Monday, September 14, 2009

Proaktif Tingkat Ekonomi Keluarga-Datuk Nasir Tun Sakaran


Masyarakt desa diminta sentiasa peka dan memajukan diri dengan pelbagi usaha perniagaan secara kecil-kecilan untuk meningkat taraf hidup yang lebih selsesa.
Sehubungan itu mereka (masyarakat) hendaklah sentiasa proaktif mengenali program-program pembangunan yang disalurkan kerajaan membantu rakyat yang ingin menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dan sedarhana.
Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,datuk Haji Nasir Tun Sakaran,berkata kerajaan memang banyak menyalurkan pelbagai bantuan dan kemudahan melalui pelbagai agensi kerajaan semata-mata ingin melihat rakyat negeri ini mampu bersaing dengan rakan-rakan mereka yang telah lama maju dalam bidang perusahaan mahupun perniagaan.
Datuk Nasir berkata demikian sempena merasmikan penutupan Bengkel Pelan Tindakan Desa Kampug Senallang Lama di sini.
Program anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia selama dua hari itu disertai 50 orang masyarakat kampung dan dikendalikan oleh dua orang penceramah daripada Infra.
Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Senallang,Haji Tahir Amir,Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabahani; Kapitan Cina Kawasan Bubul,Datuk Chao Yan San,KAN Muhammad serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.
Datuk Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang turut mengingatkan rakyat menghayati bulan kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos dengan memperkukuhkan lagi perpaduan berlandaskan gagasan konsep 1Malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Selain itu Datuk Nasir yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Agama Islam Negeri Sabah menasihati umat Islam sentiasa beristiqamah melaksanakan ibadah kepada Allah SWT khususnya dalam bulan Ramadhan yang menjelang tiba.
Katanya,bulan Ramadhan bulan yang semulia-mulia bulan penuh dengan keberkatan dan umat Islam seharusnya lebih fokas beribadah semata-mata kerana Allah SWT.

No comments:

Post a Comment