Sunday, March 7, 2010

PEMUDA UMNO TENOM SAMBUT BAIK TINDAKAN KERAJAAN KEKALKAN SUBSIDI MINYAK

TENOM: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom mengalu-alukan keputusan Kerajaan menstruktur semula subsidi minyak secara berperingkat-peringkat disamping mengekalkannya pada harga sedia ada yang dianggap sebagai langkah terbaik dalam menangani keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

Ketua nya Jamawi Jaafar (gambar ) berkata, keputusan kerajaan itu amat tepat dan dialu-alukan oleh semua pihak khususnya rakyat yang berpendapatan rendah.

“ Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom amat mengalu-alukan tindakan kerajaan ini dan beranggapan ianya merupakan satu keputusan yang mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat dimana rakyat masih menanggung beban akibat kelembapan ekonomi ketika ini “ katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pagi kemarin

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan membatalkan cadangan menstruktur semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negetif daripada rakyat

Menteri Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada jumaat lepas.mengumumkan sistem subsidi petrol sediaada akan dikekalkan dan sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan akan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan subsidi merangkumi bahan petroleum,makan serta infrastruktur lain.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan yang amat prihatin dengan nasib rakyat .

“ Keputusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di Negara ini dimana kerajaan sentiasa mengamalkan sikap terbuka menerima pandangan rakyat sebagaimana yang ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat” tambah Jamawi.

Dalam perkembangan berkaitan Jamawi juga berharap subsidi yang diberikan kelak perlu menapati golongan sasaran dan mereka yang benar-benar layak dan memerlukannya bagi memastikan tidak ada penyalahgunaan berlaku. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment