Tuesday, April 20, 2010

Foto sekitar Sidang DUN Sabah Ke-13 Penggal Ke-3 Hari kedua 20/4/10


REALISASI SOKONGAN...Mantan Ketua Sabah,Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said Keruak (kiri) bersalaman dengan Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap MenteriPembangunan Infrastruktur,Datuk Seri Panglim Joseph Pairin Kitingan(tengah) sambil diperhatikan Pembantu Belia dan Sukan,Datuk Jahid Jahim (kanan)di lobi DUN Sabah sebelum persidangan DUN Sabah Penggal Ketiga Yang Ke-13 mula bersidang.


KELAYAKAN IMAM...Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk hj Nasir Tun Sakaran (kanan) menjelaskan sesuatu kepada Adun Tanjong Batu,Datuk Hjh Hamisa Samat (kiri) dan Adun Membakut,Datuk Hj Mohd Ariffin Mohd Arif (tengah) sebelum persidangan dan perbahasan hari kedua Sidang DUN Sabah Penggal Ketiga Yang Ke-13 bermula pagi tadi.
APAKHABAR...Datuk nasir (kanan) bersalaman dengan Datuk Ewon Ebin (kiri) sebelum persidangan DUN Sabah ke-13 penggal ketiga bermula pagi tadi.


HARAPAN BANGSA...Menteri Pembanguna Luar Bandar,datuk Ewon Ebin (dua kanan) diringi Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan,datuk Gulam haidar (kiri) dan Adun Kuamut,Masiung Bana (dua kiri) bersalaman dengan sebahagian pelajar-pelajar sekolah dari Kudat yang turut menyaksihadir persidangan DUN Sabah Ke-13 Yang Ketiga pagi tadi.

Monday, April 19, 2010

Pelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum-DSSK



KOTA BELUD : Sikap hormat-menghormati antara masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dipelihara bagi membolehkan rakyat terus menikmati keharmonian dan kemakmuran negara.

Ketua Umno bahagian Kota Belud , Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said berkata, sikap yang telah lama dipupuk itu juga tidak harus dicemari anasir-anasir negatif yang dibawa oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, ia juga membolehkan rakyat negara ini meraikan sambutan perayaan keagamaan masing-masing tanpa perlu merasa bimbang atau khuatir.

Menurut Salleh walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ke atas keadaan yang tidak menentu baik dalam konteks politik, ekonomi mahupun sosial yang turut mempengaruhi keharmonian pelbagai etnik negara ini, Malaysia masih dianggap sebuah negara contoh kepada toleransi keagamaan berbanding dengan negara lain yang bergelut dengan kebebasan dan cengkaman kehidupan terkawal akibat kedudukan struktur politik mereka.
PENGHARGAAN…Salleh menerima cendera kenangan dari Lamisr selepas merasmikan majid tersebut

“Dalam sebuah negara yang berbilang agama dan kumpulan etnik, salah satu prinsip yang perlu kekal dan dipertahankan adalah tuntutan menghormati agama lain” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan -pelancaran solat jumaat dan penaiktarafan surau kepada Masjid di kampong Ranjunah dekat sini pada pagi jumat lepas

ALBUM KENANGAN…Salleh turut merakamkan gambar kenangan
bersama pemimpin masyarakat tempatan sejurus merasmikan masjid tersebut


Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai daerah Kota Belud Najib Montok, Pegawai Tadbir Agama (PBU) Ust Zuldin Hj Abd Hamid, dan Naib Yang Dipertua USIA Lamsir Hamidsor.

Dalam perkembangan yang lain Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berharap surau yang telah dinaiktaraf kepada masjid itu dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Islam setempat.

Katanya masjid bukan sahaja sebagai rumah ibadah sebaliknya mereka perlu mempelbagai aktiviti-aktiviti keagamaan agar fungsi masjid dapat dipelbagaikan sebagai pusat sumber ilmu dan juga wadah memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Islam setempat.oLEH:JAW

Garis Panduan Kelayakan Imam-Datuk Nasir Tun Sakaran


KELAYAKAN IMAM...Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk hj Nasir Tun Sakaran (kanan)
 menjelaskan sesuatu kepada Adun Tanjong Batu,Datuk Hjh Hamisa Samat (kiri)
dan Adun Membakut,Datuk Hj Mohd Ariffin Mohd Arif (tengah) sebelum persidangan
dan perbahasan hari kedua Sidang DUN Sabah Penggal Ketiga Yang Ke-13 bermula pagi tadi.

SIDANG DUN SABAH: Kerajaan telah menetapkan garis panduan dan syarat kelayakan melantik imam-imam di negeri ini berpandukan skim-skim perkhidmatan jawatan berskel S.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk haji Nasir Tun Sakaran memberitahu Dewan bahawa negeri Sabah mempunyai empat kategori imam iaitu Imam Bahagian;Imam Daerah;Imam Kariah dan Imam Rawatib.


Nasir berkata,sebelum 2 Julai 2009,perlantikan Imam bahagian menggunakan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam skel S27 dan perlantikan Imam Daerah menggunakan skim perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam skel S17 sementara skim perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam skel S11 digunakan bagi perlantikan Imam Kariah.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,berkata demikian semasa menjawab soalan Dewan yang diajukan Adun Tanjong Batu,Datuk Hajah Hamisa Samat.

Nasir menjelaskan,syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan bagi Imam Daerah hendaklah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan serta diiktiraf oleh kerajaan dan mendapat kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab dan juga Bahasa Malaysia termasuk ujian lisan;kedua hendaklah memiliki Sijil Empat Thanawi atau Sijil Tinggi Agama dari sekolah agama Islam bantuan penuh kerajaan.

Sementara bagi jawatan Imam Kariah,calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan berkelayakan memiliki Sijil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan serta mendapat kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus subjek Bahasa Melayu;mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai fardhu 'Ain dan fardhu kifayah serta boleh membaca Al-Qur'an dengan baik.

Nasir juga menjelaskan calon untuk kedua-dua jawatan itu hendaklah mempunyai akhlak terpuji dan mulia serta berjaya dalam temu duga.

Katanya,walapupun berkuatkuasa mulai 2 Julai 2009,skim perkhidmatan Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam gred S11 telah dijumudkan dan ekoran daripada itu,perlantikan Imam Kariah menggunakan skim jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 dan had umur bagi kedua-dua jawatan imam tersebut ialah 66 tahun.

Bagi Imam Rawatib pula,jawatan ini tidak mempunyai skim perkhidmatan khas dan tidak ada perlantikan.

Beliau menjelaskan,imam hanya diberi surat tauliah oleh Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan syarat-syarat pemberian surat tauliah itu calon hendaklah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang baik dan luas tentang agama Islam,mempunyai akhlak yang terpuji,mulia serta lulus temuduga dan elaun bulanan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).Oleh:ARSHAD HUSSIN

Kartu Biru Dari Bianglala...r.syad hussin


Meski telah kurobek-robek bicara manis di dada malam yang kelam lalu berlari di tengah padang yang luas terbuka sambil membuka baju dan melemparkan nostalgia ke dalam belentara duka bagaikan sang Oidipus Sang Raja yang patah hati menuju ke istana Raja Layus dengan mata yang buta namun aku masih bisa berdiri sambil menatap wajahmu yang tak seayu dahulu.

Ah! Akan terbukahkah kembali nota itu kala rindu mula mencanang genta sepi ditiap malam hening ataukah serpihan dukana biru ungu tetap melekit dalam sendu nafas ragajiwa ditiap perjalanan ke benua rasa?

Untuk apa? Untuk siapa,harus ditangisi kembang kemboja di atas pusara tua,sedang masmur mawar telah lama layu di pintu pagar.Rindukah yang telah memaksa kita meniduri mimpi-mimpi ngeri kala rembulan sering beredar di atas kuburan?

Masih ingatkah,engkau? Kala kembang mawar mengharumi laman rindumu waktu senggang kita melakar benturan kasih di atas perdu puisi-puisi syadu dan kau sering bercerita tentang ombak biru laut cina selatan yang tidak pernah mungkin kita miliki bersama garis tangis menghiris pedih,luka-luka sang nara tetap masih berdarah.

-Maaf,asal kau tahu.Ingin ku jelaskan padamu,cinta kasih kami pada tanah bonda tidak pernah luntur walau darah menitis ke bumi.

Demikian episod demi episod lakaran warnawarni sering tercalit di atas kanvas,kala duka masih bersimpuh di danau resah.Resah menghitung ingatan demi ingatan rontok sekian musim kala harum mekar kembang mawar menghiasi halaman. Masih ada.Masih ada suara suara menggamit serpihan nostalgia memantau hijau biru nada sinis sang primadona.

