Tuesday, June 15, 2010

Quilmes Juara Futsal Celcom 2010:

JUARA FUTSAL CELCOM...Datuk Nasir(tengah),Ahmad Syuib(tiga kanan)
turut mengabadikan gambar kenangan
bersama Pasukan Quilmes yang menjuarai Kejohanan Futsal Celcom 2010.

KOTA KINABALU: Pasukan Quilmes telah menjuarai pertandingan futsal yg dianjurkan oleh Celcom sempena kehangatan Piala Dunia 2010. Tempat kedua pasukan Kebagoo dan tempat ketiga disandang oleh pasukan MOC manakala di tempat keempat ialah Alosofo.

Quilmes dibawah pimpinan Pengurus Pasukan,Ahmad Syuib Nasir dan pasukan Kebagoo akan mewakili Negeri Sabah ke kejohanan Futsal Peringkat Kebangsaan yg akan dilangsungkan pada 10-11 Julai di Kuala Lumpur. RSH(Nota:Foto ihsan Peachae)

Nasir tinjau persiapan MTQ Kebangsaan Ke-53:

PERSIAPAN MTQ KEBANGSAAN....Datuk Nasir (dua kiri);Datuk Amri(tiga kanan);
Datuk Hamzah Zakaria (tiga kiri) dan Rumaling Epit(kiri)
diberikan taklimat ringkas oleh Jurutera Jabatan Kerja Raya (kanan)
mengenai persiapan awal MTQ Peringkat Kebangsaan Ke-53 di Wisma Saadah MUIS,Kota Kinbaalu.

KOTA KINABALU: Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir,melakukan lawatan dan meninjau persiapan Majlis Tilawah Al-Qur'an Peringkat Kebangsaan Ke-53 yang akan dilangsungkan bermula 29 Jun - 03 Julai 2010M bersamaan dengan 16-20 Rajab 1431H.

Turutserta sempena tinjauan itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS),Datuk Haji Amri A.Suratman;Pengarah Protokol Negeri sabah,Datuk Haji Hamzah Zakaria dan Timbalan Pengarah JHEAINS,Haji Rumaling Epit serta pegawai dan kakitangan JHEAINS dan MUIS.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,menjelaskan majlis itu akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri,Datuk Seri Panglima Mohd.Najib Tun Razak dan majlis penutupnya akan disempurnakan oleh Yang DiPertua Negeri Tun Datuk Seri Panglima Haji AhmadShah Abdullah.Oleh;ARSHAD HUSSIN

Datuk Nasir Lawat Pembinaan Bangunan Baitul Ihsan di Kinarut



KENANGAN BAITUL IHSAN...Datuk Nasir(tiga kiri) dan Datuk Amri (kiri) serta rombongan mengabadikan gambar kenangan di hadapan bangunan Baitul Ihsan,Kinarut sempena tinjauan itu.

KINARUT: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran baru-baru ini melakukan lawatan kerja dan meninjau kerja-kerja pembinaan bangunan Baitul Ihsan (Rumah Kebajikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)di Kinarut,Papar.
TINJAUAN BANGUNAN...Datuk Nasir (dua kanan);Datuk Amri (kanan),Zaloha (kiri) dan Abd Razak dua kiri) sempena lawatan itu di Kinarut.
TINJAUAN BANGUNAN...Datuk Nasir (dua kanan);Datuk Amri (kanan),Zaloha (kiri) dan Abd Razak dua kiri) sempena lawatan itu di Kinarut.

Turut serta mengiringi lawatan dan tinjuan itu,Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negei Sabah(JHEAINS), Datuk Haji Amri A Suratman, Timbalan Pengarah JHEAINS Haji Rumaling Epit, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS, Hajah Zaloha Haji Ahmad dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan JHEAINS,Encik Ag Razak Mumin.

