Tuesday, May 18, 2010

UMNO harus berubah demi maruah bangsa terus terjamin-DSP Lajim Ukin



SOKONGAN…Ahli-ahli Umno yang hadir berdiri sambil betariak “Hidup Umno” sebagai tanda sokongan kepada kepimpinan Lajim sebagai Ketua Umno bahagian Beaufort



KUALA PENYU : Sejauh mana pun kehebatan dan pencapaian parti, ahli-ahli Umno perlu berpijak di bumi nyata. Landskap politik negara telah berubah sama sekali dimana ahli parti tidak seharusnya terlalu nostalgik dengan kejayaan masa lampau tanpa mencipta kejayaan kejayaan baru kata ,Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin


Beliau berkata sejarah kegemilangan Umno bukanlah satu jaminan bagi parti tersebut untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini menjadi pemerhati bijak akan kedudukan parti pada masa kini dan akan datang

“Realitinya sekarang menunjukkan fakta sejarah kegemilangan Umno bukan lagi menjadi ukuran kerana sudah ada kalangan rakyat yang tidak ambil peduli perkara itu.” Katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis berkelompok persidangan cawangan Umno bagi Mengundi Kawasan DUN Kuala Penyu di Dewan serba guna Balai Bomba dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim, Bendahari Umno Bahagian Zahari Mohd Zini,Ketua Penerangan Haji samin Ongki,Ketua Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd Dun dan Penyelaras Umno DUN Kuala Penyu OKK Awang Anak Yusuf.

Sehubungan dengan itu katanya Umno perlu berubah dan perlu berani membuat perubahan bukan sahaja di kalangan pemimpinnnya malah semua ahli parti itu supaya melakukan perubahan

“ Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, UMNO tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa terdahulu” tegasnya

Menurut Ketua Umno bahagian Beaufort ini, perubahan minda, nilai dan sikap pengundi sekarang lebih mementingkan nilai-nilai politik yang tulus iaitu integriti, jujur dan telus. .

Lajim menambah pemimpin parti perlu sedar bahawa kekuatannya bermula dengan hubungan pemimpin akar umbi dengan rakyat. Ini bermakna pemimpin peringkat cawangan dan bahagian UMNO mesti aktif mengadakan program aktiviti kemasyarakatan, bersama membasmi kemiskinan tegar, bantu rakyat semasa berlaku bencana dan kesusahan.

“ Perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menuntut parti untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dari segi organisasi, struktur, pendekatan, nilai dan sikap demi memulihkan kepercayaan orang Melayu dan rakyat kepada Umno “ katanya

Sambil mengakui terdapat perubahan dari segi peningkatan sokongan rakyat khususnya orang Melayu kepada parti Umno, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan berharap sokongan tersebut akan terus meningkat dari masa ke semasa bagi memulihkan kekuatan parti menghadapi cabaran mendatang.

“ Terdapat peningkatan sokongan rakyat khususnya orann Melayu semasa pilihanraya Kecil di Hulu Selangor baru baru ini,dimana perkembangan positif ini akan terus menjadi pendorong untuk kita berusaha memperkukuhkan semual kekuatan parti” tegas Lajim

Sehubungan dengan itu beliau mahu pemimpin dan ahli parti harus melihat kepentingan parti sebagai keutamaan dimana menurut beliau pemimpin tidak penting, yang penting ialah mengukuhkan institusi. Pemimpin boleh datang, pemimpin boleh pergi tetapi Umno mesti tetap wujud, harus kuat dan kukuh. Umno harus dikukuhkan demi memastikan maruah bangsa terus terjamin.








No comments:

Post a Comment