Pun satu demi satu suara suara itu mendesis desah memugar seribu harapan-harapan harap sang nara lewat benturan semayang angin Darussalam. Di sini hati kita,hati mereka sering tertipu oleh bebayang dalam asyik masyuk memburu gelodak nafsu serakah.

Ah...masihkah kau ingat? Tiga belas tahun nota ini masih segar dalam simpananku dan bagai mimpi yang tidak pernah terduga disuatu senja yang ranum,seorang gadis berblaus kuning terpaku di pintu jendela menyambut salam sang kelana mampir di pelabuhan senjamu dan kita pun tak pernah menduga.

Sedang ada resah di bibir mata,walau hati rusuh apa riang atau curiga kita tetap pasrah bagai sandera mengulum senyum menganyam bicara.

Demikian segala bicara telah terucap disegenap banglas benua rasa,hingga dana sekian abad terkecap telah memuggar sejuta bayang-bayang.Betapa daifnya kita melemparkan nista senafsu rasa tanpa sadar mendera setiap warga,merelakan relung budi terpendam dalam taman keraton penuh dukana biru ungu!

- Maaf,asal kau tahu...para kekasih bumi tidak pernah dan tidak akan pernah ada mungkin menggadaikan maruah.Tak perlu kau berpaling menguntum senyum dibibir yang rekah kerana hati mereka telah lama rontok.

Percayalah,kalau tanganku hina memetik buah khuldi di antara rekahan limau kasturi di taman laranganmu,biar kugigit jari kerana tak mungkin kami tampang tercela dan pasti kuinsafi kau bahawa permata birumu bermata murai belaka atau kulunakkan sukma inderamu dengan jembiah perak hadiah Paduka.Biar para jemaah akan menatap celanamu yang terbuka dan buruk bagai bangkai khinzir.
II

Maaf,meski bertahun kita mengulum rindu menagih kasih seputih awan,sambil menancapkan doa agar pusaka tua tetap milik warisan,namun semuanya tetap berakhir dengan kehancuran demi kehancuran.

Lalu kitapun menyesali keadaan sambil mengutuk sang takdir sedang paduka kekanda tetap ria dalam pelukan manis isteri muda tanpa tahu erti duka yang sering merundung malang nasib kita. Kita para petani yang mengimpikan bunga padi malinja berbunga mutiara.

Bonda,biarlah kuanyam perdu rindu di atas permatang kencana luka ini kerana musika dari sejuta kenangan adalah ingatan rontok yang paling nyeri.Meski tiada lagi belaian kasih atau tangan lembut mencuit impian sejati,akan kutiduri puisi-puisi sepi ini ditiap malam hening pesta kelana bersama serpihan duka di atas ranjang igau.Asal kau tahu anak yang hilang itu masih tetap mengenal Tuhannya.Tuhan Yang Maha Esa.Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Maaf, seandainya bicara ini telah melakar untaian nada biru ungu,sedang musika silam telah lama dilupai orang banyak,namun dia masih mencanang genta purba dalam sukma indera sang nara terpidana oleh pesona madu angkara dendam kencana,sedang kebenaran yang dijunjung oleh kemanusiaan kita sering dieksploitasi oleh keangkuhan demi keangkuhan biadab nafsu amarah para wali yang konon menjunjung keadilan!

Sebenarnya dimana silap kita menangani sangketa amarah ini,papa? Pernahkah kita jujur pada persahabatan atau sudi mendengar bicara terdakwa sebelum menghukum sang nara yang telah mandiri jauh ke hujung benua?

Maaf,hari ini adalah hari proklomasi ulangtahun ke-13 sangketa amarah masih membara dijiwa Sang Hero yang terpidana oleh dendam sang puteri yang dulu pernah berjanji akan mematahkan taring berbisa anjing yang tersepit!

Apa lagi yang isa terucapkan selain terima kasih di atas penghinaan telah diberikan bermusim lalu bersama kembang kemboja di atas pusara tua,namun bulan tetap beredar di atas kuburan ketika para munafik mengaminkan doa orang-orang serakah yang tegar meratah daging busuk sambill menghirup nanah dari kelengkang tunasusila durjana.

III

Angin dingin menerobos masuk lewat pintu jendela yang terkuak lebar.Hujan renyai-renyai masih terus membasahi bumi diiringi dentuman halalintar yang sesekali memancarkan cahaya ke tiap ruang kamar yang terbuka.Dia masih duduk di atas sofa empuk di ruang tamu sambil menyanyi ala karaoke lewat laserdisc yang dibiarkan terus mengalun musik demi musik menghiburkan hatinya yang rusuh,sedang isterinya telah lama terlena dalam kamar tidur bersama puteri puteranya yang keletihan bermain sejak sore tadi.

Dia meneguk baki minuman yang telah lama sejuk.Kemudian dia menuju ke meja tulisnya.Suis komputer dihidupkan.Dia membaca catatan demi catatan yang telah lama disimpan.

.....Sebenarnya siapakah yang rela menerima kedunguan dan ketololan dalam bodohsombong mengambil kataputus atas dasar ingin memiliki sendiri harta kekayaan pusaka moyang?...dia bertanya sendiri seperti orang kesasar.Jejarinya pantas menekan punat tetikus.Fail + Close?Yes!EXIIIIIIIIT>>>>>:

Foto-foto sekitar istiadat pembukaan & persidangan DUN Sabah Penggal Ke-3 Yang Ke-13


Friday, April 16, 2010

Kehebatan Ceramah Parti Politik Bakal Bermula Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 16 April (Bernama) -- Walaupun parti-parti politik telahpun turun padang sejak dua minggu lepas, kempen untuk memenangi hati pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor dijangka bertambah rancak selepas penamaan calon pada Sabtu.

Barisan Nasional dan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS telah mengatur berpuluh-puluh ceramah dan majlis perjumpaan dengan kira-kira 65,000 pengundi di sini.

Faktor cuaca hujan mahupun panas yang berselang seli di sini sejak beberapa hari lepas bukan menjadi penghalang dalam usaha menyampaikan mesej kepada rakyat seterusnya memenangi sokongan pengundi bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Jurucakap bahagian penerangan pusat operasi BN di Bukit Sentosa berkata BN dijadualkan mengadakan 27 ceramah perdana dan 15 forum Islam dalam membicarakan tentang isu-isu semasa dan hal ehwal Islam pada sebelah malam.

"Ceramah perdana berkenaan dijangka dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama calon BN, Ketua Penerangan MIC P. Kamalanathan dan para pemimpin komponen BN lain," katanya.

PKR bersama DAP dan PAS difahamkan akan mengadakan dua sesi ceramah perdana di setiap dewan undangan negeri setiap malam.

Selain ceramah politik, majlis makan malam, sukaneka dan kebudayaan menjadi pilihan popular parti-parti politik dalam usaha menarik sokongan sepanjang kempen sehinggalah hari pengundian pada 25 April.

Dalam pada itu, larangan kepada ahli-ahli politik tidak menggunakan masjid dan surau untuk menarik sokongan nampaknya tidak dipatuhi berdasarkan jadual kempen yang dikeluarkan.

Beberapa pemimpin utama PKR dan PAS dijadualkan mengunjungi surau dan masjid sepanjang tempoh kempen sebelum memulakan ceramah dan perjumpaan bersama rakyat di kawasan lain.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar mendesak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menguatkuasakan titah Sultan Selangor supaya surau dan masjid tidak digunakan bagi kepentingan politik.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda pada Oktober tahun lepas mengingatkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di Selangor agar memastikan masjid tidak digunakan pihak tertentu sebagai gelanggang politik yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah.

Baginda bertitah bahawa pihak menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah dan arahan Sultan selaku Ketua Agama Islam, MAIS dan mufti adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.-- BERNAMA

Calon Bebas Tidak Beri Tekanan Kepada Calon Pembangkang - Kata DAP

PULAU PINANG, 15 April (Bernama) -- Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim tidak menghadapi sebarang tekanan walaupun terdapat dua calon bebas yang menawar diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kehadiran calon bebas adalah perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya kecil dan ia tidak akan memberi tekanan kepada calon Pakatan Pembangkang.

"Setiap orang ada kebebasan untuk bertanding dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi," katanya Lim, yang juta Ketua Menteri Pulau Pinang, kepada pemberita di sini Khamis.

