Tuesday, May 18, 2010

Beri Tumpuan Utama Pelajaran Anak-Anak-Datuk Nasir:

KENANGAN SEKOLAH...Datuk Nasir (duduk tengah);OKK Musa (duduk kiri) Abd Jannah (duduk dua kiri);
Abd Aziz Jaman (duduk dua kanan) dan
Haji Azan Gurimbang (duduk kanan) mengabadikan gambar kenangan
bersama penerima-penerima skim bantuan khas Yayasan Sabah DUN Senallang sempena majlis itu di Semporna.


SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan golongan ibubapa memberi keutamaan kepada pelajaran anak-anak mereka disamping memberikan didikan agama sebagai teras utama pendidikan akhlak.


Katanya,tiada harta yang lebih berharga diwarisi anak-anak selain pelajaran akademik dan pendidikan agama yang menjadi pedoman serta bekalan apabila mereka dewasa menempuh kehidupan yang semakin mencabar.

Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan majlis penyampaian Skim Bantuan Khas (SBK) anjuran Yayasan Sabah Daerah Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Yayasan Sabah Semporna,Abd Jannah Ombrah;Ketua Daerah Semporna,OKK haji Musa Sabaani;Ketua Pemuda UMNO Semporna,Abd Aziz Jaman;AJK Bahagian UMNO Semporna,Haji Azan Gurimbang serta ibubapa.

Sempena majlis itu Datuk Nasir menyampaikan bantuan SBK Yayasan Sabah kepada lebih 70 orang pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah bagi Kawasan Dun Senallang.


Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang,mengingatkan ibubapa sentiasa memantau aktiviti sekolah dan perkembangan pelajaran anak-anak mereka.

Katanya,ibubapa hendaklah sentiasa berhubung dengan pihak guru-guru berhubung perkembangan pelajaran anak-anak dari masa ke masa.

Selain itu,kerjasama dikalangan Persatuan Ibubapa dan Guru juga seharusnya lebih intim bagi bagi merancang dan memastikan peningkatan serta kemajuan pelajaran murid-murid dapat dipantau dan dikawal selia.

Nasir menambah,meskipun demikian golongan ibubapa tidak seharusnya menyerahkan tugas dan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak guru sahaja sebaliknya mereka (ibubapa) hendaklah memantau dan memastikan anak-anak mereka mentelaah pelajaran di rumah.

Katanya,anak-anak merupakan amanah hendaklah diberikan pelajaran secukupnya sebagai bekalan mereka untuk pewaris kepimpinan masa hadapan yang lebih gemilang dan cemerlang.Oleh:ARSHAD HUSSIN.

No comments:

Post a Comment