Wednesday, May 19, 2010

USIA telah main peranan dengan baik-Tun M

BINCANG MESRA...Tun Mahathir (kiri) berbincang mesra dengan Tun Sakaran
sempena kunjungan hormat itu di Putra Jaya Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) telah melaksanakan tugas dakwah dengan baik dan memuaskan sejak ianya diwujudkan dan tidak ada sebab untuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) menubuhkan Bahagiannya di Sabah,kata Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM),Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Katanya,beliau sendiri sentiasa mengikuti perkembangan dakwah Islam di Sabah dan berpuas hati terhadap program-program yang dilaksana USIA khususnya dalam menjaga kepentingan umat Islam dan perpaduan antara kaum.

Tun Dr. Mahathir berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Sakaran Dandai di pejabat bekas Perdana Menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana ,Putra Kuala Lumpur.

Tun M berkata,memandangkan USIA adalah ahli gabungan PERKIM sejak sekian lama maka soal kemasukan PERKIM ke Sabah tidak perlu diteruskan.

“ Saya juga baru mengetahui empat hari lalu tentang hasrat PERKIM nak masuk ke Sabah,” kata Tun M.

katanya beliau terkejut apabila diberitahu oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM, bahawa PERKIM Sabah diketuai oleh salah seorang Timbalan Yang DiPertua USIA.

Menurut Tun M beliau spendapat dengan Tun Sakaran bahwa harus ada persefahaman baik antara PERKIM dan USIA untuk menjamin matlamat dan objektif memelihara kepentingan Islam akan tercapai dan yang lebih penting adalah perpaduan antara Islam dan kaum-kaum lain di Sabah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum !

    saya menghargai sumbangan USIA terhadap kegiatan/perkembangan dakwah Islamiah di negeri Sabah. walau bagaimanapun, pembukaan bahagian/cawangan PERKIM ke Sabah juga harus dialu-alukan dan dipandang positif demi untuk merancakkan lagi kegiatan-kegiatan tersebut.

    Kepimpinan USIA mungkin ada cara mereka yang tertentu untuk menjalankan aktiviti, namun dengan kedatangan PERKIM dan dengan kepelbagaian kaedah,sudah tentu banyak masalah yang belum dapat diselesaikan sebelumnya dapat dipermudahkan penyelesaiannya.

    janganlah kita asyik beranggapan negatif kalau ada pihak lain yang berniat suci untuk membuat sumbangan dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah Islami selagi golongan itu berada pada landasan yang betul dan tidak menyesatkan.

    ReplyDelete