Thursday, May 20, 2010

Tambah Bilangan Jemaah Haji Sabah-Datuk Nasir:


TAMBAH BILANGAN HAJI...Datuk Nasir(duduk kanan)
berbincang sesuatu dengan Hj Mohd Norber (dua kanan)
 sambil diperhatikan Haji Zailan (dua kiri) dan Haji Abdul Samat (kiri)
 sempena kunjungan mesra itu di pejabat MJKM Bangunan Innoprise.

KOTA KINABALU:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran pagi tadi menerima kunjungan rombongan Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah,Haji Mohd Norber Kassim di pejabat MJKM Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.
TANDA KUNJUNGAN...Datuk Haji Nasir (kanan) menerima cenderahati disampaikan Haji Mohd Norber Kassim (tengah) sambil diperhatikan Haji Zailan Mohamed (kiri) sempena kunjungan itu di pejabat MJKM Bangunan Innoprise.

Turut serta dalam rombongan itu Pengurus Pentadbiran Haji Sabah,Haji Zailan Mohamed dan Penyelia Pemasaran Negeri Lembaga Tabung Haji Sabah,Haji Abdul Samat Mansur.

Sempena kunjungan itu Datuk Nasir dan Haji Mohd Norber berbincang mengenai hal ehwal haji Sabah.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berharap dan memohon LUTH menimbang supaya menambah bilangan jemaah haji Sabah untuk menunaikan fardhu haji.

Sehubungan itu Datuk Nasir meminta umat Islam yang berhasrat menunaikan fardhu haji supaya mendaftar lebih awal dan tidak menunggu saat akhir membuat pendaftaran haji.

Selain itu beliau juga meminta umat Islam membuka buku akaun dengan Tabung Haji dengan hanya RM2.

Katanya, pemeggang akaun Tabung Haji yang sudah mempunyai simpanan dalam akaun Tabung Haji berjumlah RM1,300.boleh memohon mendaftar menunaikan fardhu haji.Oleh: ARSHAD HUSSIN.

Wednesday, May 19, 2010

USIA telah main peranan dengan baik-Tun M

BINCANG MESRA...Tun Mahathir (kiri) berbincang mesra dengan Tun Sakaran
sempena kunjungan hormat itu di Putra Jaya Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah melaksanakan tugas dakwah dengan baik dan memuaskan sejak ianya diwujudkan dan tidak ada sebab untuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) menubuhkan Bahagiannya di Sabah,kata Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM),Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Katanya,beliau sendiri sentiasa mengikuti perkembangan dakwah Islam di Sabah dan berpuas hati terhadap program-program yang dilaksana USIA khususnya dalam menjaga kepentingan umat Islam dan perpaduan antara kaum.

Tun Dr. Mahathir berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Sakaran Dandai di pejabat bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana ,Putra Kuala Lumpur.

Tun M berkata,memandangkan USIA adalah ahli gabungan PERKIM sejak sekian lama maka soal kemasukan PERKIM ke Sabah tidak perlu diteruskan.

“ Saya juga baru mengetahui empat hari lalu tentang hasrat PERKIM nak masuk ke Sabah,” kata Tun M.

katanya beliau terkejut apabila diberitahu oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, bahawa PERKIM Sabah diketuai oleh salah seorang Timbalan Yang DiPertua USIA.

Menurut Tun M beliau spendapat dengan Tun Sakaran bahwa harus ada persefahaman baik antara PERKIM dan USIA untuk menjamin matlamat dan objektif memelihara kepentingan Islam akan tercapai dan yang lebih penting adalah perpaduan antara Islam dan kaum-kaum lain di Sabah.

Tuesday, May 18, 2010

Usaha Memperkasa Pemuda dilipatgandakan-Jamawi


SERAH SUMBANGAN…Kelihatan Jamawi turut menyampaikan sumbangan
 peralatan sukan kepada salah seorang Ketua Pemuda selepas merasmikan majlis tersebut


TENOM: Proses pembangunan belia masa kin tidak lagi boleh menggunakan pendekatan bersifat konvensional, , sebaliknya perlu menekankan kaedah bersifat pragmatic dan holistik, kata Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar.
Katanya,pendekatan terhadap program pembangunan belia perlu mengalami perubahan berteraskan pembangunan modal insan agar dapat mewujudkan belia yang bersifat hadhari

”Usaha membangunkan belia ke arah menjadi modal insan yang terbilang memerlukan pendekatan yang menyeluruh. Penekanan perlu diberikan terhadap pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuklah ilmu sains, teknologi dan keusahawanan di samping pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan cawangan pergerakan pemuda Umno Zon Ulu Tomani Tenom dekat sini baru baru ini.

Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom berkata, pergerakan itu akan mengambil pendekatan yang lebih proaktif dalam usaha mendidik dan menjana golongan belia agar mencapai potensi diri yang optimum dimana ianya akan menjadi agenda penting pergerakan itu

. Katanya, langkah khusus akan diambil oleh pergerakan itu untuk membantu golongan berkenaan seperti meningkatkan latihan dan kemahiran mereka dalam pelbagai bidang. dimana ianya secara tidak langsung akan turut meningkatkan peluang kepada para belia untuk mendapatkan pekerjaan

“Pemuda UMNO Tenom akan terus mendekati pengundi muda terutamanya di luar bandar dengan memberikan mereka maklumat tentang usaha usaha kerjaaan dalam memperkasakan golongan belia muda di Negara ini ” katanya

Ini menurut Jamawi ianya akan dilaksanakan .melalui bantuan serta kerjasama dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang boleh membantu mereka memberikan kemahiran , kursus, seminar dan latihan termasuk pinjaman yang disediakan oleh jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan.

“ Kita tidak menafikan masih ramai di kalangan belia khususnya di kawasan Pedalaman yang kurang terdedah dengan maklumat tentang peranan serta usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasakan golongan muda melalui pelbagai bentuk latihan,kemudahan dan juga pinjaman yang boleh dimanafaatkan oleh golongan ini” jelasnya.

Sehubungan dengan itu katanya Pergerakan itu akan mengatur serta melaksanakan beberapa siri program ke kampung kampung di kawasan Pedalaman daerah itu dengan membawa bersama jabatan dan agensi kerajaan menjelajah segenap kampung bukan sahaja sekadar memberikan penjelasan tentang peluang dan kemudahan yang disediakan namun menganjurkan lebih banyak kursus kursus kemahiran bagi melatih golongan ini agar mereka boleh berdikari khususnya dalam menjana taraf siso ekonomi mereka seharian tanpa perlu berhijrah ke Bandar Bandar untuk mencari peluang pekerjaan.Oleh Jbw







CAPTION:



A.


B. AMANAT…Jamawi ketika berucap di majlis tersebut



SOKONGAN….Antara ahli-ahli Pemuda yang menghadiri majlis tersebut.

UMNO harus berubah demi maruah bangsa terus terjamin-DSP Lajim Ukin



SOKONGAN…Ahli-ahli Umno yang hadir berdiri sambil betariak “Hidup Umno” sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Lajim sebagai Ketua Umno bahagian Beaufort



KUALA PENYU : Sejauh mana pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli Umno perlu berpijak di bumi nyata. Landskap politik negara telah berubah sama sekali dimana ahli parti tidak seharusnya terlalu nostalgik dengan kejayaan masa lampau tanpa mencipta kejayaan kejayaan baru kata ,Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin


Beliau berkata sejarah kegemilangan Umno bukanlah satu jaminan bagi parti tersebut untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini menjadi pemerhati bijak akan kedudukan parti pada masa kini dan akan datang

“Realitinya sekarang menunjukkan fakta sejarah kegemilangan Umno bukan lagi menjadi ukuran kerana sudah ada kalangan rakyat yang tidak ambil peduli perkara itu.” Katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis berkelompok persidangan cawangan Umno bagi Mengundi Kawasan DUN Kuala Penyu di Dewan serba guna Balai Bomba dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim, Bendahari Umno Bahagian Zahari Mohd Zini,Ketua Penerangan Haji samin Ongki,Ketua Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd Dun dan Penyelaras Umno DUN Kuala Penyu OKK Awang Anak Yusuf.

Sehubungan dengan itu katanya Umno perlu berubah dan perlu berani membuat perubahan bukan sahaja di kalangan pemimpinnnya malah semua ahli parti itu supaya melakukan perubahan

“ Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, UMNO tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa terdahulu” tegasnya

Menurut Ketua Umno bahagian Beaufort ini, perubahan minda, nilai dan sikap pengundi sekarang lebih mementingkan nilai-nilai politik yang tulus iaitu integriti, jujur dan telus. .

Lajim menambah pemimpin parti perlu sedar bahawa kekuatannya bermula dengan hubungan pemimpin akar umbi dengan rakyat. Ini bermakna pemimpin peringkat cawangan dan bahagian UMNO mesti aktif mengadakan program aktiviti kemasyarakatan, bersama membasmi kemiskinan tegar, bantu rakyat semasa berlaku bencana dan kesusahan.

“ Perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menuntut parti untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dari segi organisasi, struktur, pendekatan, nilai dan sikap demi memulihkan kepercayaan orang Melayu dan rakyat kepada Umno “ katanya

Sambil mengakui terdapat perubahan dari segi peningkatan sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada parti Umno, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan berharap sokongan tersebut akan terus meningkat dari masa ke semasa bagi memulihkan kekuatan parti menghadapi cabaran mendatang.

“ Terdapat peningkatan sokongan rakyat khususnya orann Melayu semasa pilihanraya Kecil di Hulu Selangor baru baru ini,dimana perkembangan positif ini akan terus menjadi pendorong untuk kita berusaha memperkukuhkan semual kekuatan parti” tegas Lajim

Sehubungan dengan itu beliau mahu pemimpin dan ahli parti harus melihat kepentingan parti sebagai keutamaan dimana menurut beliau pemimpin tidak penting, yang penting ialah mengukuhkan institusi. Pemimpin boleh datang, pemimpin boleh pergi tetapi Umno mesti tetap wujud, harus kuat dan kukuh. Umno harus dikukuhkan demi memastikan maruah bangsa terus terjamin.








Beri Tumpuan Utama Pelajaran Anak-Anak-Datuk Nasir:

KENANGAN SEKOLAH...Datuk Nasir (duduk tengah);OKK Musa (duduk kiri) Abd Jannah (duduk dua kiri);
Abd Aziz Jaman (duduk dua kanan) dan
Haji Azan Gurimbang (duduk kanan) mengabadikan gambar kenangan
bersama penerima-penerima skim bantuan khas Yayasan Sabah DUN Senallang sempena majlis itu di Semporna.


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan golongan ibubapa memberi keutamaan kepada pelajaran anak-anak mereka disamping memberikan didikan agama sebagai teras utama pendidikan akhlak.


Katanya,tiada harta yang lebih berharga diwarisi anak-anak selain pelajaran akademik dan pendidikan agama yang menjadi pedoman serta bekalan apabila mereka dewasa menempuh kehidupan yang semakin mencabar.

Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan majlis penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK) anjuran Yayasan Sabah Daerah Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Yayasan Sabah Semporna,Abd Jannah Ombrah;Ketua Daerah Semporna,OKK haji Musa Sabaani;Ketua Pemuda UMNO Semporna,Abd Aziz Jaman;AJK Bahagian UMNO Semporna,Haji Azan Gurimbang serta ibubapa.

Sempena majlis itu Datuk Nasir menyampaikan bantuan SBK Yayasan Sabah kepada lebih 70 orang pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi Kawasan Dun Senallang.


Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,mengingatkan ibubapa sentiasa memantau aktiviti sekolah dan perkembangan pelajaran anak-anak mereka.

Katanya,ibubapa hendaklah sentiasa berhubung dengan pihak guru-guru berhubung perkembangan pelajaran anak-anak dari masa ke masa.

Selain itu,kerjasama dikalangan Persatuan Ibubapa dan Guru juga seharusnya lebih intim bagi bagi merancang dan memastikan peningkatan serta kemajuan pelajaran murid-murid dapat dipantau dan dikawal selia.

Nasir menambah,meskipun demikian golongan ibubapa tidak seharusnya menyerahkan tugas dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak guru sahaja sebaliknya mereka (ibubapa) hendaklah memantau dan memastikan anak-anak mereka mentelaah pelajaran di rumah.

Katanya,anak-anak merupakan amanah hendaklah diberikan pelajaran secukupnya sebagai bekalan mereka untuk pewaris kepimpinan masa hadapan yang lebih gemilang dan cemerlang.Oleh:ARSHAD HUSSIN.

Bina Pentas Musyawarah Untuk Terus Relevan-Datuk Nasir:

BERSATU BERSETIA...Datuk Nasir (tengah depan) bersama Datuk Ramlee (depan dua kanan);
Abd Rashid (depan kanan);Abd Aziz (depan dua kiri) dan Zakiah Kalipunya (depan kiri)
menyanyikan lagu UMNO bersama AJK Bahagian UMNO Parlimen Semporna sempena majlis itu.


SEMPORNA:Membina kekuatan parti perlu pentas musyawarah untuk saling bermuhasabah,menganalisa,memikir,merancang dan melaksanakan semula segala yang telah dilakukan demi menjadikan parti UMNO terus relevan dalam agenda merealisasikan misi Negara sebagai sebuah Negara berbilang kaum,agama dan bangsa yang perkasa.


