Sunday, April 11, 2010

Jamawi bersama Jentera Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional turun padang


MESRA RAKYAT…Kelihatan Khairy sambil diperhatian oleh Jamawi dan
seorang Ketua Pemuda Cawangan beramah mesra dan bertanya kahbar
dengan salah seorang penduduk di kawasan Serendah dalam lawatan pemuda Turun Padang baru-baru ini

TURUN PADANG…Walaupun Pilihanraya Kecil bagi kawasan Hulu Selangor belum bermula namun bagi Jentera Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional mereka telah bersedia menggalas tanggungjawab serta amanah bagi mempestikan kawasan Hulu Selangor akan dapat ditawan semula dari parti pembangkang pada pilihanraya kecil kali ini dimana penamaan calon akan diadakan pada 17 April ini sementara hari pengundian pada 25 April . Jentera Pemuda yang diketuai oleh Ketua Pemuda BN yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaludin yang diiiringi oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar serta ketua-ketua Pergerakan Pemuda parti Kompenan BN baru-baru ini turut melakukan lawatan dalam program “Pemuda Turun Padang” di daerah mengundi Serendah menziarahi sambil berramah mesra dengan penduduk di diberapa buah kampung di kawasan daerah mengundi Serendah.

Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Tenom ketika ditemui selepas lawatan ini berkata, beliau optimis BN akan dapat menawan semula kawasan Hulu Selangor berdasarkan kepada maklum balas positif yang diterima dari beberapa orang penduduk yang turut menzahirkan sokongan kepada kerajaan BN yang mereka lihat akan mampu membawa perubahan dari aspek pembangunan di kawasan itu.


“ Pemuda akan teruskan mengerakkan jenteranya dari masa ke semasa sehingga dari awal ketika proses penamaan calon sehinggalah ke hari pengundian dengan pelbagai pendekatan dan juga program yang diatur bagi memestikan kemenangan calon BN pada pilihanraya kecil kali “ katanya. Oleh: Jaafar Abdul Wahid




















No comments:

Post a Comment