Tuesday, April 6, 2010

Kemaskini Keahlian Parti-Datuk Nasir:

PROJEK KHAS ADUN...Datuk Nasir (dua kiri) diringi Tahir Amir (tengah)
dan OKK Hj Musa Sabaani (kiri) menyampaikan
surat tawaran projek khas Adun kepada salah seorang penerima sempena majlis itu di Semporna.
SEMPORNA: Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan semua ketua-ketua Cawangan UMNO Semporna mengemaskini keahlian parti, membuat gerakan penambahan ahli serta mendaftarkan ahli-ahli yang layak menjadi pengundi.

Gambar Kiri: SALAM PEMIMPIN...Datuk Nasir (dua kiri)  diringi Tahir Amir dan sebahagian kakitangan ADUN Senallang bersalaman dengan sebahagian ketua-ketua Cawangan UMNO
dan masyarakat Semporna sempena majlis itu di Inabah Kamal Semporna.
Gambar kanan: Jakarian Iral (kanan) menerima surat tawaran kerja projek Khas Adun Senallang daripada Datuk Nasir (dua kiri).

Katanya,ketua-ketua cawangan hendaklah bekerjasama dengan UMNO Bahagian serta semua ahli parti bagi memastikan senarai keahlian parti sentiasa kemaskini dan tidak mendatangkan masalah apabila menjalankan mesyuarat cawangan mahupun mesyuarat Bahagian kelak.

Datuk Nasir menyampaikan amanat kepada semua ketua-ketua Cawangan UMNO Dun Senallang
sempena majlis itu di Dewan Seni Inabah Kamal,Semporna.


PEMIMPIN MASYARAKAT...Sebahagian pemimpin masyarakat dan ketua-ketua cawangan yang turut memeriahkan majlis itu di Inabah Kamal Semporna.



Nasir,turut mengingatkan semua ketua-ketua cawangan UMNO DUN Senallang yang menerima surat Tawaran Kerja Projek DUN melaksanakankan projek tersebut dengan penuh dedikasi serta memanfaatkannya untuk kepentingan kampung,masyarakat dan penduduk.

Beliau yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri berkata demikian sempena merasmikan majlis Penyampaian Tawaran Projek Khas ADUN Senallang di Dewan Seni Inabah Kamal.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan surat tawaran kerja projek ADUN Senallang berjumlah RM499.000.00(empat ratus sembilan puluh sembilan ribu) kepada 141 orang Ketua-Ketua Cawangan UMNO DUN Senallang dan ahli-ahli UMNO Senallang.

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang turut menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh ahli-ahli UMNO Bahagian Semporna kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd Razak yang genap setahun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke-VI.

Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.Oleh:ARSHAD HUSSIN



No comments:

Post a Comment