Bangunan bernilai RM2.5 juta itu kini siap 85 peratus dan dijangka siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.RSH.(Nota:Foto ihsan JHEAINS)

Wednesday, June 9, 2010

Mahasiswa perlu dekati masyarakat sebagai pemangkin menerap ilmu-Datuk Nasir:

KENANGAN IDEAS'10...Pelajar-pelajar UTM dan keluarga angkat mengabadikan gambar kenangan
bersama Datuk Nasir,Drs.Marsidi,Prof.Madya Ahmad serta pegawai-pegawai KEMAS Semporna
 sempena program IDEAS'10 di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.
KOTA KINABALU:Mahasiswa perlu sentiasa mendekatkan diri dengan masyarakat sebagai pemangkin kearah penerapan nilai-nilai murni keilmuan dan budaya bermasyarakat serta hubungan kaun yang lebih bermakna dalam kehidupan.

KUDA KEPANG...Tarian kuda kepang dipersembahkan siswa-siswa UTM sempena perasmian Program Integrasi Desa,Daya dan Siswa UTM di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.



Bak kata pantun lama `Buai laju-laju,biar sampai ke pucuk pohon Sena'.Begitu tinggi pucuk pohon Sena demikianlah juga tingginya cabaran yang bakal dihadapi pelajar sepanjang perjalanan menimba ilmu.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menegaskan,mahasiwa juga perlu sentiasa bermotivasi untuk meredah jejak-jejak keilmuan yang bukan hanya akan menjadikan mereka insan berilmu malah akan mematangkan lagi pengetahuan hidup mereka dimasa mendatang dimana perjalanan menuntut ilmu itu merupakan suatu pentas ujian menentukan survival masa depan anak bangsa yang berilmu tinggi dan teguh sahsiah budi serta ampuh jatidiri.


IGAL-IGAL...Pelajar-pelajar UTM mempersembahkan tarian tradisi sukukaum Bajau 'Igal-Igal' memeriahkan program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Senallang,berkata demikian sempena merasmikan penutupan Program Integrasi Desa,Daya dan Siswa 2010(IDEAS'10) anjuran bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Daerah Semporna dengan Universiti Teknologi Malaysia(UTM) di kampung Tampi-Tampi disni.

Objektif utama program itu memberi khidmat masyarakat kepada penduduk setempat dari segi kebajikan,ilmu pengetahuan dan teknologi dan ke arah memantapkan sahsiah mahasiswa sebagai generasi muda yang bakal memimpin negara masa hadapan serta memupuk semangat toleransi dan kerjasama di antara mahasiswa dengan masyarakat setempat seterusnya berinteraksi serta menjalin hubungan lebih erat antara satu sama lain disamping memupuk hubungan silaturahim mesra antara masyarakat kampung dengan mahasiswa untuk mengenali budaya dan adat resam masyarakat setempat.

SELAMAT DATANG...Datuk Nasir (tengah) diringi Drs. Marsidi Katong(dua kiri) dan Prof.Madya Ahmad Khalid(tiga kanan) disambut penuh tradisi dan bersalaman dengan sebahagian pelajar UTM sempena program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan KEMAS Negeri Sabah,Drs.Marsidi Katong;Pengetua Kolej Perdana,Universiti Teknologi Malaysia;Prof. Ahmad Haji Khalid;Penolong Pengarah Operasi II Jabatan KEMAS Sabah,Zulkifli Ahmad Nazri;Pegawai KEMAS Daerah Semporna,Julianah Mohd Udin,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani dan Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San.



BINCANG INTEGRASI...Datuk Nasir(duduk tengah) berbincang sesuatu dengan Prof.Madya Ahmad Khalid(duduk kiri) sambil diperhatikan Drs.Marsidi Katong(duduk kanan) sempena majlis perasmian Perasmian IDEAS'10 di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Program selama tiga hari itu disertai 47 orang mahasiswa UTM dan menjadi anak angkat kepada masyarakat Kampung Tampi-Tampi serta melakukan kerja-kerja kebajikan seperti penyelidikan dan pembangunan;pemindahan teknologi;kenduri sekampung;sukan;persembahan kebudayaan;ziarah sekampung;kem pendidikan dan ceramah.

DENGAN RASMINYA...Datuk Nasir(kanan) diringi Prof.Madya Ahmad Khalid menandatangan plak potret anak angkat sempena program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.

