Tuesday, March 2, 2010

KPKT alu-alukan penyertaan Ngo's dalam pemuliharaan alam sekitar-DSP Lajim


BINCANG …Kelihatan Lajim berbincang sesuatu dengan Datuk Mohd. Suffina
dan Jaafar semasa pertemuan tersebut
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa mengalu-alukan mana mana pihak termasuklah badan suka rela (NGO) sector koprat dan swasta untuk menjalin kerjasama dengan kementerian berkenaan dalam usaha menjaga pemuliharaan alam sekitar

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, kesedaran melalui kerjasama antara kerajaan dan lain-lain pihak amat dialu-alukan agar usaha untuk melestarikan pemuliharaan alam sekitar di Negara ini mencapai matlamatnya.

“ Kementerian saya sentiasa mengalu-alukan mana mana pihak termasuklah badan badan NGO untuk menjalinkan kerjasama dalam aspek pemuliharaan alam sekitar dimana tanggungjawabnya tidak semestinya hanya menjadi tanggungjawab kerajaan” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat (PISCA) Malaysia di pejabat beliau di Damansara Utama dekat sini baru baru ini

Kunjungan tersebut diketuai oleh Naib Yang Dipertuanya, Datuk Haji Mohd. Suffian Abdul Rahim dan Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Jaafar Hamzah serta Hanif Haron.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata kementerian beliau akan memperluaskan program pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan bandar raya di Negara ini ini sentiasa bersih, indah dan selamat.

Katanya, selain kawasan tumpuan ramai, program tersebut akan diadakan di kampung-kampung dan kawasan pinggir bandar.

Lajim berkata, kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan program pemuliharaan alam sekitar itu.

“ Tanpa penglibatan masyarakat termasuk badan badan NGO.program pemuliharaan itu tidak akan berjaya mencapai matlamatnya” katanya

Sehubungan itu beliau meminta supaya semua pihak supaya bertekad untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program pemuliharaan alam sekitar

Dalam pada itu, Lajim berkata, tindakan segelintir warga bandar raya ini yang tidak prihatin dalam soal kebersihan telah menjejaskan usaha menjadikan beberapa buah Bandar di Negara ini bebas sampah.

Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan kerana ia akan menjatuhkan imej Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka di Malaysia.Oleh:Jaafar Abd Wahid

No comments:

Post a Comment