Sunday, November 8, 2009

Pemimpin Masyarakat Disaran Amal Konsep 1Malaysia-Datuk Nasir Sakaran




SEMPORNA:Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,meminta Pemimpin-pemimpin masyarakat terutamanya Ketua-Ketua / Wakil Ketua Anak Negeri;Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKK di setiap daerah mengamalkan konsep 1Malaysia demi perkhidmatan lebih cemerlang kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya,selaku mata dan telinga kerajaan para pemimpin masyarakat ini bertanggungjawab kepada kerajaan dengan sentiasa mengutamakan tugas mereka memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat disamping melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Nasir menambah,jawatan yang diberikan kerajaan bukanlah untuk kepentingan pribadi,keluarga mahupun saudara-mara tetapi ianya merupakan amanah yang harus dipikul dengan penuh dedikasi,jujur dan ikhlas.

Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang berkata demikian sempena menyampaikan watikah perlantikan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung (KK) bagi kawasan DUN Senallang.

Sempena majlis ringkas itu empat orang WKAN dan tiga orang KK menerima watikah perlantikan dan disaksikan Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat,Haji Tahir Amir dan Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani.

Sehubungan itu,Nasir mengingatkan pemimpin masyarakat yang baru menerima watikah perlantikan perlu melaksanakan tugas mereka berpandukan arahan ketua dan sentiasa menjaga nama baik kerajaan disamping sentiasa menghadirkan diri disemua acara kerajaan tanpa alasan yang munasabah.

No comments:

Post a Comment