Nasir berkata,program seumpama itu berupaya mendidik mahasiswa yang berbeza latarbelakang kehidupan mengenai konteks kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat kampung di kawasan-kawasan luarbandar.

BANTUAN KEMAS...Datuk Nasir(tengah) diringi Prof.Madya Ahmad Katong(dua kiri) dan Drs.Marsidi(tiga kanan) sempena program IDEAS'10 di kampung Semporna.

Katanya,Negeri Sabah memiliki lebih 36 etnik berupaya menjadi lokasi penting mengenai keunikan hidup bermasyarakat dimana keunikan dan kepelbagaia budaya masyarakat Sabah telah menjadi intipati betapa perkasanya masyarakat negeri dibawah bayu dalam aspek santun dan budidaya yang beraneka warna kehidupan.

Nasir menjelaskan,melalui aktiviti ini mahasiswa/mahasiswi berpeluang turut menabur bakti kepada masyarakat dengan membentuk budaya cinta ilmu melalui pengembangan sikap cintakan ilmu kepada anak-anak kampung sebagai pencetus serta pemangkin semangat belajar dan menanam azam belajar hingga ke menara gading.

JASAMU DIINGAT...Datuk Nasir (dua kanan) diringi Prof.Madya Ahmad (dua kiri) dan Azizul(kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Drs.Marsidi(kanan) sempena majlis itu di Semporna.


Tegas Nasir,demikian seignifikannya program baktisiswa itu hingga berupaya memberi kesedaran sosial kepada mahasiswa untuk sentiasa mempertahankan serta menyemarkan semangat perpaduan dan permuafakatan tinggi.

Tambahnya,interaksi dengan masyarakat merupakan aspek interpersonal yang hanya dapat dipelajari secara fizikal dan bukannya teori semata kerana aplikasi mengenai teori hubungan kemanusiaan itu boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti yang diadakan bersama masyarakat kampung.

TETAMU HORMAT...OKK Musa Sabaani(duduk kanan);Datuk Chao Yan San(duduk dua kanan)bersama sebahagian jemputan khas turut memeriahkan majis perasmian penutupan IDEAS'10 di kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Katanya lagi,ini kelak akan membentuk `Soft Skil' yakni kemahiran insaniah yang relevan untuk mahasiswa/mahasiswi kelak untuk survive dalam melalui kehidupan berkerjaya kerana ianya begitu penting kepada bakal pemimpin yang menjadi penerus kepimpinan negara di masa depan.

Senerio ini kata Nasir,menunjukkan bahawa IPTA/IPTS sudah mula mengejar kepesatan perubahan agar ianya kekal relevan dengan proses pembelajaran dan pengajaran pelajar yang terkini.

“ Arus globalisasi telah mula mempengaruhi bentuk pembelajaran dari tradisional kepada bentuk lebih kompetitif.

Katanya lagi,dalam keadaan sedemikian aspek kematangan berfikir,perkembangan sahsiah,daya kepimpinan,budaya intelektual,kemahiran insaniah di kalangan pelajar telah disemai dalam kalangan pelajar menerusi kesedaran mereka sendiri atau rakan sebaya dimana kesan survival mahasiswa untuk menjadi modal insan yang diharapkan sukar untuk dipastikan justru itu,kesedaran dalam kalangan pelajar itu sendiri untuk sentiasa berinisiatif mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yakni bersosial dengan masyarakat kampung melalui program yang lebih terancang wajar diperhebatkan dengan melibatkan aktiviti yang lebih praktikal membangun diri,masyarakat dan negara.Oleh;ARSHAD HUSSIN

Tuesday, June 8, 2010

Kepelbagaian budaya dan sukukaum penyumbang kepada ciri negara unik-Ketua Menteri Sabah




SALAM PSIKOLINGUASTIK....Datuk Nasir diringi Yahamad Budin(kiri) sambil diperhatikan Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(tengah);Dr.Hj Mohd Sharifudin Yusop(tiga kiri) bersalaman dengan Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Haji Salleh(dua kanan) semasa tiba merasmikan Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU:Melalui bahasa,perkongsian budaya dan sikap saling memahami dapat dipupuk supaya jarak fizikal serta perbezaan nilai dan norma tidak menjadi unsur yang boleh merenggangkan hubungan terutama dalam konteks perpaduan dan integrasi nasional,kata Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Haji Aman.

