bangunan Baitul Ihsan di Kinarut



KENANGAN BAITUL IHSAN...Datuk Nasir(tiga kiri) dan Datuk Amri (kiri) serta rombongan mengabadikan gambar kenangan di hadapan bangunan Baitul Ihsan,Kinarut sempena tinjauan itu.

KINARUT: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran baru-baru ini melakukan lawatan kerja dan meninjau kerja-kerja pembinaan bangunan Baitul Ihsan (Rumah Kebajikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)di Kinarut,Papar.
TINJAUAN BANGUNAN...Datuk Nasir (dua kanan);Datuk Amri (kanan),Zaloha (kiri) dan Abd Razak dua kiri) sempena lawatan itu di Kinarut.
TINJAUAN BANGUNAN...Datuk Nasir (dua kanan);Datuk Amri (kanan),Zaloha (kiri) dan Abd Razak dua kiri) sempena lawatan itu di Kinarut.

Turut serta mengiringi lawatan dan tinjuan itu,Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negei Sabah(JHEAINS), Datuk Haji Amri A Suratman, Timbalan Pengarah JHEAINS Haji Rumaling Epit, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS, Hajah Zaloha Haji Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan JHEAINS,Encik Ag Razak Mumin.

Bangunan bernilai RM2.5 juta itu kini siap 85 peratus dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.RSH.(Nota:Foto ihsan JHEAINS)

Wednesday, June 9, 2010

Mahasiswa perlu dekati masyarakat sebagai pemangkin menerap ilmu-Datuk Nasir:

KENANGAN IDEAS'10...Pelajar-pelajar UTM dan keluarga angkat mengabadikan gambar kenangan
bersama Datuk Nasir,Drs.Marsidi,Prof.Madya Ahmad serta pegawai-pegawai KEMAS Semporna
 sempena program IDEAS'10 di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.
KOTA KINABALU:Mahasiswa perlu sentiasa mendekatkan diri dengan masyarakat sebagai pemangkin kearah penerapan nilai-nilai murni keilmuan dan budaya bermasyarakat serta hubungan kaun yang lebih bermakna dalam kehidupan.

KUDA KEPANG...Tarian kuda kepang dipersembahkan siswa-siswa UTM sempena perasmian Program Integrasi Desa,Daya dan Siswa UTM di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.



Bak kata pantun lama `Buai laju-laju,biar sampai ke pucuk pohon Sena'.Begitu tinggi pucuk pohon Sena demikianlah juga tingginya cabaran yang bakal dihadapi pelajar sepanjang perjalanan menimba ilmu.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menegaskan,mahasiwa juga perlu sentiasa bermotivasi untuk meredah jejak-jejak keilmuan yang bukan hanya akan menjadikan mereka insan berilmu malah akan mematangkan lagi pengetahuan hidup mereka dimasa mendatang dimana perjalanan menuntut ilmu itu merupakan suatu pentas ujian menentukan survival masa depan anak bangsa yang berilmu tinggi dan teguh sahsiah budi serta ampuh jatidiri.


IGAL-IGAL...Pelajar-pelajar UTM mempersembahkan tarian tradisi sukukaum Bajau 'Igal-Igal' memeriahkan program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Senallang,berkata demikian sempena merasmikan penutupan Program Integrasi Desa,Daya dan Siswa 2010(IDEAS'10) anjuran bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Daerah Semporna dengan Universiti Teknologi Malaysia(UTM) di kampung Tampi-Tampi disni.

Objektif utama program itu memberi khidmat masyarakat kepada penduduk setempat dari segi kebajikan,ilmu pengetahuan dan teknologi dan ke arah memantapkan sahsiah mahasiswa sebagai generasi muda yang bakal memimpin negara masa hadapan serta memupuk semangat toleransi dan kerjasama di antara mahasiswa dengan masyarakat setempat seterusnya berinteraksi serta menjalin hubungan lebih erat antara satu sama lain disamping memupuk hubungan silaturahim mesra antara masyarakat kampung dengan mahasiswa untuk mengenali budaya dan adat resam masyarakat setempat.

SELAMAT DATANG...Datuk Nasir (tengah) diringi Drs. Marsidi Katong(dua kiri) dan Prof.Madya Ahmad Khalid(tiga kanan) disambut penuh tradisi dan bersalaman dengan sebahagian pelajar UTM sempena program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan KEMAS Negeri Sabah,Drs.Marsidi Katong;Pengetua Kolej Perdana,Universiti Teknologi Malaysia;Prof. Ahmad Haji Khalid;Penolong Pengarah Operasi II Jabatan KEMAS Sabah,Zulkifli Ahmad Nazri;Pegawai KEMAS Daerah Semporna,Julianah Mohd Udin,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani dan Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San.



BINCANG INTEGRASI...Datuk Nasir(duduk tengah) berbincang sesuatu dengan Prof.Madya Ahmad Khalid(duduk kiri) sambil diperhatikan Drs.Marsidi Katong(duduk kanan) sempena majlis perasmian Perasmian IDEAS'10 di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Program selama tiga hari itu disertai 47 orang mahasiswa UTM dan menjadi anak angkat kepada masyarakat Kampung Tampi-Tampi serta melakukan kerja-kerja kebajikan seperti penyelidikan dan pembangunan;pemindahan teknologi;kenduri sekampung;sukan;persembahan kebudayaan;ziarah sekampung;kem pendidikan dan ceramah.

DENGAN RASMINYA...Datuk Nasir(kanan) diringi Prof.Madya Ahmad Khalid menandatangan plak potret anak angkat sempena program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.

Nasir berkata,program seumpama itu berupaya mendidik mahasiswa yang berbeza latarbelakang kehidupan mengenai konteks kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat kampung di kawasan-kawasan luarbandar.

BANTUAN KEMAS...Datuk Nasir(tengah) diringi Prof.Madya Ahmad Katong(dua kiri) dan Drs.Marsidi(tiga kanan) sempena program IDEAS'10 di kampung Semporna.

Katanya,Negeri Sabah memiliki lebih 36 etnik berupaya menjadi lokasi penting mengenai keunikan hidup bermasyarakat dimana keunikan dan kepelbagaia budaya masyarakat Sabah telah menjadi intipati betapa perkasanya masyarakat negeri dibawah bayu dalam aspek santun dan budidaya yang beraneka warna kehidupan.

Nasir menjelaskan,melalui aktiviti ini mahasiswa/mahasiswi berpeluang turut menabur bakti kepada masyarakat dengan membentuk budaya cinta ilmu melalui pengembangan sikap cintakan ilmu kepada anak-anak kampung sebagai pencetus serta pemangkin semangat belajar dan menanam azam belajar hingga ke menara gading.

