Tuesday, May 18, 2010

Bina Pentas Musyawarah Untuk Terus Relevan-Datuk Nasir:

BERSATU BERSETIA...Datuk Nasir (tengah depan) bersama Datuk Ramlee (depan dua kanan);
Abd Rashid (depan kanan);Abd Aziz (depan dua kiri) dan Zakiah Kalipunya (depan kiri)
menyanyikan lagu UMNO bersama AJK Bahagian UMNO Parlimen Semporna sempena majlis itu.


SEMPORNA:Membina kekuatan parti perlu pentas musyawarah untuk saling bermuhasabah,menganalisa,memikir,merancang dan melaksanakan semula segala yang telah dilakukan demi menjadikan parti UMNO terus relevan dalam agenda merealisasikan misi Negara sebagai sebuah Negara berbilang kaum,agama dan bangsa yang perkasa.


SALAM PEMIMPIN...Datuk Nasir (dua kiri) diringi Abd Rashid Mamun (kiri)
bersalaman dengan N.C.Muhammad (dua kanan) dan sebahagian ketua-ketua cawangan UMNO Semporna
 sempena perasmian mesyuarat cawangan-cawangan serentak bagi Parlimen Semporna.


Bak kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak,UMNO mesti berani membuat perubahan supaya parti sentiasa diterima sebagai parti yang relevan sepanjang masa dan zaman.



APA KHABAR...Datuk Nasir bersalaman dengan Mad Lamin (empat kiri)
 sambil diringi Datuk Ramlee Marahaban(tiga kanan) dan Abd Aziz Jaman(dua kanan)
sempena majlis perasmian mesyuarat serentak Cawangan-Cawangan UMNO Parlimen Semporna.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menjelaskan kenyataan Perdana Menteri itu merupakan suatu reality berdasarkan situasi yang berlaku di seluruh dunia.

Katanya,kita perlu sedar bahawa kita tidak boleh maju dengan cabaran dalaman Negara dan parti sahaja malah kita perlu fokas dan respon kepada gelora dan gelombang yang berlaku di serata pelusuk benua.

Nasir berkata,inilah yang dimaksukan dengan zaman globalisasi,suatu zaman dimana konteks ‘cubit bahu kiri,bahu kanan terasa jua dimana krisis kemanusiaan mahu pun ancaman kepada alam yang berlaku di Negara jauh boleh memberi kesan dan impak kepada Negara kita.

Justeru itu,ujarnya UMNO perlu bangun dan tangkas bergerak .

Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Kawasan Senallang berkata demikian sempena Perasmian Serentak Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan Parlimen Semporna di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Naib Ketua Bahagian UMNO Semporna,Datuk Ramlee Marahaban;Setiausaha Bahagian UMNO Semporna,Abd Rashid Mamun;Ketua Pemuda UMNO Semporna,Abd Aziz Jaman dan Ketua Puteri UMNO Semporna,Zakiah Haji Kalipunya serta AJK Bahagian Semporna.

Nasir menambah, bagi menghadapi bahana itu UMNO perlu sentiasa mempelopori usaha memastikan ia bersedia dan mampu berubah menyesuaikan diri dengan konteks politik demokrasi di Negara ini.

Katanya, rakyat hari ini adalah rakyat yang bermaklumat dimana informasi begitu cepat diperolehi samada ianya tulin mahupun berunsur tomahan kerana dunia ICT telah memungkinkan suara orang muda mulai menenggelamkan suara orang lama dan suara-suara ini kadangkala ada benarnya dan kadangkala tak kurang sebaliknya.Justeru itu menjadi tanggungjawab pemimpin bijak menanganinya.

Nasir berkata,ketua-ketua cawangan disifatkan sebagai jentera penggerak yang membolehkan UMNO berperanan dengan lebih berkesan dalam menyuburkan konteks politik demokrasi.

Beliau yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri,mengingatkan pemimpin-pemimpin di peringkat kampong dan daerah sentiasa peka kepada semua perancangan semasa dan masa depan yang sedang dan akan dilakukan kerajaan.

Katanya,pada sepanjang masa kita berperanan sebagai sumber rujukan agar rakyat lebih jelas mengenai dasar dan tujuan semua program yang dirancang kerajaan.Oleh:ARSHAD HUSSIN

No comments:

Post a Comment