Sunday, June 6, 2010

Tugas Khalifahtullah Bukannya Mudah-Datuk Nasir Tun Sakaran





SALAM SAUDARA...Datuk Nasir(tengah) diringi hj.Ajak Hj.Awang (tiga kiri) dan Datuk Amri (dua kiri) bersalaman dengan sebahagian peserta Konvensyen Pembangunan Saudara Kita di Kota Marudu.

KOTA MARUDU: Tuntutan sebagai Khalifahtullah bukanlah suatu tugas yang mudah malah ianya memerlukan kefahaman yang jelas melaksanakan suatu amanah dan tanggungjawab yang sangat berat tapi mulia di sisi Allah swt, kata Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran

Katanya,seringan-ringan tanggungjawab sebagai khalifah ialah dengan melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ayah, atau ibu, mahu pun sebagai seorang anak.


JASAMU DIKENAQNG...Datuk Nasir (tengah) dibantu Datuk Amri (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah jemputan,Ustaz Mohd Farhan Abdullah (kanan) sempena majlis itu di Kota Marudu.
Beliau menambah,Manakala, antara cabaran besar yang perlu dihadapi dan perlu ditangani ialah bagaimana hendak menanamkan rasa kehambaan dan kesungguhan dalam menjiwai dan melaksanakan segala kewajipan kepada masyarakat yang diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Nasir berkata,senario ini digawatkan lagi dengan penularan fahaman liberalisme dan pluralisme Barat yang memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan. Fahaman yang tidak selari dengan prinsip-prinsip ajaran Al-Quran dan Sunnah ini amat berbahaya kerana ia berpotensi memecahbelahkan masyarakat di samping boleh memesongkan akidah umat Islam. Malah fahaman liberalisme dan pluralisme ini jika tidak dibendung segera akan membantutkan usaha melakar kejayaan sewaktu hidup di dunia dengan iringan doa diberi ganjaran pahala di akhirat kelak.


SAUDARA KITA....Sebahagian Saudara Kita yang turut menyertai Konvensyen Pembangunan Saudara Kita itu di Kota Marudu.


Nasir ,menjelaskan pada lewat zaman ini, manusia sering leka dan bersikap acuh tak acuh terhadap perintah agama. Itulah sebabnya berlaku pelbagai permasalahan dalam masyarakat seperti gejala pembuangan bayi, penyalahgunaan dadah, hedonisme dan sebagainya yang telah mencemarkan nilai-nilai hidup beragama.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehawal Agama Negeri Sabah berkata demikian sempena merasmikan Konvensyen Pembangunan Saudara Kita Peringkat Negeri Sabah 1431/2010 anjuran JHEAINS.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),Datuk Haji Amri Suratman;Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu,Haji Ajak Haji Awang;Ketua Daerah Kota Marudu,Abd Jalil Haji Janani;Setiausaha Rendah 1,JKM,Haji Said Hinayat;Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS,Hajah Zaloha.

“ Menyedari akan fenomena dan ancaman berkenaan, kita tidak boleh sama sekali membiarkan segala bentuk fahaman dan perbuatan songsang berkembang dalam masyarakat. Setiap individu Muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi menjernihkan akidah Islam dan membasmi gejala-gejala mungkar khususnya dalam kalangan umat Islam dan masyarakat seluruhya. Bagi memperkasa dakwah islamiyah, kita perlu menggilap potensi ‘quwwah’ yang merupakan kekuatan lahiriah dan ‘takwa’ yang merupakan kekuatan rohani,” kata Nasir.

Nasir menambah,Quwwah atau kekuatan lahiriah meliputi aspek-aspek kesihatan spiritual, fizikal, dan mental Ianya dimantapkan lagi dengan penguasaan ilmu pengetahuan, ekonomi, sains, teknologi, politik, ketenteraan dan sebagainya. Manakala takwa pula adalah berkaitan dengan keyakinan, kepatuhan dan ketaatan sepenuh hati kepada Allah SWT selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Ujarnya,bagaimanapun, perlu diingat dan disedari bahawa jika umat Islam hanya menekankan quwwah tanpa berlandaskan kepada takwa, maka dikhuatiri hasil yang diharapkan tidak mungkin tercapai, bahkan mungkin menimbulkan cabaran serta masalah lain pula. Demikian jugalah sebaliknya, tanpa takwa sebagai tunjang, quwwah sebagai natijahnya tidak akan tercapai.

Nasir menambah, pemilikan kekuatan atau sifat takwa adalah paling utama dan seharusnya menjadi keutamaan umat. Dengan takwa itulah umat Islam akan mendapat quwwah yang berupa petunjuk atau idea jalan keluar dalam menangani pelbagai cabaran hidup di samping rezeki yang tidak disangka-sangka.

Sehubungan katanya, dengan dinamika sifat takwa itu, maka kita mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara-saudara sekalian supaya mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar agar berhasil menyuburkan sifat takwa dalam diri masing-masing. Inilah jalan yang terbaik dalam menuju kesejahteraan hidup yang abadi kerana takwa adalah sumber bagi segala kekuatan, kekayaan dan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dan sesungguhnya inilah kaedah holistik yang akan menjayakan pembangunan yang bermakna dan diredhai Allah SWT. Oleh:ARSHAD HUSSIN

No comments:

Post a Comment