Monday, March 29, 2010

Kursus Pra Perkahwinan Islam telah lama diwajibkan di Sabah-Datuk Nasir



AJK INDUK ...Datuk Nasir(duduk lima kiri) ;Datuk Amri(lima kanan;Datuk Ag.Sharin (tiga kanan);Said Hinayat (dua kiri) bersama sebahagian AJK Induk MTQ 1431/2010 mengabadikan gambar kenangan sebelum mesyuarat itu di MPS Sandakan.
SANDAKAN: Bakal-bakal pasangan pengantin yang akan mendirikan rumahtangga telah diwajibkan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam untuk menimba pengetahuan asas berhubung hal-hal kekeluargaan Islam.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,berkata syarat tersebut mula dikuatkuasakan pada sejak 1 Mac 2009 berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi MajlisUgama Islam Sabah (MUIS) Bil:03/08 bertarikh 30 Disember 2008.

Nasir,menjelaskan objektif kursus itu bertujuan memberikan pendedahan awal kepada bakal pengantin tentang tanggungjawab suai isteri memberi pengajaran kepada bakal-bakal pengantin tentang bab-bab munakahat dalam Islam.

Katanya,selain itu kursus tersebut juga memberi tunjuk ajar kepada bakal pengantin tentang cara-cara menyelesaikan masalah sekiranya timbul komplikasi suami isteri disamping menerapkan ilmu kerohanian kepada bakal pengantin supaya menghayati ajaran Islam.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata demikian sempena mempengerusikan mesyuarat Majlis Tilawah Al-Qur'an Peringkat Negeri Sabah 1431H/2010M di bilik mesyuarat Majlis Perbandaran Sandakan.

Beliau menjelaskan,tempoh kursus pra perkahwinan itu selama 21 hari dengan kadar bayaran RM100.(seratus ringgit Malaysia) setiap seorang.

Tambah beliau lagi, penceramah/fasilitator adalah yang diiktiraf dan memiliki sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam malaysia dan JHEAINS sementara sijil kursus dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS) dan hanya sijil yang dikeluarkan oleh JHEAINS sahaja yang sah.

Hadirsama sempena mesyuarat itu Pengarah JHEAINS,Datuk Amri Suratman;Pengarah JAKIM,Aziz Mohammad;Pengarah Hal Ehwal Anak Negeri Sabah,Datuk Haji Ag.Sharin Alimin;Setiausaha Rendah 1,JKM,Haji Said Hinayat serta AJK Induk MTQ Negeri Sabah 1431/2010.

MTQ peringkat Negeri Sabah yang bertemakan Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah itu pada tahun ini akan diadakn di Dewan Libaran,Sandakan pada 28 April 2010 dan dijangka dirasmikan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Nasir menjelaskan,MTQ peringkat negeri Sabah itu terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Daerah/Kementerian;Saringan Akhir;Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu pada 29 Jun-03 Julai depan.Oleh;Arshad Hussin

Sunday, March 28, 2010

Wujudkan pasukan basmi kebersihan pekan dan bandar-Datuk Nasir



KENANGAN MDS...Datuk Nasir (duduk lima kanan);Datuk Harman (empat kiri);A.M.Ibnu (lima kiri);Datuk Jaujan (empat kanan);Mohd Said Hinayat (tiga kiri);DSP Mohd Azim Khan (dua kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama ahli-ahli MDS bagi sesi 2010/2011 di Semporna.

SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan pihak Majlis Daerah Semporna (MDS) mengwujudkan `team' khusus menjaga kebersihan pekan Semporna.

Katanya,peranan ahli-ahli MDS amat diharapkan bagi menggalas tugas membantu MDS dan Pejabat Daerah Semporna memastikan kebersihan kawasan pekan kerana daerah ini yang dikenali sebagai salah sebuah destinasi pelancongan tersohor harus sentiasa bersih dan tidak menjadi isu kepada pelancong luar.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senallang,mengingatkan semua ahli MDS yang baru dilantik menggalas dengan lebih komited membantu pengurusan Majlis Daerah serta mencurahkan bakti kepada kemajuan dan pembangunan daerah demi mengangkat nama daerah ke mercu gemilang.

Katanya,dengan adanya pelbagai program yang diwujudkan dan bakal diwujudkan oleh MDS akan lebih merancakkan lagi pembangunan ekonomi daerah itu dan memerlukan kerjasama yang erat daripada ahli-ahli Majis Daerah yang baru dilantik.

Nasir berkata demikian sempena merasmi dan menyaksikan majlis angkat sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Semporna bagi sesi 2010/2011 di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Adun Sulabayan yang juga Pengerusi Baitul Maal Negeri Sabah,Datuk Haji Harman Mohammad;Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Setiausaha Rendah 1, MJKM,Haji Siad Hinayat,Setiausaha Politik Kepada Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar & Wilayah,Datuk Jaujan Sambakong,Ketua Polis Daerah Semporna,DSP Mohd Azim Khan;Wakil SUT Kementeri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,Abdul Ghafar serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Sehubungan itu,Pegawai Daerah Semporna yang juga Pengerusi Majlis Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba,menjelaskan MDS komited menjaga kebersihan pekan dan ianya merupakakan agenda utama MDS untuk memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Katanya,meskipun demikian isu kebersihan itu bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana kita bukan sahaja berhadapan dengan isu sampah di daratan malah berhadapan dengan sampah sarap di kawasan laut.

Ujarnya,dalam usaha menangani masalah sampah di kawasan pekan pihak MDS telah melantik lebih 30 orang pekerja bergaji hari sejak dua tahun lalu yang terdiri daripada warga tempatan.
Katanya,MDS juga kini merancang melantik 30 orang pekerja lagi bagi menampung keperluan semasa Pesta Regatta Lepa yang akan diadakan pada April depan.

Selain itu,pihak MDS juga telah mengambil beberapa langkah meningkat taraf kebersihan masyarakat setempat.

Sebagai sebuah daerah pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,MDS telah menyediakan Plan Induk Landskap jangka panjang hingga 2020 yang telah dipersetujui oleh Jabatan Landskap Negara.Oleh:ARSHAD HUSSIN.




