Tuesday, September 15, 2009

Prihatin Kasih Wanita Usia hulur sumbangsih


Prihatin kasih Wanita Usia Semporna hulur sumbangsih aidilfitri-Datin Rukiah:

SEMPORNA: Suasana kemeriahan hari raya aidil fitri yang mula terasa gemanya menggamit prihatin kasih pertubuhan-pertubuhan Ngo's serta individu berkemampuan tampil memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Semporna tidak ketinggalan mengambil inisiatif melakukan kunjungan dan lawatan menghulur sumbangan sekedar mpu kepada anggota-anggota pasukan keselamatan,fakir miskin dan anak-anak yatim Daerah Semporna.
Ketua Wanita Usia Bahagian Semporna,Datin hajjah Rukiah Haji Badar bersama AJK Usia Bahagian Semporna serta diringi Penaung Wanita Usia Pusat,Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajjah Siti Rukaiyah Datuk Panglima Haji Abdullah;Naib Yang DiPertua Usia,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran dan Setiausaha Agung Usia,Datuk Haji Abdullah Hussin serta ahli-ahli Usia dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan menyerahlan sumbangan kuih hari raya aidilfitri kepada anggota-anggota pasukan Polis Semporna dan pasukan Bomba dan penyelamat Semporna seterusnya mengunjungi sambil menghulur sumbangan kepada para pesakit di rumah sakit Semporna dan anak-anak yatim & fakir miskin kampung Kabogan.

Datin Rukiah menjelaskan,sumbangan yang disampaikan tidak sebanyak mana namun ianya sekedar ingin melahirkan rasa prihatin kasih kepada penerima yang memerlukannya selain ingin bersua serta beramah mesra dengan rakyat yang telah banyak berkorban kasih kepada kerajaan dan kepimpinan negara.


" Kami lakukan ini atas kesedaran dan keinsafan tentang nasib mereka yang kurang bernasib baik dan Wanita Usia berharap sumbangsih yang tidak seberapa ini mampu memberikan sedikit keceriaan kepada penerima yang telah kami kenal pasti," kata Datin Rukiah.

Datin Rukiah yang juga isteri kepada Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran merupakan Ketua Wanita Usia Bahagian Semporna yang baru dipilih meneruskan tugas murni dan cemerlang yang telah dirintis pemimpin wanita usia sebelum ini.

Datin Rukiah turut berharap seluruh ahli-ahli wanita Usia serta masyarakat Islam akan dapat meluangkan masa mencari peluang membantu masyarakat dan golongan fakir miskin serta anak-anak yatim di kawasan masing-masing.

Sehubungan itu,Datin Rukiah memuji dan berterima kasih kepada semua pemimpin-pemimpin tempatan daerah itu yang telah berusaha gigih membantu segenapapisan rakyat serta memberikan perkhidmatan cemerlang berlandaskan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat mengutamakan pencapaian.

" Limpahan nikmat pembangunan yang dizahirkan kepemimpinan negara kini mampu dinikmati segenap lapisan rakyat termasuklah umat Islam dan ahli-ahli Usia," katanya.

Selain itu Datin Rukiah berkata,Wanita Usia Bahagian Semporna berazam membantu Usia Bahagian dan Ibu Pejabat Usia dalam usaha mereka mengangkat martabat dan maruah umat Islam di seluruh negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment