Sunday, November 22, 2009

Beri Pendedahan pentingnya kesihatan kepada anak-anak:Datuk Nasir Tun Sakaran












KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menyarankan ibubapa memberikan pendedahan terhadap aspek penjagaan kesihatan kepada anak-anak mereka yang dilihat sangat penting bagi membolehkan mereka terhindar daripada penyakit yang boleh memudaratkan diri, keluarga serta masyarakat di masa depan.
Katanya, Golongan muda perlu diberikan kesedaran mengenai kepentingan di dalam menjaga kesihatan agar sihat menjelang usia dewasa mereka.
Tambahnya lagi,berkhatan di peringkat awal usia dilihat sebagai langkah terbaik membolehkan kanak-kanak itu melupakan trauma dalam berkhatan.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Khatan Perdana peringkat negeri Sabah anjuran JHEAINS di Masjid Negeri.
Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk Haji Amri Suratman; Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan Sabah,Abd Razak;Pegawai Kanan Pusat Zakat Sabah,Ustaz Ag Juri Mohd Tahir ;Timbalan Pengarah Jheains,Ustaz Sidek Ag.Adi dan Setiausaha Sulit MJKM,Yahamad Budin.
Datuk Haji Nasir berkata,dalam Al-Quran sendiri telah menerangkan maksud aspek kesihatan bagi memenuhi tuntutan agama disamping kesedaran dalam amal ibadat, kepada Allah Swt.
Dalam ayat surah Al-Baqarah ayat 222 jelas menerangkan maksudnya 'sesungguh Allah begitu mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya'.
Datuk Haji Nasir berkata, ayat itu turut memberi maksud memastikan suasana persekitaran hidup yang bersih adalah suatu tuntutan agama Islam disamping mengamalkan aspek kebersihan dalam kehidupan seharian.
Menyentuh mengenai majlis khatan perdana itu Datuk Nasir berkata, penganjuran majlis khatan perdana sempena cuti persekolahan memberi makna dalam mengisi ruang masa kepada golongan kanak-kanak berkenaan.
Ini kerana majlis ini bukan sahaja menghimpunkan kanak-kanak muslim malah memberi dorongan kepada ibu bapa menyokong setiap program yang dianjurkan kerajaan di negeri ini.
Sehubungan itu,Datuk Nasir mengingatkan golongan ibubapa sentiasa memantau anak-anak mereka semasa cuti sekolah supaya tidak terjebak dengan aktiviti sosial negatif sebaliknya memanfaatkan cuti dengan mengulangkaji pelajaran.
Sempena majlis itu lebih 250 kanak-kanak muslim berusia seawal lapan tahun di khatankan oleh para pegawai kesihatan bertauliah di negeri ini.

No comments:

Post a Comment