JASAMU DIINGAT...Datuk Nasir (dua kanan) diringi Prof.Madya Ahmad (dua kiri) dan Azizul(kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Drs.Marsidi(kanan) sempena majlis itu di Semporna.


Tegas Nasir,demikian seignifikannya program baktisiswa itu hingga berupaya memberi kesedaran sosial kepada mahasiswa untuk sentiasa mempertahankan serta menyemarkan semangat perpaduan dan permuafakatan tinggi.

Tambahnya,interaksi dengan masyarakat merupakan aspek interpersonal yang hanya dapat dipelajari secara fizikal dan bukannya teori semata kerana aplikasi mengenai teori hubungan kemanusiaan itu boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti yang diadakan bersama masyarakat kampung.

TETAMU HORMAT...OKK Musa Sabaani(duduk kanan);Datuk Chao Yan San(duduk dua kanan)bersama sebahagian jemputan khas turut memeriahkan majis perasmian penutupan IDEAS'10 di kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Katanya lagi,ini kelak akan membentuk `Soft Skil' yakni kemahiran insaniah yang relevan untuk mahasiswa/mahasiswi kelak untuk survive dalam melalui kehidupan berkerjaya kerana ianya begitu penting kepada bakal pemimpin yang menjadi penerus kepimpinan negara di masa depan.

Senerio ini kata Nasir,menunjukkan bahawa IPTA/IPTS sudah mula mengejar kepesatan perubahan agar ianya kekal relevan dengan proses pembelajaran dan pengajaran pelajar yang terkini.

“ Arus globalisasi telah mula mempengaruhi bentuk pembelajaran dari tradisional kepada bentuk lebih kompetitif.

Katanya lagi,dalam keadaan sedemikian aspek kematangan berfikir,perkembangan sahsiah,daya kepimpinan,budaya intelektual,kemahiran insaniah di kalangan pelajar telah disemai dalam kalangan pelajar menerusi kesedaran mereka sendiri atau rakan sebaya dimana kesan survival mahasiswa untuk menjadi modal insan yang diharapkan sukar untuk dipastikan justru itu,kesedaran dalam kalangan pelajar itu sendiri untuk sentiasa berinisiatif mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yakni bersosial dengan masyarakat kampung melalui program yang lebih terancang wajar diperhebatkan dengan melibatkan aktiviti yang lebih praktikal membangun diri,masyarakat dan negara.Oleh;ARSHAD HUSSIN

Tuesday, June 8, 2010

Kepelbagaian budaya dan sukukaum penyumbang kepada ciri negara unik-Ketua Menteri Sabah




SALAM PSIKOLINGUASTIK....Datuk Nasir diringi Yahamad Budin(kiri) sambil diperhatikan Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(tengah);Dr.Hj Mohd Sharifudin Yusop(tiga kiri) bersalaman dengan Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Haji Salleh(dua kanan) semasa tiba merasmikan Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU:Melalui bahasa,perkongsian budaya dan sikap saling memahami dapat dipupuk supaya jarak fizikal serta perbezaan nilai dan norma tidak menjadi unsur yang boleh merenggangkan hubungan terutama dalam konteks perpaduan dan integrasi nasional,kata Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Haji Aman.

PESERTA SEMINAR....Sebahagian peserta yang turut menjayakan
Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II anjuran UPM di Kota Kinabalu.


Katanya,kepelbagaian bangsa dan suku kaum yang saling bercampur gaul sama ada dalam konteks kehidupan harian mahupun pertuturan telah menyumbang kepada pembinaan ciri negara bangsa yang begitu unik.

Musa berkata,hanya sebilangan kecil sahaja negara di dunia ini yang memiliki ciri masyarakat heterogenous seperti Malaysia dan kita bukan sahaja berjaya membina negara ini tetapi juga mampu mempertahankan kepelbagaian tersebut sehingga kini.


DENGAN RASMINYA...Datuk Nasir(tengah) diringi Prof. Tan Sri Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(dua kiri);Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Salleh(kiri) dan Prof.Madya Dr.Noor Aina Dani (dua kanan) sempena merasmikan Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.


Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Psikolinguistik II “Bahasa,Pemikiran & Integrasi” anjuran bersama Universiti Putra dengan Persatuan Psikolinguistik Malaysia(PERSIMA).

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri diJabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran.

CENDERAKENANGAN...Datuk Nasir (tengah)
disaksikan Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Salleh(kiri)
menerima cenderakenangan disampaikan
Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah (kanan) s
empena majlis itu di Kota Kinabalu.




Seminar selama dua hari itu dihadirisama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia,Prof.tan Sri datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah;Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM,Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Haji salleh;Pengerusi Seminar Antarabangsa Psikolinguistik UPM,Prof.Madya Dr.Noor Aina Dani dan Pensyarah Kanan Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa,Jabatan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Moden dan Komuniaksi UPM,Dr.Hj Mohd Sharifudin Yusop.
Musa berkata,menerusi gagasan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan yang dilhamkan Perdana Menteri berupaya melonjak lebih jauh ke hadapan demi kemakmuran rakyat.


Beliau menegaskan,kita harus bijak mengisi hasrat tersebut dengan membina mekanisme yang dapat merealisasikan sebuah negara bangsa yang berjaya.

APA KHABAR?...Datuk Nasir Tun Sakaran (dua kiri) diringi Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(kiri) bersalaman dengan sebahagian peserta Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.

Musa menambah,bidang penelitian bahasa khususnya menerusi psikolinguistik dapat membantu mencetuskan agenda yang sesuai ke arah mencapai matlamat tersebut.

Sehubungan itu katanya,para cendekiawan bahasa harus memainkan peranan sebagai penterjemah gagasan itu supaya rakyat benar-benar memahami dan bersedia untuk menjayakannya.

“Cabaran paling besar dalam usaha merealisasikan gagasan 1Malaysia ialah hakikat kepelbagaian kita,”katanya.

Justeru itu,kata beliau kita perlu meneruskan dakan meningkatkan lagi usaha demi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Musa menegaskan,kerajaan negeri Sabah akan terus memberi sokongan dan komitmen terhadap penganjuran seminar seumpama itu dan yang penting usaha ini perlu disusuli dengan perancangan rapi serta tindakan berkesan bagi memanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.Oleh:ARSHAD HUSSIN

Hubungan baik pekerja dan pihak pengurusan penting tentukan hala tuju organisasi-Datuk Nasir Tun Sakaran


ANUGERAH CEMERLANG...Datuk Nasir (dua kiri) diiringi Datuk Nordin Siman (dua kanan)
dan Haji Salsidu Ibrahim (kiri) menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008
kepada KPPK JCK,Karlam Amat (kanan) sempena Malam Jasamu Dikenang
Jabatan Cetak Kerajaan di kota Kinabalu Semalam.
KOTA KINBALU: Perhubungan yang baik antara pihak pengurusan dan pihak pekerja sangat penting bagi menentukan hala tuju sesebuah organisasi,kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran.