Dalam laporan semalam, seorang ahli perniagaan Johan Mohd Diah, 31, merupakan calon yang kedua selepas bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen tersebut.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan selepas kerusi tersebut kosong apabila penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini manakala tarikh mengundi dijadualkan pada 25 April ini.
-- BERNAMA





Pemilihan Zaid Ketepikan Kehendak Akar Umbi : Penganalisis

Oleh Syed Azwan Syed Ali

HULU SELANGOR, 16 April (Bernama) -- Pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor tidak mengambil kira kehendak akar umbi sebaliknya bersifat "atas ke bawah", kata seorang penganalisis politik.

Ia dilihat sebagai strategi parti itu untuk menarik undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil 25 April itu kerana sokongan pengundi Melayu dijangka berpecah dua, kata Dr Mohammad Agus Yusoff.

"Keputusan ini sudah pasti "top down". Ini kerana Zaid bukan anak tempatan serta bukan calon dari bahagian itu. Beliau juga calon lompat," katanya.

Antara anggota PKR yang disebut-sebut dipertimbangkan oleh PKR ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat.

Zaid, 59, adalah bekas Ketua Umno bahagian Kota Baharu di Kelantan.

Barisan Nasional (BN) semalam menamakan Ketua Penerangan MIC, P.Kamalanathan, 44, sebagai pilihannya.

Agus berkata pemilihan Zaid mempunyai kesan pro-kontra kepada pengundi.

Walaupun dikenali sebagai pemimpin politik di peringkat nasional, personaliti Zaid yang dikatakan mempunyai gaya hidup moden mungkin menjadi beban kepada parti itu untuk menarik undi Melayu.

"Saya jangka peribadi dan imej calon ini akan jadi permainan pada pilihan raya kecil yang penting bagi kedua-dua pihak bertanding," kata pensyarah sains politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Kerusi Hulu Selangor meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Baharu dan Batang Kali, yang ketiga-tiganya diwakili BN. Kawasan Parlimen itu mempunyai 64,500 pengundi termasuk 799 pengundi pos.

Daripada jumlah itu 34,020 pengundi atau 52.7 peratus adalah pengundi Melayu, 16,964 pengundi atau 26.3 peratus adalah pengundi Cina dan 12,453 pengundi atau 19.3 peratus adalah pengundi India selain terdapat 1,000 pengundi Orang Asli.

Sebelum menyertai PKR, Zaid dikenali sebagai pemimpin kuat Umno di Kelantan yang satu ketika dulu menentang keras pelaksanaan hukum hudud di negeri itu yang diperintah PAS sejak 1990, yang kini sekutu PKR selain DAP.

Keadaan ini mungkin menerangkan kenapa Zaid ketika pertama kali berucap sebagai calon PKR di Dewan Komuniti Serendah di sini pada Selasa lepas berkata pemilihannya mendapat restu Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang kini berada di Mekah.

Bagi penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Ahmad Atory Hussein, pemilihan Zaid nampak agak kelam-kabut dan pilihan raya itu kelihatan seperti lebih tertumpu kepada PKR dan bukannya pakatan tiga parti itu.

"Pendapat saya, sejarah yang lepas ketika Zaid masih bersama Umno tidak relevan kerana beliau kini bersama PKR," kata Atory yang tidak menolak kemungkinan serangan peribadi akan menjadi modal politik menarik pengundi di Hulu Selangor.

Mengenai pemilihan Zaid yang dikatakan tidak disenangi sebilangan pemimpin PKR, Atory berkata itu merupakan persaingan dalam PKR untuk mencari pengganti Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin utama parti itu.
Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lepas akibat barah otak.-- BERNAMA





MIC Perlu Menang Hulu Selangor Buktikan Ia Mewakili Semua Kaum : Najib

Nota:(Gambar PM, gambaran hiasan blogger)

Daripada Tham Choy Lin

WASHINGTON, 16 April (Bernama) -- MIC, yang sekali lagi diberi kepercayaan bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, perlu menang dalam pilihan raya kecil di situ 25 April ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata MIC perlu membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan saja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum.

"Saya memutuskan (P) Kamalanathan (sebagai calon BN) ialah untuk memenuhi kehendak pengundi tempatan. Ia bermakna apa pandangan rakyat mengenai calon yang sesuai menjadi wakil Parlimen (diutamakan).

"Ini yang menjadi perhitungan pertama kerana kawasan Hulu Selangor ini kawasan BN. Kita pinjamkan kepada PKR sementara waktu. Sudah sampai masanya tempoh pinjaman ini ditematkan dan kembali kepada BN.

"Sebab itu kita mesti letak calon yang boleh menang," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini sebelum meneruskan lawatannya ke New York.

Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, sebagai calon BN untuk bertanding di situ.

Penamaan calon akan diadakan esok.

Najib berkata walaupun Datuk G.Palanivel tidak dipilih semula menjadi calon, beliau tetap mengiktiraf segala sumbangan Timbalan Presiden MIC itu.
"Saya tetap iktiraf Datuk G.Palanivel sebab dia banyak memberi sumbangan sebagai ahli Parlimen dan timbalan menteri (sebelum ini)," katanya.

Palanivel merupakan Anggota Parlimen Hulu Selangor sejak 1990 sebelum tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR yang meninggal dunia 25 Mac lepasakibat barah otak.

Mengenai pemilihan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR kali ini, Najib berkata: "Semua orang kenal Zaid. Tak perlu saya ulas."

Mengenai lawatannya di sini, Perdana Menteri menyifatkannya sebagai yang "paling berhasil" terutama, kerana menurut beliau, sentimen Washington terhadap Kuala Lumpur telah berubah.

Katanya beliau melihat perubahan sentimen tersebut bukan sahaja pada Presiden Barack Obama dan pentadbirannya tetapi juga di Capitol Hill iaitu dalam kalangan senator serta ahli Kongres dan juga dalam kalangan ahli peniagaan Amerika Syarikat .

Isnin lepas Najib telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Obama semasa menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di sini.-- BERNAMA





Thursday, April 15, 2010

Tindakan Adun Bakar Arang Keluar PKR Tepat Pada Masanya - Muhyiddin

HULU SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah kawasan Bakar Arang, Tan Wei Shu, yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khamis dan menjadi wakil bebas adalah tepat pada masanya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata ini merupakan satu isyarat kepada pengundi bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor khususnya bahawa lebih ramai anggota parti itu semakin tidak mempercayai perjuangan PKR.

"Timing pun memang tepat, supaya ia akan berikan satu isyarat kepada pengundi di sini bahawa di banyak kawasan di peringkat Parlimen, kita sudah tahu siapa yang sudah keluar daripada PKR.

"PKR sudah sampai ke peringkat yang tidak mungkin diyakini, dipercayai bukan sahaja oleh orang biasa tetapi anggota-anggota dan pemimpin-pemimpin mereka," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor di Pusat Command BN di Bukit Sentosa di sini.

Muhyiddin berkata tindakan semakin ramai anggota parti itu keluar parti membuktikan mereka berpendapat bahawa perjuangan PKR adalah sia-sia dan terpedaya dengan kata-kata hebat pemimpin parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pastinya ialah kerana waktu awal jadi anggota PKR dulu, dia begitu yakin dengan keupayaan Anwar... terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang hebat-hebat tetapi dalam tempoh dua tahun sudah dapat menilai siapa Anwar, siapa PKR, apa yang sudah dan boleh mereka lakukan.

"Mereka berasa kecewa perjuangan awal yang disebut dalam PKR kini tidak bermakna apa-apa," katanya.

Tan, 54, berkata keputusannya keluar daripada PKR disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai "kacang lupakan kulit".

Ekoran tindakan Tan hari ini, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil PAS, 14 wakil BN, tiga PKR, satu DAP dan dua Bebas.-- BERNAMA

Hapus Halangan Bagi Wanita Dalam Pasaran Kerja - UNDP

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Penggubal dasar Malaysia perlu mengubbal dan melaksanakan strategi yang menghapuskan halangan kepada pekerjaan wanita bagi membolehkan mereka memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan negara.

Wakil Residen Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Kamal Malhotra, berkata langkah itu penting jika negara berhasrat menjadikan negara ekonomi bernilai tambah tinggi.

Bagaimanapun, beliau memuji kenyataan positif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peranan penting wanita dalam transformasi ekonomi negara menerusi Model Ekonomi Baru.