PESERTA SEMINAR....Sebahagian peserta yang turut menjayakan
Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II anjuran UPM di Kota Kinabalu.


Katanya,kepelbagaian bangsa dan suku kaum yang saling bercampur gaul sama ada dalam konteks kehidupan harian mahupun pertuturan telah menyumbang kepada pembinaan ciri negara bangsa yang begitu unik.

Musa berkata,hanya sebilangan kecil sahaja negara di dunia ini yang memiliki ciri masyarakat heterogenous seperti Malaysia dan kita bukan sahaja berjaya membina negara ini tetapi juga mampu mempertahankan kepelbagaian tersebut sehingga kini.


DENGAN RASMINYA...Datuk Nasir(tengah) diringi Prof. Tan Sri Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(dua kiri);Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Salleh(kiri) dan Prof.Madya Dr.Noor Aina Dani (dua kanan) sempena merasmikan Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.


Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Psikolinguistik II “Bahasa,Pemikiran & Integrasi” anjuran bersama Universiti Putra dengan Persatuan Psikolinguistik Malaysia(PERSIMA).

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri diJabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran.

CENDERAKENANGAN...Datuk Nasir (tengah)
disaksikan Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Salleh(kiri)
menerima cenderakenangan disampaikan
Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah (kanan) s
empena majlis itu di Kota Kinabalu.




Seminar selama dua hari itu dihadirisama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia,Prof.tan Sri datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah;Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM,Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Haji salleh;Pengerusi Seminar Antarabangsa Psikolinguistik UPM,Prof.Madya Dr.Noor Aina Dani dan Pensyarah Kanan Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa,Jabatan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Moden dan Komuniaksi UPM,Dr.Hj Mohd Sharifudin Yusop.
Musa berkata,menerusi gagasan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan yang dilhamkan Perdana Menteri berupaya melonjak lebih jauh ke hadapan demi kemakmuran rakyat.


Beliau menegaskan,kita harus bijak mengisi hasrat tersebut dengan membina mekanisme yang dapat merealisasikan sebuah negara bangsa yang berjaya.

APA KHABAR?...Datuk Nasir Tun Sakaran (dua kiri) diringi Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(kiri) bersalaman dengan sebahagian peserta Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.

Musa menambah,bidang penelitian bahasa khususnya menerusi psikolinguistik dapat membantu mencetuskan agenda yang sesuai ke arah mencapai matlamat tersebut.

Sehubungan itu katanya,para cendekiawan bahasa harus memainkan peranan sebagai penterjemah gagasan itu supaya rakyat benar-benar memahami dan bersedia untuk menjayakannya.

“Cabaran paling besar dalam usaha merealisasikan gagasan 1Malaysia ialah hakikat kepelbagaian kita,”katanya.

Justeru itu,kata beliau kita perlu meneruskan dakan meningkatkan lagi usaha demi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Musa menegaskan,kerajaan negeri Sabah akan terus memberi sokongan dan komitmen terhadap penganjuran seminar seumpama itu dan yang penting usaha ini perlu disusuli dengan perancangan rapi serta tindakan berkesan bagi memanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.Oleh:ARSHAD HUSSIN

Hubungan baik pekerja dan pihak pengurusan penting tentukan hala tuju organisasi-Datuk Nasir Tun Sakaran


ANUGERAH CEMERLANG...Datuk Nasir (dua kiri) diiringi Datuk Nordin Siman (dua kanan)
dan Haji Salsidu Ibrahim (kiri) menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008
kepada KPPK JCK,Karlam Amat (kanan) sempena Malam Jasamu Dikenang
Jabatan Cetak Kerajaan di kota Kinabalu Semalam.
KOTA KINBALU: Perhubungan yang baik antara pihak pengurusan dan pihak pekerja sangat penting bagi menentukan hala tuju sesebuah organisasi,kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran.

