Sunday, April 11, 2010

BN Mampu Raih Majoriti Besar di PRK Parlimen Hulu Selangor-DSP Lajim Ukin



KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) diyakini mampu memperoleh majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor ekoran sokongan yang semakin meningkat selepas pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, tahun lalu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, kepincangan yang berlaku dalam pakatan pembangkang ketika ini, turut menjadi faktor kenapa rakyat harus memilih BN di Hulu Selangor nanti.

"Kita akan menggerakkan jentera kempen di semua peringkat untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa BN adalah parti terbaik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Lajim berkata, perubahan yang berlaku di dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk gagasan 1Malaysia kini sudah semakin diterima rakyat dan sekali gus membuktikan BN kembali mendapat sokongan ramai.

Berhubung soal calon, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sesiapa juga yang dipilih menjadi calon BN, perlulah diterima oleh rakyat.Oleh:JAW










No comments:

Post a Comment