ANUGERAH PEKERJA LAMA...Datuk nasir (dua kiri)
diringi Datuk Nordin Siman(dua kanan);Haji Salsidu Ibrahim (kiri)
 menyampaikan Sijil Anugerah Pekerja Lama Berkhidmat
kepada Awang@Kassim Utu (kanan)sempena majlis Jasamu DiKenang
Jabatan Cetak Kerajaan di Kota Kinbalau semalam.

Oleh itu katanya,kedua-dua pihak harus ada kerjasama,persefahaman serta saling hormat menghormati antara satu dengan lain untuk sama-sama menyumbang khidmat bakti serta meningkatkan prestasi organisasi dengan penuh keikhlasan,dedikasi,kreatif dan inovatif.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan majlis Malam Jasamu Dikenang Jabatan Cetak Kerajaan Negeri sabah.

PEKERJA CEMERLANG...Datuk Nasir (tiga kiri)
diiringi Datuk Nordin Siman (tiga kanan);Salsidu Ibrahim (dua kiri);
Karlam Amat (dua kanan) dan Murshid Apong (kiri)
menyampaikan Sijil Anugerah Cemerlang 2009
kepada Chong Fui Chin (kanan) sempena majlis Jasamu DiKenang JCK 2010.
Hadirsama sempena majlis itu,Hadirsama sempena majlis itu,Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Datuk Hj Nordin Siman;Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan,Datuk Pg Hassanel Pg Mohd Tahir dan Pencetak Kerajaan Negeri Sabah,Hj Salsidu Hj Ibrahim.

Nasir berharap Jabatan Cetak Kerajaan mampu terus maju,dapat meningkatkan hasil pendapatannya setiap tahun serta mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Katanya,kerajaan sentiasa memberikan sokongan untuk kepada JCK semata-mata untuk meningkatkan sistem penyampaian.

“ Kita yakin pihak pengurusan JCK telah merancang untuk menambahkan keupayaan peralatan mesin cetak di bawah RMK-9 dan RMK-10 serta meningkatkan pembangunan modal insan,” kata Nasir.

Sehubungan itu katanya,pihak pengurusan JCK perlu merancang tenaga kerja dengan baik terutama dari segi kemahiran supaya dapat bersaing dengan perkhidmatan swasta.

Sempena majlis itu Datuk Nasir menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2008 kepada empat orang penerima dan empat orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009;Sijil Persaraan kepada lima orang kakitangan yang bersara pada tahun 2009 dan tiga orang bakal bersara pada tahun 2010;Sijil Anugerah Keceriaan Unit;Sijil Anugerah Pekerja Harapan;Penyampian Sijil Pekerja Lama Berkhidmat kepada Awang @ Kassim Utu;Sijil Anugerah Pekerja Popular;penyampian hadiah pertandingan sukan JCK serta cabutan tikit bertuah.Oleh:arshad HUSSIN

Sunday, June 6, 2010

Tugas Khalifahtullah Bukannya Mudah-Datuk Nasir Tun Sakaran





SALAM SAUDARA...Datuk Nasir(tengah) diringi hj.Ajak Hj.Awang (tiga kiri) dan Datuk Amri (dua kiri) bersalaman dengan sebahagian peserta Konvensyen Pembangunan Saudara Kita di Kota Marudu.

KOTA MARUDU: Tuntutan sebagai Khalifahtullah bukanlah suatu tugas yang mudah malah ianya memerlukan kefahaman yang jelas melaksanakan suatu amanah dan tanggungjawab yang sangat berat tapi mulia di sisi Allah swt, kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran

Katanya,seringan-ringan tanggungjawab sebagai khalifah ialah dengan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ayah, atau ibu, mahu pun sebagai seorang anak.


JASAMU DIKENAQNG...Datuk Nasir (tengah) dibantu Datuk Amri (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah jemputan,Ustaz Mohd Farhan Abdullah (kanan) sempena majlis itu di Kota Marudu.
Beliau menambah,Manakala, antara cabaran besar yang perlu dihadapi dan perlu ditangani ialah bagaimana hendak menanamkan rasa kehambaan dan kesungguhan dalam menjiwai dan melaksanakan segala kewajipan kepada masyarakat yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Nasir berkata,senario ini digawatkan lagi dengan penularan fahaman liberalisme dan pluralisme Barat yang memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan. Fahaman yang tidak selari dengan prinsip-prinsip ajaran Al-Quran dan Sunnah ini amat berbahaya kerana ia berpotensi memecahbelahkan masyarakat di samping boleh memesongkan akidah umat Islam. Malah fahaman liberalisme dan pluralisme ini jika tidak dibendung segera akan membantutkan usaha melakar kejayaan sewaktu hidup di dunia dengan iringan doa diberi ganjaran pahala di akhirat kelak.


SAUDARA KITA....Sebahagian Saudara Kita yang turut menyertai Konvensyen Pembangunan Saudara Kita itu di Kota Marudu.


Nasir ,menjelaskan pada lewat zaman ini, manusia sering leka dan bersikap acuh tak acuh terhadap perintah agama. Itulah sebabnya berlaku pelbagai permasalahan dalam masyarakat seperti gejala pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, hedonisme dan sebagainya yang telah mencemarkan nilai-nilai hidup beragama.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehawal Agama Negeri Sabah berkata demikian sempena merasmikan Konvensyen Pembangunan Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah 1431/2010 anjuran JHEAINS.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk Haji Amri Suratman;Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu,Haji Ajak Haji Awang;Ketua Daerah Kota Marudu,Abd Jalil Haji Janani;Setiausaha Rendah 1,JKM,Haji Said Hinayat;Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS,Hajah Zaloha.

“ Menyedari akan fenomena dan ancaman berkenaan, kita tidak boleh sama sekali membiarkan segala bentuk fahaman dan perbuatan songsang berkembang dalam masyarakat. Setiap individu Muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi menjernihkan akidah Islam dan membasmi gejala-gejala mungkar khususnya dalam kalangan umat Islam dan masyarakat seluruhya. Bagi memperkasa dakwah islamiyah, kita perlu menggilap potensi ‘quwwah’ yang merupakan kekuatan lahiriah dan ‘takwa’ yang merupakan kekuatan rohani,” kata Nasir.