Thursday, March 25, 2010

Lawatan Tapak Pembinaan-Datuk Nasir Tun sakaran


PELAN PEMBINAAN...Datuk Nasir(dua kanan) bersama A.M. Ibnu (kanan) dan Abd.Samad (dua kiri) memeriksa pelan perancangan pembangunan semula rumah kampung Air yg terlibat kebakaran itu.



Semporna: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,Sabtu lepas melakukan lawatan ke tapak pembinaan semula rumah Kampung Air yang terlibat kebakaran pada pertengahan Disember 2009.

Hadirsama sempena lawatan itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba,Pemimpin UPKR Kawasan Senallang dan kakitangan UPKR Dun Senallang.

Datuk Nasir yg juga Adun Kawasan Senallang,menjelaskan pembinaan semula rumah itu akan dilakukan dalam masa terdekat dan dijangka siap sebelum hariraya Aidilfitri 2010.

Sebelum itu Datuk Nasir juga turut melakukan lawatan dan tinjauan ke bangunan gerai Masjid Al-Rahman.Oleh:ARSHAD HUSSIN

Islam perlu dihayati setiap masa-Datuk Nasir Tun Sakaran


PERARAKAN...Datuk Nasir dan Datuk Jaujan mengetuai perarakan mengelilingi pekan Semporna sempena Maulidur Rasul SAW di Semporna.

Semporna:Islam tidak hanya terletak pada tikar sembahyang dan masjid semata-mata tetapi ia perlu dihayati dan diamalkan setiap masa,kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Hj Nasir Tun Sakaran.

Katanya,Islam perlu dipraktikkan dalam segenap kehidupan.


Nasir menambah,majlis-majlis keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun merupakan suatu wahana menyedarkan umat Islam mengenai sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran masa kini.

Ujarnya,majlis seumpama ini penting bagi memperingati kisah perjuangan dan pengorbanan baginda berdakwah menyebarkan serya memartabatkan agama Islam.

Katanya,amalan secara tradisi ini merupakan kaedah penyatuan ummah dan permuafakatan paling berkesan menyatukan masyarakat Islam yang datang dari pelbagai bangsa dan sukukaum.


HAYATI ISLAM...Sebahagian pemimpin dan masyarakat Islam memberi
sokongan padu sempena majlis itu di Semporna.
Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang berkata demikian sempena sambutan Maulidur Rasul 1431/2010. Peringkat Daerah Semporna di sini.

Hadirsama Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah,Datuk Jaujan Sambakong,Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba,Ketua Polis Daerah,DSP Mohd.Azim Khan, kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai agama Islam Negeri Sabah,menjelaskan tema Maulidur Rasul "Memantap Ukhuwah,Memperkasa Ummah" perlu difahami dengan jelas bagi memperolehi maksud yang tersirat.

Katanya,dalam konteks nasional,kekuatan umat Islam adalah berlandaskan kepada rakyat berbilang sukukaum dengan pelbagai anutan kepercayaan.

Justru katanya,kekuatan negara ini yang dikecapi sejak merdeka perlu dipelihara dan diperkadakan kerana tiada cara lain selain daripada hidup dengan saling menghormati,bertoleransi kaum serta sentiasa taat kepada pemerintahan yang adil dan saksama.

Nasir berkata,sikap hormat mengormati tidak semestinya merujuk kepada kefahaman yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi orang muda sebaliknya konsep ini lebih luas maknanya dan berkaitan dengan hak sebagai rakyat Malaysia.

Katanya,setiap rakyat negara ini mempunyai hak masing-masing dan hendaklah bertindak mengikut landasan undang-undang dan perlembagaan dengan menjauhi prejudis dan fokus kepada persamaan.Oleh:Arshad Hussin

Wednesday, March 24, 2010

Denda RM100 ribu menanti pembuang sisa pepejal-DSP Lajim Ukin

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggunakan sepenuhnya kuasa yang diberikan kepada mereka di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bagi menangani perbuatan membuang sisa pepejal atau sampah di merata tempat di negara ini.
        Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata (gambar ),denda minimun sebanyak RM10,000 sehingga RM100,000 menanti mereka yang degil ini sekiranya larangan terhadap perlonggokan dan pengolahan sisa pepejal tanpa kebenaran tidak dipatuhi.
      “ Pesalah ini juga boleh dikenakan penjara selama enam bulan ataun tidak lebih lima tahun penjara” katanya
       Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan wakil dari Padang Besar Perlis Datuk Seri Azmi Khalid yang ingin tahu sama ada kerajaan atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai strategi jangka panjang bagi mempastikan Negara bebas dari pencemaran samah yang dibuang di merata rata tempat oleh orang ramai walaupun ia dalam kawasan pihak berkuasa tempatan 9pBT)
       Disamping itu Lajim berkata, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) akan menjalankan penguatkuasaan dengan lebih kemas dan kerap bagi memastikan orang ramai tidak membuang sisa pepejal sesuka hati.
      Sehubungana dengan itu menurut Lajim kementerian beliau turut menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti tong-tong sampah yang disalurkan terus kepada PBT untuk di tempatkan di tempat-tempat awam yang strategik bagi memudahkan orang ramai membuang sisa pepejal secara lebih terurus.
      Lajim menambah sejumlah RM1,028790.00 telah dibelanjakan bagi tahun 2006 hingga 2008 untuk pembelian tong -tong sampah yang dibekalkan kepada PBT di Negara ini, sementara lebih RM3 bilion siling diperuntukkan untuk pengurusan sisa pepejal dibawah RMK-9.
      " Bagi tahun 2010 pula, sejumlah R783,500,010.00 diperuntukkan untuk maksud yang sama," katanya.Oleh:Jaafar Abd Wahid











USIA pastikan lebih ramai ahli diberi latihan-Tun Sakaran


CAPAI KESEPAKATAN ...Kelihatan Sakaran sedang memerhatikan
majlis pertukaran dokumen antara Abdullah dan Taidin di majlis tersebut

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan memastikan lebih ramai ahlinya di seluruh negeri diberikan latihan dan bimbingan dalam usaha memantapkan pembangunan modal insan, kata Yang Di Pertua USIA, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Sakaran Dandai.

