Monday, March 29, 2010

Kursus Pra Perkahwinan Islam telah lama diwajibkan di Sabah-Datuk Nasir



AJK INDUK ...Datuk Nasir(duduk lima kiri) ;Datuk Amri(lima kanan;Datuk Ag.Sharin (tiga kanan);Said Hinayat (dua kiri) bersama sebahagian AJK Induk MTQ 1431/2010 mengabadikan gambar kenangan sebelum mesyuarat itu di MPS Sandakan.
SANDAKAN: Bakal-bakal pasangan pengantin yang akan mendirikan rumahtangga telah diwajibkan menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam untuk menimba pengetahuan asas berhubung hal-hal kekeluargaan Islam.

Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,berkata syarat tersebut mula dikuatkuasakan pada sejak 1 Mac 2009 berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi MajlisUgama Islam Sabah (MUIS) Bil:03/08 bertarikh 30 Disember 2008.

Nasir,menjelaskan objektif kursus itu bertujuan memberikan pendedahan awal kepada bakal pengantin tentang tanggungjawab suai isteri memberi pengajaran kepada bakal-bakal pengantin tentang bab-bab munakahat dalam Islam.

Katanya,selain itu kursus tersebut juga memberi tunjuk ajar kepada bakal pengantin tentang cara-cara menyelesaikan masalah sekiranya timbul komplikasi suami isteri disamping menerapkan ilmu kerohanian kepada bakal pengantin supaya menghayati ajaran Islam.

Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah berkata demikian sempena mempengerusikan mesyuarat Majlis Tilawah Al-Qur'an Peringkat Negeri Sabah 1431H/2010M di bilik mesyuarat Majlis Perbandaran Sandakan.

Beliau menjelaskan,tempoh kursus pra perkahwinan itu selama 21 hari dengan kadar bayaran RM100.(seratus ringgit Malaysia) setiap seorang.

Tambah beliau lagi, penceramah/fasilitator adalah yang diiktiraf dan memiliki sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam malaysia dan JHEAINS sementara sijil kursus dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS) dan hanya sijil yang dikeluarkan oleh JHEAINS sahaja yang sah.

Hadirsama sempena mesyuarat itu Pengarah JHEAINS,Datuk Amri Suratman;Pengarah JAKIM,Aziz Mohammad;Pengarah Hal Ehwal Anak Negeri Sabah,Datuk Haji Ag.Sharin Alimin;Setiausaha Rendah 1,JKM,Haji Said Hinayat serta AJK Induk MTQ Negeri Sabah 1431/2010.

MTQ peringkat Negeri Sabah yang bertemakan Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah itu pada tahun ini akan diadakn di Dewan Libaran,Sandakan pada 28 April 2010 dan dijangka dirasmikan TYT Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

Nasir menjelaskan,MTQ peringkat negeri Sabah itu terbahagi kepada empat peringkat iaitu Peringkat Daerah/Kementerian;Saringan Akhir;Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsung di Kota Kinabalu pada 29 Jun-03 Julai depan.Oleh;Arshad Hussin

2 comments:

  1. sapa tau bila lagi kursus pra perkahwinan ni akan d adakn d sandakan?

    ReplyDelete