ANUGERAH PEKERJA LAMA...Datuk nasir (dua kiri)
diringi Datuk Nordin Siman(dua kanan);Haji Salsidu Ibrahim (kiri)
 menyampaikan Sijil Anugerah Pekerja Lama Berkhidmat
kepada Awang@Kassim Utu (kanan)sempena majlis Jasamu DiKenang
Jabatan Cetak Kerajaan di Kota Kinbalau semalam.

Oleh itu katanya,kedua-dua pihak harus ada kerjasama,persefahaman serta saling hormat menghormati antara satu dengan lain untuk sama-sama menyumbang khidmat bakti serta meningkatkan prestasi organisasi dengan penuh keikhlasan,dedikasi,kreatif dan inovatif.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan majlis Malam Jasamu Dikenang Jabatan Cetak Kerajaan Negeri sabah.

PEKERJA CEMERLANG...Datuk Nasir (tiga kiri)
diiringi Datuk Nordin Siman (tiga kanan);Salsidu Ibrahim (dua kiri);
Karlam Amat (dua kanan) dan Murshid Apong (kiri)
menyampaikan Sijil Anugerah Cemerlang 2009
kepada Chong Fui Chin (kanan) sempena majlis Jasamu DiKenang JCK 2010.
Hadirsama sempena majlis itu,Hadirsama sempena majlis itu,Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam,Datuk Hj Nordin Siman;Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan,Datuk Pg Hassanel Pg Mohd Tahir dan Pencetak Kerajaan Negeri Sabah,Hj Salsidu Hj Ibrahim.

Nasir berharap Jabatan Cetak Kerajaan mampu terus maju,dapat meningkatkan hasil pendapatannya setiap tahun serta mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien kepada semua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Katanya,kerajaan sentiasa memberikan sokongan untuk kepada JCK semata-mata untuk meningkatkan sistem penyampaian.

“ Kita yakin pihak pengurusan JCK telah merancang untuk menambahkan keupayaan peralatan mesin cetak di bawah RMK-9 dan RMK-10 serta meningkatkan pembangunan modal insan,” kata Nasir.

Sehubungan itu katanya,pihak pengurusan JCK perlu merancang tenaga kerja dengan baik terutama dari segi kemahiran supaya dapat bersaing dengan perkhidmatan swasta.

Sempena majlis itu Datuk Nasir menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2008 kepada empat orang penerima dan empat orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2009;Sijil Persaraan kepada lima orang kakitangan yang bersara pada tahun 2009 dan tiga orang bakal bersara pada tahun 2010;Sijil Anugerah Keceriaan Unit;Sijil Anugerah Pekerja Harapan;Penyampian Sijil Pekerja Lama Berkhidmat kepada Awang @ Kassim Utu;Sijil Anugerah Pekerja Popular;penyampian hadiah pertandingan sukan JCK serta cabutan tikit bertuah.Oleh:arshad HUSSIN

Sunday, June 6, 2010

Tugas Khalifahtullah Bukannya Mudah-Datuk Nasir Tun Sakaran





SALAM SAUDARA...Datuk Nasir(tengah) diringi hj.Ajak Hj.Awang (tiga kiri) dan Datuk Amri (dua kiri) bersalaman dengan sebahagian peserta Konvensyen Pembangunan Saudara Kita di Kota Marudu.

KOTA MARUDU: Tuntutan sebagai Khalifahtullah bukanlah suatu tugas yang mudah malah ianya memerlukan kefahaman yang jelas melaksanakan suatu amanah dan tanggungjawab yang sangat berat tapi mulia di sisi Allah swt, kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran

Katanya,seringan-ringan tanggungjawab sebagai khalifah ialah dengan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ayah, atau ibu, mahu pun sebagai seorang anak.


