Tuesday, November 24, 2009

Prihatin Memeduli Kebersihan-Datuk Nasir Tun Sakaran





SEMPORNA:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan peniaga-peniaga dan masyarakat sentiasa prihatin memeduli kebersihan kawasan premis perniadaan serta kawasan perumahan mereka bagi mengelak jangkitan pelbagai penyakit.
Katanya,Daerah Semporna yang kini dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan kepada masyarakat antarabangsa seharusnya memiliki kawasan yang bersih sesuai dengan keindahan alam sekitarnya yang meliputi kawasan pulau-pulau yang indah dan cantik.
Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,meminta pihak Majlis Daerah Semporna (MDS) menggiatkan lagi penguatkuasaan bagi membenteras pembinaan bangunan yang tidak mengikut peraturan dan tidak mendapat kebenaran kerajaan disamping mengawasi kebersihan pekan.
Beliau berkata demikian sempena melakukan lawatan dan tinjauan kebersihan dan keselamatan ke kawasan bangunan kedai pekan Semporna.
Turut serta dalam lawatan singkat itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba; Setiausaha Eksekutif MDS,Haji Jaafar Ahmad;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir dan Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani.
Nasir berkata,kebersihan merupakan agenda paling utama dalam pembinaan sebuah masyarakat yang sihat dan bertamadun serta tahu menghargai sumbangan kerajaan membela nasib rakyat.
Sehubungan itu katanya,semua pihak seharusnya mengutamakan kebersihan dan tidak membuang sampah sesuka hati sehingga menimbulkan persepsi negatif di kalangan pelancong dan pelawat yang sering mengunjungi daerah itu.

No comments:

Post a Comment