SALAM PEMIMPIN...Datuk Nasir (dua kiri) diringi Abd Rashid Mamun (kiri)
bersalaman dengan N.C.Muhammad (dua kanan) dan sebahagian ketua-ketua cawangan UMNO Semporna
 sempena perasmian mesyuarat cawangan-cawangan serentak bagi Parlimen Semporna.


Bak kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak,UMNO mesti berani membuat perubahan supaya parti sentiasa diterima sebagai parti yang relevan sepanjang masa dan zaman.



APA KHABAR...Datuk Nasir bersalaman dengan Mad Lamin (empat kiri)
 sambil diringi Datuk Ramlee Marahaban(tiga kanan) dan Abd Aziz Jaman(dua kanan)
sempena majlis perasmian mesyuarat serentak Cawangan-Cawangan UMNO Parlimen Semporna.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kenyataan Perdana Menteri itu merupakan suatu reality berdasarkan situasi yang berlaku di seluruh dunia.

Katanya,kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh maju dengan cabaran dalaman Negara dan parti sahaja malah kita perlu fokas dan respon kepada gelora dan gelombang yang berlaku di serata pelusuk benua.

Nasir berkata,inilah yang dimaksukan dengan zaman globalisasi,suatu zaman dimana konteks ‘cubit bahu kiri,bahu kanan terasa jua dimana krisis kemanusiaan mahu pun ancaman kepada alam yang berlaku di Negara jauh boleh memberi kesan dan impak kepada Negara kita.

Justeru itu,ujarnya UMNO perlu bangun dan tangkas bergerak .

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena Perasmian Serentak Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan Parlimen Semporna di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Naib Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Ramlee Marahaban;Setiausaha Bahagian UMNO Semporna,Abd Rashid Mamun;Ketua Pemuda UMNO Semporna,Abd Aziz Jaman dan Ketua Puteri UMNO Semporna,Zakiah Haji Kalipunya serta AJK Bahagian Semporna.

Nasir menambah, bagi menghadapi bahana itu UMNO perlu sentiasa mempelopori usaha memastikan ia bersedia dan mampu berubah menyesuaikan diri dengan konteks politik demokrasi di Negara ini.

Katanya, rakyat hari ini adalah rakyat yang bermaklumat dimana informasi begitu cepat diperolehi samada ianya tulin mahupun berunsur tomahan kerana dunia ICT telah memungkinkan suara orang muda mulai menenggelamkan suara orang lama dan suara-suara ini kadangkala ada benarnya dan kadangkala tak kurang sebaliknya.Justeru itu menjadi tanggungjawab pemimpin bijak menanganinya.

Nasir berkata,ketua-ketua cawangan disifatkan sebagai jentera penggerak yang membolehkan UMNO berperanan dengan lebih berkesan dalam menyuburkan konteks politik demokrasi.

Beliau yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri,mengingatkan pemimpin-pemimpin di peringkat kampong dan daerah sentiasa peka kepada semua perancangan semasa dan masa depan yang sedang dan akan dilakukan kerajaan.

Katanya,pada sepanjang masa kita berperanan sebagai sumber rujukan agar rakyat lebih jelas mengenai dasar dan tujuan semua program yang dirancang kerajaan.Oleh:ARSHAD HUSSIN

Thursday, May 6, 2010

Kunjungan hormat Konsul General of Japan


BUAL MESRA...Datuk Nasir (duduk kanan) berbual mesra
dengan Konsul General Jepun yang baru,Mr.Kozuyoshi Yamaguchi (duduk kiri)
 sempena majlis kunjungan hormat itu di pejabat MJKM Bangunan Innoprise jalan Sulaman.

KOTA KINABALU:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menerima kunjungan hormat Konsul General of Jepun yang baru,Yang Berbahagia Mr.Kazuyoshi Yamaguchi di pejabat MJKM Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.

SELAMAT DATANG...Datuk Nasir (kanan) bersalaman dengan Konsul General Negara Jepun,Mr.Kazuyoshi Yamaguchi (kiri) sempena kunjungan hormat itu di pejabat MJKM Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.


Mr.Kazuyoshi Yamaguchi mengantikan Mr.Masashi Kono yang telah berkhidmat selama tiga tahun di Sabah dan kini kembali ke negara Jepun untuk bersara.

Sempena majlis kunjungan hormat itu Datuk Nasir dan Mr.Kazuyoshi Yamaguchi berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan hal ehwal semasa.Oleh:ARSHAD HUSSIN