"Kekurangan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja mengakibatkan rantau Asia Pasifik kehilangan berbilion ringgit setiap tahun khususnya negara seperti Malaysia, India dan Indonesia di mana anggaran Keluaran Kasar Dalam Negara (GDP) akan meningkat 70 peratus.

"Angka itu hampir dengan kadar GDP bagi banyak negara maju," katanya.

Malhotra berkata ianya antara kunci penemuan dalam laporan yang dilancarkan di Malaysia hari ini berjudul "Kuasa, Suara dan Hak: Titik Peralihan bagi Kesamarataan Gender di Asia dan Pasifik", tajaan UNDP.

Beliau juga berkata hasil laporan itu menunjukkan peningkatan wanita dalam pasaran kerja di negara-negara maju sejak 10 tahun lalu dengan lebih banyak sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi seperti di China.

Sementara itu, aktivis sosial Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir, ketika menyampaikan ucaptama pada pelancaran laporan UNDP itu, berkata langkah jangka pendek dengan hasil pantas adalah perlu jika Malaysia ingin mencapai matlamat mengadakan lebih ramai wanita dalam kedudukan pembuat keputusan.

"Persetujuan kami dalam Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) menggesa kita untuk memperuntukan 30 peratus penglibatan wanita dalam semua kedudukan pemilihan dalam parti politik serta dalam pilihan raya negeri dan pusat," katanya.

Menurut laporan itu, penyertaan wanita dalam pasaran kerja di Malaysia masih bertakung di bawah 50 peratus berbanding 85.3 peratus bagi golongan lelaki pada 1995 sebelum menurun kepada 79 peratus pada 2008.

Laporan itu mendapati jurang pendapatan antara lelaki dan wanita adalah setinggi RM1,774 sebulan untuk pegawai kanan dan pengurus yang menjalankan tanggungjawab sama.

Walaupun undang-undang menjamin tahap gaji yang sama untuk kerja yang sama, namum di rantau Asia Pasifik perbezaan gaji wanita berbanding lelaki adalah antara 54 peratus hingga 90 peratus.

Laporan itu mencadangkan beberapa penyelesaian termasuk menghapuskan halangan bagi wanita memiliki aset seperti tanah, memperluaskan pekerjaan berbayar dan melabur dalam pendidikan berkualiti tinggi dan kesihatan.-- BERNAMA





Meter Letrik Balairaya....


memang cantik gambar ni,Sidek tapi tolonglah bagi tau bossmu tu...kita kasihan dengan pelajar2 KAFA yang sedang belajar dikaki lima balairaya yang tidak ada karan di kampung kami ni...dah maklumkan bossmu tapi sampai sekarang no respon dan cuba hubung Adun Kawang sampai berekar-ekar sudah kita menalipun macam filim hindustan menyanyi tapi nda juga dapat2 di kontek...hahaha nak tunggu orang kampung mengamukkah itu baru dipasang tu meter letrik?wakakakakaka

Tues at 00:21 · .Hazlina Haniff Maaf Saudara AH > stahu saya pkara ini telahpun di senaraikan tp mgkn ambl masa prosesnya...mmg ksian la pjar2 KAFA 2 smua,tp kita kena tgu la...saya sdih ga dgr ni, coz sya pun kira anak jati bundusan...apapun sama2la kita berdoa agar pkara ini d percepatkan n jgn mudah myalahkan wakil rakyat coz mereka da berusaha pun.......saya rasa pddk bundusan adalh pddk yg penuh toleransi TQ

Tues at 08:58.Adeq Sy Hazlina Haniff:betul tu lina..pape jangan cepat menuding jari pada pemimpin kita kan..

Tues at 09:09.Jabar Khan Napi Keep it up.....!

Tues at 09:16.Hazukofie Sofiea Ayaka Jangan mudah menuding jari kepada pemimpin...mereka juga manusia biasa. tidak semua permintaan yang di minta boleh dapat dengan sekelip mata. setiap permohonan ada prosedurnya, pemasangan elektrik bukan main pasang g2 jak, mesti melalui sesb, mesti ada kontraktor berlesen..saudara tidak tahu pemimpin2 kita nie telah pun sedaya upaya merealisasikan ... See morepermintaan rakyat......kena sabar sedikit...seperti yang saya katakan td, setiap permintaan mesti aa prosedurnya...bukan main langgar2 jak...saya rasa penduduk kampung faham dengan keadaan nie......saya yakin penduduk kampung x akan melakukan sebarang perbuatan yang merugikan......ini pandangan saya....

Tues at 14:41.Hazlina Haniff Btl 2 sofia...stahu saya DTK GULAM mahupun DTK ROSNAH da pun mjlnkan tugasnya dgn baik, mgkn ada pihak2 tertentu yg tdk mklmkn pkara ini scara jelas

Tues at 14:46.Arshad Hussin Baguslah kalau begitu sbb kami ni org kampung yg kurang arif mengenai prosedur kerajaan...tapi setahu saya pemasangan meter ni taklah serumit sangat dan semahal yg kita sangkakan.kita juga maklum Adun dan Mp telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna dan tanpa cacat celah.siapa boleh nafikan?setahu penduduk kampung balairaya ni ... See moredah lama siap dan dah dipasangkan kipas angin,wiring dan cat baru.Takkan pasang meter yang tak sampai seribu rm tu memerlukan tender dan prosedure,Bukankah?

Tues at 19:06 · .Arshad Hussin Abang Jabar,hehe ko tambah muda bah skrng...rojo kobog hihi

Tues at 19:12 · .Arshad Hussin HSA:terima kasih atas penjelasan anda.nampaknya anda cukup arif mengenai permohonan projek dan pengurusan pemasangan meter letrik.Tahniahlah.Benarkah mereka (pemimpin)telah merealisasikan permintaan rakyat?bagaimana peruntukan setiap tahun sbb ada parti2 komponen mengeluh dan tiadapun projek mega yg kita nampak di kawasan kita ni...adakah?

Tues at 22:20 · .Hazlina Haniff Saudara AH > sblm kluarkan apa2 knyataan cuba slidiki dlu pkara ini, knpa meter tsbt smpi skrg blm d pasang, rasanya duit bkn mslhnya.....klu btl saudara ingin mbntu Cuba bJmpa dgn PKR kawang, saya da pun lprkan pkara ini kpada MP & ADUN...rasanya teda mslh kan,ttg lain2 pkra yg saudara bngkitkan d sini cuba minta pjelasan dgn org yg spttnya, bkn d sini tmptnya...TQVM

Wed at 09:56.Arshad Hussin HH:baguslah kalau sudah dilaporkan kepada MP & ADUN dan moga diorang rajin turun padang menjenguk rakyat dan selesaikan masalah selaras dengan gagasan konsep 1Malaysia....tak perlulah saya jumpa siapa-siapa sebab saya bukan siapa-siapa...

Wed at 12:05 · .Al Amin Bagus bah tu tuding2 jari..bukan kami suka2 juga mau tuding jari, bukan apa ramai sudah pemimpin yg yg hatinya sudah mau mati atau sudah mati..klu ndak d tuding jari tu ndak lah tu mau ambik tau!! ;)

Wed at 12:43.Nita Aermiey bro, aku rasa bagus lagi kau senang-senang ada masa nanti kau pigi SESB tanya pasal tu meter...manja juga semua kena pemimpin yang buat...? cukup2 lah manja dengan ibubapa..DONT ASK WHAT YOUR COUNTRY CAN DO FOR YOU, ASK WHAT YOU CAN DO FOR YOUR COUNTRY..sebaiknya janganlah kita persoal bakti pemimpin terhadap kampung kita, sebaliknya apa bakti kita untuk kampung kita sendiri bro?

Wed at 13:02.Nita Aermiey nda pandai besyukur kamurang ni, belum lagi kamu tinggal di indonesia atau filipina...senang-senang bagus kamu p sudan

Wed at 13:05.Nita Aermiey banyak2 tukang, tukang caci la paling senang...ni sama la juga dengan tuding jari bro, kau suka kan?

Wed at 13:09.Hazlina Haniff AH> sbg org yg bkeja ngan pmpin begini ka caranya kmu mlyn pmipin lain??? spptnya kita bnga kerna ada pmpin yg mcm YB Dtk Gulam & YB Dtk Rosnah.....takkan psl meter 2 kmu kait2kan pkara2 lain dlm hal ni....jgn ckp psl gagasan konsep 1 m'sia klu kmu sndiri tdk praktikkannya...1 m'sia mpunyai 8 nilai utama , slh 1 drpnya adalah PENERIMAAN..FAHAM2 aje la kan....

