Tuesday, September 1, 2009

pesan ayah,nasihat ibu

...surat itu kubaca berulangkali
pesan ayah bertubi-tubi
sayangi ibu ibarat nabi
berbuat jahat jangan sekali

kata ibu hormati guru
jangan derhaka bertalu-talu
kerana hidup bersuluh ilmu
rajin kita membaca buku

kata ibu kuingat selalu
pesat ayah tak pernah ku alpa
pada Illahi tetap kuseru
moga keluargaku bahagia senantiasa

No comments:

Post a Comment