Monday, February 8, 2010

PBBS Guna Kaedah KPI Ukur Prestasi AMT-DSP Lajim Ukin



MANTAP..Lajim bersama Timbalanya Kamarlin Haji Ombi merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian dari Ahli Majlis Tertinggi PBBS sesi 2010-2013 selepas mesyuarat tersebut



Oleh:JAAFAR ABD WAHID

KOTA KINABALU: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam saf kepimpinan baru persatuan tersebut bagi sesi 2010 -2013 sebagai salah satu kaedah bagi mengukur prestasi ahli majlis tertinggi (PBBS) dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan

Presidennnya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, ianya dilakukan agar harapan dan cita-cita agar persatuan tersebut benar-benar dapat menyumbang sesuatu yang lebih bermanafaat kepada ahli-ahlinya khususnya masyarakat Bisaya di negeri ini.


MEMPENGERUSIKAN..Lajim yang diapit oleh Timbalannya Kamarlin, Naib Naib Presiden Sariah,Haji Roslan,Edris dan Tarawih ketika ,mengumukan perlantikan jawatan sebelum mesyuarat bermula.



Beliau yang merupakan Janang Gayuh bagi masyarkat Bisaya berkata, bidang Keberhasilan Utama dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ini diperlukan sebagai asas utama perkhidmatan ahli majlis tertinggi (PBBS) bagi mewujudkan elemen kebertanggungjawaban yang serius di kalangan anggota majlis tertinggi persatuan tersebut

“ PBBS khususnya ahli majlis tertinggi sebagai tenaga pengerak dengan sokongan padu dari ahli-ahlinya perlu mempunyai visi dan fokas utama dalam melaksanakan setiap program agar ianya memberikan impak yang akan memberikan kebaikan kepada ahli-ahli persatuan khususnya masyarakat Bisaya di negeri ini” katanya semasa ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama ahli majlis tertinggi persatuan itu di sini .

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan PBBS perlukan melakukan transformasi dari segi makanisme perlaksanaan setiap program yang di rancang dan dilaksanakan bagi memberikan keyakinan kepada ahli-ahli dan masyarakat Bisaya bagi menyokong hala tuju PBBS menghadapi cabaran akan datang.

“ Dalam setiap program yang kita rancang dan laksanakan ianya perlu mempunyai matalamat, samaada dalam bidang pendidikan, ekonomi,sosial,budaya agama dan sebagainya ianya perlu dilakukan dalam semangat yang bersungguh-sungguh agar ianya memberikan kesan yang mendalam untuk kebaikan masyarakat Bisaya” katanya.

Terdahulu Lajim turut mengumumkan tiga perlantikan jawatan Naib Presiden iaitu Haji Asmat Japar,Haji Samin Haji Ongki dan Isnin Haji Aliasnih.

Muka baru diberikan kepercayaan untuk mengisi jawatan Setiausaha Agung iaitu Awg.Anak Haji Sani dan dibantu oleh Ali Hassan Sirin sebagai Penolonng Setiausaha Agung.

Jawatan Bendahari Agung kekal disandang oleh Osman Bansun dan dibantu oleh seorang usahawan Jawarin Nasar sebagai Penolong Bendahari Agung.

Bagi Jawatan Ketua Penerangan Yunus Abd.Rajah dilantik mengisi jawatan ini dan dibantu oleh Abd.Sanon Haji Sapari sebagai Penolong Ketua Penerangan jawatan yang disandangnya sebelum ini.

Sembilan orang turut dilantik mengisi jawatan lantikan Ahli Majlis Tertinggi yang terdiri dari Sadih Haji Nasah yang bertindak juga sebagai penasihat Undang-Undang persatuan, Nadin Haji Salleh juga sebagai Pengerusi Tetap.Mohd.Said Othman, Aineh Abd.Rahman, Rahman Ali, Matlan Thaufeck,Abd.Ghaffar Haji Yassin, Sadim Haji Abdul dan Haji Jusih Haji Sarin yang diberikan kepercayaan mengetuai Biro Agama.

No comments:

Post a Comment