Sunday, January 31, 2010

Bantu Kerajaan Sampaikan Maklumat Tepat-Datuk Nasir Tun Sakaran






JASA DIKENANG...Datuk Nasir (kiri) disaksikan Datuk Ustaz Mohd Suhaili(bersongkok);Datuk Ag.Sharin (belakang kiri);Datuk Jauzan (tiga kanan) dan Jupirin(kanan) menerima cenderakenangan disampaikan Datuk Malali Mali (dua kanan) sempena majlis itu di Semporna.




SALAM SEMINAR...Datuk Nasir (dua kanan) diiringi Datuk Ustaz Mohd Suhaili Said (kanan) dan Datuk Ag.Sharin bersalaman dengan KAN Mohammad (dua kiri) sempena majlis itu di Semporna.



SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran menyarankan pemimpin-pemimpin masyarakat peringkat daerah dan kampung melaksanakan tugas serta tanggungjawab sambil memain peranan membantu kerajaan menyampaikan maklumat yang tepat mengenai konsep 1Malaysia kepada masyarakat diperingkat akar umbi.

Katanya,pemimpin masyarakat yang juga sebagai mata dan telinga kerajaan hendaknya memberikan kefahaman yang jelas mengenai gagasan itu supaya rakyat tidak keliru dengan niat murni kerajaan yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Datuk Nasir,menjelaskan konsep 1Malaysia sebenarnya bukanlan asing bagi rakyat di Sabah kerana ianya telah lama dipraktikkan sejak sekian lama.

Ujarnya,negeri ini memiliki lebih 32 etnik dan anutan pelbagai agama memang mempunyai pertalian persaudaraan diantara kaum serta telah lama menjalani kehidupan harmoni yang gemilang melangkaui adat dan tradisi serta saling hormat menghormati sehingga telah dinobatkan sebagai negeri contoh perpaduan kaum yang cukup harmoni.

Beliau berkata demikian sempena merasmikan Seminar 1Malaysia Ketua-Ketua Daerah;Wakil-Wakil & Ketua Anak Negeri;Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK anjuran Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah di Pekan Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah,Datuk Ustaz Mohd. Suhaili Said;Pengarah MHEAINS,Datuk Haji Ag.Sharin Alimin;Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah,Datuk Jauzan Haji Sambakong;Hakim Mahkamah Anak Negeri,Encik Jupirin;Pemimpin UPKR Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Senallang,OKK Haji Musa Sabaani;Ketua Daerah Kawasan Sulabayan,Datuk Haji Malali Mali;Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San;Kapitan Cina Kawasan Bandar,Encik Ong Hang Seng dan Kapitan Cina Kawasan Bugaya, Encik Joseph Lo serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang turut mengingatkan rakyat tidak terpengaruh dengan pelbagai propaganda golongan tertentu yang disebarkan melalui blog sosial sebaliknya mendapatkan maklumat yang tepat melalui pemimpin-pemimpin masyarakat serta pejabat daerah.


KAPITAN CINA...Datuk Nasir (kanan) bersalaman dengan Kapitan Ong Hang Seng (dua kiri) sambil diperhatikan Kapitan Datuk Chao Yan San(dua kanan) dan Kapitan Joseph Lo (kiri) sempena Seminar 1Malaysia di Semporna.

Katanya,keadaan perairan dan daerah itu sehingga kini tetap aman dan tidak seperti yang digembar gemburkan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja mencari publisiti murahan.

Sementara itu beliau menegaskan dalam RMK-10 kerajaan melalui pelbagai agensinya sedang giat merancang pelbagai pembanguna untuk kesejahteraan rakyat negara ini selaras dengan konsep yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Beliau menegaskan ketiga-tiga Adun dan Ahli Parlimen Semporna tetap akan terus berusaha sepenuhnya membangunkan daerah itu dengan pelbagai keperluan asas sebagai pengabdian kepada rakyat yang telah memberikan mandat serta kepercayaan kepada kerajaan BN termasuklah berusaha merancang pembinaan semula rumah-rumah penduduk yang terlibat kebakaran akhir disember lalu.

TYT Akan Ketuai Perarakan 26 Feb ini-Nasir:


JAWATANKUASA INDUK...Datuk Nasir (duduk tengah depan);Datuk Syed Abas (empat kiri);Datuk Amri Suratman(empat kanan);Datuk Abdullah Hussin(tiga kanan)serta sebahagian AJK Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1431H/2010M mengabadikan gambar kenangan sempena mesyuarat itu di Kota Kinabalu.


 
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Haji AhmadShah Abdullah dijangka akan mengetuai perarakan sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H/2010M Peringkat Negeri Sabah 26 Febuari 2010 bermula jam 6.00 pagi.

Perarakan yang bermula dari Padang Merdeka menuju ke Dewan Sa'adah Wisma Muis juga akan disertai Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Masuyah Ag.Japar; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dan isteri,Datin Seri Hajah Faridah Tusin; Menteri-Menteri kabinet Negeri Sabah,Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Agensi-Agensi Kerajaan Negeri & Persekutuan serta isteri/suami masing-masing dan masyarakat Islam.

Kesemua peserta perarakan akan berhimpun di Dewan Sa'adah MUIS bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran sambutan yang akan diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuklah penyampaian Anugerah Maulidur Rasul,penyampaian hadiah pertandingan Sepanduk, Kontinjen Terbaik & Kontinjen Teramai perarakan,Anugerah Maulidur Rasul dan ceramah khas Maulidur Rasul.

