Sunday, November 8, 2009

Terminal Jeti Pelancongan Semporna bernilai RM1.5juta


Semporna: Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran pagi kemarin telah melakukan tinjauan dan lawatan ke lokasi pembinaan Terminal Jeti Pelancongan Semporna.

Turut serta dalam tinjauan itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K. Baba,Penolong Pegawai Daerah,Bianus Kuntong; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna dan OKK Haji Musa Sabaani.

A.M. Ibnu menjelaskan,Terminal Jeti Pelancongan milik Majlis Daerah Semporna itu merupakan terminal jeti pertama dibina di daerah itu dan dijangka siap sepenuhnya serta memulakan operasi pada awal tahun 2010.

Terminal berukuran panjang lebih seribu kaki bernilai RM1.5 juta itu turut menempatkan premis perniagaan dan penjualan kraftangan,cafe,pejabat pengusaha pelancongan,pejabat agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Laut,Taman-Taman Sabah,Kastam dan agensi berkaitan.Oleh:ARSHAD HUSSIN.

No comments:

Post a Comment