Wednesday, March 24, 2010

Isu kahwin dalam usia kanak-kanak USIA tidak setuju-Datuk Abdullah Hussin


ALBUM KENANGAN…Abdullah (tengah) turut merakamkan
gambar kenangan dengan sebahagian dari peserta yang menyertai seminar tersebut



SEMPORNA: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah memandang berat isu kahwin yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur sebagaimana yang dilaporkan di media cetak yang berlaku di kampong Kuala Krai Kelantan.

       Dalam kes berkenaan kanak-kanak Siti Nur Zubaidah Hussin 11 tahun telah dikahwinkan oleh ayahnya sendiri Hussin Mat Salleh dengan Shamsuddin Che Deraman selepas percaya perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhamad.
       Selepas berkahwin kanak-kanak tersebut dilarikan sebelum dijumpai ditinggalkan di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera Kepong Kuala Lumpur.
       Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata beliau bersetuju dengan pendapat Menteri Pembanguna Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kes ini.
      Abdullah berkata kanak-kanak seharusnya diberikan peluang membesar,menikmati zaman remajanya, belajar serta mencapai cita-cita dalam hidupnya sebelum memikirkan soal perkahwinan dan adalah tidak wajar mereka dipaksa berkahwin terutamanya dalam usia yang masih muda.
     Abdullah berkata demikian ketika ditemui di Sempurna selepas merasmikan Seminar Kefahaman Islam anjuran bahagian Dakwah JAKIM Pusat dengan keja sama NGO Islam di sini dan turut diminta mengulas Isu ini
       



Menurut beliau,Sunah Rasulullah tidak harus disalah tafsir dan dijadikan alasan oleh mana-mana pihak dengan membenarkan amalan perkahwinan kanak-kanak.
     “ Imej Islam adalah sangat baik dan mulia,maka perbuatan yang boleh menjejas dan merosakkan imej Islam haruslah dijauhi” katanya
     Terdahulu ketika berucap merasmikan majlis tersebut Abdullah berkata, para pendakwah mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan dakwah Islam oleh itu mereka harus mempelbagaikan pendekatan dan teknik dakwah untuk menghadapi cabaran tersebut.
     Abdullah juga menambah hubungan erat badan badan NGO Islam termasuklah (USIA) dalam melaksanakan program dakwah amat penting dimana ianya akan memberikan impak yang besar terutamanya dalam mengembangkan syiar Islam di Negara ini
     “ Kita berharap perkongsian pintar ini akan menjadi landasan bagi semua badan badan NGO Islam untuk bergerak seiring bagi memperkasakan lagi syiar Islam di negeri ini” katanya.Oleh:Jaafar Abd. Wahid

No comments:

Post a Comment