Sementara itu bagi memeriahkan lagi sambutan itu satu Segmen Khas Maulidur Rasul di Radio dengan kerjasama sepenuhnya dari Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Kawasan Sabah turut diadakan dengan pengisian Renungan Sirah Rasulullah SAW dan Kuiz Sirah Rasulullah SAW pada seminggu sebelum sambutan Maulidur Rasul setiap jam 5.15 petang di Sabah FM.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H/2010M Peringkat Negeri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan majlis tahlil dan doa yang merupakan wadah menghayati sirah Rasulullah SAW melalui ibadah-ibadah sunat berdoa,membaca surat Yaasin dan bertahlil turut dilangsungkan pada 25 Februari 2010 bermula jam 5.00 petang di Masjid Negeri Sabah juga akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam Negeri Sabah,menjelaskan tema sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010 ialah "Memantap Ukhuwah,Memperkasa Ummah" dan dijadikan asas bagi melaksanakan semua aktiviti/program Maulidur Rasul SAW 1431H/2010M.

Selain itu Datuk Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri,berkata objektif sambutan itu meningkatkan rasa cinta terhadap junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Baginda sebagai suri teladan utama dalam kehidupan;mengeratkan ukhuwah Islamiah,mengukuhkan persefahaman dan memantapkan semangat perpaduan(wahdatul ummah);membudayakan ilmu menerusi aktiviti keilmuan dan memantapkan budaya syura dan amal jama'ie di kalangan masyarakat.

Beliau berkata demikian sempena mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW 1431H/2010M dan dihadiri sama Pengerusi MUIS,Datuk Syed Abas Syed Ali,Pengarah JHEAINS,Datuk Amri Suratman,Timbalan Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah,Nor Alam Khan,Timbalan Pengarah (pentadbiran)JHEAINS,Haji Rumaling Epit,Setiausaha Agung USIA,Datuk Haji Abdullah Hussin serta AJK Induk yang terdiri dari kesemua Pegawai-Pegawai Daerah,Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan, Badan-Badan Ngo's dan Ngo's Islam.

Wednesday, January 27, 2010

Mesyuarat Agung PBBS Sabtu,29 Jan 2010 ini...:Nadin Hj Salleh

Oleh: JAAFAR ABD WAJID


KOTA KINABALU: Hampir 400 orang perwakilan dari seluruh negeri akan menghadiri mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) sabtu ini bertempat di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort.


Ketua Penerangan PBBS Nadin Haji Salleh (gambar) berkata, Mesyuarat kali ini dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman bermula Jam 8.00 pagi.

" Bagi para perwakilan pendaftaran akan diadakan pada 29 Januari 2010 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 4.00 Petang dan ianya dilanjutkan pada sebelah pagi sebelum persidangan dimulakan" kata dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini pagi kemarin.


Menurut Nadin tahun ini persatuan tersebut akan mengadakan pemilihan pucuk pimimpinan tertinggi bagi sesi 2010 sehingga 2013 dimana setakat ini seramai 7 orang calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi telah mengsahkan diri untuk bertanding merebut jawatan tersebut.

Nadin menambah bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi pula sebanyak 30 orang calon telahpun mengsahkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut dan hanya 23 orang sahaja akan dipilih oleh para perwakilan pada pemilihan kali ini.

" Kita juga mengucapkan tahniah kepada Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang menang tanpa bertanding apabila kedudukanya tidak dicabar pada pemilihan kali ini" tambah Nadin.

Dalam perkembangan yang sama Nadin juga berkata beberapa Usul akan dibahaskan pada perhimpunan kali ini. ini termasuklah ucapan dasar Presiden, Pendidikan Agama dan Ekonomi.



USIA beri guaman percuma-Datuk Nasrun


Oleh:JAAFAR ABD WAHID

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) bersediakan untuk memberikan khidmat nasihat dan bantuan guaman kepada umat Islam yang memerlukanya


Naib Yang Dipertuanya Datu Datuk Nasrun Datu Mansur berkata, Jawatankuasa Perundangan dan Perlembagaan (USIA) akan mengadakan kempen kesedaran kepada ahli-ahli USIA dan umat Islam di seluruh bahagian di negeri ini bagi menjelaskan khidmat nasihat dan bantuan guaman yang boleh diberikan oleh pertubuhan tersebut kepada masyarakat Islam khususnya ahli-ahli (USIA)



Menurut Nasrun yang juga Pengerusi Jawatankuasa berkenaan ahli jawatankuasa biro berkenaan yang terdiri dari sembilan orang Peguam berpengalaman akan melawat ke seluruh bahagian (USIA) di negeri ini bagi memberikan penjelasan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh jawatankuasa tersebut.


JAWATANKUASA BIRO …Nasrun dan Abdullah turut merakamkan gambar kenangan selepas mesyuarat pertama jawatankusa berkenaan baru baru ini.


" Ini merupakan antara aktiviti pertama jawatakuasa ini untuk tahun ini" katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut dekat sini baru baru ini.

Selain Nasrun jawatankuasa ini turut dianggotai oleh Pg. Saifuddin Pg.Tahir, Setiausaha Agung (USIA) selaku Setiausaha Jawatankuasa Biro berkenaan Datuk Haji Abdullah Hussin, Datuk Zainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Salleh Lamsin,Marzuki Haji Sapawi,Noraini Idris,Dg.Suhaila Datu Shadon, Datin Maiztul Akmam Haji Alawi dan Jamil Hamzah

Menurut Nasrun yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri jawatankuasa ini juga akan memberikan sumbangan artikel artikel berhubungkait dengan nasihat guaman bagi memberikan faedah kepada ahli-ahli USIA dan umat Islam.

" Jawatankuasa ini juga akan membuka kaunter pemeran yang akan dikendalikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Biro setiap kali berlangsungnya acara besar yang dianjurkan oleh (USIA) termasuklah perhimpunan Agung pertubuhan ini " katanya

Beliau berkata dengan cara ini lebih banyak segmen umat Islam akan dapat dibantu khususnya golongan daif yang berhadapan dengan masalah guaman

Sementara itu Nasrun berkata pada tahun 2010 ini jawatankuasa kecil itu berazam untuk membantu melonjakkan lagi sumbangan (USIA) yang selama ini terserlah melalui bidang dakwah.

