Saturday, April 10, 2010

Suburkan Semangat Kasih Sayang Untuk Memastikan Harmoni Terus Terpelihara-Datuk Nasir Tun Sakaran:


MENONGKAH ARUS....Perahu yang membawa rombongan Menteri DiJabatan Ketua Menteri terpaksa menongkah arus deras sungan Pensiangan sebelum tiba di jeti Pegalongan dalam misi Ziarah Karehan anjuran JHEAINS.

PENSIANGAN:Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,menyarankan masyarakat Islam terus mengekalkan hubungan baik dan mengamalkan budaya berkasih sayang sesama kaum,seagama dan bukan seagama bagi memastikan keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara terus terpelihara.

JALANRAYA KE SALONG...Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki Menteri DiJabatan Ketua Menteri terpaksa meredah sungai karangan akibat jambatan dan jalanraya yang rosak menuju ke jeti Salong

Katanya, antara punca yang menghakis semangat persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia ialah semangat mementingkan diri sendiri dan apabila semangat itu mencengkam jiwa seseorang maka akan hilanglah kebaikan kerana mereka hanya melihat dunia dan isinya sebagai unsur memenuhi tuntutan kepentingan diri tanpa melihat sumbangan dan kepentingan orang disekelilingnya.



KENANGAN ZIARAH...Datuk Nasir (duduk empat kiri);Datuk Amri Suratman(empat kanan);
Bubudan O.T.Majalu (tiga kiri);Said Hinayat (kiri);Ranchongan Amin(dua kiri);
Rumaling Epit(tiga kanan);Zaiton Anik(dua kanan)
 mengabadikan gambar kenangan bersama penduduk
dan peserta Ziarah Kareah Pagalongan,Pensiangan


Datuk Haji Nasir berkata demikian sempena merasmikan penangguhan majlis Ziarah Kareah anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Pagalongan,Pensiangan.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah JHEAINS,Datuk Amri Suratman;Setiausaha Rendah 1 Jabatan Ketua Menteri,Haji Said Hinayat;Pegawai Daerah Nabawan,Bubudan O.T.Majalu;Timbalan Pengarah JHEAINS,Haji Rumaling Epit;Penolong Pegawai Daerah Nabawan,Ranchongan Amin;Setiausaha Politik MJKM,Hajah Zaiton Anik dan Setiausaha Sulit MJKM,Haji Yahamad Budin.

Datuk Nasir,menjelaskan penganjuran Program Ziarah Kareah merupakan satu usaha murni ke arah memupuk hubungan lebih baik dan intim sesama insan ke arah mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan ummah.



Sehubungan itu,nilai murni seumpama ini perlu terus disuburkan bagi memastikan ia terus membudaya dan lestari dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Datuk Nasir bersama rombongan yang bertolak seawal pagi dari Kota Kinabalu singgah di pekan Keninggau sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Nabawan melalui jalanraya gravel dan jambatan rosak dan meredah anak sungai sejauh 27km selama sejam sebelum sampai ke jeti kampong Salong dan menaiki perahu injin sangkut menongkah arus deras sungai Pensiangan selama hampir sejam sebelum tiba di jeti Pagalongan.

TURUN PADANG BERSAMA...Datuk Nasir (tiga kanan) dan Tan Sri Joseph Kurup (kiri);Bubudan (dua kanan) Haji Rumaling Epit (kanan) dan Ranchongan Amin (dua kiri) berbual mesra sebelum menghadiri majlis majlis masing-masing di Pagalungan,Pensiangan.


Setiba di Pagalongan Datuk Nasir serta rombongan sempat berbual mesra dengan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Pensiangan,Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup yang tiba menggunakan helikopter turut mengadakan majlis bersama rakyat di kampong Mangkam,Pagalongan.

Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,berkata meskipun Daerah Kecil Pegalongan mempunyai lebih 6,000 orang penduduk berada jauh di kawasan pedalaman dan hanya boleh dihubungi melalui jalan darat,bukit bukau serta sungai berarus deras namun kerajaan melalui pelbagai agensinya tidak pernah meminggirkan pembangunan infrastruktur di kawasan ini.

REHAT SEBENTAR...Kenderaan rombongan Menteri DiJabatan Ketua Menteri terpaksa berhenti rehat sebentar bagi mengenalpasti laluan selamat apabila jalanraya rosak teruk dan terpaksa meredah anak sungai karangan sebelum mendaki anak bukit menuju ke jeti Kampung Salong.
Beliau menambah,kerana kasih sayang serta semangat gagasan konsep 1Malaysia jugalah yang sentiasa mekar dikalangan pemimpin kerajaan serta dibantu pemimpin-pemimpin masyarakat dan rakyat sentiasa memungkinkan niat murni kerajaan terus membela rakyat serta mendengar sendiri masalah rakyat dengan putih hati meredah hutan belukar menongkah arus sungai turun padang berziarah ke kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman.Oleh;ARSHAD HUSSIN.























No comments:

Post a Comment