Wed at 13:14.Al Amin Uiks..maksum sudah kah pemimpin sampai ndak boleh ditegur? Ko ni kan Muslim takkan ko ndak paham, ndak ada juga bah yg mencaci kta pun tau juga apa yg boleh apa yg tidak boleh..bersyukur..cam mana tu maksud mu?

Wed at 13:15.Nita Aermiey 1malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...ramai orang selalu sebut dalam keadaan sinis, rakyat didahulukan..??? jadi, apa sudah pencapaian kita untuk diutamakan...??

Wed at 13:17.Nita Aermiey cuba tanya saudara Arshad kita, ini isu apa sebenarnya yang buat dia publish di FB sampai satu dunia dapat baca pasal meter bangunan KAFA? semua kekurangan d kampung seolah2 pemimpin yg punya salah....cuba la usaha dulu kalau betul jagoan kampung, jumpa sumber yg betul untuk cari penyelesaian masalah...letakkan bukti di mana pemimpin lalai akan tanggunjawab, contonya surat menyurat ka, sms ka, time log dialled number ka....& mcm2 lg

Wed at 13:24.Al Amin itu salah satu usaha bah utk menyelesaikan masalahnya..:)..

Wed at 13:29.Nita Aermiey rasanya kita sudah cukup dewasa & berakal untuk bezakan ayat baik & tidak baik..ayat minta bantuan & ayat membabi buta

Wed at 13:33.Hazlina Haniff Sbtlnya saudari nita, pkara ni da settle pun..tp x tau la knpa pkara ni d pnjang2kan lg,saya x dgr pun suara org kg yg lain...pelik kan??? tp x apa la mgkn ada udang d sebalik mee goreng!!!! semua kg ada mslhnya tsendiri tp x smpi mcm ni, siap ugut pmpin utk buat poster lg..Patut ka 2??? ini ka gagasan konsep 1 m'sia???? pmpin pun manusia biasa mcm... See more kita, mrk bkn nabi @ malaikat, dpt mnunaikan apa je mslh kita, 1 je pkara yg dorg x dpt tunaikan sdh d lebelkan pmpin yng x baik n jarang turun kwsan, Ingatlah pmpin kita ni bkn jg kwsan kita ja, dorg pun ada tgs2 tertntu yg tlh d amanahkan.....bkn pgang jwtan sbg ADUN & MP je...

Wed at 13:36.Hazukofie Sofiea Ayaka AH>..saya rasa, sebelum buat knyataan disini fb baik selidik dulu, tanya ngan pemimpin peringkat kampung dahulu. mereka lebih tahu dan lebih arif tentang perkara nie..... heran jugak kan, kalau pemimpin x ambik peduli ngan aduan rakyat rasanya semua kemudahan x di bangunkan di kampung 2...



AA>...1 jari kamu tuding pemimpin 4 jari lg tuding pada ... See morediri sendiri. apa maksud kamu ngan pemimpin x boleh di tegur? sudah2 lah 2, sebelum menyampuk di sini baik kamu selidik ujung pangkal jgn main sampuk2 jak...x baik.. bikin malu diri sendiri jak...



HH & NA> kaka, peduli lah dorg nie, bukan dorg tau apa yng pemimpin kita perjuangkan di parlimen...tau menghantam jak dorg nie.... dorg ingat kalau dorg minta main sebut jak terus pemintaan dorg dapat....

Wed at 13:40 · Report.Ariez Shah Salleh actualy..benda ne da pun d selesaikn n telah d luluskn...cuma org tetentu blum ambil tindakan..juz makluman utk en arshad..jgn kerna marahkn nyamuk..hbis kelambu d bakar..jgnla hal sekecil ne pun d perbesarkn..kaji dulu..da tau hujung pangkal,baru bersuara...mmg adat manusia..semut d seberang kelihatan..gajah depan mata..ntah nmpk or tidak..renung2kn...sepakat membw berkat..

Wed at 13:42 · Report.Nita Aermiey siap ugut undian & PRU 13 lg....mungkin dia kenyang dengan pemerintahan pembangkang nanti...iya betul la lina, macam sedap pula mee goreng, lunch hour ba pulak ni hehehe

Wed at 13:42 · Report.Al Amin HSA wah baguslah tu budayakan lah "pemimpin maksum" & pemimpin semua betul tu..saya rasa pembangkang dpt kerusi 80 lebih pru12 tu bab ada pemimpin yg tidak mau ditegur malah tidak mau ambil peduli..:)

Wed at 13:49 · Report.Nita Aermiey itula aku cuba cakap ariez, tanya SESB (pihak yang berkenaan memasang meter)...

Wed at 13:50 · Report.Hazlina Haniff AA> Ini bkn mslh x bole d tgur, tp kbenaran@Knyataan!!!

Wed at 13:57 · Report.Nita Aermiey pandailah kau amin...senang2 jak kau tulis PRU tu...PRU adalah penentu masa depan agama, bangsa & negara, sanggup kau gadaikan demi kerana kepentingan sendiri?

Wed at 14:02 · Report.Ariez Shah Salleh rasanya tiada mslh utk tegur mngur sesama kita..cuma kita kena la membudayakan "Budi Bahasa Budaya Kita"...pemipin akn cuba sedaya upaya utk mnolong rakyat..tapi rkyat juga kena tolong pemimpin..caranya kena fhm situasi pemimpin..jgn la kerna lmbt sikit..hbis seluruh alam bergegar..bukn 1 kes shj yg perlu d selesaikn..cuba berfikiran positif...insyallah api amarah pasti akn terpadam wlpun syitan cuba mnyalahknnya...

Wed at 14:08 · Report.Nita Aermiey betul ariez..syg ko

Wed at 14:09 · Report.Hazukofie Sofiea Ayaka duina bah...tau btl dia pemimpin kita nie maksum kan...entah dia pernah jumpa ka atau nda...ini lah namanya membuat fitnah..mau tny cikit...sapa yg tolong kita skrg nie..kerajaan ka or pembangkang?

Wed at 14:10 · Report.Hazukofie Sofiea Ayaka allahu a'lam bissawaaaaaaaaaaaaaab

Wed at 14:21 · Report.Arshad Hussin Al-Amin:kita baru dimaklumkan meter tersebut sudah dipasang tadi oleh pihak berkenaan selepas perkara ini dibincangkan dalam laman FB.

...dan kepada semua kekawan yang telah mengambil bahagian membincangkan/mempertahankan pandangan/komen masing-masing,terima kasih banyak walaupun ada tindakan/ kata-kata kita kekadang disalahtafsir namun ianya mencerminkan kemampuan/kebolehan kita berhujah dan kita pasti Adun/MP yang memantau halaman ini bangga dengan sikap/cara kita berhujjah dengan penuh semangat dan emosi tentunya.



untuk pengetahuan sdra2 segala pertanyaan dan kata2 yang dilontarkan akan saya simpan dan jadikan pedoman/panduan meskipun ada yang mengaitkan kita dgn pembangkang...itu hak anda melabelkan seseorang namun yang jelas itu sahajalah kemampuan kita berhujah apabila diterjah dengan isu-isu semasa...syabasss.

... See more

Semoga kita masih mampu bertemu/berhujah dalam isu-isu yang lebih global untuk sama-sama kita mencerna minda seperti yang sering saya utarakan dalam blog:rsyadhussin.blogspot.com kerana mengkritik dan menegur bukan bermakna kita ahli pembangkang...dulu kini dan selamanya!



Wed at 14:44 · .Nita Aermiey ada blog rupanya....sekian, terima kasih.

Wed at 14:55 · Report.Hazukofie Sofiea Ayaka untuk pengetahuan semua, pemasangan meter ini sebenarnya dalam proses semasa en. arshad keluarkan di fb, nyata sekali anda x tahu, kedua-dua pemimpin telah mengambil tindakan. cuma apa yg menyedihkan kenyataan anda telah membuat pemimpin2 kita di tuduh maksum dan sebagainya...



kepada sesiapa sahaja, sebelum membuat kenyataan ataupun apa2 sahaja, cuba selidik dan periksa dahulu kesahihan perkara2 yang ingin di bangkitkan.... allahu a'lam bissawaaaaaaaaaaaaaab....

Wed at 14:57 · Report.Arshad Hussin hehehe bah lawatlah kalau ada masa...dan sabahdaily.net juga kalau senang...tapi jangan lawat sabahkini.net kalau nda tahan iman.salam dan terima kasih kembali.