             Beliau berkata, sebagai sebuah organisasi berorientasikan dakwah Islam, USIA amat menitikberatkan pembangunan modal insan selaras dengan usaha kerajaan yang memberi keutamaan untuk melahirkan modal insan berkualiti.
    METRI PERJANJIAN...Kelihatan Sakaran (tengah) turut menyaksikan majlis menandatangai perjanjian semasa   majlis tersebut


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Perjanjian Antara USIA dan UGMC di Tingkat 7, Wisma Tun Fuad Stephens, di ibu negeri kelmarin.
             UGMC merupakan sebuah syarikat juru perunding yang telah berkecimpung dalam bidang latihan dan khidmat runding cara sejak 16 tahun lepas dan pernah mengendalikan bengkel dan kursus kepada 200 syarikat korporat, agensi dan jabatan kerajaan sama ada di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, Negara Asean dan Timur Tengah
             Perjanjian Persefahaman itu antara kedua-dua pihak merupakan detik bersejarah kerana buat pertama kalinya sebuah NGO Islam menjalin kerjasama mantap dalam usaha memantapkan pembangunan modal insan di negeri ini.
             "Dalam dunia sekarang, segala-galanya bergantung kepada ilmu dan kemahiran. Ilmu dan kemahiran hanya boleh diperolehi melalui latihan dan bimbingan," katanya.
             Katanya, bidang latihan dan khidmat bimbingan boleh boleh meningkatkan kecekapan ahli-ahli, menambahkan kualiti diri, berdaya saing dan cemerlang.
             Beliau yakin kerjasama pintar yang diterokai antara dua pihak itu akan membantu melahirkan modal insan berkualiti di negra ini.
             Perjanjian MoU itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung USIA, Datuk Haji Abdullah Hussin dan Setiausaha Kerja, Misnan Warman bagi pihak USIA manakala bagi pihak UGMC ditandatangani oleh Ketua Juruperunding UGMC, Taidin Suhaimin dan Managing Partner UGMC, Ahmad Abbas.
            Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Yang Di Pertua USIA, Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Ampong Puyon, Naib Yang Di Pertua USIA, Datuk Haji Matussin Awang Damit, Ahli-Ahli Majlis Tertinggi USIA yang juga Wakil Rakyat Bangi Mijul Unani serta ahli-ahli majlis tertinggi (USIA) yang lain.Oleh:Jaafar Abd Wahid

YDP USIA Tun Sakaran ziarah Datuk Aklee Haji Abas


BERTANYA KAHBAR...Kelihatan Sakaran,Aklee dan Abdullah berbual semasa kunjungan tersebut


ZIARAH....Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai petang kemarin melakukan ziarah kepada Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Aklee Haji Abas di kediaman beliau di kampung Tanjug Aru. Aklee yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sukau yang baru saja kembali ke tanah air dua bulan lepas setelah menjalani rawatan pemindahan buah pinggang di Hospital Naning China.Disamping ziarah bertanya kahbar Sakaran juga turut mendoakan Aklee cepat sembuh dan kembali aktif bersama (USIA) .Turut mengiringi ziarah Sakaran Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta kaki tangan dari ibu pejabat (USIA).Oleh:Jaafar Abd Wahid



MENDOAKAN..Kelihatan Sakaran Aklee,Abdullah turut mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad dari bahagian dakwah ibu Pejabat (USIA) semasa kunjungan tersebut.

Isu kahwin dalam usia kanak-kanak USIA tidak setuju-Datuk Abdullah Hussin


ALBUM KENANGAN…Abdullah (tengah) turut merakamkan
gambar kenangan dengan sebahagian dari peserta yang menyertai seminar tersebut



SEMPORNA: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah memandang berat isu kahwin yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur sebagaimana yang dilaporkan di media cetak yang berlaku di kampong Kuala Krai Kelantan.

       Dalam kes berkenaan kanak-kanak Siti Nur Zubaidah Hussin 11 tahun telah dikahwinkan oleh ayahnya sendiri Hussin Mat Salleh dengan Shamsuddin Che Deraman selepas percaya perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhamad.
       Selepas berkahwin kanak-kanak tersebut dilarikan sebelum dijumpai ditinggalkan di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera Kepong Kuala Lumpur.
       Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata beliau bersetuju dengan pendapat Menteri Pembanguna Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kes ini.
      Abdullah berkata kanak-kanak seharusnya diberikan peluang membesar,menikmati zaman remajanya, belajar serta mencapai cita-cita dalam hidupnya sebelum memikirkan soal perkahwinan dan adalah tidak wajar mereka dipaksa berkahwin terutamanya dalam usia yang masih muda.
     Abdullah berkata demikian ketika ditemui di Sempurna selepas merasmikan Seminar Kefahaman Islam anjuran bahagian Dakwah JAKIM Pusat dengan keja sama NGO Islam di sini dan turut diminta mengulas Isu ini
       



Menurut beliau,Sunah Rasulullah tidak harus disalah tafsir dan dijadikan alasan oleh mana-mana pihak dengan membenarkan amalan perkahwinan kanak-kanak.
     “ Imej Islam adalah sangat baik dan mulia,maka perbuatan yang boleh menjejas dan merosakkan imej Islam haruslah dijauhi” katanya
     Terdahulu ketika berucap merasmikan majlis tersebut Abdullah berkata, para pendakwah mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan dakwah Islam oleh itu mereka harus mempelbagaikan pendekatan dan teknik dakwah untuk menghadapi cabaran tersebut.
     Abdullah juga menambah hubungan erat badan badan NGO Islam termasuklah (USIA) dalam melaksanakan program dakwah amat penting dimana ianya akan memberikan impak yang besar terutamanya dalam mengembangkan syiar Islam di Negara ini
     “ Kita berharap perkongsian pintar ini akan menjadi landasan bagi semua badan badan NGO Islam untuk bergerak seiring bagi memperkasakan lagi syiar Islam di negeri ini” katanya.Oleh:Jaafar Abd. Wahid

Masyarakat diminta manfaat kemudahan perkhidmatan kesihatan-DSP Lajim Ukin


MENCUBA ...Lajim yang diperhatikan oleh Isteri beliau Normilah,
Dr.Tan ,Mohd.Zulkifli dan Addul Rahim mencuba alat senaman
yang dipemarkan sempana majlis tersebut



KUALA PENYU: Masyarakat umum diminta memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan yang disediakan di kawasan masing-masing.




