Wednesday, June 9, 2010

Mahasiswa perlu dekati masyarakat sebagai pemangkin menerap ilmu-Datuk Nasir:

KENANGAN IDEAS'10...Pelajar-pelajar UTM dan keluarga angkat mengabadikan gambar kenangan
bersama Datuk Nasir,Drs.Marsidi,Prof.Madya Ahmad serta pegawai-pegawai KEMAS Semporna
 sempena program IDEAS'10 di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.
KOTA KINABALU:Mahasiswa perlu sentiasa mendekatkan diri dengan masyarakat sebagai pemangkin kearah penerapan nilai-nilai murni keilmuan dan budaya bermasyarakat serta hubungan kaun yang lebih bermakna dalam kehidupan.

KUDA KEPANG...Tarian kuda kepang dipersembahkan siswa-siswa UTM sempena perasmian Program Integrasi Desa,Daya dan Siswa UTM di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.



Bak kata pantun lama `Buai laju-laju,biar sampai ke pucuk pohon Sena'.Begitu tinggi pucuk pohon Sena demikianlah juga tingginya cabaran yang bakal dihadapi pelajar sepanjang perjalanan menimba ilmu.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menegaskan,mahasiwa juga perlu sentiasa bermotivasi untuk meredah jejak-jejak keilmuan yang bukan hanya akan menjadikan mereka insan berilmu malah akan mematangkan lagi pengetahuan hidup mereka dimasa mendatang dimana perjalanan menuntut ilmu itu merupakan suatu pentas ujian menentukan survival masa depan anak bangsa yang berilmu tinggi dan teguh sahsiah budi serta ampuh jatidiri.


IGAL-IGAL...Pelajar-pelajar UTM mempersembahkan tarian tradisi sukukaum Bajau 'Igal-Igal' memeriahkan program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Senallang,berkata demikian sempena merasmikan penutupan Program Integrasi Desa,Daya dan Siswa 2010(IDEAS'10) anjuran bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS) Daerah Semporna dengan Universiti Teknologi Malaysia(UTM) di kampung Tampi-Tampi disni.

Objektif utama program itu memberi khidmat masyarakat kepada penduduk setempat dari segi kebajikan,ilmu pengetahuan dan teknologi dan ke arah memantapkan sahsiah mahasiswa sebagai generasi muda yang bakal memimpin negara masa hadapan serta memupuk semangat toleransi dan kerjasama di antara mahasiswa dengan masyarakat setempat seterusnya berinteraksi serta menjalin hubungan lebih erat antara satu sama lain disamping memupuk hubungan silaturahim mesra antara masyarakat kampung dengan mahasiswa untuk mengenali budaya dan adat resam masyarakat setempat.

SELAMAT DATANG...Datuk Nasir (tengah) diringi Drs. Marsidi Katong(dua kiri) dan Prof.Madya Ahmad Khalid(tiga kanan) disambut penuh tradisi dan bersalaman dengan sebahagian pelajar UTM sempena program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan KEMAS Negeri Sabah,Drs.Marsidi Katong;Pengetua Kolej Perdana,Universiti Teknologi Malaysia;Prof. Ahmad Haji Khalid;Penolong Pengarah Operasi II Jabatan KEMAS Sabah,Zulkifli Ahmad Nazri;Pegawai KEMAS Daerah Semporna,Julianah Mohd Udin,Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani dan Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San.



BINCANG INTEGRASI...Datuk Nasir(duduk tengah) berbincang sesuatu dengan Prof.Madya Ahmad Khalid(duduk kiri) sambil diperhatikan Drs.Marsidi Katong(duduk kanan) sempena majlis perasmian Perasmian IDEAS'10 di Kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Program selama tiga hari itu disertai 47 orang mahasiswa UTM dan menjadi anak angkat kepada masyarakat Kampung Tampi-Tampi serta melakukan kerja-kerja kebajikan seperti penyelidikan dan pembangunan;pemindahan teknologi;kenduri sekampung;sukan;persembahan kebudayaan;ziarah sekampung;kem pendidikan dan ceramah.

DENGAN RASMINYA...Datuk Nasir(kanan) diringi Prof.Madya Ahmad Khalid menandatangan plak potret anak angkat sempena program IDEAS'10 Kampung Tampi-Tampi,Semporna.

Nasir berkata,program seumpama itu berupaya mendidik mahasiswa yang berbeza latarbelakang kehidupan mengenai konteks kehidupan masyarakat terutamanya masyarakat kampung di kawasan-kawasan luarbandar.

BANTUAN KEMAS...Datuk Nasir(tengah) diringi Prof.Madya Ahmad Katong(dua kiri) dan Drs.Marsidi(tiga kanan) sempena program IDEAS'10 di kampung Semporna.

Katanya,Negeri Sabah memiliki lebih 36 etnik berupaya menjadi lokasi penting mengenai keunikan hidup bermasyarakat dimana keunikan dan kepelbagaia budaya masyarakat Sabah telah menjadi intipati betapa perkasanya masyarakat negeri dibawah bayu dalam aspek santun dan budidaya yang beraneka warna kehidupan.

Nasir menjelaskan,melalui aktiviti ini mahasiswa/mahasiswi berpeluang turut menabur bakti kepada masyarakat dengan membentuk budaya cinta ilmu melalui pengembangan sikap cintakan ilmu kepada anak-anak kampung sebagai pencetus serta pemangkin semangat belajar dan menanam azam belajar hingga ke menara gading.

JASAMU DIINGAT...Datuk Nasir (dua kanan) diringi Prof.Madya Ahmad (dua kiri) dan Azizul(kiri) menerima cenderakenangan disampaikan Drs.Marsidi(kanan) sempena majlis itu di Semporna.


Tegas Nasir,demikian seignifikannya program baktisiswa itu hingga berupaya memberi kesedaran sosial kepada mahasiswa untuk sentiasa mempertahankan serta menyemarkan semangat perpaduan dan permuafakatan tinggi.

Tambahnya,interaksi dengan masyarakat merupakan aspek interpersonal yang hanya dapat dipelajari secara fizikal dan bukannya teori semata kerana aplikasi mengenai teori hubungan kemanusiaan itu boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti yang diadakan bersama masyarakat kampung.

TETAMU HORMAT...OKK Musa Sabaani(duduk kanan);Datuk Chao Yan San(duduk dua kanan)bersama sebahagian jemputan khas turut memeriahkan majis perasmian penutupan IDEAS'10 di kampung Tampi-Tampi,Semporna.


Katanya lagi,ini kelak akan membentuk `Soft Skil' yakni kemahiran insaniah yang relevan untuk mahasiswa/mahasiswi kelak untuk survive dalam melalui kehidupan berkerjaya kerana ianya begitu penting kepada bakal pemimpin yang menjadi penerus kepimpinan negara di masa depan.

Senerio ini kata Nasir,menunjukkan bahawa IPTA/IPTS sudah mula mengejar kepesatan perubahan agar ianya kekal relevan dengan proses pembelajaran dan pengajaran pelajar yang terkini.

“ Arus globalisasi telah mula mempengaruhi bentuk pembelajaran dari tradisional kepada bentuk lebih kompetitif.

Katanya lagi,dalam keadaan sedemikian aspek kematangan berfikir,perkembangan sahsiah,daya kepimpinan,budaya intelektual,kemahiran insaniah di kalangan pelajar telah disemai dalam kalangan pelajar menerusi kesedaran mereka sendiri atau rakan sebaya dimana kesan survival mahasiswa untuk menjadi modal insan yang diharapkan sukar untuk dipastikan justru itu,kesedaran dalam kalangan pelajar itu sendiri untuk sentiasa berinisiatif mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yakni bersosial dengan masyarakat kampung melalui program yang lebih terancang wajar diperhebatkan dengan melibatkan aktiviti yang lebih praktikal membangun diri,masyarakat dan negara.Oleh;ARSHAD HUSSIN

1 comment:

  1. yang igal-igal itu, dari penduduk kampung tampi-tampi darat..harap maklum.
    terima kasih atas liputan tuan terhadap majlis kami.
    -peserta ideas'10-

    ReplyDelete