Nasir menambah,Quwwah atau kekuatan lahiriah meliputi aspek-aspek kesihatan spiritual, fizikal, dan mental Ianya dimantapkan lagi dengan penguasaan ilmu pengetahuan, ekonomi, sains, teknologi, politik, ketenteraan dan sebagainya. Manakala takwa pula adalah berkaitan dengan keyakinan, kepatuhan dan ketaatan sepenuh hati kepada Allah SWT selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Ujarnya,bagaimanapun, perlu diingat dan disedari bahawa jika umat Islam hanya menekankan quwwah tanpa berlandaskan kepada takwa, maka dikhuatiri hasil yang diharapkan tidak mungkin tercapai, bahkan mungkin menimbulkan cabaran serta masalah lain pula. Demikian jugalah sebaliknya, tanpa takwa sebagai tunjang, quwwah sebagai natijahnya tidak akan tercapai.

Nasir menambah, pemilikan kekuatan atau sifat takwa adalah paling utama dan seharusnya menjadi keutamaan umat. Dengan takwa itulah umat Islam akan mendapat quwwah yang berupa petunjuk atau idea jalan keluar dalam menangani pelbagai cabaran hidup di samping rezeki yang tidak disangka-sangka.

Sehubungan katanya, dengan dinamika sifat takwa itu, maka kita mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara-saudara sekalian supaya mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar agar berhasil menyuburkan sifat takwa dalam diri masing-masing. Inilah jalan yang terbaik dalam menuju kesejahteraan hidup yang abadi kerana takwa adalah sumber bagi segala kekuatan, kekayaan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dan sesungguhnya inilah kaedah holistik yang akan menjayakan pembangunan yang bermakna dan diredhai Allah SWT. Oleh:ARSHAD HUSSIN

Thursday, May 20, 2010

Tambah Bilangan Jemaah Haji Sabah-Datuk Nasir:


TAMBAH BILANGAN HAJI...Datuk Nasir(duduk kanan)
berbincang sesuatu dengan Hj Mohd Norber (dua kanan)
 sambil diperhatikan Haji Zailan (dua kiri) dan Haji Abdul Samat (kiri)
 sempena kunjungan mesra itu di pejabat MJKM Bangunan Innoprise.

KOTA KINABALU:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran pagi tadi menerima kunjungan rombongan Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah,Haji Mohd Norber Kassim di pejabat MJKM Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.
TANDA KUNJUNGAN...Datuk Haji Nasir (kanan) menerima cenderahati disampaikan Haji Mohd Norber Kassim (tengah) sambil diperhatikan Haji Zailan Mohamed (kiri) sempena kunjungan itu di pejabat MJKM Bangunan Innoprise.

Turut serta dalam rombongan itu Pengurus Pentadbiran Haji Sabah,Haji Zailan Mohamed dan Penyelia Pemasaran Negeri Lembaga Tabung Haji Sabah,Haji Abdul Samat Mansur.

Sempena kunjungan itu Datuk Nasir dan Haji Mohd Norber berbincang mengenai hal ehwal haji Sabah.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berharap dan memohon LUTH menimbang supaya menambah bilangan jemaah haji Sabah untuk menunaikan fardhu haji.

Sehubungan itu Datuk Nasir meminta umat Islam yang berhasrat menunaikan fardhu haji supaya mendaftar lebih awal dan tidak menunggu saat akhir membuat pendaftaran haji.

Selain itu beliau juga meminta umat Islam membuka buku akaun dengan Tabung Haji dengan hanya RM2.

Katanya, pemeggang akaun Tabung Haji yang sudah mempunyai simpanan dalam akaun Tabung Haji berjumlah RM1,300.boleh memohon mendaftar menunaikan fardhu haji.Oleh: ARSHAD HUSSIN.

Wednesday, May 19, 2010

USIA telah main peranan dengan baik-Tun M

BINCANG MESRA...Tun Mahathir (kiri) berbincang mesra dengan Tun Sakaran
sempena kunjungan hormat itu di Putra Jaya Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah melaksanakan tugas dakwah dengan baik dan memuaskan sejak ianya diwujudkan dan tidak ada sebab untuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) menubuhkan Bahagiannya di Sabah,kata Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM),Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Katanya,beliau sendiri sentiasa mengikuti perkembangan dakwah Islam di Sabah dan berpuas hati terhadap program-program yang dilaksana USIA khususnya dalam menjaga kepentingan umat Islam dan perpaduan antara kaum.

Tun Dr. Mahathir berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Sakaran Dandai di pejabat bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana ,Putra Kuala Lumpur.

Tun M berkata,memandangkan USIA adalah ahli gabungan PERKIM sejak sekian lama maka soal kemasukan PERKIM ke Sabah tidak perlu diteruskan.

“ Saya juga baru mengetahui empat hari lalu tentang hasrat PERKIM nak masuk ke Sabah,” kata Tun M.

katanya beliau terkejut apabila diberitahu oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, bahawa PERKIM Sabah diketuai oleh salah seorang Timbalan Yang DiPertua USIA.

Menurut Tun M beliau spendapat dengan Tun Sakaran bahwa harus ada persefahaman baik antara PERKIM dan USIA untuk menjamin matlamat dan objektif memelihara kepentingan Islam akan tercapai dan yang lebih penting adalah perpaduan antara Islam dan kaum-kaum lain di Sabah.

Tuesday, May 18, 2010

Usaha Memperkasa Pemuda dilipatgandakan-Jamawi


SERAH SUMBANGAN…Kelihatan Jamawi turut menyampaikan sumbangan
 peralatan sukan kepada salah seorang Ketua Pemuda selepas merasmikan majlis tersebut


TENOM: Proses pembangunan belia masa kin tidak lagi boleh menggunakan pendekatan bersifat konvensional, , sebaliknya perlu menekankan kaedah bersifat pragmatic dan holistik, kata Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar.
Katanya,pendekatan terhadap program pembangunan belia perlu mengalami perubahan berteraskan pembangunan modal insan agar dapat mewujudkan belia yang bersifat hadhari

”Usaha membangunkan belia ke arah menjadi modal insan yang terbilang memerlukan pendekatan yang menyeluruh. Penekanan perlu diberikan terhadap pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuklah ilmu sains, teknologi dan keusahawanan di samping pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan cawangan pergerakan pemuda Umno Zon Ulu Tomani Tenom dekat sini baru baru ini.

Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata, pergerakan itu akan mengambil pendekatan yang lebih proaktif dalam usaha mendidik dan menjana golongan belia agar mencapai potensi diri yang optimum dimana ianya akan menjadi agenda penting pergerakan itu

. Katanya, langkah khusus akan diambil oleh pergerakan itu untuk membantu golongan berkenaan seperti meningkatkan latihan dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang. dimana ianya secara tidak langsung akan turut meningkatkan peluang kepada para belia untuk mendapatkan pekerjaan

“Pemuda UMNO Tenom akan terus mendekati pengundi muda terutamanya di luar bandar dengan memberikan mereka maklumat tentang usaha usaha kerjaaan dalam memperkasakan golongan belia muda di Negara ini ” katanya

Ini menurut Jamawi ianya akan dilaksanakan .melalui bantuan serta kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang boleh membantu mereka memberikan kemahiran , kursus, seminar dan latihan termasuk pinjaman yang disediakan oleh jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.

“ Kita tidak menafikan masih ramai di kalangan belia khususnya di kawasan Pedalaman yang kurang terdedah dengan maklumat tentang peranan serta usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasakan golongan muda melalui pelbagai bentuk latihan,kemudahan dan juga pinjaman yang boleh dimanafaatkan oleh golongan ini” jelasnya.

Sehubungan dengan itu katanya Pergerakan itu akan mengatur serta melaksanakan beberapa siri program ke kampung kampung di kawasan Pedalaman daerah itu dengan membawa bersama jabatan dan agensi kerajaan menjelajah segenap kampung bukan sahaja sekadar memberikan penjelasan tentang peluang dan kemudahan yang disediakan namun menganjurkan lebih banyak kursus kursus kemahiran bagi melatih golongan ini agar mereka boleh berdikari khususnya dalam menjana taraf siso ekonomi mereka seharian tanpa perlu berhijrah ke Bandar Bandar untuk mencari peluang pekerjaan.Oleh Jbw







CAPTION:



A.


B. AMANAT…Jamawi ketika berucap di majlis tersebut



SOKONGAN….Antara ahli-ahli Pemuda yang menghadiri majlis tersebut.

UMNO harus berubah demi maruah bangsa terus terjamin-DSP Lajim Ukin



SOKONGAN…Ahli-ahli Umno yang hadir berdiri sambil betariak “Hidup Umno” sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Lajim sebagai Ketua Umno bahagian Beaufort



KUALA PENYU : Sejauh mana pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli Umno perlu berpijak di bumi nyata. Landskap politik negara telah berubah sama sekali dimana ahli parti tidak seharusnya terlalu nostalgik dengan kejayaan masa lampau tanpa mencipta kejayaan kejayaan baru kata ,Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin


Beliau berkata sejarah kegemilangan Umno bukanlah satu jaminan bagi parti tersebut untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini menjadi pemerhati bijak akan kedudukan parti pada masa kini dan akan datang

“Realitinya sekarang menunjukkan fakta sejarah kegemilangan Umno bukan lagi menjadi ukuran kerana sudah ada kalangan rakyat yang tidak ambil peduli perkara itu.” Katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis berkelompok persidangan cawangan Umno bagi Mengundi Kawasan DUN Kuala Penyu di Dewan serba guna Balai Bomba dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim, Bendahari Umno Bahagian Zahari Mohd Zini,Ketua Penerangan Haji samin Ongki,Ketua Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd Dun dan Penyelaras Umno DUN Kuala Penyu OKK Awang Anak Yusuf.

Sehubungan dengan itu katanya Umno perlu berubah dan perlu berani membuat perubahan bukan sahaja di kalangan pemimpinnnya malah semua ahli parti itu supaya melakukan perubahan

“ Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, UMNO tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa terdahulu” tegasnya

Menurut Ketua Umno bahagian Beaufort ini, perubahan minda, nilai dan sikap pengundi sekarang lebih mementingkan nilai-nilai politik yang tulus iaitu integriti, jujur dan telus. .

Lajim menambah pemimpin parti perlu sedar bahawa kekuatannya bermula dengan hubungan pemimpin akar umbi dengan rakyat. Ini bermakna pemimpin peringkat cawangan dan bahagian UMNO mesti aktif mengadakan program aktiviti kemasyarakatan, bersama membasmi kemiskinan tegar, bantu rakyat semasa berlaku bencana dan kesusahan.

“ Perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menuntut parti untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dari segi organisasi, struktur, pendekatan, nilai dan sikap demi memulihkan kepercayaan orang Melayu dan rakyat kepada Umno “ katanya

Sambil mengakui terdapat perubahan dari segi peningkatan sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada parti Umno, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan berharap sokongan tersebut akan terus meningkat dari masa ke semasa bagi memulihkan kekuatan parti menghadapi cabaran mendatang.

“ Terdapat peningkatan sokongan rakyat khususnya orann Melayu semasa pilihanraya Kecil di Hulu Selangor baru baru ini,dimana perkembangan positif ini akan terus menjadi pendorong untuk kita berusaha memperkukuhkan semual kekuatan parti” tegas Lajim

Sehubungan dengan itu beliau mahu pemimpin dan ahli parti harus melihat kepentingan parti sebagai keutamaan dimana menurut beliau pemimpin tidak penting, yang penting ialah mengukuhkan institusi. Pemimpin boleh datang, pemimpin boleh pergi tetapi Umno mesti tetap wujud, harus kuat dan kukuh. Umno harus dikukuhkan demi memastikan maruah bangsa terus terjamin.








Beri Tumpuan Utama Pelajaran Anak-Anak-Datuk Nasir:

KENANGAN SEKOLAH...Datuk Nasir (duduk tengah);OKK Musa (duduk kiri) Abd Jannah (duduk dua kiri);
Abd Aziz Jaman (duduk dua kanan) dan
Haji Azan Gurimbang (duduk kanan) mengabadikan gambar kenangan
bersama penerima-penerima skim bantuan khas Yayasan Sabah DUN Senallang sempena majlis itu di Semporna.


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan golongan ibubapa memberi keutamaan kepada pelajaran anak-anak mereka disamping memberikan didikan agama sebagai teras utama pendidikan akhlak.


Katanya,tiada harta yang lebih berharga diwarisi anak-anak selain pelajaran akademik dan pendidikan agama yang menjadi pedoman serta bekalan apabila mereka dewasa menempuh kehidupan yang semakin mencabar.

Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan majlis penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK) anjuran Yayasan Sabah Daerah Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Yayasan Sabah Semporna,Abd Jannah Ombrah;Ketua Daerah Semporna,OKK haji Musa Sabaani;Ketua Pemuda UMNO Semporna,Abd Aziz Jaman;AJK Bahagian UMNO Semporna,Haji Azan Gurimbang serta ibubapa.

Sempena majlis itu Datuk Nasir menyampaikan bantuan SBK Yayasan Sabah kepada lebih 70 orang pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi Kawasan Dun Senallang.


Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,mengingatkan ibubapa sentiasa memantau aktiviti sekolah dan perkembangan pelajaran anak-anak mereka.

