Tuesday, January 12, 2010

Kerajaan Tekan Strategi Baru Pakej Ransang Jana Pertumbuhan Mapan-Datuk Nasir

SEMPORNA: Kerajaan memberi penekanan beberapa strategi baru pakej ransangan bagi menangani isu-isu struktur ekonomi bagi menjana pertumbuhan yang lebih mapan melalui fokus utama iaitu Transformasi Ekonomi,menggalakkan pelaburan sektor swasta,menggalakkan sumber pertumbuhan ekonomi baru,kebolehtahanan fiskal bagi tempoh jangka panjang dan menggalakkan tenaga kerja separuh mahir.



Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan melalui penyediaan pakej ransangan baru kerajaan memperuntukkan RM100 juta disalurkan kepada Majlis Amanah Raya Malaysia (MARA) iaitu agensi MECD untuk menambah premis perniagaan di pekan-pekan kecil terpilih di seluruh negara.




KENANGAN ABADI SCCC...Datuk Nasir (tujuh duduk kanan);DSP Gan Sau Wah (duduk tujuh kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama AJK Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna Ke-34 sempena majlis itu di Semporna.





LEMBAGA PENGURUS TADIKA...Datuk Nasir (kiri)menyampaikan carta Lembaga Pengurus TADIKA Chung Hwa Semporna Ke-33 kepada Lee Sui San (kanan) sempena majlis itu di Semporna.



Nasir berkata,ianya bertujuan membantu usahawan kecil secara berterusan dan membesarkan perniagaan mereka.

Di samping itu katanya,Bank Negara juga menyediakan kemudahan dana sebanyak RM200 juta untuk pinjaman Skim Mikro Kredit bagi memastikan kedudukan perniagaan usahawan akan terus stabil dan bertambah kukuh.
Nasir berkata,tahun baru 2010 yang merupakan detik waktu yang bakal membawa cabaran dalam menongkah kemelesetan ekonomi,saingan perniagaan seharusnya dibendung serta ditangani dengan bijak melalui perpaduan yang lebih kukuh serta matang dalam bidang perniagaan global.


Datuk Nasir berkata demikian sempena menghadiri majlis makan malam bersama Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna;Lembaga Pengurus SJK © Nyuk Hua dan Tadika Chung Hua Semporna.
Hadirsama sempena majlis itu Datin Hajjah Rukiah Haji Badar, Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K. Baba; Pengerusi Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna merangkap Pengerusi SJK © Nyuk Hua,Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah dan isteri; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat DUN Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabani;Pengerusi Tadika Chung Hua,wakli-wakil ahli perniagaan Tiong Hua Sandakan;Tawau;Lahad Datu dan Kunak.



Sehubungan itu Nasir menyarankan ahli-ahli majlis tertinggi Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna terus berusaha menggalakkan anggotanya meningkatkan kerjasama serta membuat jaringan perniagaan dengan usahawan dalam badan-badan perniagaan di daerah itu,negeri dan seluruh negara.



Nasir menegaskan dengan wujudnya jaringan perniagaan seumpama itu kerajaan berharap komuniti perniagaan akan lebih mantap melalui kerjasama erat dengan ahli-ahli perniagaan bumiputera setempat.



Katanya,sudah sampai masanya Dewan pernigaan itu menterjemahkan hasrat kerjasama tersebut demi membangun para usahawan daerah itu.



Dalam pada itu Nasir turut memuji usaha murni Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna berjaya menyatukan peniaga-peniaga tionghua serta berhasil memajukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang kini berusia 33 tahun serta telah melahirkan beberapa orang pemimpin yang telah menyumbang kearah pembangunan daerah itu.




Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang turut menyeru serta mengajak seluruh masyarakat daerah itu meningkat perpaduan kaum sebagai momentum mengorak langkah membangunkan semua kaum dan masyarakat dengan merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Beliau menegaskan konsep 1Malaysia mengkhendaki setiap warga bekerjasama memahami aspirasi semua kaum dan agama mencapai kebahagiaan,kesenangan dalam kehidupan di negara ini.

Katanya konsep 1Malaysia,yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian harus diaplikasikan sebagai teras menyatupadukan semua kaum samada dalam bentuk pembangunan materialistik mahupun spiritual.
 
.
GAMBAR:



1.SERAH CARTA SCCC...Datuk Nasir (tiga kiri) menyerahkan carta AJK Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna Ke-34 kepada DSP Gan Sau Wah (empat kanan) sempena majlis itu di Semporna.

2.SALAM TAHNIAH...Datuk Nasir (dua kanan) disaksikan Steven Gan (kanan) bersalaman dan disambut mesra Datuk Seri Gan Sau Wah (kiri) sempena majlis makan malam bersama AJK Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna Ke-34 di Semporna.

3.SAKSI TADIKA...Datuk Nasir (duduk kanan) menyaksikan Lee Sui San (duduk kiri) menandatangani Carta Lembaga Pengurus Tadika Chung Hua Semporna sempena majlis itu di Semporna.
`
4.SAKSI ANGKAT SUMPAH...Datuk Nasir (duduk)disaksikan DSP Gan Sau Wah (berdiri kanan) menandatangan Carta AJK Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna sempena majlis itu di Semporna.

5.LEMBAGA PENGURUS TADIKA...Datuk Nasir (kiri)menyampaikan carta Lembaga Pengurus TADIKA Chung Hwa Semporna Ke-33 kepada Lee Sui San (kanan) sempena majlis itu di Semporna.

6.KENANGAN ABADI SCCC...Datuk Nasir (tujuh duduk kanan);DSP Gan Sau Wah (duduk tujuh kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama AJK Dewan Perniagaan Tiong Hua Semporna Ke-34 sempena majlis itu di Semporna.

7.CENDERAKENANGAN...Datuk Nasir (dua kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Datuk Seri Panglima Gan Sau Wah (dua kanan) sempena majlis itu di Bandar Mutiara,Semporna.

No comments:

Post a Comment