Monday, November 16, 2009

Zakat Perniagaan Penyumbang Utama Zakat Harta-Dtk Nasir Sakaran:







SIDANG DUN SABAH:Pusat Zakat Sabah (PZS) telah mengagihkan agihan zakat sebanyak RM19,377,446.77 pada tahun 2008 sementara bagi tahun 2009 PZS mengagihkan sejumlah RM17,030,332.42 kepada lapan (8) asnaf yang berhak dan telah menerima manfaat daripada agihan itu termasuklah asnaf Fakir;Miskin;Amil;Muallaf;Al-Riqab;Al-Gharimin:Ibnu Sabil dan Fisabilillah.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan jumlah pungutan zakat bagi tahun 2008 sebanyak RM23,803.932.56 terdiri daripada Zakat Harta berjumlah RM16,425,830.06 dan Zakat Fitrah sebanyak RM7,390.102.50.
Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata demikian semasa menjawab soalandewan daripada Adun Sulabayan merangkap Pengerusi Perbadanan Baitul Mal Negeri Sabah,Datuk Haji Harman Haji Mohamad kepada Ketua Menteri.
Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,menjelaskan Zakat Perniagaan merupakan penyumbang utama kepada Zakat Harta dimana sebanyak RM10,250,410.57 (62.40%) daripada jumlah zakat harta dan diikuti oleh pungutan Zakat Gaji sebanyak RM4,152,909.41 (25.28%) manakala Zakat Harta Simpanan sebanyak RM1,191,964.45 (7.26%)
Beliau menambah,lain-lain Zakat Harta yang telah dikutip termasuklah zakat pendapatan,emas dan perak,pertanian,ternakan dan saham.
Nasir berkata,bagi tahun 2009 pula jumlah pungutan Zakat Harta setakat bulan September jumlah kutipan sebanyak RM12,427,370.14.
Katanya,walaupun Zakat Perniagaan telah berkurangan berbanding kutipan tahun 2008 tetapi ia masih menjadi penyumbang utama kepada Zakat Harta iaitu sebanyak RM5,820,261.43 (50.97%) manakala penyumbang kedua terbanyak ialah Zakat Gaji berjumlah RM4,691,487.77(41.09%) dengan peningkatan kutipan sebanyak RM538,578,36 berbanding tahun 2008.
Nasir berkata,dengan peningkatan Zakat Gaji itu,ini menunjukkan semakin ramai umat Islam yang bekerja sedar akan tanggungjawab mereka untuk menunaikantanggungjawab terhadap rukun Islam yang keempat itu.

Beliau menambah,zakat fitrah bagi tahun 2009 masih lagi dalam proses pengumpulan dan pengiraan dimana pengemaskinian jumlah Zakat Fitrah bagi tahun 2009 itu dijangka hanya akan selesai pada hujung tahun 2009.
Menjawab soalan tambaha yang dikemukakan Datuk Samsuidn Yahya-Adun Sekong,Datuk Nasir menjelaskan sejak agihan Asnaf Fisabilillah dimulakan pada tahun 2006 sehingga tahun 2009, seramai 797 pelajar telah menerima bantuan tersebut dimana seramai 263 orang pelajar yang menuntut di dalam negara dan 534 orang pula menuntut di luar negara menerima agihan tersebut.
Mengenai agen pungutan Zakat Harta,PZS telah melantik dan mempertanggungjawabkan tujuh (7) buah institusi kewangan bagi melaksana pungutan Zakat Harta di negeri Sabah iaitu Maybank Berhad;HSBC Bank Berhad;Eon Islamic Bank Berhad; Public Bank Berhad;Bank Simpanan Nasional Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

No comments:

Post a Comment