Tuesday, June 8, 2010

Kepelbagaian budaya dan sukukaum penyumbang kepada ciri negara unik-Ketua Menteri Sabah




SALAM PSIKOLINGUASTIK....Datuk Nasir diringi Yahamad Budin(kiri) sambil diperhatikan Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(tengah);Dr.Hj Mohd Sharifudin Yusop(tiga kiri) bersalaman dengan Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Haji Salleh(dua kanan) semasa tiba merasmikan Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU:Melalui bahasa,perkongsian budaya dan sikap saling memahami dapat dipupuk supaya jarak fizikal serta perbezaan nilai dan norma tidak menjadi unsur yang boleh merenggangkan hubungan terutama dalam konteks perpaduan dan integrasi nasional,kata Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Haji Aman.

PESERTA SEMINAR....Sebahagian peserta yang turut menjayakan
Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II anjuran UPM di Kota Kinabalu.


Katanya,kepelbagaian bangsa dan suku kaum yang saling bercampur gaul sama ada dalam konteks kehidupan harian mahupun pertuturan telah menyumbang kepada pembinaan ciri negara bangsa yang begitu unik.

Musa berkata,hanya sebilangan kecil sahaja negara di dunia ini yang memiliki ciri masyarakat heterogenous seperti Malaysia dan kita bukan sahaja berjaya membina negara ini tetapi juga mampu mempertahankan kepelbagaian tersebut sehingga kini.


DENGAN RASMINYA...Datuk Nasir(tengah) diringi Prof. Tan Sri Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(dua kiri);Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Salleh(kiri) dan Prof.Madya Dr.Noor Aina Dani (dua kanan) sempena merasmikan Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.


Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Seminar Antarabangsa Psikolinguistik II “Bahasa,Pemikiran & Integrasi” anjuran bersama Universiti Putra dengan Persatuan Psikolinguistik Malaysia(PERSIMA).

Teks ucapan beliau disampaikan Menteri diJabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran.

CENDERAKENANGAN...Datuk Nasir (tengah)
disaksikan Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Salleh(kiri)
menerima cenderakenangan disampaikan
Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah (kanan) s
empena majlis itu di Kota Kinabalu.




Seminar selama dua hari itu dihadirisama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia,Prof.tan Sri datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah;Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM,Prof.Madya Dr.Che Ibrahim Haji salleh;Pengerusi Seminar Antarabangsa Psikolinguistik UPM,Prof.Madya Dr.Noor Aina Dani dan Pensyarah Kanan Unit Kecemerlangan Warisan Bangsa,Jabatan Bahasa Melayu,Fakulti Bahasa Moden dan Komuniaksi UPM,Dr.Hj Mohd Sharifudin Yusop.
Musa berkata,menerusi gagasan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan yang dilhamkan Perdana Menteri berupaya melonjak lebih jauh ke hadapan demi kemakmuran rakyat.


Beliau menegaskan,kita harus bijak mengisi hasrat tersebut dengan membina mekanisme yang dapat merealisasikan sebuah negara bangsa yang berjaya.

APA KHABAR?...Datuk Nasir Tun Sakaran (dua kiri) diringi Tan Sri Prof.Datuk Dr.Nik Mustapha R.Abdullah(kiri) bersalaman dengan sebahagian peserta Seminar Antarabangsa Psikolinguastik II di Kota Kinabalu.

Musa menambah,bidang penelitian bahasa khususnya menerusi psikolinguistik dapat membantu mencetuskan agenda yang sesuai ke arah mencapai matlamat tersebut.

Sehubungan itu katanya,para cendekiawan bahasa harus memainkan peranan sebagai penterjemah gagasan itu supaya rakyat benar-benar memahami dan bersedia untuk menjayakannya.

“Cabaran paling besar dalam usaha merealisasikan gagasan 1Malaysia ialah hakikat kepelbagaian kita,”katanya.

Justeru itu,kata beliau kita perlu meneruskan dakan meningkatkan lagi usaha demi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Musa menegaskan,kerajaan negeri Sabah akan terus memberi sokongan dan komitmen terhadap penganjuran seminar seumpama itu dan yang penting usaha ini perlu disusuli dengan perancangan rapi serta tindakan berkesan bagi memanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.Oleh:ARSHAD HUSSIN

No comments:

Post a Comment