Katanya, tidak ada salahnya golongan profesioal khusunya para peguam seperti ahli-ahli jawatankuasa Jawatankuasa ini turut memberikan sumbangan kepada (USIA) yang akhirnya mendatangkan manfaat kepada umat Islam.

USIA ziarah Rakyat-Tun Sakaran





DIHARGAI...Kelihatan Sakaran sambil diperhatian oleh Bendahari Agung (USIA) Datuk Karim Bujang dan Setiusaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin menerima cendera kenangan dari Pengerusi Surau Kampung Jawa Haji Salimi Maralim semasa kunjungan tersebut

Oleh:Jaafar Abd Wahid

PROGRAM ZIARAH SEKAMPUNG...Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai baru-baru ini telah mengetuai Program Ziarah Sekampung bersama masyarakat Islam di Kampung Jawa Kimanis. Mengiringi beliau Naib-Naib Yang Dipertua (USIA) Bendahari Agung (USIA) yang juga Adun Bongawan Datuk karim Haji Bujang dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin. Di majlis tersebut selain beramah mesra dengan penduduk setempat Sakaran juga turut menerima borang keahlian baru dari penduduk sekitar kampung Jawa, kampung Gaong dan Kampung Belatik dimana sebanyak 245 orang dari kampung berkenaan memohon untuk menjadi ahli (USIA).


Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Sakaran mengajak Umat Islam agar sentiasa mengutamakan aspek perpaduan di kalangan umat Islam sebagai bentang utama untuk mereka menghadapi cabaran masa kini. Sakaran juga menambah dalam masa yang sama umat Islam juga perlu berusaha mencapai kecermalangan ilmu samaada ilmu dunia dan akhirat ,memantapkan ekonomi sebagai eleman penting bagi mempesatikan umat Islam tidak akan tercicir dari arus pembangunan perdana negara.






UNTUK KENANGAN...Sakaran sambil di perhatikan oleh Setiuasaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin dan Adun Gum-Gum yang juga Ahli Majlis Tertinggi (USIA) turut menanamkan pokok gaharu di perkarangan masjid kampung Jawa semasa kunjungan tersebut

Sunday, January 24, 2010

PROGRAM LOCAL AGENDA 21 MENJADI PEMANGKIN KEMAJUAN SETIAP PBT LAJIM




LANCAR…Lajim diiringi oleh Adenan,Ramun dan Azmi ketika memotong riben sebagai simbol pelancaran Local Agenda 21 bagi kawasan DUN N4 Tanjung Datu Lundu Sarawak





Oleh:Jaafar Abd Wahid:

LUNDU KUCHING: Program Local Agenda 21 yang dilaksanakan di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharapkan akan menjadi wadah pemangkin untuk menjana kemajuan disetiap kawasan PBT di negeri ini.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,

Local Agenda 21 atau LA 21 ialah program untuk membentuk perkongsian antara pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan agensi swasta untuk merancang, mencapai kata sepakat dan selepas itu bersama-sama bertindak terhadap isu-isu pembangunan mampan yang mempengaruhi kehidupan mereka

" Kita mengharapkan setiap jawatankuasa Local Agenda yang terdiri dari pemimpin masyarakat tempatan termasuk pegawai-pegawai kerajaan dapat merancang dan melaksanakan program pembangunan yang memberikan manafaat kepada semua masyarakat di kawasan PBT masing-masing" katanya ketika berucap melancarkan Program Local Agenda bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Lundu Sarawak dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Kawasan N.3 Lundu Dato Sri Hj. Adenan Bin Hj. Satem,Wakil Rakyat N 1 Opar Ramun ak. Mina, dan Pegawai Daerah Lundu Azmi Haji Bujang.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan

"Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas iaitu penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing" katanya

Sehubungan dengan itu Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berharap jawatankuasa yang dibentuk melalui Program Local Agenda 21 di setiap kawasan PBT ini mampu memainkan peranan aktifnya bagi membantu usaha-usaha kerajaan untuk menyalurkan pembangunan yang lebih terancang dan memberikan impak terhadap kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing.



TAHNIAH…Lajim bersama Adenan,Ramun dan Azmi ketika menyampaikan watikan perlantikan ahli jawarankuasa Local Agenda bagi daerah Lundu kepada salah seorang ahli jawatankuasa yang dilantik sempena majlis tersebut




Thursday, January 21, 2010

Tanggungjawab Sosial Korporat Demi Kesejahteraan Rakyat-Datuk Seri Musa





SHAMRY M SANI

TAWAU : Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj Aman menggesa syarikat syarikat berkaitan kerajaan GLCs di negeri ini dapat mencontohi Sabah Softwood Berhad dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, syarikat syarikat lain perlu memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Masjid Al Abrar, Dumpas terletak di KM 40, Jalan Merotai Kalabakan di sini yang dibiayai bersama antara Sabah Softwoods Berhad, Kerajaan Negeri Sabah dan sumbangan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Panglima Hj ABd Ghapur Hj Salleh.

Perasmian masjid disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Ahmadshah Abdullah.

Dalam ucapannya lagi, Datuk Musa menegaskan bahawa kerajaan sentiasa berusaha memacu pembangunan dalam pelbagai bidang demi untuk kesejahteraan rakyat termasuklah memenuhi keperluan beribadat sesuai dengan tuntutan agama.

Sejarah perkembangan Islam katanya mencatatkan bahawa masjid tidak hanya berfungsi sebagai tempat ibadah semata mata.