MESRA...Lajim bersalaman dengan pegawai-pegawai
 kerajaan sejurus tiba di majlis tersebut


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkata, langkah tersebut dapat membantu kerajaan mencapai matlamat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.


Selain itu katanya, tabiat tidak merokok, selalu bersenam, menjaga pemakanan dan menjauhkan diri daripada tekanan mampu membantu seseorang menjadi sihat.



TERTARIK...Lajim bersama isteri Normilah yang diringi oleh dr,Tan,Mohd.Zulkifli dan Abdul Rahim
semasa melawat pemeran ubat-ubatan sempana program tersebut



"Kesihatan yang sempurna merupakan aset berharga kerana tanpanya tidak bermakna hidup seseorang itu walaupun kaya.





LANCAR...Lajim diiiringi oleh Dr.Tan,Mohd.Zulkifli membuka tirai
 sebagai simbol kepada program Hari Bertemu Pelanggan Hospital daerah Kuala Penyu.



"Kerajaan sentiasa mengharapkan rakyatnya hidup dalam keadaan sihat dan cergas, oleh itu jangan sia-siakan kemudahan yang disediakan,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Bertemu Pelanggan Hospital Daerah Kuala Penyu dekat sini pagi kemarin


Hadir sama Pengarah Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr.Tan Enoch ,Pengarah Hospita Kuala Penyu Mohd.Zulkifli Mohd. Tahir Penolong Pegawai daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub dan Isteri Lajim Datin Seri Normilah Siong


Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat ini termasuklah menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih bermutu dan terbaik untuk rakyat.


Sebagai contoh Lajim berkata Hospital Kuala Penyu yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2001 dengan kos pembinaan sebanyak RM76 juta merupakan antara komitmen kerajaan untuk mempertingakatkan kemudahan kesihatan di kawasan tersebut.


Menurut beliau kini penduduk Kuala Penyu dan sekitarnya boleh memperolehi rawatan kesihatan tanpa perlu ke lain-lain daerah sebagaimana yang berlaku sebelum ini dimana pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Beaufort atau Kota Kinabalu.


“ Dengan adanya Hospital di daerah ini, dan kemudahan yang disediakan ianya dapat memberikan kemudahan kesihatan kepada penduduk setempat dan sekitarnya”


Dalam perkembangan lain Lajim berkata selaras degan usaha untuk mempertingkatkan kemudahan kesihatan di Negara ini, kerajaan telah menubuhkan klinik komuniti 1Malaysia yang pada umumnya mendapat reaksi positif daripada masyarakat yang berpendapatan rendah terutamnya di kawasan bandar.


“"Ia juga akan memberi infrastruktur yang diperlukan kepada mereka yang kurang upaya untuk menjalani rawatan yang sewajarnya di klinik yang berdekatan," katanya


Mengulas program tersebut Lajim berkata, bukan sekadar dapat meningkatkan sistem penyampaian kerajaan. Malah, ia memberi peluang kepada masyarakat setempat mengemukakan sebarang masalah kepada pihak berkaitan untuk diselesaikan.Oleh:Jaafar Abd. Wahid







Sunday, March 7, 2010

Jadikan al-Quran sebagai sumber ilmu dan intelektual dalam kehidupan-DSP Lajim Ukin


PENGHARGAAN…Lajim menerima cendera kenangan dari Sahari selepas merasmikan majlis tersebut



BEAUFORT: Umat Islam di negeri ini disaran menyelidiki, mengkaji dan menghayati isi kandungan al-Quran bagi menghadapi pelbagai cabaran berikutan pelbagai kemelut ekonomi, politik dan sosial yang berlaku sejak akhir-akhir ini.



IKATAN UKHWAH..Lajim bersalaman dengan pemimpin
masyarakat Islam setempat sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut
Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang menyarankan demikian, berkata. ilmuwan Islam terdahulu menjadikan al-Quran sebagai sumber berfikir dan mencetuskan anjakan perubahan dalam kehidupan bagi menyelesaikan kemasalahan ummah

Menurut beliau kitab Al-Quran membimbing umat Islam bagaimana memahami definisi kemajuan dan modenisasi serta pedoman kepada kita (mengenai) pengertian sains dan teknologi.

“Al-Quran mengandungi pelbagai disiplin ilmu yang tidak dapat dijelaskan oleh mana-mana pihak” katanya

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Limbawang di Masjid Kampung Lubak dekat sini malam kelmarin.

Hadir Sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,,Pegawai Takbir (Jehins) Bahagian Beaufort Abidin Alihassan,Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Ibrahim dan Pengerusi Penganjur Imam Sahari Haji Sapri

Sehubungan dengan itu , beliau menyeru umat Islam memanfatkannya sepenuhnya ilmu yang terkandong dalam kita suci Al Quran sebagai panduan menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna bukan sahaja untuk dunia malah di akhirat

“Kitab al-Quran bukan hanya untuk dibaca semata-mata bahkan apa yang lebih penting ialah memahami maknanya, dikaji maksudnya, disingkap rahsianya serta diamalkan tuntutan dan perintahnya,” katanya.

Lajim menambah tradisi membudayakan al-Quran di kalangan masyarakat Islam akan menjadikan ilmu Islam berkembang dan menunjangi cabang ilmu serta kemajuan.

