Thursday, January 7, 2010

Usia Perlu Cari Kewangan Sendiri-DSP Lajim Ukin



Oleh: Jaafar Abdul Wahid


KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) tidak seharusnya  hanya bergantung   kepada bantuan dari kerajaan dalam  memperkukuhkan  kedudukan kewangannya  bagi membayai segala program program  dakwah sebaliknya perlu berusaha mencari sumber kewangannya sendiri.





 Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ini boleh dilakukan dengan cara menguruskan segala aset yang sediaada pada pertubuhan tersebut untuk dibangunkan dan dimajukan yang boleh menyumbang kepada pendapatan kewangan untuk kegunaan petubuhan tersebut .



  “ Kita maklumkan masih ada aset-aset pertubuhan ini yang boleh dimajukan untuk menjana sumber kewangannya sendiri,antaranya tanah-tanah yang dimiliki oleh (USIA) yang boleh dibangunkan dan dimajukan dalam pelbagai sektor antaranya pertanian dan hartanah” ketika ketika ditemui  selepas mempengerusikan dua mesyuarat berasingan iaitu Jawatankuasa Biro Pengurusan Aset dan Biro Keahlian dan penyelarasan bahagian-bahagian (USIA) di ibu pejabat pertubuhan tersebut di sini pagi kemarin.



 Hadir sama  Naib Yang Dipertua (USIA) Datuk Dato Nasrun dato Mansor,Bendahari Agung (USIA) Datuk Karim Bujang,Pembantu Menteri Kewangan yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan,Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Ghulam Haidar Khan dan Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin.



 Menurut Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa kedua-dua Biro ini  berkata, pihaknya akan meneliti beberapa cadangan untuk dikemukakan kepada ahli Majlis Tertinggi  (USIA) bagi memanafaatkan beberapa aset yang ada untuk dimajukan yang boleh mendatangkan sumber kewangan kepada pertubuhan tersebut sekali gus akan memberikan manafaat bukan sahaja untuk pertubuhan namun melibatkan ahli-ahli (USIA).



  Dalam perkembangan lain Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, usaha untuk menarik lebih ramai masyarakat Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut akan diperhebatkan melalui kempen penambahan ahli-ahli di seluruh bahagian pertubuhan tersebut.



  “ Kita akan turun padang melaksanakan kempen dan program yang boleh menarik penyertaan umat Islam bagi menyertai pertubuhan tersebut," kata Lajim.
 
Untuk rekod Jawatankuasa Biro Pengurusan aset dan Biro Keahlian dan Penyelarasan Bahaian-Bahagian merupakan biro pertama mengadakan mesyuarat di peringkat biro selepas pertubuhan mengadakan mesyuarat agungnya tahun lepas.

No comments:

Post a Comment