Tuesday, April 6, 2010

MASJID TUN MUSTAPHA KAMPUNG SUANG LAMBA GOMANTONG PERLU DIPERBAIKI KERANA MEMPUNYAI MEMOMUNTUM SEJARAHNYA TERSENDIRI



LAWATAN…Latip dan Abdullah merakamkan gambar kenangan
di hadapan masjid Tun Mustapha Kampung Suan Lamba Gomantong Kinabatangan
 semasa lawatan ke kawasan tersebut.
KINABATANGAN: Masjid Tun Mustapha di Kampung Suan Lamba Gomantong kira kira setengah jam perjalanan menggunakan kenderaan dari Pekan Kinababatangan merupakan antara masjid yang tertua di negeri ini dan mempunyai memontumnya tersendiri.

Dibina atas tapak seluas satu ekar masjid yang dirasmikan oleh mantan Ketua Menteri ketika itu Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun pada 2 Julai 197 kini hampir berusia 39 tahun bukan sahaja perlu dikekalkan sebagai memotum sejarah kerana dirasmikan oleh Ketua Menteri ketika itu yang juga pengasas kepada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)


JAWATANKUASA…Ahli Jawatan Kuasa Bertindak untuk memabiki masjid ini yang dipengerusikan Latip dan Abdullah mengambil gambar kenangan selepas mesyuarat tersebut diadakan.


Masjid Tun Mustapha Kampung Suan Lamba Gomontong ini bukan sahaja perlu dikekalkan sebagai warisan sejarah namun kemudahan asas insfrastrukturnya juga perlu diperbaiki dan dipertingkatkan sebagai rumah ibadah dimana masyarakat Islam di kampung ini dan sekitarnya masih menggunakan masjid ini untuk berjemaah.

Melihat kepada kedaifan bangunan masjid ini seperti kerosakkan di beberapa bahagian siling,kubah,lantai kemudahan tempat berwuduk dan tandas selaras dengan usaha untuk mengekalkan masjid ini sebagai memountum yang mempunyai sejarahnya tersendiri, badan dakwah daerah Kinababtangan yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerahnya Latip Kandok dengan kerjasama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang dihadiri oleh Setiausaha Agungnya Datuk haji Abdullah Hussin baru baru ini telah mengadakan mesyuarat di pejabat daerah Kinabatangan khusus untuk membincangkan usaha-usaha untuk membaiki serta meningkatkan kemudahan asas di masjid tersebut.

“ Usaha untuk memperbaiki masjid ini perlu dilakukan bukan sahaja untuk meningkatkan kemudahan asasnya demi kemudahaan dan keselesaan masyarakat Islam setempat beribadah namun masjid ini mempunyai sejarahnya tersendiri yang perlu dikekalkan sebagai satu identiti masyarakat Islam di negeri ini khususnya di kawasan ini” kata Latip ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Menurut Latip yang juga Ahli Majlis Tertinggi (USIA) lebih dari 500 ribu diperlukan untuk kerja-kerja menaiktaraf masjid ini dimana satu kertas kerja cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan disamping memohon sokongan dari pelbagai pihak termasuklah syarikat syarikat kerajaan untuk mendapatkan dana yang digunakan untuk melaksanakan projek ini.

Sementara itu Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, usaha yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut perlu mendapat sokongan dari pelbagai pihak ini kerana masjid tersebut menjadi lambing kemegahan umat Islam khususnya semasa era kepimpinan Allahyarham Tun Datu Mustapha tokoh yang banyak menyumbang terhadap perkembangan syiar Islam di negeri ini.

“ (USIA) akan memberikan kerjasama sertas sokongan terhadap usaha untuk menaiktaraf masjid ini ,agar masjid yang dinamakan sempena pegasas (USIA) ini kekal dan dapat digunakan oleh genarsi msa kini dan akan datang bukan sahaja sebagai tempat beribadah namun sejarahnya akan terus terpahat dalam ingatan masyarakat Islam di negeri ini khususnya di kawasan Kinabatangan” tambah Abdullah.Oleh:JAW

No comments:

Post a Comment