“Sebaliknya dalam membina dan memajukan masyarakat dan negara, Rasulullah SAW menjadikan masjid sebagai pusat utama aktiviti masyarakat Islam pada ketika itu”, ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Sabah Softwoods Berhad Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing berkata, pembinaan masjid Al Abrar yang boleh menampung kira kira 600 orang jemaah pada satu satu masa telah membuka lebaran baru dan usaha murni dalam menegakkan syiar agama di sekitar kawasan itu.

Wednesday, January 20, 2010

380,000 Pati telah didaftar di Sabah-DSP Lajim Ukin




Oleh: Jaafar Abd Wahid




KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata masalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah sukar dibendung kerana pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk masuk ke negeri tersebut.

Katanya pelbagai cara digunakan oleh (Pati) antaranya menggunakan laluan darat, laut dan udara untuk menyelinap masuk ke Sabah apalagi kedudukan negeri ini dikelilingi oleh laut memudahkan (Pati) datang ke negeri ini

"Keadaan ini menyebabkan kerajaan sukar untuk untuk membendung (Pati) yang kebanyakannya datang dari Negara jiran Filipina dan Indonesia masuk ke Sabah ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Progran Hujah di TV9. Program selama setengah jam itu diperantarakan oleh Prof. Dr Agus Salim.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, kerajaan menyedari perkara itu dan akan sentiasa mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah pendatang asing di Sabah

Antara langkah dilakukan oleh kerajaan ialah dengan mendaftar semua Pati yang ada di Sabah dan setakat ini seramai 380,000 Pati telahpun didaftarkan oleh pihak berkuasa disamping pihak berkuasa sentiasa mengadakan operasi bagi menjejaki (Pati) yang datang ke negeri ini

Ketika ditanya Prof. Dr Agus mengenai keberkesanan wakil Sabah dalam kabinet persekutuan, Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno mengakui bahawa kesemua menteri dan timbalan menteri dari negeri tersebut telah membuktikan kesungguhan serta komitmen mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membantu Perdana Menteri membangunkan negara dan khususnya Sabah.

"Saya ingin mengambil peluang di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua menteri dan timbalan menteri dari Sabah ini. Mereka telah berjaya mengutarakan masalah rakyat dan membawa pembangunan sama ada untuk rakyat Sabah dan rakyat Malaysia keseluruhannya," kata beliau.

Tuesday, January 19, 2010

Tanggungjawab Sosial Kepada Masyarakat Melalui Program House Build-DSP Lajim Ukin


DIBERIKAN PENJELASAN…Lajim turut diberikan penjelasan tentang keadaan rumah sebelum dan sesudah dibaiki melalui program tersebut

Oleh:Jaafar Abd Wahid

KUCHING: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji LajimHaji Ukin berkata ,program House Build 2009 diharapkan akan menjadi jambatan bagi Kementerian beliau melaksanakan khidmat sosial kepada masyarakat yang amat memerlukanya terutamanya dalam menyediakan kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa

Katanya Program yang dilaksanakan sempena dengan sambutan sambutan Hari Habitat Sedunia, selaras dengan dengan objektifnya iaitu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai keadaan semasa penempatan manusia dan hak setiap invidu untuk memiliki tempat tinggal selesa.

“Walaupun kementerian tidak mempunyai peruntukan khusus untuk melaksanakan program ini,yang mana di laksanakan sempena dengan sambutan Hari Habitat sedunia tahun ini namun ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab social kerajaan khususnya kementerian ini bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan” katanya ketika ditemui selepas majlis penyempurnaan Projek House Build 2009 di pekarangan Surau Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya, di sini baru baru ini

Hadir sama di majlis tersebut Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Haji Abdul Wahab Aziz,ADUN Pantai damai Dr.Abdul Rahman Junaidi ,Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Haji Mohd.Atei Abang Medaan dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Arpah Abdul Razak.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata projek perintis ini melibatkan peruntukan sebanyak RM15,000 bagi setiap rumah dan enam buah rumah, masing-masing dua buah di Kota Kinabalu, Kuching, dan Kuala Terengganu telah diperbaiki.



"Semua rumah dijangka siap sepenuhnya pada bulan ini," katanya.



Lajim berkata rumah-rumah dipilih berdasarkan kepada isi rumah yang didaftarkan di bawah sistem e-Kasih, satu sistem pangkalan data dibangunkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.



Beliau menyarankan syarikat korporat dan NGO menghulurkan bantuan bagi melaksanakan projek seumpamanya pada masa depan dan membantu golongan miskin.



"Ini merupakan antara inisiatif kerajaan membasmi kemiskinan tegar di samping mengurangkan kadar kemiskinan bandar," katanya sambil menambah kata bahawa Bahagian Kemiskinan Bandar (BKB) telah mengenalpasti sekurang-kurangnya enam buah rumah keluarga miskin yang perlu diperbaiki pada tahun ini.

Sementara itu Ibu tunggal, Saadiah Suma, 55, dari Kampung Pulo Ulu, di sini yang sebelum ini khuathir rumah usang didiaminya sekeluarga akan runtuh setiap kali musim tengkujuh, kini berasa lega rumahnya selesa.



Rumah kecil usang peninggalan turun temurun nenek Saadiah yang didiami bersama ibunya, tiga anak, termasuk seorang anak perempuan dan menantu, serta empat cucunya berwajah baru hasil pembinaan semula di bawah Projek Pembaikan Rumah-rumah atau lebih dikenali Projek House Build yang dilaksanakan sebuah badan bukan kerajaan, Habitat for Humanity (HFM) Malaysia sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2009, kini siap.



Rumah sebuah bilik, dapur terbuka, tiada kemudahan tandas dan atap rumah yang sebelum ini diliputi dengan kain kanvas dibina semula dengan tambahan sebuah bilik tidur dan dilengkapi kemudahan tandas dan dapur.



