Sunday, February 7, 2010

USIA Perhebat Kempen Menambah Keahlian-DSP Lajim Ukin

Oleh:JAAFAR ABD WAHID

NABAWAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan memperkasakan lagi Jawatankuasa Biro Keahliannya dalam usaha pertubuhan tersebut bukan sahaja menambah bilangan keahliannya di seluruh bahagian di negeri ini, namun dapat melahirkan ahli-ahli yang berkualiti.

Timbalan Yang Dipetuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, bagi mencapai matlamat ini ,Jawatankuasa Biro berkenaan akan memperhebatkan kempen penambahan keahlian di
seluruh bahagian di negeri ini dari masa ke semasa dengan sokongan dari cawangan-cawangan dan juga bahagian bahagian yang ada.
KEMPEN…Lajim sambil diperhatian Abdullah dan Racong ketika menyampaikan borang keahlian baru kepada Ketua (USIA) Nabawan Hanafian sempana majlis tersebut



“ Setakat ini kita telah berjaya merekodkan jumlah keahlian dalam sistem data kita sebanyak 10,000,00 orang dan jumalh tersebut akan dapat dipertingkatkan sebelum penghujung akhir tahun ini” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan muhibah bersama Ahli Jawatankuasa (USIA) Bahagian Nabawan di Dewan Sekolah Agama Rakyat dekat sini pada petang jumaat lepas

Hadir sama Naib Yang Dipertua Datu Datuk Nasurn Datu Mansur,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin, Bendahari Wanita (USIA) Pusat Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong ,Penolong Pegawai Daerah Nabawan Racong Amir dan Timbalan Ketua (USIA) Bahagian Nabawan Hanafiah Abdullah.

Menurut Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Biro Keahlian dan Penyelarasa Bahagian bahagian bagi menjayakan agenda penambahan keahlian pertubuhan tersebut cawangan-cawangan dan juga bahagian bahagian (USIA) di negeri ini perlu memainkan peranan serta pedekatan untuk menarik lebih ramai masyarakat Islam menyertai pertubuhan tersebut.

“ Bukan sahaja setakat kempen keahlian perlu dilaksanakan makanisme lain dari segi pendekatan termasuk perlaksanaan program program yang sesuai perlu dilaksanakan agar ianya boleh menarik minat masyarakat Islam untuk menyertai pertubuhan ini” tambah Lajim

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah melalui peruntukan yang disalurkan oleh Ibu Pejabat ke seluruh bahagian-bahagian (USIA) diharapkan akan dimanafaatkan oleh bahagian-bahagian yang ada untuk memperkemaskankinikan pentadbiran termasuk data keahlian selain digunakan untuk melaksanakan program program dakwah.

“ Diperingkat ibu pejabat kita telah menambahbaik sistem pengurusan di bahagian Keahlian dengan menambah kakitangan yang sediaada bagi menampung keperluan untuk mempercepatkan proses memasukkan keahlian dalam sistem data yang ada” katanya.

Di majlis tersebut Lajim dan Isteri turut menyampaikan sumbangan peribadi juga sumbangan dari ibu Pejabat (USIA) kepada 50 orang saudara baru.





No comments:

Post a Comment