Monday, September 14, 2009

Tingkat Prestasi Kerja-Datuk Nasir Sakaran


Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah,Datuk Haji Nasir Tun Sakaran meminta semua Kakitangan Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah(JCKS) terus memberikan kerjasama erat meningkat prestasi kerja demi membangun serta menaikkan imej jabatan itu dalam perkhidmatan cemerlang berterusan.Katanya,walaupun Jabatan Cetak sering berhadapan dengan masalah banjir yang telah mengakibatkan kerosakan mesin cetak serta kerugian berjuta-juta ringgit namun semangat kerja yang ditunjukkan oleh semua kakitangan jabatan itu amatlah dihargai dan dibanggakan.Nasir berkata,komitmen jitu seluruh kakitangan kerajaan merealisasikan khidmat cemerlang sangatlah diharapkan untuk membantu kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan lebih gemilang berdasarkan gagasan 1Malaysia yang mendahulukan rakyat mengutamakan pencapaian.BekerjasamaSehubungan itu,Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal Jabatan Cetak mengingatkan kakitangan jabatan itu terus mengukuhkan perpaduan kaum disamping taat setia kepada kepimpinan dan ketua jabatan berlandaskan aku janji yang telah dimeterai.Nasir berkata demikian sempena menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan Jabatan Cetak Negeri Sabah dekat sini.Hadirsama sempena majlis itu Pencetak Kerajaan Negeri Sabah,Haji Salsidu Haji Ibrahim dan isteri,Timbalan Pencetak Kerajaan,Murshid Apong serta semua kakitangan JCKS.Nasir yang juga menteri bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam Negeri Sabah,mengingatkan kakitangan beragama Islam JCKS tidak lupa membayar zakat fitrah dan zakat harta/pendapatan mereka bagi tahun ini.Sebelum itu Pencetak Kerajaan,Haji Salsidu Haji Ibrahim,melahirkan rasa terima kasihnya kepada seluruh kakitangan JCKS yang benar-benar komited apabila berhadapan dengan masalah banjir di bangunan itu.Salsidu turut berharap kepada pihak kerajaan meluluskan pembinaan bangunan baru yang lebih selamat untuk menempatkan peralatan dan mesin percetakan.Katanya,kedudukan kawasan yang menempatkan bangunan JCKS merupakan kawasan lembah menjadi tumpuan pengaliran air hujan hingga mengakibatkan banjir teruk serta merosakkan beberapa buah mesin cetak bernilai jutaan ringgit.Sempena majlis itu juga Datuk Nasir menyampaikan sumbangan zakat kepada anak-anak yatim rumah anak-anak yatim Beringgis,Papar dan menyamoaikan sumbangan sejadah kepada Pengerusi Surau Jabatan Cetak Kerajaan,Murshid Apong.

No comments:

Post a Comment