Saturday, November 21, 2009

Tangani Masalah disiplin pelajar dengan serius-Datuk Nasir:-







SEMPORNA:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan golongan ibubapa dan guru perlu sentiasa berganding bahu menangani masalah disiplin dikalangan pelajar di sekolah.

Katanya,melalui kerjasama seumpama itu mampu membenteras serta menangani masalah gejala sosial yang melibatkan murid-murid sekolah.

Nasir berkata,rakyat perlu sedar kemajuan sesebuah negara terletak pada kekuatan disiplin rakyatnya dan justeru itu kes disiplin di kalangan pelajar perlulah diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,berkata demikian sempena merasmikan majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Agama Negeri Pekan Seporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah,A.M.Ibnu A.K.Baba;Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah,OKK Haji Musa Sabaani;Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San;Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bandar,Ong Hang Seng dan Kapitan Cina Kawasan Bugaya,Joseph Lo serta pemimin-pemimpin masyarakat tempatan.

Nasir berkata,tanggungjawab meneruskan pembangunan pendidikan negara bukan sahaja terletak dibahu pihak sekolah dan kerajaan malah ianya juga menjadi tanggungjawab semua pihak termasuklah pihak swasta,ibubapa serta masyarakat.

Katanya,semua pihak perlu menghidupkan gagasan pemikiran ke arah mengwujudkan generasi gemilang serta rakyat terbilang yang bakal menjulang tamadun bangsa di persada dunia.

Melalui komitmen jitu semua pihak ini mampu mencapai misi kerajaan menyediakan barisan pelapis modal insan yang akan terus memperkasakan pembangunan negara dimasa depan melalui pendidikan cemerlang.

Sehubungan itu,Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam negeri Sabah,meminta guru-guru mentarbiah murid-murid dengan pemahaman agama yang sebenar dalam membina negara yang aman,makmur dan bersatu padu dalam usaha kerajaan membina sebuah negara yang utuh serta disegani melalui gagasan 1Malaysia.

Katanya,dengan pemahaman dan pengalaman agama yang betul ianya mampu memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa,seterusnya membersihkan persepsi negatif Barat terhadap Islam.

No comments:

Post a Comment