"Saya berasa sangat gembira dan bersyukur atas bantuan yang dihulurkan. Kini, kami memiliki tempat tinggal yang selesa” katanya .







SALAM…Lajim bersalaman dengan pemimpin masyarakat tempatan sejurus tiba ke majlis tersebut

Badan Ngo's Islam Perlu Bersatu Gerak Program Dakwah-Jamawi



AMANAT…Jamawi Ketika Berucap di majlis perjumpaan tersebut

Oleh:Jaafar Abd.Wahid


TENOM: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu menjalin hubungan kerjasama dengan badan badan NGO Islam yang lain dalam melaksanakan program-program dakwahnya agar usaha untuk mengembangkan syiar Islam di negeri ini lebih menyerlah dan berkesan.


Ahli Majlis Tertinggi (USIA) Jamawi Jaafar berkata dengan adanya jalinan kerjasama antara badan badan NGO Islam, bukan sahaja usaha memperkasakan gerakan dakwah dapat dpertingkatkan ,namun ianya ianya menjadi landasan bagi mengwujudkan jalinan kerjasama serta semangat ukhwah dikalangan Umat Islam.

“ Dalam gerakan dakwah badan-badan NGO Islam perlu bersatu melaksanakan pelbagai program dakwahnya dimana semangat ini mencerminkan kesungguhan serta komitmen kita sebagai badan NGO Islam yang meletakkan dakwah dan semangat perpaduan Umat Islam terus dijana dan dipelihara” katanya ketika berucap semasa mengadakan perjumpaan dengan (USIA) bahagian Tenom dekat sini baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua (USIA) bahagian Tenom Paduman Abdul Majid serta ahli jawatankuasa Bahagian,Wanita dan Belia (USIA) bahagian Tenom

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, dalam menghadapi cabaran-cabaran hidup dewasa ini, badan badan NGO Islam mestilah berani berjuang mempertingkatkan jatidiri umat Islam dan bangsa Malaysia yang lebih bertanggungjawab terhadap masa depan negara .

Menurut beliau aspek ini amat penting dalam badan NGO Islam termasuklah (USIA) ianya perlu melaksanakan program pembangunan insaniah yang akan mencorakkan masyarakat Islam dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia, dinamik serta menjadi pemimpin Islam yang berwawasan dalam merencana agenda pembangunan masyarakat Islam sekaligus memperkuatkan perpaduan dan keutuhan ummah.

“Agama Islam menuntut umatnya agar sentiasa melakukan perubahan dan meningkatkan kemajuan dari semasa ke semasa. Tuntutan perubahan dan kemajuan dari satu tahap ke satu tahap hendaklah menjurus ke arah yang lebih baik daripada sedia ada sama ada daripada segi jasmani (fizikal) mahupun rohani (spiritual)” katanya

Sehubungan dengan itu Ketua Pergerkan Pemuda Umno bahagian Tenom ini juga berharap (USIA) khususnya di bahagian itu mengubah pendekatan Islah dan Dakwah yang lama kepada pendekatan moden yang professional yang mampu menarik minat Umat Islam khususnya golongan muda menyertai pertubuhan tersebut bagi memberi kan kefahaman islam yang sebenar

“ (USIA) bukan sahaja bergerak melalui program semata-mata akan tetapi ia perlu menjadikannya sebagai satu gerakan yang bersifat dekat dan mesra” Tambah Jamawi.






Monday, January 18, 2010

PNB sumbang zakat bernilai RM2.7 juta





ZAKAT PERNIAGAAN...Datuk Seri Musa (tengah) menyaksikan penyerahan cek zakat perniagaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) disampaikan Tan Sri Dato' Hamad Kama Piah Che Othman (kiri) kepada Datuk Syed Abas S.Ali (kanan) sempena majlis itu di Kota Kinabalu.



Gambar:Irzan D.Shuhaibun,JKM Sabah.


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman,telah menyaksikan majlis penyerahan cek zakat perniagaan Kumpulan Permodalan Nasional Berhad kepada Pusat Zakat Sabah (PZS) di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Cek zakat bernilai RM2.7 juta itu disampaikan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) ,Tan Sri Dato’ Hamad Kama Piah Che Othman kepada Pengerusi Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS),Datuk Haji Syed Abas Syed Ali.

Hadirsama sempena majlis itu Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,Menteri Pelancongan,Kebudayaan Dan Alam Sekitar,Datuk Haji Masidi Manjun;Pembantu Menteri Belia Dan Sukan,Datuk Jahid Jahim;Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian,Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,Datuk Haji Ghulam Haidar@ Yusof Khan Bahadar.