Wed at 14:58 · .Ariez Shah Salleh maaf skali lg mncelah...utk pengetahuan tuan.bukn sudah d pasang tetapi saluran sudah d berikn pd org yg berkenaan...perkara ne sudah lama d luluskn oleh pmimpin kita..bukn kerna dr ayat2 tuan2 berikn dlm fb ne,baru d ambil tindakan, tapi suda lama ianya d luluskn sblum kluarnya knyataan dlm fb ne lg.....maaf jika buat tuan terasa..

knpa bnyk ... See moresuara2 lantang berujah dlm coretan ini...kerna tuduhan tidak yg tidak berasa d lemparkan...kita sllu mnsihtkn anak2 or adik2 kita,klu tidak tahu baik bertnya..bertnya pun ada caranya..jgn la terus mnyembur..org timur kn kaya dgn budi bahasa..

Wed at 15:09 · Report.Al Amin Sapa yg aku fitnah ni HSA? mana kenyataan ku yg memfitnah? Aku cuma cakap pasal menegur pemimpin..bukan memfitnah weiii.. Apa yg aku gadai tu kunun? Kerajaan kah Pembangkang kah sapa punya "tawaran" yg memenuhi citarasa rakyat jelata itu lah yg akan dipangkah bila tiba pilihanraya..;)



Wed at 15:18 · Report.Andaman Mansaded Saudara AH> Itu lah tanda nya bahawa pemimpin2 kita perihatin dengan masalah rakyat. Cuma, seperti kata rakan2 tadi ada sesetengah kes yang terpaksa didahulukan & dikemudiankan apatah lagi kalau melibat kan prosedur2 jabatan2 tertentu. Kerana itu rakyat harus bersabar. Menegur untuk kebaikan bersama adalah kerja yang baik. HH, HSA, NA, ASS & AS > ... See moreTeruskan perjuangan untuk membela rakyat. Saudara Al Amin> PRU/PRK sentiasa kita tunggu & pasti akan berlaku. Apa pun, Bahasa Melambangkan Bangsa. Fikir2 kan...

Wed at 15:42 · Report.Arshad Hussin ASS:Terima kasih.untuk maklumanmu balairaya tu depan rumah saya dan saya salah seorang ahli JKKK dikampung itu dan bercakap dengan Dengan Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang juga Ahli Parlimen Papar pada 14 Mac 2010 dan berbincang mengenai hal ini atas capasiti saya selaku penduduk dan bukannya selaku pegawai kerajaan.sila inbox saya kalau masih perlu penjelasan.atau call Pengerusi JKKK..0198326552...ada berani?terima kasih.

Wed at 15:49 · .Arshad Hussin AM:terima kasih.setuju.

Wed at 15:59 · .Nita Aermiey Al amin, itula kau, orang yang gila pangkat akan bagi tawaran macam2 & hebat2 belaka...tertunaikah? sendiri mau ingat

Wed at 22:18 · Report.Nita Aermiey kalau setakat bagi tawaran saja baik inda payah..aku sendiri pun bulih bagi kau tawaran...cukai dimansuhkan, undilah saya

Wed at 22:25 · Report.Al Amin Heheh..sapa yg tawar macam2 tu? Siapa yg gila pangkat? Aku belum pernah tengok klu ada pemilihan dlm parti ada gaduh2 di pihak pembangkang..tp di pihak kerajaan apa yg ndak ada? Lempar bangku..bergaduh..bertumbuk.. Fitnah memfitnah? Si anu tidur ngan perempuan itu..segala macam lagi utk menjatuh kan lawan malah ada yg mengadu pasal berlaku penipuan... See more..utk apa dorang gaduh2? Lain kali belajar utk membantah..belajar utk mengkritik..bukan kita anti..tp kita cuba untuk memperbaiki sekadar termampu..ko tau kenapa Dr M cakap Umno skrg itu “Umno sudah busuk hingga ke ususnya” sebab sudah tiada yg berani bersuara dan menentang kemungkaran dan kejahatan yg ada dlm Umno..sebab terlalu ramai tukang bodek@penyangak dlm Umno..ada otak fikir!!

Yesterday at 07:39 · Report.Nita Aermiey rilek la bro, kalau sentuh soal gaduh2 ni, mana2 site pun ada..pertikaian antara keluarga tetap berlaku namun umpama mencincang air takkan putus..tapi terus terang cakap, selagi aku & keluarga masih dapat makan kenyang, tidur malam selesa, tiada bom sana sini, perang parang, budak2 selamat pigi sekolah, subsidi itu ini...alhamdulillah..keadaan ... See morepembangunan tempatan menuju kemajuan aku sedia maklum sedang dalam proses & perhatian..nda perlu susahkan diri, diam bukan bermakna aku tidak mengkritik, & bersuara itu bukan bermakna bijak..yang pasti aku tidak akan bagi kuasa negara ini kepada orang yang hatinya penuh dendam macam si Anu War tu....

Yesterday at 09:26 · Report.Al Amin Ya tp perlu kita tahu kenapa dorang gaduh? Klu dia gaduh sebab mau buat baik aku ucap tahniah semoga anda pemenangnya..tp klu dia gaduh sebab mau harta dan kuasa..mudah2an ko kalah..mmg betul air dicincang takkan putus, itu klu org meletakkan imannya sbg panduandlm tindak tanduknya..tp klu org yg bertuhankan nafsunya dia ndak kira..putus..putuslah..;)



Kita ni muslim, tujuan kita di dunia ni utk diuji supaya nyata sapa benar Imannya..aman bukan bermakna Allah redha..kacau bilau bukan bermakna Allah murka..utk menilainya rujuklah Qur'an dan Sunnah Rasul di situ ada jawapannya..



Kita mengkritik bukan utk tunjuk bijak tp kita mau ikut cth semasa perlantikkan Umar bin Khatthab r.a. sbg khalifah Umar bin Khatthab RA berkata, "Wahai manusia, barangsiapa di antara kamu melihat aku dalam kesalahan maka luruskanlah aku." Kemudian ada seseorang yang berkata kepadanya, "Kalau kami melihat kamu berbuat kesalahan maka akan kami luruskan dengan pedang kami!" Umar berkata, "Alhamdulillah yang telah menjadikan rakyat Umar orang yang mau meluruskan Umar dengan ketajaman pedangnya." itu sahaja, lebih2 di zaman kita ini yg mana pemimpin kebanyakkannya sudah terlalu kurang agamanya..:)... See more



Hahaha, saya rasa sudah tiba masanya Umno berhenti bercerita ttg manusia yg bernama Anwar Ibrahim ini..tiada faedahnya malah yg dpt manfaat terbesar dr cerita anwar ibrahim selama ini Anwar Ibrahim juga dan PR..Sapa yg berdendam sebenarnya? Anwar kah atau Umno? Telitilah hujah kedua2 pihak dan bersikap ADILlah dlm menghukum sesungguhnya ADILitu sifat org2 mukmin..;)



Yesterday at 10:24 · Report.Nita Aermiey sudahla kau amin, aku tidak menafikan kebenaran cerita2 sahabat zaman dulu ok? inilah hujah pembangkang, bila mengata kerajaan ikut sedap mulut, itu ini semua nda ngam..tapi bila kita menyatakan sesuatu yg betul berserta bukti dia pula kata orang fitnah dia.. bagus kau renung2kan, kau jadi orang pandai, belajar tinggi2, dari kecil sampai sekarang ni, kau & aku sama...anak subsidi kerajaan malaysia.. ini tiada kaitan dengan iman....agama jangan main2

Yesterday at 10:46 · Report.Al Amin soal pembangunan, memberi khidmat terbaik utk raykat itu mmg tanggungjawab pemerintah ndak kira pembangkang atau pemerintah..komunis pun ada juga pembangunan bah..malah lebih hebat lagi dr kita..jd jgn lah bising2 bab2 pembangunan ni..yg kita tegur perkara2 yg tidak baik, klu baik kita galakkan bah..bahaya ko ni..cam mana lah mau buat baik klu Iman... See more ndak ada, mcm mana mau bagi perkhidmatan terbaik klu iman ndak ada..hati2 bila berkata2..



Perlu kita fahamkn betul2 kuasa yg diberi oleh rakyat itu satu amanah, bukan milik peribadi dan keluarga k!!

Yesterday at 11:55 · Report.Nita Aermiey memang la amanah, aku setuju pasal amanah tu...tidak boleh diperkotak-katikkan..aku tanya kau balik, apa itu yang tidak baik di sini yang menjadi isu? maksud aku pasal iman pulak, iman dalam hati jgn kau campur aduk sama politik yang boleh main kotor...kau ni macam nda paham bahasa atau pura-pura nda paham..? kalau kau pandai sangat kenapa kau nda jadi pemimpin? cuba dulu baru tau.. nda usah jauh, cubba jadi pemimpin keluarga dulu...& lagi satu cuba jangan ubah2 topik & lari tajuk....takut kah?

Yesterday at 12:00 · Report.Hazlina Haniff AA> saudara yg kamu memanas ini knpa??? Slh ka kitorg mpertahankan yg spttnya??? tiba2 msk x beri salam pun...

Yesterday at 12:25 · Report.Al Amin Ndak lah bah kita memanas..cuma sekadar ingat mengingatkan..isu yg dibawa saudara AH tu sudah menjadi lumrah cam jadi lumrah, mlh klu kita ikut prosedur pun kebanyakkannya dibakul sampahkan..ikut saluran pun kdg2 saluran tu dilencongkan..bagi aku di FB ni lah cara salah satu cara yg bagus utk mengemukakan masalah pd YB2..lapor terus ndak payah ... See moremelalui sapa2..suka ndak suka kena terima bab anda yg minta diundi masa pilihanraya..lagi satu yg jadi masalah, org2 yg berada disekeliling YB ni ramai yg bermulut manis, dia tidak akan berkata yg jelek2 semua yg molek2 bab tukang bodek..:)..



Ndak ada bah yg perlu kita semua takutkn melainkan Allah sahaja..

Yesterday at 12:40 · Report.Hazukofie Sofiea Ayaka AA>cuba berfikir ke arah yg lebih positif dulu, mcmna awk tau sesetangah permohonan di bakul sampahkan. setahu saya, setiap permohonan ada failnya, cuma mana yg dahulu di utamakan. mcm kita bah beratur di bank tiba2 ada org putung quee line awk..apa yg awk rasa....lagi satu, menegur nie kena ada caranya, kena ada sopannya. bukan main serbu x bagi salam. macam masuk rumah org jugak, kena bagi salam....dalam isalam pun kita digalakkan menegur secara baik...



Yesterday at 15:09 · Report.Nita Aermiey sudahla kau amin...lapor terus nda payah melalui sapa2? dalam FB la kalau kau lapor melalui ramai orang yg membaca, satu dunia..pandai ja suru orang guna otak..saya tidak bodek siapa2 d sini...tiada kepentingan. cuma saya sedih dengan orang macam kau ni, kerana 1 kejahatan 1000 kebaikan dilupakan & dibelakangkan..

Yesterday at 15:13 · Report.Al Amin Senang jak tu, bila kita lapor ndak ada tindakan.. lapor2 pun begitu juga..tu lah tanda2nya rungutan kita dibakul sampahkan..Nah bagusnya lah bah tu c AH, mengasi tau lagi masalah tu belum selesai, cuba klu dia diam2 nnt tambah besar pulak masalahnya..sapa yg kena? Sapa yg dpt nama buruk? Baguslah bah tu tegurannya, ndak ada juga dia cakap sialan, celaka masih sopan lagi tu..:)

Yesterday at 15:21 · Report.Hazukofie Sofiea Ayaka sapa cakap...ni lah, dia x tau pun pemimpin sudah ambik tindakan...terus2 kc keluar d fb.....

Yesterday at 15:27 · Report.Nita Aermiey iya, tapi cuba fahami dulu situasi, PERTAMA: isu itu memang sudah diambil perhatian oleh pihak berwajib sebelum pun AH publish masalah d sini (buat statement membabi buta), KEDUA: sewaktu AH publish masalah meter dia gunakan ayat mengejek pemimpin yg menyamakannya sebagai lagu hidustan (tak hormat orang langsung), KETIGA: AH gunakan ayat mengugut ... See moreseolah mengajak orang kampung mengamuk dan mengambil gambar untuk diletak dalam poster (demonstrasi??), KEEMPAT: AH mempertikaikan kewibawaan pemimpin jarang turun padang dan prosedur jabatan kerajaan (siapa yg tidak turun padang ni??)..cukup d sini la rasanya..jadi, kau fahami la dulu situasi k.

Yesterday at 15:40 · Report.Hazlina Haniff AA> Tdk smua org d skeliling YB ni tukang bodek, teda kpntingan pun...mgkn saudara ni ada pgalaman jd tukang bodek sblm ni kan, sblm msk FB ni check btl2 pkara yg d bncangkan ni, bkn ikt sedap mulut je...klu btl la c AH ni mo tlg x pyah la ba mlalui FB ni jmpa terus kpd tuan punya badan, x pyah pesan2 mlalui pgawai2 YB 2..jmpa terus, kes pmsangan meter 2 yg stahu saya da pun d lakukan bkn slps ianya d kluarkan mlalui FB ni, lain x jgn ckp klu x tau...

Yesterday at 15:50 · Report.Hazukofie Sofiea Ayaka AH> knp perlu pck kc publish sms dtk gulam nie di fb...sms 2 sulit, hanya pck jak boleh tahu sms 2....sekarang nie, bukan kami yg memanjang2kan komen...pck tanya kawan pck AA 2...tengok komen2 dia.....

Yesterday at 15:53 · Report.Abd Manan Talipudin Salam. Saya secara peribadi tiada kaitan langsung dengan perdebatan yang sudah berlarutan ini. Walau bagaimanapun, sebagai rakan di Fb ini saya rasa terpanggil untuk membuat cadangan agar sdr2 :AH/ AA/HSA/HA (yg saya kenal) kecuali sdr AA memang blm saya kenal,insyaAllah akan kenal suatu masa nanti) hentikanlah perdbatan yg tidak akan membawa kita... See more ke mana2, kita jadikanlah segala teguran dlm Fb ini sebagai iktibar untuk menghadapi isu-isu atau cabaran2 hidup yang lebih besar masakini. Marilah kita terus menjalin persahabatan dan ukhuwah islamiyah. Terima kasih.

Yesterday at 16:08 · Report.Sidek Kolo AMT saya setuju cadangan Sdra kerana apa yang saya tahu perkara ini sudah pun selesai dan meter pun sudah dipasang jadi sebagai rakan FB saya menyeru supaya berhentilah kes ini disini.Sayang bah gambar Ratu Unduk Ngadau dan Yb Datuk Rosnah jadi tempat berdebat .....Salam untuk semua baik yang kenal atau tidak kenal....Terima Kasih.

Yesterday at 16:19 · Report.Al Amin Maaf sekiranya menyinggung hati dan perasaan.

Yesterday at 16:19 · Report.Arshad Hussin AMT:Terima kasih bang.sekadar nak mencerna minda dan ingin melihat sejauh mana kebolehan orang2 muda kita berdebat dan mentafsirkan sesuatu isu dengan baik tanpa menyentuh pribadi serta menggunakan bahasa yang baik dan bersopan.Sebenarnya saya dah selesai dengan isu ni sebab perkara ni dah diselesaikan kemarin atas arahan YB Adun Kawang.Wassalam.

Yesterday at 16:20 · .Hazlina Haniff AMT>Salam..terima ksih d ats tguran drp pakcik ni,kami bkn apa pakcik kadang2 ada pkara yg bole kita diamkan tp klu da mlampau sepa yg tahan ga kan...tp bg saya AH jgn la smpi myalin sms pmpin dlm FB ni, bfkir la sblm buat apa2 tndkan...dia bkeja dgn pmpin ga, takkan la dia x tau bgmana mjaga pmpin lain....cukup stkt ni ja la pakcik, TQVM

Yesterday at 16:25 · Report.Nita Aermiey Salam pacik manan, bukanlah saya mau melarutkan perdebatan, tapi sedih melihat suasana & status anak bangsa yang mudah terdorong dengan sifat2 ekstrem..mungkin sudah terlalu hampir dengan akhir zaman kali kan pacik..saya juga sangat susah hati dengan beberapa saudara kita yang bersemangat juang namun salah tempat..sejarah 52tahun dulu, kita dalam ... See moresatu barisan berjuang menentang musuh tp sekarang banyak duri dalam daging..,& niat telah menghalalkan segala cara..apa yang saya lakukan sekarang bukanlah untuk kepentingan saya sendiri tapi memikirkan masa depan anak2 saya 10tahun akan datang..perlu saya nyatakan d sini, pilihanraya bukanlah medan tunjuk pandai atau belang atau dendam kesumat, tp ianya penentu masa depan kita..betulkan saya jika saya salah, terima kasih pacik..

Yesterday at 16:30 · Report.Hazukofie Sofiea Ayaka salam n TQVM...

