Wednesday, April 14, 2010

Lahirkan Modal Insan Minda Kelas Pertama-Datuk Nasir:


SALAM PEMIMPIN...Datuk Nasir (dua kiri) diringi Mahmud (dua kiri)
dan Datuk Abdullah Hussin (tiga belakang) bersalaman
dengan sebahagian penduduk Beluran sempena
majlis Fewstival Kesenian Islam Peringkat Daerah Beluran.

 
BELURAN:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,datuk Haji Nasir Tun Sakaran,membangun insan merupakan perkara utama yang perlu digembling bersama oleh setiap lapisan masyarakat dalam usaha melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama.

Katanya,tanggungjawab ini turut dipikul oleh golongan yang mencintai seni.


BUAL MESRA...Datuk Nasir (duduk tiga kanan);Mahmud (dua kanan dan Datuk abdullah (kanan)
berbual mesra sebelum majlis itu dimulakan di Beluran.
Sehubungan itu ujar beliau,meskipun kita tidak menafikan ramai dari kalangan mereka telah memberi tumpuan kepada perkara itu namun,kesinambungan usaha perlu terus ditingkatkan bagi memberi penekanan kepada aspek asas yang merangkumi soal aqidah,akhlak dan budaya selaras dengan misi Islam yang membawa kesejahteraan kepada sekalian makhluk di dunia.

Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan majlis Festival Kesenian Islam & Majlis Tilawah al-Qur'an Bahagian Beluran 1421H/2010M.

Hadirsama sempena majlis itu Setiausaha Agung USIA,Datuk Haji Abdullah Hussin dan Timbalan Pengerusi Badan Dakwah Daerah Beluran,Mahmud Hj Ag.Hussin.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,berkata aspek seni atau kesenian perlu diletakkan di atas landasan yang betul supaya ia boleh dijadikan alat untuk membentuk kesejahteraan dan pembinaan insan.

Katanya,ini sejajar dengan peranan penggiat seni menyedarkan masyarakat memahami nilai-nilai kehidupan melalui karya-karya yang dihasilkan seperti nasyid.

Sempena majlis itu juga Mohd Norsazlin Badri muncul johan Qari,tempat kedua Mohad Azam dan ketiga Siti Katizah.Oleh;ARSHADHUSSIN.

No comments:

Post a Comment