Thursday, December 3, 2009

Imam Pemacu Kejayaan Umat Islam Melalui Masjid-Datuk Nasir:





Semporna:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan imam-imam kariah dan rawatib sentiasa memainkan peranan sebagai pemimpin kepada masyarakat Islam memacu kejayaan serta memajukan masjid dengan ahli-ahli jawatankuasa masjid demi pembangunan ummah melalui masjid.


Katanya,masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadat malah ianya merupakan markas tempat pertemuan,perbincangan serta merancang untuk meningkatkan syiar Islam.


Nasir berkata,pada masa sama mereka juga (imam-imam) hendaklah mengekalkan perpaduan dan keharmonian hidup yang selama ini sudah dinikmati.

Ujarnya lagi,perpaduan dapat menjana kekuatan dan keamanan serta menjamin pembangunan yang berterusan.

Nasir berkata demikian sempena merasmikan penangguhan Kursus Pemurnian Aqidah Para Imam Kariah dan Rawatib peringkat Daerah di masjid Ar-Rahman.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,menjelaskan pada hari ini umat Islam sering ditonjolkan dengan perkara-perkara bid'ah yang bertentangan dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda.

Katanya,golongan tertentu yang tersebut amat mendukacitakan kerana mereka juga terdiri daripada orang Islam sendiri.

Justru katanya,dengan mempelajari ilmu aqidah umat Islam khususnya para imam dapat membezakan antara aqidah yang haq dan yang batil.

Tambahnya lagi,aqidah yang mantap dapat membantu umat Islam mempertahankan aqidah Islam daripada dikotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam itu sendiri.

Sehubungan katanya lagi,dalam zaman yang serba canggih serta semakin mencabar dengan teknologi IT umat Islam tidak boleh membiarkan diri mereka dan masyarakat terutamanya umat Islam terus dibuai oleh budaya negatif yang boleh menggugat aqidah serta menjejaskan kestabilan serta keselamatan negara.

Nasir menambah,pembangunan yang mengikut arus perubahan teknologi dan masa hendaklah diadun dengan pendidikan agama yang secukupnya,

Katanya, pendidikan agama penting kerana ia memberikan kekuatan rohani serta menjadi penggerak kepada minda dan jasmani untuk beryindak secara proaktif memenuhi tuntutan sebagai hamba yang wajib mengabdikan diri kepada Al-Khaliq yaitu Allah SWT.











No comments:

Post a Comment