Yesterday at 16:30 · Report.Arshad Hussin Sidek,kau pan tek rejo kobog...lanji bana gambar unduk ngadau aie gambar nu tu.Bana aie nuh penasang delow lek Jidin Man bai senoho lek siare nuh Adun Gawang.Bagi aku Dek,beranti atau nia beranti kes tu nia ruun hal sbb tidak merugikan saya sedikit pun...segai joh pikir.terima ksih.

Yesterday at 16:36 · .Andaman Mansaded Wah... Panjang juga rupa nya isu ini saudara AH! Saya ingat kan sudah selesai kelmarin. Tapi terus terang saya kagum dengan orang2 muda (PUTERI) Datuk Gulam & Datuk Rosnah. Berapi api ooo. A nu yang sepatut ni binuat oleh memon banga Pemuda/Puteri UMNO. Daa kiti sembarangan diperlekeh oleh pembangkang! Ngeloon jo kan siari. AMT & SK > Petuain bana banga peranak a!

10 hours ago · Report.Arshad Hussin AM:hahaha persidangan jalur lebar ni sebenarnya sudah ditutup dan ditangguhkan.Tuan punya koleksi foto,Sidek Kolo belum sempat menutup tirai agaknya...

about an hour ago · .Nita Aermiey ko berai pan AH tu..kan maku berai ta sien kau

56 minutes ago · Report.Arshad Hussin NA:Minta maaf cakap,saya tidak minta kesian dengan siapa-siapa jauh sekali minta sedekah/bantuan kepada sesiapa...kerana saya bukan rakyat yang berMinda Subsidi...

36 minutes ago · .Arshad Hussin AM:yang bana nei kitai tu menteko niat engko soro banga dinakan mengkampung engko rakyat marhaen kenai...neko kan maku berai enta sien2(dakan kok leng Nita tungan komen menjata uwei)...minsan benuanan tuakan tei amun bule sbb ketei tinau mangan rasuah/nirasuah...

9 minutes ago · .Write a comment.....Share.Tag this Photo

BN Akan Berjuang Habis-habisan, Tebus Kekalahan Di Hulu Selangor-TS Muhyiddin

HULU SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bertekad untuk berjuang habis-habisan pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini bagi menebus kekalahan BN di kawasan itu pada pilihan raya umum 2008.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden BN mengingatkan semua pemimpin parti agar berkampung di Hulu Selangor dan memberi sepenuh tumpuan bagi memastikan kemenangan BN di kawasan ini.

"Petang semalam dan hari ini saya dapat panggilan daripada beliau (Najib) yang berada di Amerika Syarikat dan beliau telah menyampaikan salam kepada anda semua.

"Beliau juga menyampaikan pesanan kepada saya bahawa pilihan raya kecil ini satu pilihan raya yang amat penting bagi BN," katanya ketika mengumumkan calon BN bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor di Pusat Command BN di Bukit Sentosa di sini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata beliau berharap pemilihan Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan sebagai calon BN membawa kemenangan yang lebih banyak kepada BN.

"Ini tekad dan azam kita, pastikan BN menang dengan undi yang banyak. Ini juga cabaran kita untuk memastikan wakil BN jadi anggota Parlimen di Hulu Selangor ini," katanya.

Beliau berkata apabila BN kalah di kawasan itu pada pilihan raya umum lepas, parti kini sekali lagi berdepan dengan cabaran dan ujian baru yang perlu dihadapi bersama demi rakyat di Hulu Selangor.

"Majlis pada hari ini adalah untuk meningkatkan semangat, bahkan untuk menghadapi cabaran mendatang (bagi memastikan) setiap pengundi yang ada di sini sama ada Cina, India dan lain-lain akan keluar bersama-sama menyatakan sokongan kepada calon kita," katanya.

Beliau berkata dengan keadaan ekonomi yang semakin pulih serta pembangunan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Najib, rakyat kini juga mempunyai semangat baru dan keyakinan diri terhadap BN.

"Kalau ada pihak nyatakan siapa yang berusaha untuk kembalikan kekuatan ekonomi, tiada pihak boleh nafikan hakikat bahawa ia dilaksanakan oleh kerajaan BN.

"Ekonomi baik bukan sebab pakatan pembangkang, bukan sebab (Datuk) Zaid Ibrahim (calon PKR), kita akan pastikan kestabilan politik dan ekonomi terus kekal tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak pun," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhyiddin berkata Zaid bukanlah calon "heavyweight" seperti yang disifatkan oleh sesetengah pihak, sebaliknya merupakan calon "lightweight".

"Soal heavyweight atau tidak bukanlah penting, saya tidak anggap dia sebagai heavyweight, very lightweight... paling ringan. Kalau kita lihat rekod Zaid bukanlah baik sangat," katanya.

Muhyiddin berkata biarlah pengundi sendiri yang menilai Zaid yang bukan anak tempatan seperti yang dimahukan penduduk akar umbi.

Selasa lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan berkenaan.-- BERNAMA


Pegawai JPJ Dicekup SPRM-BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi Khamis di sebuah stesen minyak di daerah Gombak di sini.

Menurut kenyataan SPRM, pegawai berkenaan ditahan kira-kira pukul 1.55 pagi kerana disyaki menerima rasuah RM200 daripada seorang pemandu lori sebagai balasan untuk tidak menyaman pemandu itu yang ditahannya pada 22 Mac lepas atas kesalahan menghalang lalu-lintas berdekatan plaza tol Gombak.

Menurut kenyataan itu, pegawai tersebut ditangkap kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a), Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai terbabit masih berada dalam tahanan SPRM untuk siasatan lanjut.-- BERNAMA

PRK Hulu Selangor:Isu Pengundi Hantu Adalah Taktik Kotor Pembangkang-DS Shafie Apdal



KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan isu pengundi hantu yang sering dimainkan pada setiap pilihan raya kecil adalah taktik kotor pembangkang dalam meraih undi.

Beliau berkata selain untuk meraih undi, dakwaan itu juga bertujuan bagi memburukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mata pengundi yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada calon Barisan Nasional (BN).

"Ini adalah satu daripada langkah pembangkang sebelum penamaan calon dengan memburukkan perkara-perkara yang sebenarnya kita lihat tidak berlaku.

"Saya harap rakyat jangan mendengar (dakyah pembangkang)...ini (isu pengundi hantu) adalah taktik kotor pembangkang dari dulu. Pembangkang ini hanya tau memburuk-burukan SPR dan UMNO sahaja. Kalau dia (pembangkang) menang tak bangkitlah lagi isu pengundi hantu," katanya kepada Bernama di bangunan Parlimen, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dalam sidang akhbarnya pada Khamis yang mempersoalkan kredibiliti SPR dalam proses pembersihan daftar pemilih.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata BN akan meletakkan calon yang terbaik pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Pembangkang jangan terlalu angkuh dengan mengatakan dengan hanya letak kasut (sebagai calon) pun menang. Jangan perlekehkan pengundi Hulu Selangor seolah mereka membuta tuli dengan menyokong sesiapa pun. Mereka nakkan pimpinan yang boleh membela nasib mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata faktor calon memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Saya yakin kita ada peluang yang cerah untuk berjaya di Hulu Selangor tetapi kecerahan itu bergantung pada calon. Kalau letak calon yang muda saya rasa peluang itu cerah dan gemilang.

"Kalau bukan muda peluang itu masih lagi ada, tetapi dia malap sikitlah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Selain itu, Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata berdasarkan pandangan dan maklumbalas yang diterima daripada penduduk setempat menunjukkan bahawa mereka mahukan calon yang lebih muda untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada PKR pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon adalah pada Sabtu ini, manakala pengundian pada 25 April.

Lim mendakwa memperoleh statistik daripada SPR bagi tempoh sehingga 25 Feb tahun ini yang menunjukkan ada keraguan antara jumlah daftar penduduk daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan daftar pemilih SPR.

"Yang dapat kita kesan ialah contohnya Terengganu, mengikut rekod JPN, kaum India yang direkodkan di negeri itu adalah 1,441 orang manakala rekod SPR pula seramai 1,600 orang.

"Ada lebihan sebanyak 159 orang. Inilah yang dinamakan pengundi hantu. Kita tak tahu mereka datang dari mana dan SPR mesti membuat tindakan terhadap perkara ini. Ini perkara serius dan jangan main-main. Ini akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap SPR yang dikatakan sebagai sebuah badan bebas," katanya.
-- BERNAMA