Thursday, September 17, 2009

Amal budaya berkasih sayang-Nasir


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran, mengingatkan masyarakat Islam sentiasa mengamalkan adat budaya yang sentiasa mengutama hidup berkasih sayang serta saling menghormati sesama kaum tanpa mengira kedudukan pangkat dan martabat.
Katanya,kehidupan rukun damai yang dikecapi rakyat negara ini berlandaskan kepada perpaduan kaum yang dipelihara sejak sekian lama dan hendaknya dipertahankan demi kesejahteraan hidup sekaligus pemangkin kearah pembangunan ummah sejagat.
Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada lebih 1,800 orang penerima termasuk Ketua & Wakil Ketua Anak Negeri; Imam-imam;Ketua Kampung;Pengerusi JKKK;Ketua Cawangan;Balu-balu;anak yatim;OKU dan orang perseorangan.
Hadirsama sempena majlis itu Ketua Wanita USIA Bahagian Semporna,Datin Hajjah Rukiah Haji Badar;Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang,OKK Haji Musa Sabahani;Ketua Daerah Kawasan DUN Sulabayan,Datuk haji Malali Mali;Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San;Kapitan Cina Kawasan Bandar,Ong Hang Seng dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Nasir berkata, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam mampu merealisasikan budaya kunjung mengunjung ke rumah masing-masing bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.
Selain itu katanya,masyarakat Islam juga perlu sentiasa beristiqomah menunaikan ibadat serta membayar zakat fitrah dan zakat harta.
Katanya,masyarakat Islam wajib membayar zakat fitrah kerana ianya merupakan rukun Islam dan diagihkan kepada asnaf yang ditentukan oleh shara’.
Sehubungan itu Datuk Nasir turut mengingatkan pemimpin-pemimpin masyarakat dan penjawat awam sentiasa meningkatkan prestasi kerja dan berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh dedikasi tanpa memikirkan imbuhan tertentu kerana kerajaan telah memberi amanah kepada mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya.
Nasir berkata,setiap penjawat awam seharusnya sedar dan sentiasa peka kepada tugas yang diamanahkan sekaligus menggerakkan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat.
Datuk Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang menasihatkan semua umat Islam yang balik berhari raya menggunakan jalan darat memandu dengan berhemah serta mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Katanya,janganlah hendaknya kemeriahan hari lebaran dicemari dengan perkara-perkara yang tidak diingini kerana meskipun bulan Ramadhan bakal berlalu dan disambut oleh bulan Syawal namun,semangat Ramadhan hendaklah disemarakkan dalam jiwa sepanjang tahun.
Sempena majlis itu juga Datuk Nasir dan isteri,datin Rukiah serta keluarga mengucapkan Selamat Hari raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Islam khususnya rakyat Semporna serta beliau menjemput semua rakyat Semporna hadir ke majlis rumah terbuka di kediaman Kampung Air pada hari raya kedua bermula jam 10.00 pagi.

No comments:

Post a Comment