Tuesday, January 12, 2010

Jangan Terpengaruh,Tingkat Semangat Muhibbah-Datuk Nasir Tun Sakaran

Semporna: Rakyat di negeri ini terutama masyarakat Islam diminta tidak terpengaruh dengan keadaan yang berlaku di Semenanjung Malaysia, sebaliknya meningkat semangat muhibbah dan bersatu padu untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian yang dinikmati selama ini.





Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Haji Nasir Tun Sakaran berkata, sebarang tindakan yang menjejaskan ketenteraman awam hanya akan merugikan masyarakat negeri ini.

SUMBANGAN KEBAKARAN...Datuk Nasir (dua kanan) disaksikan A.M.Ibnu (tengah),Datuk Chao Yan San (kiri) dan Abd.Rahim Oting (dua kiri) menerima sumbangan mangsa kebakaran Kampung Air Semporna disampaikan Kapitan Cina Kawasan Bandar,Ong Hang Seng (kanan) sempena majlis itu.


Beliau berharap rakyat dinegeri ini tidak terikut-ikut dengan tindakan keterlaluan pihak-pihak tertentu termasuk bertindak merosakkan rumah ibadat.



Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat Daerah di Semporna.



Katanya, sebagai warga negara yang matang dan bertamadun rakyat dinegeri ini diminta bertenang dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa serta menyerahkan kepada pihak mahkamah dan kerajaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Datuk Nasir juga meminta rakyat dinegeri ini agar tidak mudah percaya dengan khabar angin dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.



Dalam masa yang sama, kerajaan negeri juga menyambut baik saranan Pengerusi Majlis Jaksa Pendamai agar penggunaan Allah hanya digunakan oleh agama Islam. Datuk Nasir yang juga bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Islam di negeri ini berkata, cadangan Pengerusi Majlis JP berkenaan perlu dilihat secara positif bagi mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.



Beliau juga berharap agar semua lapisan masyarakat di negeri ini bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan pusat untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Katanya, tindakan merosakkan rumah ibadat bukanlah jalan penyelesaian malah akan memburukkan lagi keadaan

No comments:

Post a Comment