Seramai 4 orang qari dan qariah dari Zon Limbawang telah menyertai majlis tilawah tersebut dimana johan qari dan qariah dalam tilawah tersebut akan mewakili Zon Limbawang ke majlis Tilawah Al Quran peringkat daerah Beaufort yang akan diadakan pada penghujung bulan Mac ini. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

PEMUDA UMNO TENOM SAMBUT BAIK TINDAKAN KERAJAAN KEKALKAN SUBSIDI MINYAK

TENOM: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom mengalu-alukan keputusan Kerajaan menstruktur semula subsidi minyak secara berperingkat-peringkat disamping mengekalkannya pada harga sedia ada yang dianggap sebagai langkah terbaik dalam menangani keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Ketua nya Jamawi Jaafar (gambar ) berkata, keputusan kerajaan itu amat tepat dan dialu-alukan oleh semua pihak khususnya rakyat yang berpendapatan rendah.

“ Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom amat mengalu-alukan tindakan kerajaan ini dan beranggapan ianya merupakan satu keputusan yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat dimana rakyat masih menanggung beban akibat kelembapan ekonomi ketika ini “ katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pagi kemarin

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan membatalkan cadangan menstruktur semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negetif daripada rakyat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada jumaat lepas.mengumumkan sistem subsidi petrol sediaada akan dikekalkan dan sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan akan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan subsidi merangkumi bahan petroleum,makan serta infrastruktur lain.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin dengan nasib rakyat .

“ Keputusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di Negara ini dimana kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka menerima pandangan rakyat sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat” tambah Jamawi.

Dalam perkembangan berkaitan Jamawi juga berharap subsidi yang diberikan kelak perlu menapati golongan sasaran dan mereka yang benar-benar layak dan memerlukannya bagi memastikan tidak ada penyalahgunaan berlaku. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Pertahan Bahasa Ibunda dan Adat Budaya Sukukaum-Nasir Tun Sakaran


MESRA PEMIMPIN...Datuk Nasir (kiri) dan Datuk Harman (dua kiri)
beramah mesra dengan sebahagian ibubapa OKU sempena majlis itu di Semporna.


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan golongan ibubapa mengajar bahasa ibunda kepada anak-anak mereka disamping pendidikan akademik dan agama.


KENANGAN BAKISA...Datuk Nasir (kiri) dan Datuk Harman(kanan)sempena majlis itu di Semporna.


Katanya meskipun bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris penting mereka pelajari namun bahasa ibunda juga harus dipertahankan sebagai bahasa warisan sesuatu kaum.

Nasir menjelaskan dalam zaman yang semakin moden serta canggih dengan pelbagai pengaruh dunia IT melalui media massa dan letronik anak-anak generasi kini didapati kurang atau tidak tahu berbahasa ibunda sukukaum mereka.

Selain itu mereka juga diminta mempertahankan amalan tradisi sukukaum dalam sesuatu perayaan,majlis kenduri-kendara,majlis perkahwinan termasuk adat dan budaya yang diwarisi daripada nenek moyang zaman berzaman dan tidak bercanggah dengan hukum agama bagi masyarakat Islam.

Nasir berkata demikian semasa ditemui dalam majlis Program Semai Bakti anjuran BAKISA di Semporna.

Nasir berkata,adat dan budaya sesuatu kaum itu melambangkan kekayaan budaya yang mampu mempamerkan warnawarni dunia kehidupan rakyat sesebuah negara berbilang kaum.

Beliau menambah dengan memiliki generasi baru daripada lebih 32 ethnik Sabah yang tahu berbahasa ibunda dan tahu dengan amalan tradisi sukukaum mereka sudah pasti mampu menarik pelancong luar kagum dengan rakyat majmuk Malaysia yang hidup dalam negara aman,makmur dan berbudaya luhur.Oleh:Arshad Hussin

Thursday, March 4, 2010

Belia Sabah yang konon merempat di KL terus dibantu-Jamawi Jaafar


TUNGGU GILIRAN....Jamawi mengiringi beberapa belia Sabah
yang kehilangan dokumen kad pengenalan
untuk memperolehi kad pengenalan semantara di JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
pagi kemarin

BELIA SABAH TERUS DIBANTU...Isu Belia terkandas di Kuala Lumpur yang menarik perhatian semua pihak baru-baru ini bukan sahaja mengundang Pergerakan Pemuda Umno Sabah yang diketuai oleh Ketuanya Azman Roslan yang dibantu oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar untuk turun padang menangangi dan membantu menyelasaikan perkara ini sehingga ianya dapat diselasaikan secara beperingkat-peringkat termasuklah usaha untuk memperolehi pekerjaan tetap kepada para belia yang belum berkerja .Dalam pada itu timbul pula isu lain apabila sebilangan belia yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaaan ini, kehilangan beberapa dokumen peribadi antaranya seperti surat beranak dan Kad Penegenalan sekali lagi mengundang rasa simpati Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom ini membantu sebilangan belia yang kehilangan kad pengenalan untuk mendapatkannya di Jabatan Pendaftaran negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Atas keprihatinan tersebut pagi kemarin Jamawi membawa serta mengiringi sebilangan belia yang kehilangan dokumen peribadi Kad Pengenalan ini untuk mendapatkan salinannya di Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan. Belia yang terlibat ketika ditemui turut merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pemuda Umno Sabah khususnya kepada Jamawi yang bersungguh-sungguh membantu kebajikan mereka.hidOleh : Jaafar Abdul Wahid











Wednesday, March 3, 2010

Keperluan membina balai bomba di Putatan akan dikaji-DSP Lajim Ukin

KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji keperluan untuk mengwujudkan sebuah balai Bomba di kawasan Putatan.

Timbalannya Menteri Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kajian ini akan dilakukan bersesuaian dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di kawasan Putatan apa lagi kini ianya menjadi sebuah daerah penuh.

“ Setakat ini belum ada sebarang keputusan untuk mendirikan sebuah balai bomba baru di kawasan Putatan bagaimanapun ianya akan dipertimbangan dalam kajian separuh panggal dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) “ katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur kemarin sebagai mengulas cadangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Putatan agar sebuah balai Bomba didirikan di daerah tersebut.

