Wednesday, March 24, 2010

Masyarakat diminta manfaat kemudahan perkhidmatan kesihatan-DSP Lajim Ukin


MENCUBA ...Lajim yang diperhatikan oleh Isteri beliau Normilah,
Dr.Tan ,Mohd.Zulkifli dan Addul Rahim mencuba alat senaman
yang dipemarkan sempana majlis tersebut



KUALA PENYU: Masyarakat umum diminta memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan yang disediakan di kawasan masing-masing.




MESRA...Lajim bersalaman dengan pegawai-pegawai
 kerajaan sejurus tiba di majlis tersebut


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkata, langkah tersebut dapat membantu kerajaan mencapai matlamat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.


Selain itu katanya, tabiat tidak merokok, selalu bersenam, menjaga pemakanan dan menjauhkan diri daripada tekanan mampu membantu seseorang menjadi sihat.



TERTARIK...Lajim bersama isteri Normilah yang diringi oleh dr,Tan,Mohd.Zulkifli dan Abdul Rahim
semasa melawat pemeran ubat-ubatan sempana program tersebut



"Kesihatan yang sempurna merupakan aset berharga kerana tanpanya tidak bermakna hidup seseorang itu walaupun kaya.





LANCAR...Lajim diiiringi oleh Dr.Tan,Mohd.Zulkifli membuka tirai
 sebagai simbol kepada program Hari Bertemu Pelanggan Hospital daerah Kuala Penyu.



"Kerajaan sentiasa mengharapkan rakyatnya hidup dalam keadaan sihat dan cergas, oleh itu jangan sia-siakan kemudahan yang disediakan,'' katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Bertemu Pelanggan Hospital Daerah Kuala Penyu dekat sini pagi kemarin


Hadir sama Pengarah Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr.Tan Enoch ,Pengarah Hospita Kuala Penyu Mohd.Zulkifli Mohd. Tahir Penolong Pegawai daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub dan Isteri Lajim Datin Seri Normilah Siong


Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat ini termasuklah menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih bermutu dan terbaik untuk rakyat.


Sebagai contoh Lajim berkata Hospital Kuala Penyu yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2001 dengan kos pembinaan sebanyak RM76 juta merupakan antara komitmen kerajaan untuk mempertingakatkan kemudahan kesihatan di kawasan tersebut.


Menurut beliau kini penduduk Kuala Penyu dan sekitarnya boleh memperolehi rawatan kesihatan tanpa perlu ke lain-lain daerah sebagaimana yang berlaku sebelum ini dimana pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Beaufort atau Kota Kinabalu.


“ Dengan adanya Hospital di daerah ini, dan kemudahan yang disediakan ianya dapat memberikan kemudahan kesihatan kepada penduduk setempat dan sekitarnya”


Dalam perkembangan lain Lajim berkata selaras degan usaha untuk mempertingkatkan kemudahan kesihatan di Negara ini, kerajaan telah menubuhkan klinik komuniti 1Malaysia yang pada umumnya mendapat reaksi positif daripada masyarakat yang berpendapatan rendah terutamnya di kawasan bandar.


“"Ia juga akan memberi infrastruktur yang diperlukan kepada mereka yang kurang upaya untuk menjalani rawatan yang sewajarnya di klinik yang berdekatan," katanya


Mengulas program tersebut Lajim berkata, bukan sekadar dapat meningkatkan sistem penyampaian kerajaan. Malah, ia memberi peluang kepada masyarakat setempat mengemukakan sebarang masalah kepada pihak berkaitan untuk diselesaikan.Oleh:Jaafar Abd. Wahid







No comments:

Post a Comment