Friday, November 6, 2009

Lipatganda Usaha Lahir Usahawan Berinovatif-Dtk Nasir Sakaran








SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Semporna(Perkasa) terus prihatin dengan melipatganda usaha melahirkan usahawan berpengetahuan tinggi,kreatif serta berinovatif dalam bidang perniagaan.
Katanya,bagi mencapai matlamat melahirkan lebih ramai usahawan berwibawa,berdaya maju dan berdaya tahan,kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan yang mampu menganjak kemajuan usahawan.
Antaranya termasuklah mengwujudkan persekitaran yang kondusif bagi mempastikan mereka mampu menghadapi cabaran dala era globalisasi,perlakasanaan program pembudayaan dan latihan keusahawanan,mengenalpasti dan mengwujudkan peluang-peluang perniagaan baru,penyediaan kemudahan pembiayaan,pemasaran produk dan perkhidmatan EKS serta penyediaan premis perniagaan yang strategik bagi menambahkan bilangan usahawan EKS yang berdaya saing.
Selain itu kerajaan juga mengambil pendekatan membentuk dan memantapkan usahawan berdaya maju dan berdaya saing dengan memberi fokus kepada usaha meningkatkan keupayaan usahawan EKS dalam aktiviti-aktiviti tambah nilai yang tinggi seperti R&D produk dan perkhidmatan,ICT serta teknologi tinggi selaras dengan peralihan K-Ekonomi.
Nasir menambah,kerajaan juga mengambil pendekatan membangunkan sumber manusia dengan memberi fokus kepada usaha melahirkan usahawan golongan profesional,pakar dan “knowledge workers” dalam bidang-bidang tertentu dan strategik bagi produktiviti dan kualiti dan berinovasi turut diberi penekanan penting.
Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang berkata demikian sempena merasmikan seminar Pembangunan Enterprise Kecil & Sedarhana (EKS) Negeri Sabah 2009 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Anak-Anak Semporna(Perkasa) disalah sebuah hotel di sini.
Hadirsama sempena majlis itu Timbalan Ketua Pengarah 1,Perbadanan Produktiviti Malaysia,Haji Ahmad Fadzil Mahmud;Pengarah MPC Wilayah Sabah,Hj Mohd Zaki Ibrahim; Pengurus Besar PBNS,Haji Baharuddin Ab.Wahid;Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah,OKK Hj Musa Sabaani dan Kapitan Cina Kawasan Bandar Semporna,Encik Ong Hang Seng.
Nasir berkata,Komposisi Usahawan Enterprise Kecil dan Sedarhana (EKS) mewakili kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan industri negara dan pembangunan usahawan khsusnya usahawan EKS merupakan agenda ekonomi dan sosial negara yang penting kerana mereka adalah penggerak,teras dan pemangkin kepada pertumbuhan kekayaan ekonomi negara.
Katanya,dalam menangani krisis global yang dihadapi kini,kerajaan telah mengambil langkah pragmatik dengan melaksanakan pakej-pakej rangsangan ekonomi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam persekitaran yang amat mencabar.
Nasir menegaskan,kerajaan pada bulan November tahun lalu telah mengumumkan pakej rangsangan pertama berjumlah RM7 billion manakala pada 10 Mac 2009,kerajaan juga telah mengumumkan pakej rangsangan kedua bernilai RM60 billion bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara untuk tempoh 2009-2010.Peruntukan RM60 billion itu adalah hampir sembilan peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ia juga merupakan pakej rangsangan terbesar dan pertama dilakukan dalam sejarah ekonomi negara.
Sehubungan itu Nasir juga menjelaskan sejumlah peruntukan akan disalurkan bagi membantu membangunkan usahawan EKS dari semua bidang khasnya kepada peniaga-peniaga kecil seperti pemberian modal tambahan.

No comments:

Post a Comment