JASAMU DIKENAQNG...Datuk Nasir (tengah) dibantu Datuk Amri (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah jemputan,Ustaz Mohd Farhan Abdullah (kanan) sempena majlis itu di Kota Marudu.
Beliau menambah,Manakala, antara cabaran besar yang perlu dihadapi dan perlu ditangani ialah bagaimana hendak menanamkan rasa kehambaan dan kesungguhan dalam menjiwai dan melaksanakan segala kewajipan kepada masyarakat yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Nasir berkata,senario ini digawatkan lagi dengan penularan fahaman liberalisme dan pluralisme Barat yang memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan. Fahaman yang tidak selari dengan prinsip-prinsip ajaran Al-Quran dan Sunnah ini amat berbahaya kerana ia berpotensi memecahbelahkan masyarakat di samping boleh memesongkan akidah umat Islam. Malah fahaman liberalisme dan pluralisme ini jika tidak dibendung segera akan membantutkan usaha melakar kejayaan sewaktu hidup di dunia dengan iringan doa diberi ganjaran pahala di akhirat kelak.


SAUDARA KITA....Sebahagian Saudara Kita yang turut menyertai Konvensyen Pembangunan Saudara Kita itu di Kota Marudu.


Nasir ,menjelaskan pada lewat zaman ini, manusia sering leka dan bersikap acuh tak acuh terhadap perintah agama. Itulah sebabnya berlaku pelbagai permasalahan dalam masyarakat seperti gejala pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, hedonisme dan sebagainya yang telah mencemarkan nilai-nilai hidup beragama.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehawal Agama Negeri Sabah berkata demikian sempena merasmikan Konvensyen Pembangunan Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah 1431/2010 anjuran JHEAINS.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk Haji Amri Suratman;Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu,Haji Ajak Haji Awang;Ketua Daerah Kota Marudu,Abd Jalil Haji Janani;Setiausaha Rendah 1,JKM,Haji Said Hinayat;Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS,Hajah Zaloha.

“ Menyedari akan fenomena dan ancaman berkenaan, kita tidak boleh sama sekali membiarkan segala bentuk fahaman dan perbuatan songsang berkembang dalam masyarakat. Setiap individu Muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi menjernihkan akidah Islam dan membasmi gejala-gejala mungkar khususnya dalam kalangan umat Islam dan masyarakat seluruhya. Bagi memperkasa dakwah islamiyah, kita perlu menggilap potensi ‘quwwah’ yang merupakan kekuatan lahiriah dan ‘takwa’ yang merupakan kekuatan rohani,” kata Nasir.

Nasir menambah,Quwwah atau kekuatan lahiriah meliputi aspek-aspek kesihatan spiritual, fizikal, dan mental Ianya dimantapkan lagi dengan penguasaan ilmu pengetahuan, ekonomi, sains, teknologi, politik, ketenteraan dan sebagainya. Manakala takwa pula adalah berkaitan dengan keyakinan, kepatuhan dan ketaatan sepenuh hati kepada Allah SWT selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Ujarnya,bagaimanapun, perlu diingat dan disedari bahawa jika umat Islam hanya menekankan quwwah tanpa berlandaskan kepada takwa, maka dikhuatiri hasil yang diharapkan tidak mungkin tercapai, bahkan mungkin menimbulkan cabaran serta masalah lain pula. Demikian jugalah sebaliknya, tanpa takwa sebagai tunjang, quwwah sebagai natijahnya tidak akan tercapai.

Nasir menambah, pemilikan kekuatan atau sifat takwa adalah paling utama dan seharusnya menjadi keutamaan umat. Dengan takwa itulah umat Islam akan mendapat quwwah yang berupa petunjuk atau idea jalan keluar dalam menangani pelbagai cabaran hidup di samping rezeki yang tidak disangka-sangka.

Sehubungan katanya, dengan dinamika sifat takwa itu, maka kita mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara-saudara sekalian supaya mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar agar berhasil menyuburkan sifat takwa dalam diri masing-masing. Inilah jalan yang terbaik dalam menuju kesejahteraan hidup yang abadi kerana takwa adalah sumber bagi segala kekuatan, kekayaan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dan sesungguhnya inilah kaedah holistik yang akan menjayakan pembangunan yang bermakna dan diredhai Allah SWT. Oleh:ARSHAD HUSSIN