Sunday, January 17, 2010

USIA Selar Kenyataan Datuk Mohd.Nazri Aziz Berhubung Isu Kalimah ALLAH


SIDANG MEDIA….Abdullah (tengah) semasa sidang media tersebut

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Nazri Aziz yang menyatakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah di kedua-dua negeri itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Haji Abdullah Hussin,berkata, beliau mendapat maklumat dari masyarakat Islam khususnya ahli-ahli (USIA) di Sabah bahawa mereka terkilan dengan kenyataan menteri berkenaan yang disiarkan di salah sebuah akhbar tempatan baru baru ini yang dianggap tidak mencerminkan aspirasi masyarakat Islam di negeri ini.
“Selain tidak mewakili suara majoriti masyarakat Islam di Sabah kenyataan beliau (Nazri) juga dibuat tanpa berbincang dengan pemimpin Islam di Sabah “ katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat (USIA) jalan Sembulan pagi kemarin sebagai mengulas kenyataan Nazri yang menyatakan Penduduk Kristian di Sabah dan Sarawak secara tradisinya telah menggunakan kalimah Allah sejak sekian lama.
Hadir sama di sidang media tersebut Pengarah Dakwah (USIA) Ustaz Abuhurairah Abdurrahman.
Menurut Abdullah pertubuhan tersebut tetap berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam dan ianya khusus untuk orang Islam sahaja
Sehubungan dengan itu Abdullah berharap agar sesiapa yang ingin mengeluarkan kenyataan hendaklah memahami dengan mendalam pokok isu berkenaan sebelum membuat sebarang ulasan agar tidak mengelirukan serta mengeruhkan lagi keadaan khususnya bagi umat Islam.
“ Kerajaan telah mempertanggungjawab seorang Menteri yang bertanggungjawab khusus untuk menjaga kepentingan umat Islam iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum , justeru kita perlu memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menanganginya tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam” tegas Abdullah.
Menurut Abdullah lagi walaupun di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai enakmen yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah namun bukanlah alasan untuk menggunakan kalimah berkenaan sewenang-wenangnya.
Beliau juga menambah(USIA) akan menghantar wakil untuk menyertai muzakarah anjuran Insttiut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur pada 21 Januari ini untuk memberi pandangan dan maklum balas mengenai penggunaan kalimah Allah.








PENGUNAAN BEG PLASTIK MUNGKIN DIHARAMKAN-DSP Lajim

Oleh: Jaafar Abdul Wahid




KUCHING: Penggunaan beg Plastik berkemungkinan akan dimansuhkan berikitan penggunaanya memberi kesan kepada alam sekitar, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.


Menurut beliau, kerajaan mempunyai cadangan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan beg plastik kerana ia juga tidak boleh dikitar semula menggantikannya dengan bio-degrabal plastik yang lebih menjamin kesihatan melalui penggunaannya dan boleh dikitar semula.


“ Sebagai permulaan pada masa sekarang pihak berkuasa tempatan (PBT) ,pasaraya,peniaga telah mempraktikan” Satu Hari Tanpa Plastik” yang telah dipraktikkan di Pulau Pinang,Miri dan Sibu” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Kempen Kitar Semula Peringkat Negeri Sarawak 2010 di Tabuan Jaya di sini petang kemarin.


Hadir sama di majlis tersebut Menteri Muda Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Peter Nansian Ak. Ngusie
Katanya, kerajaan membelanjakan kira-kita RM10,000 sebulan untuk melaksanakan program Kita Semula di daerah-daerah kecil dan kos ini pasti akan meningkat di Bandar-bandar yang besar.


“ Kita perlu melihat kepada Negara-negara yang lebih maju seperi Jepun,Australia yang telah lama menjayakan Program Kitar Semula dimana usaha yang mereka lakukan telah memberi kebaikan kepada rakyatnya” katanya.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan telah menyalurkan peruntukan yang besar untuk menyediakan kemudahan-kemudahan untuk melupuskan sisa pepajal seperti tapak pelupusan sanitari.
“ Perbelanjaan yang kita gunakan untuk tujuan ini (kita semula) adalah baik ianya dibelanjakan untuk tujuan pembangunan yang lain untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat’ katanya.
Menurutnya lagi, semenjak program Kitar Semula diperkenalkan didapati kesedaran masyarakat terhadap Kitar Semula telah dapat dipertingkatkan, ianya dijelaskan dengan sokongan banyak pihak seperti orang awam, sektor korporat,NGO, dan institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi pendidikan yang turut menjayakan program ini.


“Kesedaran terhadap kita semula juga berjayak diwujudkan di kalangan sektor korporat sejak diperkenalkan pada tahun 2000 untuk mengawal dan mengurangkan penjanaan sias pepejal” katanya.
Lajim menambah memandangkan kitar semula adalah penting untuk kesejahteraan Negara, rakyat dan alam sekitar, kerajaan komited untuk mencapai kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020 dengan pelaksanaan program yang beterusan.


Terdahulu berucap di majlis tersebut Lajim berkata, pada tahun 2002 sebanyak 17,000 tan sisa pepajal dijana setiap hari, jumlah tersebut bertambah kapada 19,000 tan sehari pada tahun 2005 dan dijangka menjelang tahun 2020 sebanyak 30,000 tan sisa pepajal dijana setiap hari.


“ Ini bermakna setiap individu di Negara kita menghasilkan sampah kira-kira 1 kilogram sehari, dengan melaksanakan kempen Kita Semula secara intensif masalah kekurangan tenaga untuk menyediakanya kemudahan pengurusan pepejal tapak pelupusan sanitari dapat diminimakan” katanya






Jangan Menggelabah,Syukuri Nikmat Kemanan:- Datuk Nasir:




SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan rakyat negeri ini khususnya masyarakat di Daerah Semporna tidak menggelabah dan panik mengenai isu kenyataan perjalanan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat yang memberi amaran bahawa kumpulan penjenayah dan pengganas sedang merancang untuk menyerang rakyat asing di pulau-pulau di sekitar negeri ini.

Katanya,rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab serta cuba mengambil kesempatan meracuni fikiran rakyat.


Nasir,berkata keadaan di daerah itu khususnya di perairan laut Semporna sehingga kini aman dan tenteram dan tidak seperti yang diwar-warkan oleh kenyataan tersebut.

Katanya,sejak pembinaan pangkalan tentera laut (TLDM) serta kawalan kesalamatan anggota polis (PDRM) keadaan perairan Semporna selamat dari pelbagai ancaman lanun sehingga golongan nelayan merasa aman serta melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa rasa takut.

RUMAH PPRT...Bangunan perumahan Program Bantuan Rumah Tahun 2009,Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah milik Nanah Ismawill di Kawasan DUN Senallang,Semporna.



