Tuesday, March 2, 2010

Jangan Sia-Siakan Bantuan KIRMT e-Kasih-Datuk Nasir Sakaran




TIMBANG & SUKAT...Datuk Nasir(dua kiri) dibantu Bianus Kuntong (kiri)
dan diiringi A.M.Ibnu (tengah) menyampaikan bantuan
kepada salah seorang peserta KIRMT E-Kasih sempena majlis itu di Semporna

SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,mengingatkan peserta Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) e-Kasih yang menerima bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tidak tidak mensia-siakan bantuan yang diterima sebaliknya memanfaatkan untuk bepentingkan keluarga meningkatkan daya ekonomi mereka.

Katanya,kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia (KKLW) serta agensi-agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sentiasa memantau dan prihatin memberikan bantuan kepada golongan rakyat yang sangat memerlukan bantuan khususnya golongan nelayan,petani dan penternak dalam kategori KIRMT.

Nasir berkata,adalah tidak adil kepada kerajaan yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyatnya dan apabila bantuan diberikan diabaikan begitu sahaja atau bertukar tangan kepada orang lain semata-mata ingin mendapatkan keuntungan segera.


PESERTA KIRMT E-KASIH...Sebahagian peserta KIRMT e-Kasih
menunggu giliran menerima bantuan sempena majlis itu di Semporna.

Katanya,perbuatan menjual bantuan kerajaan untuk mendapat keuntungan segera merupakan sikap yang gelojoh dan tidak bersyukur kepada nikmat pembangunan kerajaan serta kufur kepada Allah SWT Allah.

Beliau menasihatkan kesemua penerima bantuan PPP tidak bersikap demikian dan akan terus memeliharanya sebagai batu lonjakan meningkatkan pendapatan demi untuk menafkahkan kleuarga tercinta.

Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang berkata demikian sempena merasmikan majlis Penyerahan Bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Bil.3/2009 kepada lebih 62 orang golongan Ketua Isi Rumah Miskin Tegar e-Kasih bagi kawasan Parlimen Semporna anjuran bersama Urusetia Pejabat Daerah Semporna dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia (KKLW).

Menurut Datuk Nasir, golongan KIRMT di Semporna kini seramai 1,272 orang dan berharap menjelang akhir tahun ini semua calon yang sudah dikenal pasti berkenaan akan dapat dibantu.

Sehubungan itu Datuk Nasir meminta Semua program peningkatan ekonomi rakyat perlu dipantau secara dekat bagi memastikan bantuan kerajaan berkenaan benar-benar mencapai matlamatnya.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Penolong Pegawai Daerah,Encik Bianus Kuntong;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna,OKK Hj Musa Sabaani serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.Oleh:Arshad Hussin.

No comments:

Post a Comment