Katanya,ibubapa hendaklah sentiasa berhubung dengan pihak guru-guru berhubung perkembangan pelajaran anak-anak dari masa ke masa.

Selain itu,kerjasama dikalangan Persatuan Ibubapa dan Guru juga seharusnya lebih intim bagi bagi merancang dan memastikan peningkatan serta kemajuan pelajaran murid-murid dapat dipantau dan dikawal selia.

Nasir menambah,meskipun demikian golongan ibubapa tidak seharusnya menyerahkan tugas dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak guru sahaja sebaliknya mereka (ibubapa) hendaklah memantau dan memastikan anak-anak mereka mentelaah pelajaran di rumah.

Katanya,anak-anak merupakan amanah hendaklah diberikan pelajaran secukupnya sebagai bekalan mereka untuk pewaris kepimpinan masa hadapan yang lebih gemilang dan cemerlang.Oleh:ARSHAD HUSSIN.

Bina Pentas Musyawarah Untuk Terus Relevan-Datuk Nasir:

BERSATU BERSETIA...Datuk Nasir (tengah depan) bersama Datuk Ramlee (depan dua kanan);
Abd Rashid (depan kanan);Abd Aziz (depan dua kiri) dan Zakiah Kalipunya (depan kiri)
menyanyikan lagu UMNO bersama AJK Bahagian UMNO Parlimen Semporna sempena majlis itu.


SEMPORNA:Membina kekuatan parti perlu pentas musyawarah untuk saling bermuhasabah,menganalisa,memikir,merancang dan melaksanakan semula segala yang telah dilakukan demi menjadikan parti UMNO terus relevan dalam agenda merealisasikan misi Negara sebagai sebuah Negara berbilang kaum,agama dan bangsa yang perkasa.


SALAM PEMIMPIN...Datuk Nasir (dua kiri) diringi Abd Rashid Mamun (kiri)
bersalaman dengan N.C.Muhammad (dua kanan) dan sebahagian ketua-ketua cawangan UMNO Semporna
 sempena perasmian mesyuarat cawangan-cawangan serentak bagi Parlimen Semporna.


Bak kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak,UMNO mesti berani membuat perubahan supaya parti sentiasa diterima sebagai parti yang relevan sepanjang masa dan zaman.



APA KHABAR...Datuk Nasir bersalaman dengan Mad Lamin (empat kiri)
 sambil diringi Datuk Ramlee Marahaban(tiga kanan) dan Abd Aziz Jaman(dua kanan)
sempena majlis perasmian mesyuarat serentak Cawangan-Cawangan UMNO Parlimen Semporna.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kenyataan Perdana Menteri itu merupakan suatu reality berdasarkan situasi yang berlaku di seluruh dunia.

Katanya,kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh maju dengan cabaran dalaman Negara dan parti sahaja malah kita perlu fokas dan respon kepada gelora dan gelombang yang berlaku di serata pelusuk benua.

Nasir berkata,inilah yang dimaksukan dengan zaman globalisasi,suatu zaman dimana konteks ‘cubit bahu kiri,bahu kanan terasa jua dimana krisis kemanusiaan mahu pun ancaman kepada alam yang berlaku di Negara jauh boleh memberi kesan dan impak kepada Negara kita.

Justeru itu,ujarnya UMNO perlu bangun dan tangkas bergerak .

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena Perasmian Serentak Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan Parlimen Semporna di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Naib Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Ramlee Marahaban;Setiausaha Bahagian UMNO Semporna,Abd Rashid Mamun;Ketua Pemuda UMNO Semporna,Abd Aziz Jaman dan Ketua Puteri UMNO Semporna,Zakiah Haji Kalipunya serta AJK Bahagian Semporna.

Nasir menambah, bagi menghadapi bahana itu UMNO perlu sentiasa mempelopori usaha memastikan ia bersedia dan mampu berubah menyesuaikan diri dengan konteks politik demokrasi di Negara ini.

Katanya, rakyat hari ini adalah rakyat yang bermaklumat dimana informasi begitu cepat diperolehi samada ianya tulin mahupun berunsur tomahan kerana dunia ICT telah memungkinkan suara orang muda mulai menenggelamkan suara orang lama dan suara-suara ini kadangkala ada benarnya dan kadangkala tak kurang sebaliknya.Justeru itu menjadi tanggungjawab pemimpin bijak menanganinya.

Nasir berkata,ketua-ketua cawangan disifatkan sebagai jentera penggerak yang membolehkan UMNO berperanan dengan lebih berkesan dalam menyuburkan konteks politik demokrasi.

Beliau yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri,mengingatkan pemimpin-pemimpin di peringkat kampong dan daerah sentiasa peka kepada semua perancangan semasa dan masa depan yang sedang dan akan dilakukan kerajaan.

Katanya,pada sepanjang masa kita berperanan sebagai sumber rujukan agar rakyat lebih jelas mengenai dasar dan tujuan semua program yang dirancang kerajaan.Oleh:ARSHAD HUSSIN

Thursday, May 6, 2010

Kunjungan hormat Konsul General of Japan


BUAL MESRA...Datuk Nasir (duduk kanan) berbual mesra
dengan Konsul General Jepun yang baru,Mr.Kozuyoshi Yamaguchi (duduk kiri)
 sempena majlis kunjungan hormat itu di pejabat MJKM Bangunan Innoprise jalan Sulaman.

KOTA KINABALU:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menerima kunjungan hormat Konsul General of Jepun yang baru,Yang Berbahagia Mr.Kazuyoshi Yamaguchi di pejabat MJKM Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.

SELAMAT DATANG...Datuk Nasir (kanan) bersalaman dengan Konsul General Negara Jepun,Mr.Kazuyoshi Yamaguchi (kiri) sempena kunjungan hormat itu di pejabat MJKM Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.


Mr.Kazuyoshi Yamaguchi mengantikan Mr.Masashi Kono yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Sabah dan kini kembali ke negara Jepun untuk bersara.

Sempena majlis kunjungan hormat itu Datuk Nasir dan Mr.Kazuyoshi Yamaguchi berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan hal ehwal semasa.Oleh:ARSHAD HUSSIN

Tuesday, April 20, 2010

Foto sekitar Sidang DUN Sabah Ke-13 Penggal Ke-3 Hari kedua 20/4/10


REALISASI SOKONGAN...Mantan Ketua Sabah,Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak (kiri) bersalaman dengan Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap MenteriPembangunan Infrastruktur,Datuk Seri Panglim Joseph Pairin Kitingan(tengah) sambil diperhatikan Pembantu Belia dan Sukan,Datuk Jahid Jahim (kanan)di lobi DUN Sabah sebelum persidangan DUN Sabah Penggal Ketiga Yang Ke-13 mula bersidang.


KELAYAKAN IMAM...Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk hj Nasir Tun Sakaran (kanan) menjelaskan sesuatu kepada Adun Tanjong Batu,Datuk Hjh Hamisa Samat (kiri) dan Adun Membakut,Datuk Hj Mohd Ariffin Mohd Arif (tengah) sebelum persidangan dan perbahasan hari kedua Sidang DUN Sabah Penggal Ketiga Yang Ke-13 bermula pagi tadi.
APAKHABAR...Datuk nasir (kanan) bersalaman dengan Datuk Ewon Ebin (kiri) sebelum persidangan DUN Sabah ke-13 penggal ketiga bermula pagi tadi.


HARAPAN BANGSA...Menteri Pembanguna Luar Bandar,datuk Ewon Ebin (dua kanan) diringi Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,datuk Gulam haidar (kiri) dan Adun Kuamut,Masiung Bana (dua kiri) bersalaman dengan sebahagian pelajar-pelajar sekolah dari Kudat yang turut menyaksihadir persidangan DUN Sabah Ke-13 Yang Ketiga pagi tadi.

Monday, April 19, 2010

Pelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum-DSSK



KOTA BELUD : Sikap hormat-menghormati antara masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dipelihara bagi membolehkan rakyat terus menikmati keharmonian dan kemakmuran negara.

Ketua Umno bahagian Kota Belud , Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said berkata, sikap yang telah lama dipupuk itu juga tidak harus dicemari anasir-anasir negatif yang dibawa oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, ia juga membolehkan rakyat negara ini meraikan sambutan perayaan keagamaan masing-masing tanpa perlu merasa bimbang atau khuatir.

Menurut Salleh walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ke atas keadaan yang tidak menentu baik dalam konteks politik, ekonomi mahupun sosial yang turut mempengaruhi keharmonian pelbagai etnik negara ini, Malaysia masih dianggap sebuah negara contoh kepada toleransi keagamaan berbanding dengan negara lain yang bergelut dengan kebebasan dan cengkaman kehidupan terkawal akibat kedudukan struktur politik mereka.
PENGHARGAAN…Salleh menerima cendera kenangan dari Lamisr selepas merasmikan majid tersebut

“Dalam sebuah negara yang berbilang agama dan kumpulan etnik, salah satu prinsip yang perlu kekal dan dipertahankan adalah tuntutan menghormati agama lain” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan -pelancaran solat jumaat dan penaiktarafan surau kepada Masjid di kampong Ranjunah dekat sini pada pagi jumat lepas

ALBUM KENANGAN…Salleh turut merakamkan gambar kenangan
bersama pemimpin masyarakat tempatan sejurus merasmikan masjid tersebut


Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai daerah Kota Belud Najib Montok, Pegawai Tadbir Agama (PBU) Ust Zuldin Hj Abd Hamid, dan Naib Yang Dipertua USIA Lamsir Hamidsor.

Dalam perkembangan yang lain Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berharap surau yang telah dinaiktaraf kepada masjid itu dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Islam setempat.

Katanya masjid bukan sahaja sebagai rumah ibadah sebaliknya mereka perlu mempelbagai aktiviti-aktiviti keagamaan agar fungsi masjid dapat dipelbagaikan sebagai pusat sumber ilmu dan juga wadah memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Islam setempat.oLEH:JAW

Garis Panduan Kelayakan Imam-Datuk Nasir Tun Sakaran


KELAYAKAN IMAM...Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk hj Nasir Tun Sakaran (kanan)
 menjelaskan sesuatu kepada Adun Tanjong Batu,Datuk Hjh Hamisa Samat (kiri)
dan Adun Membakut,Datuk Hj Mohd Ariffin Mohd Arif (tengah) sebelum persidangan
dan perbahasan hari kedua Sidang DUN Sabah Penggal Ketiga Yang Ke-13 bermula pagi tadi.

SIDANG DUN SABAH: Kerajaan telah menetapkan garis panduan dan syarat kelayakan melantik imam-imam di negeri ini berpandukan skim-skim perkhidmatan jawatan berskel S.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran memberitahu Dewan bahawa negeri Sabah mempunyai empat kategori imam iaitu Imam Bahagian;Imam Daerah;Imam Kariah dan Imam Rawatib.


Nasir berkata,sebelum 2 Julai 2009,perlantikan Imam bahagian menggunakan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam skel S27 dan perlantikan Imam Daerah menggunakan skim perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam skel S17 sementara skim perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam skel S11 digunakan bagi perlantikan Imam Kariah.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,berkata demikian semasa menjawab soalan Dewan yang diajukan Adun Tanjong Batu,Datuk Hajah Hamisa Samat.

Nasir menjelaskan,syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan bagi Imam Daerah hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan serta diiktiraf oleh kerajaan dan mendapat kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab dan juga Bahasa Malaysia termasuk ujian lisan;kedua hendaklah memiliki Sijil Empat Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari sekolah agama Islam bantuan penuh kerajaan.

Sementara bagi jawatan Imam Kariah,calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan berkelayakan memiliki Sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus subjek Bahasa Melayu;mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai fardhu 'Ain dan fardhu kifayah serta boleh membaca Al-Qur'an dengan baik.

Nasir juga menjelaskan calon untuk kedua-dua jawatan itu hendaklah mempunyai akhlak terpuji dan mulia serta berjaya dalam temu duga.

Katanya,walapupun berkuatkuasa mulai 2 Julai 2009,skim perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam gred S11 telah dijumudkan dan ekoran daripada itu,perlantikan Imam Kariah menggunakan skim jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 dan had umur bagi kedua-dua jawatan imam tersebut ialah 66 tahun.

Bagi Imam Rawatib pula,jawatan ini tidak mempunyai skim perkhidmatan khas dan tidak ada perlantikan.

Beliau menjelaskan,imam hanya diberi surat tauliah oleh Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan syarat-syarat pemberian surat tauliah itu calon hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang baik dan luas tentang agama Islam,mempunyai akhlak yang terpuji,mulia serta lulus temuduga dan elaun bulanan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).Oleh:ARSHAD HUSSIN

Kartu Biru Dari Bianglala...r.syad hussin


Meski telah kurobek-robek bicara manis di dada malam yang kelam lalu berlari di tengah padang yang luas terbuka sambil membuka baju dan melemparkan nostalgia ke dalam belentara duka bagaikan sang Oidipus Sang Raja yang patah hati menuju ke istana Raja Layus dengan mata yang buta namun aku masih bisa berdiri sambil menatap wajahmu yang tak seayu dahulu.

Ah! Akan terbukahkah kembali nota itu kala rindu mula mencanang genta sepi ditiap malam hening ataukah serpihan dukana biru ungu tetap melekit dalam sendu nafas ragajiwa ditiap perjalanan ke benua rasa?

Untuk apa? Untuk siapa,harus ditangisi kembang kemboja di atas pusara tua,sedang masmur mawar telah lama layu di pintu pagar.Rindukah yang telah memaksa kita meniduri mimpi-mimpi ngeri kala rembulan sering beredar di atas kuburan?

Masih ingatkah,engkau? Kala kembang mawar mengharumi laman rindumu waktu senggang kita melakar benturan kasih di atas perdu puisi-puisi syadu dan kau sering bercerita tentang ombak biru laut cina selatan yang tidak pernah mungkin kita miliki bersama garis tangis menghiris pedih,luka-luka sang nara tetap masih berdarah.

-Maaf,asal kau tahu.Ingin ku jelaskan padamu,cinta kasih kami pada tanah bonda tidak pernah luntur walau darah menitis ke bumi.

Demikian episod demi episod lakaran warnawarni sering tercalit di atas kanvas,kala duka masih bersimpuh di danau resah.Resah menghitung ingatan demi ingatan rontok sekian musim kala harum mekar kembang mawar menghiasi halaman. Masih ada.Masih ada suara suara menggamit serpihan nostalgia memantau hijau biru nada sinis sang primadona.

Pun satu demi satu suara suara itu mendesis desah memugar seribu harapan-harapan harap sang nara lewat benturan semayang angin Darussalam. Di sini hati kita,hati mereka sering tertipu oleh bebayang dalam asyik masyuk memburu gelodak nafsu serakah.

Ah...masihkah kau ingat? Tiga belas tahun nota ini masih segar dalam simpananku dan bagai mimpi yang tidak pernah terduga disuatu senja yang ranum,seorang gadis berblaus kuning terpaku di pintu jendela menyambut salam sang kelana mampir di pelabuhan senjamu dan kita pun tak pernah menduga.

Sedang ada resah di bibir mata,walau hati rusuh apa riang atau curiga kita tetap pasrah bagai sandera mengulum senyum menganyam bicara.

Demikian segala bicara telah terucap disegenap banglas benua rasa,hingga dana sekian abad terkecap telah memuggar sejuta bayang-bayang.Betapa daifnya kita melemparkan nista senafsu rasa tanpa sadar mendera setiap warga,merelakan relung budi terpendam dalam taman keraton penuh dukana biru ungu!

- Maaf,asal kau tahu...para kekasih bumi tidak pernah dan tidak akan pernah ada mungkin menggadaikan maruah.Tak perlu kau berpaling menguntum senyum dibibir yang rekah kerana hati mereka telah lama rontok.

Percayalah,kalau tanganku hina memetik buah khuldi di antara rekahan limau kasturi di taman laranganmu,biar kugigit jari kerana tak mungkin kami tampang tercela dan pasti kuinsafi kau bahawa permata birumu bermata murai belaka atau kulunakkan sukma inderamu dengan jembiah perak hadiah Paduka.Biar para jemaah akan menatap celanamu yang terbuka dan buruk bagai bangkai khinzir.
II

Maaf,meski bertahun kita mengulum rindu menagih kasih seputih awan,sambil menancapkan doa agar pusaka tua tetap milik warisan,namun semuanya tetap berakhir dengan kehancuran demi kehancuran.

Lalu kitapun menyesali keadaan sambil mengutuk sang takdir sedang paduka kekanda tetap ria dalam pelukan manis isteri muda tanpa tahu erti duka yang sering merundung malang nasib kita. Kita para petani yang mengimpikan bunga padi malinja berbunga mutiara.

Bonda,biarlah kuanyam perdu rindu di atas permatang kencana luka ini kerana musika dari sejuta kenangan adalah ingatan rontok yang paling nyeri.Meski tiada lagi belaian kasih atau tangan lembut mencuit impian sejati,akan kutiduri puisi-puisi sepi ini ditiap malam hening pesta kelana bersama serpihan duka di atas ranjang igau.Asal kau tahu anak yang hilang itu masih tetap mengenal Tuhannya.Tuhan Yang Maha Esa.Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Maaf, seandainya bicara ini telah melakar untaian nada biru ungu,sedang musika silam telah lama dilupai orang banyak,namun dia masih mencanang genta purba dalam sukma indera sang nara terpidana oleh pesona madu angkara dendam kencana,sedang kebenaran yang dijunjung oleh kemanusiaan kita sering dieksploitasi oleh keangkuhan demi keangkuhan biadab nafsu amarah para wali yang konon menjunjung keadilan!

Sebenarnya dimana silap kita menangani sangketa amarah ini,papa? Pernahkah kita jujur pada persahabatan atau sudi mendengar bicara terdakwa sebelum menghukum sang nara yang telah mandiri jauh ke hujung benua?

Maaf,hari ini adalah hari proklomasi ulangtahun ke-13 sangketa amarah masih membara dijiwa Sang Hero yang terpidana oleh dendam sang puteri yang dulu pernah berjanji akan mematahkan taring berbisa anjing yang tersepit!

Apa lagi yang isa terucapkan selain terima kasih di atas penghinaan telah diberikan bermusim lalu bersama kembang kemboja di atas pusara tua,namun bulan tetap beredar di atas kuburan ketika para munafik mengaminkan doa orang-orang serakah yang tegar meratah daging busuk sambill menghirup nanah dari kelengkang tunasusila durjana.

III

Angin dingin menerobos masuk lewat pintu jendela yang terkuak lebar.Hujan renyai-renyai masih terus membasahi bumi diiringi dentuman halalintar yang sesekali memancarkan cahaya ke tiap ruang kamar yang terbuka.Dia masih duduk di atas sofa empuk di ruang tamu sambil menyanyi ala karaoke lewat laserdisc yang dibiarkan terus mengalun musik demi musik menghiburkan hatinya yang rusuh,sedang isterinya telah lama terlena dalam kamar tidur bersama puteri puteranya yang keletihan bermain sejak sore tadi.

Dia meneguk baki minuman yang telah lama sejuk.Kemudian dia menuju ke meja tulisnya.Suis komputer dihidupkan.Dia membaca catatan demi catatan yang telah lama disimpan.

.....Sebenarnya siapakah yang rela menerima kedunguan dan ketololan dalam bodohsombong mengambil kataputus atas dasar ingin memiliki sendiri harta kekayaan pusaka moyang?...dia bertanya sendiri seperti orang kesasar.Jejarinya pantas menekan punat tetikus.Fail + Close?Yes!EXIIIIIIIIT>>>>>: