Sunday, April 11, 2010

Berikuasa kepada imam sebagai penguatkuasa agama-Datuk Nasir:



JALANKAN TANGGUNGJAWAB...Datuk Nasir (dua kiri) diringi Datuk Amri (kiri)
 bersalaman dengan sebahagian pegawai-pegawai masjid yang menyertai kursus itu di Keningau.

KENINGAU: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS) mengenalpasti setiap opsyen bagi mengatasi kekurangan tenaga Pegawai Penguatkuasaan Agama.

Katanya,dalam keadaan kekurangan tenaga pegawai penguatkuasa agama,JHEAINS harus mengenalpasti setiap opsyen yang ada bagi mengatasi segala kelemahan termasuk memberi kuasa kepada para imam berperanan sebagai penguatkuasa agama.
KETUA PENGUATKUASA...Datuk Amri(tengah) membantu Datuk Nasir memakain baju Jaket Khas Penguatkuasa Jenayah Syariah sempena
majlis perasmian Kursus Pengukuhan Penguatkuasaan Kesalahan Jenayah Syariah Untuk Pegawai-Pegawai Masjid di Keningau.

Nasir berkata,kalau ini dapat dilakukan maka JHEAINS boleh memperbesarkan lagi anggota penguatkuasaan agama di negeri ini.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata demikian sempena merasmikan Kursus Pengukuhan Penguatkuasaan Kesalahan Jenayah Syariah Untuk Pegawai-Pegawai Masjid di sini.


PENGUATKUASA SYARIAH...Datuk Nasir (kiri) diperhatikan Datuk Amri (dua belakang)
memakainkan Jaket Khas Pegawai Penguatkuasa Jenayah Syariah kepada
salah seorang pegawai masjid sempena majlis itu di Keningau.

Kursus selama dua hari anjuran JHEAINS itu disertai imam daerah dan imam kariah seluruh daerah Keningau dan dianjurkan bagi memberi kefahaman kepada para imam daerah dan imam kariah yang dilantik oleh Jheains bagi menguatkuasa undang-undang kesalahan jenayah syariah negeri Sabah.

Kursus ini juga bersesuaian dengan peruntukan seksyen 20,Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 yang memperuntukkan kuasa Pegawai Masjid dalam membuat tangkapan kesalahan Jenayah Syariah.

Antara objektif kursus adalah bagi mengukuhkan cara penguatkuasaan undang-undang kesalahan Jenayah Syariah di kalangan para imam sebagai Pegawai Masjid,memberi langkah pencegahan mengikut Enakmen serta membudayakan ilmu di kalangan peserta.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah JHEAINS,Datuk Amri A.Suratman,Timbalan Pengarah JHEAINS(Pentadbiran),Haji Rumaling Epit;Pegawai Daerah Keningau,Amat Mohd.Yusof; Penolong Pegawai Daerah Tambunan,Salahudin Tahir;Penolong Pegawai Daerah Nabawan,Ranchongan Amin;Setiausaha Sulit MJKM,Haji Yahamad Budin serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jheains Keningau.

Nasir berkata, pengajuran kurus yang dilaksanakan Jheains amat relevan dengan senario masa kini berikutan dengan aduan serta rungutan yang semakin meningkat mengenai salahlaku umat Islam di negeri ini.

Katanya,meskipun ada diantara aduan atau rungutan itu kurang berasas namun,setiap aduan harus ditanggapi sebagai momentom bagi memperkasakan lagi jentera penguatkuasaan untuk menangani segala bentuk kesalahan jenayah syariah di negeri ini.

Sehubungan itu,Datuk Nasir berharap semua imam-imam di negeri ini diberikan kursus seumpama itu bagi mendedahkan mereka kepada cara serta mekanisma yang betul dan berhikmah dalam mencegah dan menguatkuasakan kesalahan jenayah syariah.

Beliau menambah,ianya juga perlu disusuli dengan bengkel-bengkel pemantapan bagi meningkatkan pengetahuan dan kredibiliti mereka (para imam) selaku penguatkuasa agama yang cekap,dedikasi serta bijaksana.

Nasir menjelaskan,kejahilan mengenai mekanisma tatacara perundangan menyebabkan usaha membanteras perbuatan menyalahi undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Katanya,ini kerana terdapat prosedur tertentu berdepan pesalah jenayah syariah termasuk menilai sesuatu kesalahan itu terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan diperuntukkan undang-undang.

Maknanya,ujar beliau penguatkuasa syariah mempunyai cara tertentu untuk menangani jenayah syariah yang fokasnya bukan untuk menghukum semata-mata tetapi mendidik serta membimbing masyarakat supaya tidak terbabit dengan perbuatan menyalahi hukum syarak.

Menurut Nasir,apa yang menyedihkan ialah masyarakat Islam sendiri mencari ruang mempertikaikan apa saja tindakan pihak berkuasa agama kerana bagi mereka isu kesopanan begitu subjektif dan berpakaian seksi,berpegangan tangan serta berpeluk-pelukan adalah hak peribadi.

Justeru itu katanya,usaha mencegah atau mengubah kemungkaran bukan terletak di bahu pihak penguatkuasa syariah sahaja malah wajib dipikul umat Islam untuk bersama menggunakan pendekatan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

“ Setiap umat Islam perlu membersihkan jiwa melalui amal ibadat dan ia perlu dilakukan secara berterusan dan pendekatan terbaik mencapai matlamat itu ialah menyemai rasa bertuhan khususnya golongan remaja yang semakin menjauhi ajaran agama,” kata Nasir.Oleh: ARSHAD HUSSIN

No comments:

Post a Comment