Ketua Pemudanya Ir Shahelmey Yahya dalam satu kenyataan di beberapa buah akhbar tempatan baru baru ini meminta agar kerajaan membina sebuah Balai Bomba di daerah itu memandangkan kejadian kebakaran sering berlaku di daerah itu

Katanya, keperluan untuk mengwujudkan sebuah balai Bomba amat sesuai memandangkan Putatan merupakan sebuah daerah penuh dan mempunyai kepadatan penduduk yang sangat ramai serta banyak taman perumahan di wujudkan di daerah itu.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kerajaan menyedari akan kepesatan pembangunan yang berlaku di daerah Putatan sehubungan dengan itu katanya, kerajaan melalui kementerian beliau akan melakukan kajian lebih terperinci akan keperluan tersebut sebelum ianya dapat dilaksanakan.

“ Setakat ini kita masih boleh bertindak untuk membantu mengatasi kes kes kebakaran dengan menggunakan perkhidmatan Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat samaada dari daerah Kota Kinabalu atau Penampang bagi membantu menangani kes kes kebakaran di kawasan ini” katanya.
Dalam perkembangan lain Lajim turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka semasa musim kemaru ini kerana ia dikenalpastri sebagai punca utama beberapa laratan kebakaran yang berlaku

Beliau menegaskan,kebaran boleh ditangani jika masyarakat memberikan kerjasama dengan tidak sengaja melakukan sesuatu tindakan yang boleh menerbitkan punca kebakaran ini termasuklah sentiasa mengawasi tahap keselamatan dirumah yang boleh membawa punca berlakunya kes kes kebakaran.Oleh:JAW

Jangan Cantas Mencantas Sesama Pemimpin-DSP Lajim Ukin

KUANTAN: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan satu garis panduan agar semua pemimpin menjauhi perbuatan cantas-mencantas bagi menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga telah menasihatkan agar pemimpin semua peringkat mengelakkan perbuatan itu kerana ia hanya menimbulkan banyak masalah kepada parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Lajim Ukin berkata (gambar ), Perdana Menteri mengeluarkan garis panduan itu bertujuan menghapuskan budaya cantas-mencantas yang berlaku dalam UMNO dan juga parti-parti komponen BN.

"Kalau cantas-mencantas ini bukan sahaja dalam MCA, dalam parti UMNO juga berlaku. Presiden UMNO telah pun keluarkan satu garis panduan dan juga menasihatkan pimpinan semua peringkat supaya jangan cantas-mencantas. Kalau ini berlaku, kita akan menghadapi masalah dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak pasar tani di pekarangan Stadium Darul Makmur di sini baru-baru ini.
Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, semua parti komponen perlu bergabung tenaga bagi memastikan kemenangan memihak BN pada pilihan raya akan datang.

Beliau turut menasihatkan pemimpin parti MCA yang sedang bertelingkah supaya tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengutamakan kepentingan parti dan masyarakat Cina yang mereka wakili.

"Saya fikir, Presiden MCA (Datuk Seri Ong Tee Keat), dan juga mereka yang bertelingkah ini kena berfikir agar tidak pentingkan diri sendiri, pentingkan parti dan masyarakat Cina yang diwakili oleh MCA dan juga parti Gerakan.

"Kedua-dua parti ini mewakili masyarakat Cina. Kalau MCA tak kuat dan Gerakan juga tidak kuat, mana orang Cina hendak bergantung? Sudah tentu kepada DAP kerana mereka tidak ada pilihan," katanya.

Jelas beliau, kenyataannya itu tidak bermaksud beliau dan UMNO hendak mencampuri urusan dalaman parti lain, sebaliknya hanya ingin membantu supaya mereka kembali bersatu bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.

"Mereka harus sedar, kalau tidak kembali bersatu, mereka akan kalah dalam pilihan raya," katanya.

Dalam pada itu, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, beliau akan mengemukakan permintaan UMNO bahagian Kuantan yang merupakan kawasan angkatnya kepada pucuk pimpinan parti, supaya jawatan Pengerusi BN bahagian itu yang kini disandang oleh MCA dikembalikan kepada UMNO.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengannya hari ini, UMNO bahagian tersebut mahu supaya perkara tersebut dikaji semula dengan mengambil kira kedudukan UMNO yang memenangi dua daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum lalu.

"UMNO bahagian juga mahu pucuk pimpinan mengkaji semua tentang pemilihan calon yang juga faktor penentu kemenangan parti, dengan mengambil kira sensitiviti penduduk setempat.

"Walaupun dalam parti komponen, kita mahu calon itu harus faham tentang situasi UMNO dan sensitiviti orang Melayu. Jangan menang, kemudian sensitiviti orang Melayu diketepikan," katanya.

Mengenai kedudukan UMNO bahagian Kuantan, Lajim berkata, beliau telah menasihatkan pemimpin di semua peringkat supaya bekerja kuat dan tidak menunggu sehingga waktu pilihan raya atau dipilih menjadi calon, dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Katanya, mengambil kira kesepakatan di kalangan pemimpin di semua peringkat, beliau yakin UMNO bahagian Kuantan mampu merampas kembali kerusi Parlimen yang terlepas kepada pembangkang pada pilihan raya akan datang.

"Insya-Allah kita akan merampas semula Parlimen Kuantan. Apa yang penting, kita semua bekerja kuat dan turun padang," katanya.Oleh:JAW







Jangan Tuding Jari Kepada UMNO - Rosnah

PAPAR, 2 Mac (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sepatutnya menuding jari kepada UMNO setiap kali ada wakil rakyat dan pemimpin daripada parti itu keluar dan menyokong perjuangan atau mesra Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Sebaliknya, PKR seharusnya menyalahkan parti itu sendiri yang sudah lari daripada perjuangan asal mereka dan kini lebih banyak menumpukan permainan politik, katanya.

"Setiap kali ada masalah dalam PKR, pihak UMNO lah yang dipersalahkan. Kalau PKR boleh mempertikaikan kepimpinan Umno, UMNO juga berhak mempersoalkan kepimpinan PKR.

"Sebenarnya mereka (anggota PKR) bertindak keluar parti kerana mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan dan perjuangan PKR," katanya kepada pemberita selepas merasmikan ruang rehat asrama puteri Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di sini, Selasa.

Rosnah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pimpinan PKR yang mendakwa pemimpin UMNO merupakan punca beberapa anggota PKR termasuk Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan bekas Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin keluar daripada PKR.

