Friday, April 16, 2010

Calon Bebas Tidak Beri Tekanan Kepada Calon Pembangkang - Kata DAP

PULAU PINANG, 15 April (Bernama) -- Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim tidak menghadapi sebarang tekanan walaupun terdapat dua calon bebas yang menawar diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kehadiran calon bebas adalah perkara biasa dalam mana-mana pilihan raya kecil dan ia tidak akan memberi tekanan kepada calon Pakatan Pembangkang.

"Setiap orang ada kebebasan untuk bertanding dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi," katanya Lim, yang juta Ketua Menteri Pulau Pinang, kepada pemberita di sini Khamis.

Dalam laporan semalam, seorang ahli perniagaan Johan Mohd Diah, 31, merupakan calon yang kedua selepas bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen tersebut.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan selepas kerusi tersebut kosong apabila penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR meninggal dunia pada 25 Mac lepas akibat barah otak.

Penamaan calon akan diadakan Sabtu ini manakala tarikh mengundi dijadualkan pada 25 April ini.
-- BERNAMA





No comments:

Post a Comment