Tinjauan pagi kelmarin di pekan Semporna mendapati keadaan orang ramai yang berbelanja dan menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa meskipun dalam keadaan hujan lebat.

Sementara itu juga awal minggu lepas Datuk Nasir dan Pengarah Besar Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA), Dato Dzulkifli Wahab bersama rombongan yang bercadang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman rumpai laut (Sea weed ) khususnya di daerah Semporna telah melakukan lawatan ke beberapa buah pulau sekitar daerah itu dengan aman dan tenteram.




Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena melakukan lawatan kerja dan tinjauan ke sebahagian 13 buah perumahan rakyat di bawah Program Bantuan Rumah Tahun 2009,Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah(KKLW) di Kawasan DUN Senallang,

BINCANG PPRT...Datuk Nasir (dua kanan) diringi A.M.Ibnu (kanan) berbincang sesuatu dengan Abdullah Sukka (dua kiri) semasa meninjau dan melawat perumahan PPRT di Kawasan DUN Senallang.


Hadirsama dalam lawatan itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K. Baba,Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO),Haji Abdullah Sukka.

Sehubungan itu,Datuk Nasir,mengingatkan rakyat yang sudah menerima bantuan perumahan itu menjaga dan memanfaatkan rumah tersebut sebaik mungkin serta sentiasa bersyukur dengan nikmat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan hari ini.

Katanya,kerajaan memang benar-benar ikhlas ingin membela nasib rakyat Negara dan negeri ini yang memerlukan bantuan tanpa mengira sukukaum mahupun anutan agama.


RAKYAT PERLU BERSYUKUR...Datuk Nasir (dua kiri) riringi Tahir Amir (kiri) ;OKK Musa (tengah) dan Abdullah Sukka (dua kanan) berbincang sesuatu dengan A.M.Ibnu (kanan) sempena lawatan dan tinjuan itu di Kampung Pakalangan,Semporna.

“ Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah(KKLW) yang sentiasa memberikan perhatian serius terhadap keperluan masyarakat serta rakyat negeri dan daerah ini,” kata Nasir.

Program Bantuan Rumah yang bernilai RM44 ribu ringgit setiap sebuah itu diberikan kepada rakyat yang layak dan telah siap dibina serta diserahkan kepada penerima pertengahan tahun 2009.
 
 





















































4.






Thursday, January 14, 2010

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu(MBKK) sambut ulangtahun Ke-10

KOTA KINABALU:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Hari ulangtahun Ke-10 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu(MBKK) di Bangunan Innoprise jalan Sulaman,pagi tadi.






Hadirsama Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Haji Rumaling Epit,Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu,Haji Jamal Tun Sakaran,Setiausaha Masjid Bandaraya Kota Kinabalu,Haji Yahamad Budin serta ajk sambutan hari ulangtahun Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.



MESYUARAT ULANGTAHUN...Datuk Nasir (kiri) bersama sebahagian AJK Sambutan Hari Ulangtahun MBKK sempena mesyuarat itu di Bangunan Innoprise jalan Sulaman.

Majlis sambutan itu dijangka akan dilaksanakan pada 18 Februari 2010.

Nasir yang juga Penaung majlis sambutan itu menjelaskan,MBKK yang telah dinobatkan sebagai Masjid Hadhari oleh kerajaan Malaysia di peringkat nasional yakni masjid yang kedua selepas Masjid Negeri Johor.


ULANGTAHUN MBKK...Datuk nasir (duduk tengah) bersama sebahagian AJK Sambutan Hari Ulangtahun Ke-10 Masjid Bandaraya Kota Kinabalau sempena mesyuarat itu di Bangunan Innoprise Jalan Sulaman.






Katanya,melalui langkah permulaan majlis sambutan ulangtahun,MBKK dijangka akan menjadi contoh kepada masjid-masij lain di negeri ini untuk lebih berusaha memertabatkan institusi masjid standing dengan sambutan ulangtahun agensi-agensi kerajaan yang lain.



Sehubungan itu Nasir mengingatkan semua AJK masjid dinegeri ini lebih prihatin serta meningkatkan dayausaha melaksanakan aktiviti-aktiviti mengimarahkan masjid.

Felda berminat terokai tanaman rumpai laut


RUMPAI LAUT...Datuk Nasir (dua kiri) menjelaskan sesuatu kepada Datuk Zulkifli(kiri) mengenai potensi tanaman rumpai laut sempena lawatan itu di Semporna.

SEMPORNA: Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) bercadang untuk mengambil bahagian
dalam aktiviti penanaman rumpai laut (Sea weed ) khususnya di daerah Semporna.

Pengarah Besar FELDA, Dato Dzulkifli Wahab menjelaskan, pihaknya masih diperingkat awal perbincangan dengan kerajaan negeri , termasuk membuat kajian mengenai keperluan logistik, teknik penanaman yang sesuai, kos serta hasil tuaian.

Dzulkifli berkata demikian selepas melakukan lawatan dan meninjau sendiri aktiviti penanaman rumpai laut di sekitar perairan Semporna bersama Menteri DiJabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran dan rombongan.

Katanya, FELDA juga dijangka akan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk mengingkatkan hasil dengan kos yang minimum.

Turut serta sempena lawatan itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba dan Pengurus Besar FELDA Negeri Sabah,Juany Salleh.

Mengulas perkara itu Datuk Nasir menjelaskan, kerajaan negeri pada dasarnya tidak menghalang usaha FELDA memajukan tanaman rumpai laut di daerah itu yang dilihat mampu membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

TANAMAN RUMPAI LAUT...Datuk Nasir (dua kiri) memberi taklimat ringkas mengenai teknik penanaman rumpai laut kepada Dato' Zulkifli (kanan) sempena meninjau projek penanaman rumpai laut di perairan laut Semporna.



