Monday, April 19, 2010

Pelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum-DSSK



KOTA BELUD : Sikap hormat-menghormati antara masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu dipelihara bagi membolehkan rakyat terus menikmati keharmonian dan kemakmuran negara.

Ketua Umno bahagian Kota Belud , Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said berkata, sikap yang telah lama dipupuk itu juga tidak harus dicemari anasir-anasir negatif yang dibawa oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, ia juga membolehkan rakyat negara ini meraikan sambutan perayaan keagamaan masing-masing tanpa perlu merasa bimbang atau khuatir.

Menurut Salleh walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ke atas keadaan yang tidak menentu baik dalam konteks politik, ekonomi mahupun sosial yang turut mempengaruhi keharmonian pelbagai etnik negara ini, Malaysia masih dianggap sebuah negara contoh kepada toleransi keagamaan berbanding dengan negara lain yang bergelut dengan kebebasan dan cengkaman kehidupan terkawal akibat kedudukan struktur politik mereka.
PENGHARGAAN…Salleh menerima cendera kenangan dari Lamisr selepas merasmikan majid tersebut

“Dalam sebuah negara yang berbilang agama dan kumpulan etnik, salah satu prinsip yang perlu kekal dan dipertahankan adalah tuntutan menghormati agama lain” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan -pelancaran solat jumaat dan penaiktarafan surau kepada Masjid di kampong Ranjunah dekat sini pada pagi jumat lepas

ALBUM KENANGAN…Salleh turut merakamkan gambar kenangan
bersama pemimpin masyarakat tempatan sejurus merasmikan masjid tersebut


Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai daerah Kota Belud Najib Montok, Pegawai Tadbir Agama (PBU) Ust Zuldin Hj Abd Hamid, dan Naib Yang Dipertua USIA Lamsir Hamidsor.

Dalam perkembangan yang lain Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah berharap surau yang telah dinaiktaraf kepada masjid itu dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Islam setempat.

Katanya masjid bukan sahaja sebagai rumah ibadah sebaliknya mereka perlu mempelbagai aktiviti-aktiviti keagamaan agar fungsi masjid dapat dipelbagaikan sebagai pusat sumber ilmu dan juga wadah memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat Islam setempat.oLEH:JAW

No comments:

Post a Comment