Mengenai program Pergerakan Puteri BN, beliau berkata perhimpunan Puteri BN akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 April dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikannya.

Mengenai perkembangan terbaru cadangan untuk membina Hospital Kinarut, dekat sini, Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berharap proses pemerolehan tanah untuk tujuan itu dapat disegerakan supaya projek berkenaan dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

"Jumlah penduduk di kawasan Papar semakin meningkat dan pembangunan juga bertambah pesat. Jadi, saya mencadangkan agar hospital yang dibina kelak mempunyai sekurang-kurangnya 400 katil untuk kemudahan pesakit," katanya.-- BERNAMA

Hargai Keharmonian Kaum-Datuk Mukriz Tun Mahathir


SALAM PEMIMPIN...Datuk Mukriz (tengah) diringi Mohd Azis (kanan)
bersalaman dengan sebahagian ahli-ahli UMNO sempena majlis itu di Semporna.

Oleh:MAJ

Semporna:Pergerakan Pemuda UMNO Semporna telah menganjurkan Program Mesra Rakyat yang disempurnakan oleh Timblan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir di Kampung Bubul Semporna.


KENANGAN BERSAMA...Datuk Mukriz mengabadikan gambar kenangan
bersama sebahagian pemuda-pemuda UMNO Semporna.


Mukhriz menekankan bahawa pentingnya bagi rakyat Malaysia menghargai keharmonian kaum yang telah sekian lama terjalin sehingga menjadikan Malaysia merupakan satu-satunya negara yang boleh hidup dalam keadaan aman walaupun mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Katanya, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO juga telah berjaya meletakkan nama Malaysia ini dipentas antarabangsa.

Jasa-jasa kerajaan Barisan Nasional didalam memastikan tiada rakyat yang terpinggir perlu diberi pengiktirafan dan dipertahankan.

Mukhriz juga menasihatkan masyarakat didaerah Semporna agar tidak terpengaruh dengan hasutan dan mainan politik parti pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang sering mencari jalan untuk mengwujudkan keadaan kucar-kacir di dalam negara dan memecahbelahkan kaum demi cita-cita politik iaitu ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mukriz berkata, hubungan parti-parti pembangkang didalam pakatan rakyat juga sebenarnya hanyalah hubungan tanpa keserasian kerana perbezaan ideologi ketara antara mereka hingga mengakibatkan akhir-akhir ini ramai pemimpin-pemimpin mereka sendiri bertindak keluar daripada parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
Katanya.ahli-ahli UMNO juga perlu berjuang dengan ikhlas dan tidak terlalu memikir kepentingan diri.

Dalam majlis yang sama, Datuk Mukhriz mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna,Mohd Aziz Jamman dan ketua masyarakat di Kampung Bubul, Mahadi Jaya kerana menganjurkan program yang sememangnya menepati saranan YAB Perdana Menteri Malaysia agar mendahulukan rakyat, prihatin terhadap kesusahan rakyat dan yang paling penting membantu kepimpinan didalam memastikan segala permasalahan rakyat dapat diambil perhatian.
Pada majlis itu juga Datuk Mukhriz menyampaikan sumbangan peribadi kepada 20 orang fakir miskin berbentuk keperluan harian rumah dan wang tunai bagi membantu meringankan beban harian mereka.

Dalam program yang sama juga, Pergerakan Pemuda UMNO Semporna melalui ketuanya Mohd Azis Hj Jamman menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan sukan kepada 50 orang sukarelawan Karnival Sukan Rakyat (KASURA) anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Semporna pada 31 Disember 2009 yang lepas.

Penerima adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Pemuda Cawangan yang telah sukarela untuk membantu bagi menjayakan Karnival Sukan Rakyat yang lepas.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom,Jamawi Jaafar; Manis Muka Bt Hj Dara Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Semporna, Ketua Kampung Bubul Semporna, Wakil daripada Pergerakan Putri UMNO Bahagian Semporna serta semua ahli jawatankuasa pergerakan Pemuda UMNO Semporna.















Hati - hati Ejen Pekerjaan Cuba Perdaya Belia Sabah : Jainab

(Berita Sabah)


March 02, 2010 17:41 PM

SANDAKAN, 2 Mac (Bernama) -- Golongan belia di Sabah diminta supaya berhati-hati ketika menerima tawaran ejen untuk bekerja di Semenanjung Malaysia atau di luar negara bagi mengelak mereka diperdaya.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata terdapat ejen pekerjaan terutama yang beroperasi secara haram mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dan menjadikan belia dari Sabah sebagai golongan sasaran mereka.

"Apabila ditipu, ada belia dari negeri ini terkandas di Semenanjung Malaysia atau di luar negara," katanya pada majlis penyampaian sijil kursus kecantikan anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah di sini Selasa.

Jainab berkata faktor utama belia dari Sabah terkandas di Semenanjung Malaysia dan luar negara adalah helah ejen yang menawarkan pekerjaan dengan gaji tinggi.

Katanya kerajaan mengalami kesukaran mengenal pasti golongan belia terbabit kerana tidak mendapat kerjasama dan maklumat daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa.-- BERNAMA





Dakwaan Kit Siang Kadazandusun paling Rugi Di Sabah Tidak Berasas-Malakun

March 03, 2010 17:51 PM

KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) Datuk Clarence Bongkos Malakun menyifatkan kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang baru-baru ini bahawa masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) "paling rugi" di bawah Barisan Nasional (BN) di Sabah, sebagai tidak berasas dan fitnah.

Beliau berkata agak menghairankan bagi seseorang yang hanya tinggal sekejap di Sabah untuk mendakwa mengetahui mengenai senario setempat dan seterusnya melayakkan dirinya untuk mengulas isu setempat yang jauh menyimpang daripada kebenaran.

Malakun berkata kerajaan BN di Sabah, di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, telah menjalankan tugas dengan cemerlang, bukan sahaja membabitkan pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan sosial, khususnya mengekalkan keharmonian antara pelbagai kaum dan etnik di negeri ini.

"Malahan tahap toleransi antara pelbagai kaum yang tinggal di Sabah diiktiraf oleh banyak pihak sebagai amat unik walaupun mungkin bukan yang terbaik," katanya di sini Rabu.

Beliau berkata tahap toleransi yang tinggi itu adalah disumbangkan oleh hakikat setiap orang tahu diskriminasi berdasarkan latar belakang kaum bukan satu isu di Sabah.

"Malahan, Ketua Menteri sendiri adalah berketurunan separuh KDM. Ibu beliau ialah orang Dusun daripada keluarga Gunsanad berasal daripada salasilah keluarga Sundang dan Sodomon.

"Oleh itu, ini memberikan alasan kukuh kepada Ketua Menteri untuk lebih prihatin dengan kesejahteraan KDM," katanya.

Malakun berkata sejumlah besar masyarakat Kadazandusun di Sabah memegang jawatan penting dalam sektor kerajaan.

"Hakikatnya, dua KDM sedang memegang jawatan peringkat menteri amat penting di peringkat Kerajaan Persekutuan. KDM juga diwakili dengan baik dalam Kabinet negeri.

"Daripada 10 kementerian dalam kerajaan negeri, empat jawatan setiausaha tetap dipegang oleh kaum KDM. Daripada segi biasiswa, sejak di bawah USNO, KDM antara kaum yang paling banyak dipilih sebagai penerima biasiswa negeri," katanya.

Malakun berkata kerajaan negeri dan persekutuan juga berterusan mengambil langkah untuk meningkatkan lagi kehidupan penduduk di Sabah "tanpa mengira siapa mereka".

"Koridor Pembangunan Sabah (SDC), merupakan satu contoh baik akan keseriusan kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan di Sabah.

"Pelbagai program digariskan di bawah SDC oleh kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin dan mengeluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan," katanya.

Memberikan contoh projek agropolitan bagi program membasmi kemiskinan di bawah SDC, katanya program itu menumpukan pada kawasan di Tongod, Pitas, Nabawan, Keningau, Kemabong dan Beluran.

"Ini merupakan kawasan-kawasan yang penduduknya majoriti KDM. Berdasarkan fakta ini, adakah Kit Siang benar-benar mempunyai isu untuk dibangkitkan mengenai KDM di Sabah?," soalnya.

Malakun berkata adalah jelas bahawa kenyataan Kit Siang itu sengaja dibuat untuk mengalihkan tumpuan terhadap krisis politik yang sedang dihadapi pembangkang.-- BERNAMA

Pita Adegan Seks Sami, Pelakon Selatan India Terkenal Tersebar

03 Mac, 2010 22:14 PM

Oleh P. Vijian

CHENNAI, 3 Mac (Bernama) -- Seorang sami India terkenal, yang mempunyai ramai pengikut di India, Malaysia dan Amerika Syarikat, terlibat dalam skandal seks dengan seorang pelakon wanita terkenal Selatan India.

Berita sensasi itu menimbulkan kemarahan di seluruh Selatan India selepas video tidak bertarikh itu dibocorkan kepada media massa di Chennai, di mana sami terkenal itu terlibat dalam aksi dengan pelakon itu.

Saluran utama Sun News yang berpangkalan di Tamil Nadu, menyiarkan pendedahan itu tetapi tidak mendedahkan identiti pelakon wanita yang terlibat dengan wajahnya ditutup.

Akhbar Tamil tempatan membayangkan wanita yang terlibat dalam adegan itu ialah anak kepada seorang lagi pelakon wanita Tamil Selatan India yang terkenal.

Majalah Tamil dan akhbar-akhbar harian, yang menerbitkan berita itu, laris dijual di Chennai hari ini.

Di bazar Burma yang terkenal di Chennai, vendor yang menjual pita video menerima permintaan tinggi apabila orang ramai yang ingin tahu berbaris untuk mendapatkan pita video itu, yang habis dijual hari ini, lapor akhbar-akhbar Tamil di bandar raya ini.

Menurut saluran berita, sami itu, yang mempunyai ashram di beberapa tempat di Tamil Nadu dan Bangalore, dipercayai terlibat dalam hubungan seks rahsia dengan pelakon wanita itu.

Sami itu dilaporkan berada di Amerika sekarang dan dijangka pulang ke India tidak lama lagi. Pelakon wanita itu kini berlakon dalam drama bersiri Tamil.

Di beberapa kawasan Tamil Nadu, para perusuh merosakkan ashram sami itu dan melemparkan dengan kasut ke atas gambar dan posternya akibat marah.-- BERNAMA

Tuesday, March 2, 2010

Patuhi Spesifikasi Pembinaan Bangunan Perniagaan-Datuk Nasir:

IKUT PERATURAN...Datuk Nasir (dua kiri) diringi A.M.Ibnu (kanan) dan Tahir Amir (kiri)
mendengar penjelasan Datuk Jimmy Pang (dua kanan) sempena lawatan dan tinjauan itu di Semporna.

Semporna: Menteri diJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan pemaju-pemaju bangunan perniagaan sentiasa mematuhi peraturan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan apabila membina bangunan kedai.

Katanya,pihak pemaju perlu lebih mengutamakan kepentingan orang ramai terutamanya menempatkan kawasan letak kereta yang sesuai dan tidak menyusah serta membahayakan pengguna jalanraya selain menjaga tahap kebersihan kawasan bangunan.

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Senallang berkata demikian sempena melakukan lawatan dan tijauan ke bangunan pekan baru Semporna.

Turutserta dalam tinjauan itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan DUN Senallang,Haji Tahir Amir,Pemaju Bangunan Perniagaan,Datuk Jimmy Pang.

Nasir berkata,selaku pemimpin yang bertanggungjawab beliau sentiasa memantau pembinaan bangunan-bangunan perniagaan di kawasan itu dan berharap semua pemaju bangunan di kawasan itu tidak mengabaikan peraturan dan keselamatan orang awam.

Sempena tinjauan itu juga Datuk Nasir meminta pihak Majlis Daerah Semporna meningkatkan tahap kebersihan di kawasan pekan terutamanya di kawasan jeti berhampiran Pasar Besar Semporna.Oleh;ARSHAD HUSSIN.