Sunday, November 8, 2009

Jangan Jual Bantuan Kerajaan-Datuk Nasir Sakaran























SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan peserta Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) e-Kasih yang menerima bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tidak menjual bantuan itu sebaliknya memanfaatkan untuk bepentingkan keluarga meningkatkan daya ekonomi mereka.
Katanya,kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia (KKLW) serta agensi-agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa memantau dan prihatin memberikan bantuan kepada golongan rakyat yang sangat memerlukan bantuan khususnya golongan nelayan,petani dan penternak dalam kategori KIRMT.
Nasir berkata,adalah tidak adil kepada kerajaan yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyatnya dan apabila bantuan diberikan diabaikan begitu sahaja atau bertukar tangan kepada orang lain semata-mata ingin mendapatkan keuntungan segera.
Katanya,perbuatan menjual bantuan kerajaan untuk mendapat keuntungan segera merupakan sikap yang gelojoh dan tidak bersyukur kepada nikmat pembangunan kerajaan serta kufur kepada Allah SWT Allah.
Sehubungan itu,beliau menasihatkan kesemua penerima bantuan PPP tidak bersikap demikian dan akan terus memeliharanya sebagai batu lonjakan meningkatkan pendapatan demi untuk menafkahkan kleuarga tercinta.
Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang berkata demikian sempena merasmikan majlis Penyerahan Bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Bil.1/2009 kepada lebih 40 orang golongan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar e-Kasih bagi kawasan Parlimen Semporna anjuran bersama Urusetia Pejabat Daerah Semporna dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia (KKLW).
Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Penolong Pegawai Daerah,Encik Bianus Kuntong;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Hj Musa Sabaani;Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San;Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bandar,Encik Ong Hang Seng serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Sempena majlis itu Datuk Nasir menyampaikan bantuan kelengkapan menangkat ikan berupa perahu,injin sangkut dan pukat kepada 22 orang nelayan dan enam orang usahawan jahitan menerima mesin jahit,enam orang peniaga barangan runcit menerima peti sejuk dan selebihnya petani program penanaman halia menerima peralatan pertanian seperti dawai,tiang pagar,baja dan peralatan pertanian

No comments:

Post a Comment