Sunday, November 22, 2009

Kes Jangkitan Kolera di Semporna Terkawal-Datuk Nasir Tun Sakaran





SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran mengingatkan rakyat tidak merasa bimbang dan panik berikutan kes jangkitan Kolera yang dikesan di daerah itu beberapa hati lalu.
Katanya,kes itu masih dapat dikawal dan langkah-langkah pencegahan penularan wabak itu sedang giat dijalankan termasuklah penutupan Pasar Ikan Semporna yang disyaki menjadi salah satu lokasi jangkitan.
Nasir menjelaskan,menurut laporan pegawai kesihatan setakat ini terdapat 18 kes disyaki jangkitan kolera di daerah itu.
Katanya,pesakit yang disyaki mendapat jangkitan itu sedang dirawat di Hospital Semporna dan sebahagiannya sudah pun sembuh.
Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,berkata demikian sempena meninjau keadaan pasar ikan Semporna yang ditutup sementara bermula Jumaat lalu sehingga hari Selasa ini.
Katanya,langkah penutupan segera Pasar Ikan itu oleh Majlis Daerah Semporna atas nasihat Jabatan Kesihatan.

No comments:

Post a Comment