Katanya, FELDA perlu mengemukakan permohonan dan melalui proses biasa termasuk menilai keupayaan felda untuk meningkatkan hasil rumpai laut di negeri ini.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal FELDA di Sabah menjelaskan, hanya peserta yang layak akan disenaraikan menjadi peserta jika cadangan itu menjadi kenyataan kelak.

Katanya, perairan Semporna merupakan lokasi paling sesuai untuk projek tanaman rumpai laut serta mampu menghasilkan rumpai laut yang bermutu tinggi.

Sehubungan itu berdasarkan perkembangan semasa, kini lebih 30 ribu ekar kawasan laut telah diusahakan dengan projek penanaman rumpai laut oleh syarikat dan orang-orang persendirian.







Wednesday, January 13, 2010

Aplikasi semangat hijrah,kukuh perpaduan ummah-Datuk Nasir:



JASA DIKENANG...Datuk Nasir (kiri) disaksikan Abd Rahim Oting (tengah) menerima cenderahati disampaikan A.M.Ibnu (kanan) sempena majis itu di Semporna.


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan umat Islam sentiasa menghayati serta membudayakan nilai-nilai murni yang terkandung dalam peristiwa hijrah dengan meningkatkan kualiti amal ibadat demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.





Katanya,umat Islam seharusnya memberikan perhatian serius kearah penghijrahan minda yang mampu menjadi wasilah memantap ukhuwah memperkasa ummah.



Nasir berkata, ketinggian minda yang dikaitkan dengan ilmu menjadikan kita sentiasa mendapat ilmu pendidikan dunia dan akhirat.



Katanya, bangsa yang maju adalah bangsa yang memiliki masyarakat sentiasa berlumba-lumba merebut peluang memajukan diri dengan ilmu pendidikan.



Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam negeri Sabah,berkata demikain sempena merasmikan sambutan Maal Hijrah 1431H/2010M peringkat Daerah di sini.



Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibu A.K. Baba,Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Semporna,Haji Tahir Amir ,Pemimpin Unit Kemajuan rakyat kawasan Sulabayan,Haji Fazil Haji Sapal,Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang,OKK Haji Musa Sabaani,Ketua Daerah Semporna Kawasan sulabayan,OKK Datuk Haji Malali Mali,Wakil Pegawai Pemerintah TLDM Semporna,Ketua-Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San, Kapitan Cina Kawasan Bandar, Encik Ong Hang Seng,pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.



Nasir berkata,umat Islam hendaknya menjadikan tahun baru Hijrah 1431 sebagai momentum mengorak langkah menggunakan minda yang waras untuk merubah diri dari keadaan yang lebih baik.



Katanya, minda perlu sentiasa dipacu berfikiran positif mencipta kegemilangan kerana hanya dengan minda yang kuat mampu menghadapi pelbagai cabaran dunia yang serba canggih kini.



Nasir yang juga Adun Kawasan senallang,menjelaskan pendekatan kerajaan mengajak rakyat mencontohi kejayaan nabi junjungan Nabi Muhammad SAW membina ummah gemilang selaras dengan hasrat membangun sumber manusia yang dikenali sebagai modal insan.



Katanya,modal insan berkualiti merupakan elemen penting dalam mencapai misi nasional kerana tanpa rakyat yang cemerlang negara akan lemah.



Selain itu katanya,rakyat juga perlu mengaplikasi semangat hijrah dalam kehidupan harian serta menghayati hasrat kerajaan yang menginginkan rakyatnya sedia menggalas tanggungjawab memacu Negara mencapai tahap cemerlang,gemilang dan terbilang disamping menjaga kepentingan perpaduan di kalangan kaum Negara ini serta demi mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama umat.



Justru itu katanya,rakyat seharusnya mengamal serta mempraktikkan gagasan 1Malaysia dan bekerjasama mengukuhkan toleransi kaum dan agama tanpa mencetuskan perbalahan yang boleh menghancurkan kedamaian serta keamanan yang telah sekian lama dikecapi rakyat Negara ini.



ANUGERAH SURAU...Datuk Nasir (dua kiri) diiringi A.M.Ibnu (kiri) menyampaikan anugerah Surau kepada salah seorang penerima sempena majlis itu di Semporna





BELIA HARAPAN...Datuk nasir (dua kiri) diringi Abd Rahim Oting (kiri) bersalaman dengan sebahagian belia Kampung Air sempena majlis itu di Semporna.

Tuesday, January 12, 2010

Konsep 1Malaysia bukan sekadar retorik-Datuk Seri Lajim Ukin

HADIR MEMBERIKAN SOKONGAN...Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin walaupun mempunyai jadual tugas yang agak ketat di Sabah tidak melepaskan peuang untuk menghadiri Program "Juara Rakyat" yang diadakan di Bukit Sentosa Hulu Selangor baru baru ini. Program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Bin Tun Abdul Razak itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Menteri-Menteri,Timbalan Menteri termasuklah pemimpin pemimpin kanan parti Barisan Nasional.

SEMANGAT 1 MALAYSIA..Kelihatan Lajim bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam bersama pemimpin Umno yang lain memerlihatkan isyarat 1 Malaysia pada majlis tersebut






Mengulas Program tersebut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, ianya merupakan pendekatan terbaik kerajaan dalam merealisasikan slogan 1 Malaysia " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" bukan sekadar retorik semata-mata namun merupakan realiti dalam menentukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa diberikan keutamaan.



Katanya, Program Juara Rakyat merupakan wadah terbaik bagi pemimpin dan rakyat berdamping rapat yang bukan sahaja menjadi medan untuk pemimpin dan kerajaan menyalami masalah rakyat namun ianya mampu dijadikan flatfrom untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira kaum,bangsa dan agama.Teks & Foto Oleh: Jaafar Abdul Wahid