Monday, September 14, 2009

Wujud Program Agama Tarik Minat Golongan Muda-Tun Sakaran



SEMPORNA:Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA),Tun Datuk Seri Panglima (Dr.)Haji Sakaran Dandai,menyeru semua Ahli Jawatankuasa masjid dan surau seluruh negeri Sabah berusaha lebih gigih serta kreatif menarik lebih ramai golongan muda mendekati masjid serta menyertai program keagamaan yang dianjur masjid.Tun Sakaran menjelaskan,banyak program keagamaan yang mampu menarik minat golongan muda Islam yang bakal mewarisi kepimpinan serta mengimarahkan masjid.Sehubungan itu Tun Sakaran juga menyarankan jawatankuasa surau dan masjid bekerjasama dengan jabatan serta agensi kerajaan menubuhkan perpustakaan di setiap masjid.Katanya,buku-buku yang ditempatkan dalam perpustakaan seharusnya boleh meningkatkan kefahaman umat Islam yang berkemampuan tampil menyumbang buku-buku ilmiah dan bermanfaat kepada umat Islam dalam perpustakaan di masjid.Tun Sakaran berkata demikian sempena merasmikan masjid Kampung Sowang Bubul dan menghadiri majlis berbuka puasa serta solat tarawih bersama masyarakat Islam Semporna.Hadirsama sempena majlis itu Menteri DiJabatan Ketua Menteri,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran,Pegawai Daerah Semporna,A.M.Ibnu A.K.Baba;Setiausaha Agung Usia,Datuk Haji Abdullah Hussin,Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Senallang,Haji Tahir Amir;Ketua daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani serta pemimpin- pemimpin masyarakat tempatan.Sempena majis itu juga Tun Sakaran menyampaikan zakat MUIS kepada 20 orang penerima.Sehubungan itu Tun Sakaran mengingatkan masyarakat Islam terus mengukuhkan perpaduan sebagai landasan kekuatan serta merealisasikan gagasan 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment